Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

CANNIS | Aplikasi Membeli-belah dalam talian e-dagang

$
0
0
CANNIS | Aplikasi Membeli-belah dalam talian e-dagang - Korang pernah dengar applikasi Cannis? Mama sendiri pun tertanya-tanya apalah aplikasi ni. Mama pun masih tengok aplikasi ni apakah kegunaanya. Aplikasi Cannis ini meruapakan aplikasi yang menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, APP CANNIS meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.


Pada 18 Ogos 2018 baru-baru ini, majlis perasmian Cannis telah diadakan di Pusat Konvokesyen dan Pameran Setia City (SCCC). Antara tetamu terhormat iaitu pengasas, pengerusi dan kapitalis, Aaron Tsai yang merupakan seorang kapitalis profesional dan juga merupakan Presiden Persatuan Blockchain Korea & World Blockchoin South. Dengan pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dan Blockchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial.


Cannis ini juga telah menjadi rakan kongsi Google dimana ia adalah platform yang mempunyai 100 jurutera profesional dan keupayaan penyelidikan serta pembangunan yang kuat. Jadi Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar. Selain itu, Cannies mempunyai penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia.


Naib pengerusi berkata, "Aplikasi Cannis ini akan menjadi era baru buat pengguna internet adalah aplikasi wajib dalam telefon pintar dimana beliau sendiri percaya bahawa ekonomi dalam talian dan blockchain ini dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi semasa serta pasti akan merangsang gelombang baru dalam dunia perniagaan dalam talian ini. Fenomena sosial ini bukan sahaja berkembang malah produk juga komersial.


Dengan menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam dan mempunyai sistem pembayaran yang boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang Cannis Apps ini hanya boleh dimuat turun di aplikasi Google Play Store sahaja. Manakala untuk Apple Play Store masih belum dapat diakses lagi. Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh muat turun melalui link di bawah dan ikut arahan yang diberikan dengan mudah.

http://api.ickapay.com/download/index.html

Untuk maklumat lanjut mengenaik CANNIS ini boleh layari :-

Website : www.cannis.app

Love,

Roti Gula Bakar Air Fryer

$
0
0
Hi korang. Dah sarapan belum? Ingatkan mama pernah cerita pasal roti nak expired tu. Hahh kalau rajin mama buat la puding roti tapi kalau mama malas mama buat jer roti gula bakar. Ini kalau buat jer kat anak-anak cepat giler habis. Hahaha. selalunya roti gardenia tu tak pernah laku pun. ini tak laku memang alamatnya berkulat atau cik tong sampah yang makan. Hahaha. Ni paling senang nak buat jom tengok!


Roti Gula Bakar Air Fryer

Bahan-bahan :-
  • Roti gardenia
  • Planta
  • Gula
Cara-caranya :-

Potong roti suka hati korang nak macam dalam gambar boleh nak kecik lagi pun boleh. Kemudian sapu planta dan tabur gula atas planta tu. Tapi kan mama tak tabur mama terus tekap kat gula. hahaha itu pasal la banyak!!

Masukkan roti dlam air fryer. Bakar dalam suhu 180'c selama 7 minit jer. kalau 10 minit kang rentung hitam jangan salahkan mama ehh. 

Tadaaa siap!! bagi sejuk sekejap kemudian ngap.. sedap!!

Rasa roti bakar ni keras. Rasa memang la sedap ranggup manis masin lemak semua ada. hahaha. tapi jangan la selalu buat kang kena potong kaki. ahakk.. dah try la korang buat dekat anak-anak confirm dia orang suka punya.!! Ehh takder air fryer pun boleh korang bakar la dalam oven yer.. Selamat mencuba.

Love,

Kira Kira Baby Malaysia | Kecomelan, Keselesaan & Kualiti Dari Jepun Untuk Bayi

$
0
0
Sifat ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Jadi mengapa tidak biarkan mereka melakukannya dengan penuh bergaya dan selesa. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya sambil selesa.


Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam.

“Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,”kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.


Inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar. Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil.


Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda.

Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.


Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik. Sebagai ibu bapa yang prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Sebagai contoh, produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.


Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.

Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi anda. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin.


Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira kerana harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan-bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan dengan harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan.

Untuk penjimatan yang lebih berganda, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Korang hanya perlu melayarihttp://bit.ly/KiraKiraShopee, dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. *Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018.

Berikan si manja dengan keselesaan dan penjagaan berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.

Love,

Biskut PinPin Dari Upin Ipin | Khas Untuk Kanak-kanak Dengan Mainan Percuma

$
0
0
Siapa tak kenal watak Upin Ipin malah semua kanak-kanak seluruh Malaysia kenal dengan watak animasi ini. Kalau ada jer kartun Upin Ipin di televisyen jangan haraplah mama dapat tukar channel lain. Memang kena tunggu sampai kartun Upin Ipin habis barulah mama dapat peluang tengok cerita mama. Bayangkan anak kecil 2 tahun menangis dan dengar jer "Hai Saya Upin dan ini adik saya Ipin" pun boleh berhenti nangis dan terus menonton kartun ni. Tengoklah pengaruh kartun lagi hebat dari pujukan mama dia. Hahaha. 


Untuk pengetahuan semua, Upin Ipin telah mengeluarkan Biskut PinPin semenjak awal tahun 2018 lagi dengan 6 variasi pilihan menarik khas untuk kanak-kanak. Ehhh bukan jer untuk kanak-kanak ni hahh mama papa pun telan sebab sedap. Paling mama suka design kotak dia sangat comel dengan warna yang menarik dan semestinya watak Upin Ipin pada permukaan kotak tersebut. Siap bebudak ni sayang nak buang lah. 


6 pilihan variasi Biskut PinPin adalah :-
  • Corn Snack With Chocolate Filling
  • Corn Snack With Strawberry Filling
  • Wafer With Vanilla Filling
  • Water With Chocolate Filling
  • Butter Flavor Biscuits
  • Chocolate Biscuits



Bagusnya Biskut PinPin ini kepada kanak-kanak dapat mengelakkan dari pengambilan jajan yang tidak sihat. Kesemuanya biskut PinPin ini tidak manis dan bentuk yang sangat comel memudahkan kanak-kanak kecil makan. Jadi takder lah tercekik ker apa yer tak. Dan yang paling penting biskut PinPin ini Halal tau. Yang lagi menarik setiap kotak Biskut PinPin ini dapat hadiah mainan percuma Lego didalamnya. Apa lagi bertambah teruja la anak-anak mama nak buka kotak Biskut PinPin ni. 


Di belakang kotak Biskut PinPin ini menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti sifir matematik, mencari perkataan sembunyi dan lain-lain lagi. Jadi sambil anak-anak menikmati biskut ini dia orang dapat membuat aktiviti menarik dan santai juga. 


Setiap pembelian Biskut PinPin ini akan dapat mainan percuma Lego didalamnya. Sangat menarik lego ni kerana boleh menguji daya kreativiti anak-anak. Cuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tidak digalakkan takut pula budak besar tu masukkan lego yang kecil ke dalam mulut. Tapi mama suka permainan lego ni memang berkualiti dan comel. Bagi pengumpul Lego bolehlah dapatkan Biskut PinPin ini tau. 


Bagi yang ingin membeli Biskut PinPin ini boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya. Boleh juga dapatkan di website Upin Ipin Store www.upinipinstore.com

Love,

ORGGA | Skincare Dari Bahan Asas Yang Organik Semulajadi & Essential Oil

$
0
0
ORGGA | Skincare Dari Bahan Asas Yang Organik Semulajadi & Essential Oil - Sekarang kan kegunaan essential oil dalam penggunaan harian sudah menjadi trend di Malaysia. Tidak kira dari ubat-ubatan sehinggakan sampai skincare semuanya makin ramai yang memilih untuk gaya hidup lebih sihat dengan produk natural dan organik. Jangan tak tahu essential oil ini mempunyai banyak fungsi dan sangat sesuai untuk semua orang dari bayi hingga dewasa. Pernah dengar produk ORGGA tak? Yer ini produk skincare yang diperbuat daripada bahan-bahan yang semulajadi dan juga essential oil. 


Essential oil adalah minyak aromaterapi dari tumbuhan atau bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan. Kerana teksturnya yang pekat dan baunya pula walau hanya sedikit calit pada kulit mampu meresap ke dalam kulit tetapi wanginya cukup mempersonakan. Antara seperti Rose Geranium, Lavendar, Rosehip, Frankincense dan lain-lain lagi. 

Pada minggu lepas, mama dan beberapa blogger dijemput pre-lunch produk Orgga dan berpeluang melihat sendiri produk Orgga dihasilkan. Menariknya Orgga Skincare ini dari bahan organik semulajadi yang sememangnya tiada bahan pengawet, merkuri, hydroquinone, paraben, SLS dan lain-lain lagi. Jadi kita tidak perlu risau kesemua dengan produk Orgga ini sesuai untuk semua kulit normal, jerawat, berminyak, kombinasi dan kering. 



Pengasas produk ORGGA iaitu Puan Zaza berkata beliau sendiri mendapat idea mengeluarkan produk skincare yang berasaskan bahan organik dan essential oil kerana di Malaysia masih kurang yang mengetengahkan produk-produk seperti ini di pasaran. Sejujurnya beliau juga dah mencuba pelbagai produk skincare di pasaran dan tiada yang berhasil pada kulit beliau. Jadi, Puan Zaza sendiri banyak belajar dan mengkaji kesemua bahan organik dan juga essential oil untuk digunakan dalam produk terbaru beliau. Mengambil selama 2 tahun dan akhirnya beliau telah mengeluarkan produk Orgga di pasaran. Produk ORGGA ini akan dilancarkan pada 25 September 2018.


Untuk produk Orgga ini khas untuk kulit normal, kombinasi seperti kering, matang, pra-matang, kulit berminyak dan berjerawat. Produk Orgga ini terdiri dari 3 jenis iaitu : 

1) ORGGA Cleansing Powder
  • French Rose [NOT180703129K] - Untuk kulit normal, kombinasi (kering, matang dan pra-matang)
Colloidal oatmeal, Moroccan Rhassoul clay, French Pink clay, Almond flour, Coconut milk, Brown rice flour, Flaxseed meal, Rose flowers, Hibiscus flowers, Lavender flowers, Chamomile flowers, Elderberry, Rosehip, Raspberry, Orange peel, Moringa leaf, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Rose Geranium, Palmarosa & Frankincense.

  • Bacca Bliss [NOT180703127K] - Untuk kulit normal, kombinasi (kulit berminyak dan berjerawat)
Colloidal oatmeal, French Pink clay, Kaolin clay, Coconut flour, Coconut milk, Flaxseed meal, Brown rice flour, Strawberry, Rose flowers, Calendula flowers, Licorice root, Lavender flowers, Raspberry, Banana, Rosehip, Pearl powder, Goji berry, Grape seed. Pure essential oils of Pink Grapefruit, Sweet Orange & French Lavender.


Menariknya Orgga Cleansing Powder ini adalah 3 dalam 1 iaitu pencuci muka, scrub lembut dan juga mask. Antara kelebihan kedua-dua produk ini mengandungi 4 bahan aktif semulajadi yang dipanggil "Superstar Ingredients" - Roseship, Grapeseed, Goji Berry dan Raspberry. Orgga Cleansing Powder ini bukan sahaja mencuci muka malah ia boleh dijadikan scrub lembut dan mask untuk menanggalkan sel-sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit. 

Kelebihan ORGGA Cleansing Powder :-

✔️ Mengandungi vitamins, anti-oksida dan anti-penuaan
✔️ Menghilangkan dan mencegah jerawat dan bintik-bintik hitam
✔️ Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam
✔️ Menganjalkan kulit
✔️ Menyihatkan dan melembutkan kulit
✔️ Mencerahkan dan menaikkan seri wajah secara semula jadi
✔️ Membantu aplikasi makeup nampak natural, sekata dan tidak bercapuk

Harga : RM80.00 (Normal)

Special Price : RM65.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

2) ORGGA Face Mist
  • Nourishing Facial Mist - Rose Otto [NOT180703128K]
Rose Bulgarian hydrosol, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Cranberry extract, Blueberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin, Pure essential oils of Rose Geranium, Rose Otto & Palmarosa
  • Hydrating Facial Mist - Le Neroli [NOT180703126K]
Neroli hydrosal, Aqua, Aloe Vera leaf juice, Acai berry extract, Strawberry extract, Radish Root Ferment Filtrate, Vegetable Glycerin. Pure essential oils of Neroli, Bergamot & Ylang Ylang


ORGGA Face Mist ini digunakan sebagai penyegar muka dan diperbuat dari bahan asli dan semulajadi yang berkualiti. Kombinasi rose water dan rose oil asli serta Aloe Vera, ekstrak cranberry dan blueberry yang bukan sahaja menyegarkan malah melembapkan kulit. Selain itu, face mist ini mampu merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan anti-oksida.

Kelebihan ORGGA FACE MIST :-

✔️ Menyegarkan dan melembapkan muka
✔️ Menaikkan seri wajah
✔️ Merawat kulit kering dan kasar
✔️ Anti-penuaan
✔️ Melembutkan dan mencerahkan kulit kusam
✔️ Mengawal kulit berminyak
✔️ Membuatkan makeup tahan lebih lama

Harga : RM60.00 (Normal)

Special Price : RM45.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

3) ORGGA Luxe Beauty Oil
  • Luxe Beauty Oil - Olivia [Kulit kering, matang dan pra-matang] [NOT180800787K]
Meadowfoam oil, Olive Squalane, Kukuinut oil, Argan oil, Sweet Almond oil, Rosehip oil, Pomegranate seed oil, Raspberry seed oil, Prickly pear oil, Sea Buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Neroli, Frankincense, Sweet Orange, Palmarosa, Clary Sage, Carrot seed.
  • Luxe Beauty Oil - Libra[Normal dan kombinasi] [NOT180800785K]
Olive Squalane, Argan oil, Watermelon seed oil, Jojoba oil, Maracuja Oil, Pumpkin seed oil, Hazelnut oil, Camellia oil, Prickly pear oil, sea buckthorn oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Rose Geranium, Grapefuit, Rose otto, Cedarwood, Lavender, Carrot seed.
  • Luxe beauty Oil - Lindo[Kulit berminyak dan berjerawat] [NOT180800784K]
Olive Squalane, Jojoba oil, Kuikuinut oil, Hazelnut oil, Grapeseed oil, Rosehip oil, Marula oil, Pumpkin seed oil, Prickly pear oil, Blackcurrant oil, Natural Vitamin E, Sunflower oil. Pure essential oils of Sweet orange, Bergamot Bergaptene Free, Ylang ylang, Patchouli, Geranium, Cedarwood.

ORGGA Luxe Beauty Oil terdiri dari 3 jenis untuk kegunaan sebagai pelembab dan merawat kulit bermasalah. Ia diperbuat dari 100% dari bahan aktif asli dan semulajadi. Kesemua bahan-bahan yang digunakan diimport dari UK, Italy, Morocco, France dan US bagi memastikan kualiti yang terjamin. 

Formula Luxce Beauty Oil terdiri dari 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essential oils terpilih dan berkualiti, kaya dengan Essential Fatty Acid, Vitamin A, C, D, E & K, Anti oksida dan mineral dan nutrisi yang dapat melindungi kulit daripada pencemaran persekitaran. Selain itu mengurangkan tanda-tanda penuaan, memelihara dan melembapkan kulit wajah. 

Kelebihan ORGGA Luxe Beauty Oil :-

✔️ Tidak berminyak dan melekit
✔️ Boleh digunakan sebagai pelembap
✔️ Boleh dicampurkan dengan krim pelembap
✔️ 100% bahan semulajadi yang berkualiti
✔️ Boleh dijadikan base makeup

Harga : RM110.00 (Normal)

Special Price : RM95.00 (Free postage) - Pre order 31 Aug - 21 Sep 2018

Jade Roller berfungsi sebagai anti-aging dimana menegangkan kulit wajah dengan urutan roller ini pada wajah. Harga Jade Roller Hijau RM90.00 sahaja. Murahkan. 


Yang paling kami semua teruja semasa Puan Zaza sendiri menunjukkan demo menghasilkan ORGGA Cleansing Powder French Rose pada kami semua. Masuk jer bilik ni bau yang cukup menenangkan seperti Lavender, Oatmeal, Brown Rice, Rosehip, Chamomile dan lain-lain lagi. Serius tiada langsung bau bahan kimia yang bahaya. Kesemua bahan-bahan untuk hasilkan Cleansing Powder telah dikisar halus untuk dijadikan serbuk. 

Puan Zaza mencampurkan kesemua bahan-bahan cleansing powder dan kemudian gaul sehingga sebati. Selepas itu, barulah Puan Zaza campurkan 3 pure essential oils seperti Rose Geranium, Palmarosa dan Frankincense. 


Puan Zaza menunjukkan demo bagaimana menggunakan ORGGA Cleansing Powder pada wajah. Blogger Zharif berpeluang untuk mencuba sendiri produk ni pada hari tersebut. Bau memang tak payah cakap memang wangi sangat. Selepas Blogger Zharif mencuci dan ternyata kulit Zharif lebih flawless, tegang dan segar. Baru sekali guna cuba banyak kali guna memang lagi flawless la muka dia. 


Sebelum produk ini akan dijual di pasaran, mama akan mencuba sendiri produk ini di rumah. Hampir seminggu mama menggunakan produk ORGGA Skincare memang sangat-sangat memberangsangkan! Paling mama suka cleansing powder tu boleh dijadikan pencuci, scrub dan mask. Untuk ORGGA Luxe Beauty Oil pun best sebab boleh merawat kulit yang tengah breakout dari jerawat sangat cepat. Walau rasa berminyak tapi ia boleh balancekan minyak pada wajah. Nampak jer macam berminyak tapi kulit rasa lembap jer. 

Dengan 3 produk ORGGA confirm korang akan rasa jatuh hati dengan produk organik ni. 

Cara penggunaan ketiga-tiga produk ORGGA ini cukup mudah dan senang. Sebab produk yang ringkas dan pantas digunakan.


ORGGA Cleansing Powder French Rose | Tanggalkan makeup dan basahkan muka. Kemudian letakkan lebih kurang satu sudu teh Cleansing Powder di atas tapak tangan, titiskan sedikit air sehingga menjadi sepert paste lembut. Massage kulit muka dalam gerakan membulat dan bilas sehingga bersih. Untuk kesan maksimum, biarkan paste di muka selama 2-5 minit sebelum dibasuh.


ORGGA Face Mist Le Neroli | Selepas menggunakan ORGGA Cleansing Powder, goncang sebelum guna dan spraykan ke muka serta leher. Tekapkan kulit muka dengan lembut menggunakan tapak tangan. Sementara kulit muka masih lembab, teruskan dengan penggunaan ORGGA Luxe Beauty Oil.


ORGGA Luxe Beauty Oil Libra | Titiskan 2-3 titis ke atas dahi dan pipi, kemudian urut secara lembut hingga meresap ke dalam kulit. Atau boleh juga dititis pada tapak tangan dan gosok kedua tapak tangan pada muka serta urut secara lembut sehingga meresap. 


Untuk pengetahuan korang, produk-produk ORGGA ini mempunyai jangka hayat selama 6 bulan apabila selepas dibuka. Dan jangan risau kesemua produk ORGGA telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi yang ingin dapatkan produk ORGGA boleh Pre-order dahulu dari 31 August hingga 21 September 2018 dan dapatkan harga istimewa dengan penghantaran pos secara percuma. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.orgga.my

Love,

PREGO BUDDIES | Pasta Kering Berbentuk Menarik Yang Pertama Untuk Kanak-Kanak Oleh PREGO

$
0
0
Prego, pakar hidangan pasta, telah pelancaran Prego Buddies iaitu pasta kering berbentuk menarik keluarannya yang pertama untuk kanak-kanak baru baru ini. Prego Buddies diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta didatangkan dalam beraneka bentuk bertemakan sukan serta angkasa yang pastinya dapat membantu para ibu memikat selera anak-anak mereka untuk menikmati hidangan pasta yang berkhasiat lagi menyeronokkan. Apa yang lebih hebat ialah ia boleh disediakan dalam hanya 10 minit.

Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.

Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh para ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan. Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.


Turut hadir pada majlis pelancaran yang diadakan di Sunway Pyramid itu ialah selebriti serta pelakon wanita terkenal, Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana; pengacara radio dan TV, Gan Mei Yan dan anaknya Jo; tukang masak cilik, Danish Harraz; maskot Prego Buddies, Buddies dan watak siri animasi popular Malaysia, BoBoiBoy.

Pada majlis itu, Danish Harraz yang baru berusia sebelas tahun turut mempamerkan bakatnya dalam bidang masakan dengan menyediakan salah satu daripada dua resipi ciptaannya yang menggunakan Prego Buddies dan sos pasta Prego. Apa yang pasti, hidangan Buddies Ayam Keju hasil air tangannya itu telah mendapat sambutan hangat dari kalangan para selebriti serta media yang dijemput ke majlis berkenaan.


"Saya sememangnya sudah lama meminati Prego dan merasa amat gembira kerana diberi peluang untuk mencipta resepi saya sendiri menggunakan Prego Buddies. Pasta berkenaan membolehkan anda menyediakan hidangan yang mudah atau mencipta satu resipi yang sangat kreatif. Kedua-dua resepi yang dicipta oleh saya itu boleh disediakan dalam masa yang singkat dengan menggunakan beberapa ramuan yang mudah" ujar Danish.

Para penggemar pasta boleh mendapatkan resipi istimewa hasil ciptaan Danish iaitu – Buddies Ayam Keju dan Cucur Ayam Buddies di www.pregobuddies.com. Para ibu dan anak-anak boleh mendapatkan inspirasi untuk mencipta resipi mereka sendiri di laman sesawang berkenaan sementara anak-anak menerokai aktiviti menyeronokkan bersama-sama dengan Buddies.

Prego Buddies didatangkan dalam dua varian berbeza iaitu pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas. Ia diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli serta boleh didapati dalam pek 200g, pada harga runcit yang dicadangkan RM 2.35. Pengenalan pasta untuk kanak-kanak itu ke dalam rangkaian produk sos pasta dan pasta kering Prego bakal memenuhi kehendak serta citarasa pengguna yang lebih luas. Semua produk tersebut boleh didapati dengan mudah di seluruh negara. Dapatkan beraneka resepi yang mudah serta enak untuk disediakan di www.pregobuddies.com.

Love,

Traveloka Saleabration | Tempah Penerbangan & Hotel Berbaloi Ke Singapore Sempena Matta Fair 2018

$
0
0
Sekejap jer dah masuk bulan September, mama mulalah planning nak buat apa cuti sekolah hujung tahun ni. Apa-apa pun mama nak jugak cuti sekolah anak-anak mama terluang dengan aktiviti yang bermanfaat. Dengan cara bercuti dengan anak-anak dapatlah mama kumpul memori bersama mereka apabila mereka dewasa kelak. Untuk cuti sekolah hujung tahun ini mama planning nak bawak anak-anak pergi Singapore. Dekat-dekat la dulu bagi dia orang merasa naik flight kekdahnya. Tak berani lagi mama nak bawak pergi jauh-jauh risau takut tak boleh kawal pula.


Sebelum itu mama wajib tempah tiket kapal terbang untuk pergi ke Singapore. Kali ni mama nak suruh jer en papa tak payah drive. So mama cadangkan naik flight jer jadi takder la letih nak berjimba-jimba kat sana yer tak. Apa susah mama tempah jer tiket kapal terbang di Traveloka. Senang sungguh tempah dekat Traveloka ni sebab harga memang murah dah berpatutan. Bukan sahaja boleh tempah tiket kapal terbang malah mama boleh booking hotel di sana juga. Hahh kan senang tak perlu banyak website yer tak. Jangan tak tahu website Traveloka ini sangat memudahkan kita sebagai pengguna. Itu yang kita mahukan betul tak.


Korang nak tahu Traveloka tengah mengadakan Traveloka Saleabration awal daripada Matta Fair 2018. Sebut jer Matta Fair 2018 mesti ramai berpusu-pusu nak cari pakej percutian yang menarik di Malaysia atau luar Negara. Masa ini lah kita sebagai rakyat Malaysia mencari peluang untuk percutian yang murah di Matta Fair 2018. Untuk pengetahuan korang semua, untuk membuat penempahan Traveloka Saleabration ini dari 4 September 2018 sehingga 10 September 2018. Manakala untuk tempoh perjalanannya pulak adalah bila-bila masa dan dimana sahaja destinasi yang korang nak tuju. Menarik sungguh ni.


Apa yang menariknya dan kenapa mama wajib menempah tiket kapal terbang dan percutian ke Singapore sempena Traveloka Saleabration ini adalah terdapat tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Kupon diskaun sebanyak 8% atau sehingga RM40 (tertakluk kepada terma dan syarat) atas tiket penerbangan dari syarikat-syarikat penerbangan yang terlibat. Yang paling menariknya tempah di traveloka ini adalah No Booking Fee! Woww memang jimat banyak lah bajet mama kali ni.


Kalau dah pergi Singapore ni mama nak sangat pergi theme park Universal Studio Singapore yang berdekatan dengan Sentosa Island. Ini bukan sahaja anak-anak jer teruja malah mama sendiri pun teruja sebab tempat ni sangat menarik dengan pelbagai aktiviti untuk diterokai. Di Universal Studio Singapore terdapat permainan dan tarikan seperti Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York.

Banyak juga mama bertanya kepada kawan dan carian Google mengenai tips ke Universal Singapore ni. Salah satunya sebelum pergi pastikan beli tiket masuk secara online untuk dapatkan harga yang murah. Selain itu, elakkan membawa bag yang bersaiz besar untuk memudahkan pergerakkan di dalam USS. Paling penting pakai pakaian yang selesa dan juga kasut yang selesa untuk memudahkan bergerak di sana kerana kawasan USS tersebut sangat besar.


Ramai cadangkan dekat mama kalau dah sampai ke Singapore jangan lupa mencuba makanan terkenal di sini iaitu Sup Tulang Merah di kedai Deen Tiga Rasa yang terletak di Beach Road. Tengoklah warna merah darah Sup Tulang Merah ni mungkin nampak menakutkan sikit tapi rasanya sangat-sangat sedap. Kuah merahnya rasa pekat dan berempah serta sedikit manis-manis. Manakala dagingnya pula di masak begitu empuk dan lembut. Terus terliur mama nak pergi mencuba sendiri Sup Tulang Merah di Singapore.


Oh ya untuk penginapan hotel pula mama nak tempah di Hotel Resort World Sentosa. Untuk tempahan hotel boleh juga buat di website Traveloka dan boleh dapatkan harga yang murah dan berbaloi. Hotel Resort World Sentosa ini adalah hotel yang terbaik dan strategik di Singapore. Menariknya hotel ini berdekatan dengan Universal Studio Singapore, jadi mudahlah untuk mama dan keluarga berehat selepas keletihan berkunjung ke USS.


Tak sabar pulak tunggu Disember nanti dapatlah mama dan keluarga ke Singapore dengan tempahan Traveloka Saleabration sempena Matta Fair 2018 tahun ini. Yang lagi mama suka dengan Traveloka ini boleh tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di mana-mana destinasi. Sungguh mudah dan berbaloi dengan bajet kita untuk kemana sahaja dengan Traveloka. Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari  https://www.traveloka.com/en-my/

Love,

KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Kad Khas Untuk Kaum Ibu Di Negeri Selangor

$
0
0
KISS - Kasih Ibu Smart Selangor | Kad Khas Untuk Kaum Ibu Di Negeri Selangor - Pernah korang dengar pasal kad KISS ni? Ok kad KISS ni khas untuk kaum ibu bagi berpendapatan rendah di Selangor. Kad ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas setiap bulan. Menariknya bagi ibu yang layak dapat membeli keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).


KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor ini diperkenalkan pada rakyat Negeri Selangor pada hujung tahun 2017. Kalau mama kerja pun memang tak layak la sama sekali untuk isi borang ni. Dah tak kerja ni mama just try la cuba isi mana la tahu dapat. Kalau dapat alhamdulillah.. kalau tak dapat pun tak per. Lepas baca syarat kelayakan tu mama rasa macam layak. Hahaha. kalau orang kata kat mama tak layak tu dia orang tak duduk tempat mama. Almaklum la mama dah tak bergaji kan cuma en papa jer yang bergaji sekarang ni. Itu pun mesti orang akan pertikai punyalah kenapa mama boleh dapat dengan senang. huhuhu sekarang banyak makcik bawang.

Sebelum kena kecam baik mama explain dulu. kahkahkah. yer kalau mama kerja dulu memang mama tak layak apply kad ni sebab gaji lebih kan. hukhuk. Memandangkan sekarang hanya gaji en papa jer dan gaji dia dalam lingkungan syarat tu. gaji en papa dia more to komisyen. Huhuhu.. kalo tambah gaji + komisyen memang tak lepas.. dah jangan banyak tanya syarat dah gitu so permohonan mama lepas. Orang kata rezeki jangan ditolak ehh.. 

SYARAT KELAYAKAN KISS
Syarat kelayakan untuk memohon seperti gambar di atas. Walau mama bukan penduduk yang lahir di Selangor tapi mama dah menetap di Selangor lebih 10 tahun so memang lepas lah itu pun kalau dah berdaftar mengundi di Selangor. Kalau kau penduduk di Selangor tapi mengundi di Kedah memang tak dapat. So nanti dapat result jangan tanya kenapa tak dapat yer. Ok tang pendapatan pulak memang dia orang akan check kita punya potongan KWSP. so jangan nak simply-simply tipu ok!. Ok gaji blogger takder KWSP hukhukhuk. Tapi kad ni juga akan layak khas untuk ibu tunggal juga tau. 


Manfaat Kad KISS ni bagi yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan. Alhamdulillah lepas la beli-beli barang dapur skit kan. Syukur sangat kalau kerajaan Negeri Selangor dapat bantu macam ni. Ehh tapi lama juga mama nak dapat result kad KISS ni. Mama apply awal tahun, bulan September baru lulus beb. lama lah dia orang ambil masa nak check semua tu kan. Tu lah mama cakap ada rezeki tu adalah. Masa isi borang pun kena sabar sebab nak kena ada tandatangan penghulu kampung bagai. Gigih juga la nak dapat pengesahan semua tu. 

Untuk belian barang pun ada terma dan syarat juga. Kad ni hanya boleh guna di kedai yang terpilih seperti 99 Speedmart dan Giants yang berdaftar. Kedai 99 ni jer paling dekat dengan mama so mama cuba lah. Semalam mama try beli dan ada beberapa benda yang tak boleh. macam jenama planta tak boleh, tea pun tak boleh. yang dapat grab semalam roti gardenia, telur, susu Dutch Lady, milo. Hehehe try la kan sebab duit yang dalam kad ni tak boleh carry foward ke bulan depan. So kena guna sampai habis bulan tu. hahh gituuu.. Ada baki lagi dalam tu nanti mama beli benda lain. Ohh sebelum tu kalau nak beli barang hanya untuk barang KISS saja, kalau barang yang lain kena bayar lain resit. Kiranya resit tu hanya untuk kad KISS sahaja. Ok ada paham.

Cara kad KISS digunakan. korang baca la kat gambar tu. malas pulak mama nak story panjang.


Ni kad yang mama terima kemarin. Sebelum guna kad ni kena aktifkan dulu yer. Ada cara-caranya, korang boleh aktifkan di website atau SMS. Senarai panel kedai KISS ni boleh tengok di SINI. Terima kasih kerajaan Negeri Selangor memilih mama untuk kad KISS ni dan beri peluang meringankan beban setiap bulan. Peluang yang ada ni kita kena cuba dapatkan mana lah tahu rezeki kita. Ok yang mana layak nak memohon boleh pergi ke website Kasih Ibu Smart SelangorUntuk maklumat lanjut boleh layari www.kiss.com.my

Love,

ShakeITZ Selfie Drink | Kuruskan Badan Dengan Cara Semulajadi & Sihat

$
0
0
ShakeITZ Selfie Drink | Kuruskan Badan Dengan Cara Semulajadi & Sihat - Siapa kat sini nak kurus? Rasa semua nak kurus tak kira perempuan mahupun lelaki. Dengan badan yang kurus kita rasa lebih berkeyakinan dan keterampilan kita cantik. Mama pun nak juga kurus cuma menyusu badan ni susah skit asyik lapar jer kerjanya. Sampai en papa pun mula tegur mama lah kata perut mama dah berlipat ketika mama duduk. Ohh stress tapi mama pun perasan baju-baju mama mulah ketat di lengan. Fuhh ini tidak boleh jadi, mama harus buat sesuatu sebelum badan ni makin mengembang.


Sebelum badan makin mengembang, mama dah mula balik sesi workout setiap hari di rumah. Bukan sahaja mama gigih workout tapi mama mengamalkan minuman tambahan untuk kuruskan badan dengan cara semulajadi dan sihat. Produk minuman tambahan yang mama maksudkan adalah ShakeITZ Selfie Drink. Korang pernah dengar tak ShakeITZ Selfie Drink? Mesti tak pernah kan, mama pun baru tahu jer produk ni. 

ShakeITZ Selfie Drink adalah dari produk bumiputra BMAR EMPIRE TRADING merupakan minuman tambahan bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan sihat. Minuman ini dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membantu melancarkan pembuangan sisa toksin dalam badan kita. ShakeITZ ini yang diperkaya dengan gluthathione dan Vitamin C serta Apple Stemcell yang baik untuk kulit. Selain itu, turut terdapat bahan-bahan yang banyak khasiat untuk penurunan berat badan seperti green tea, garcia cambogia, green coffee bean, Vitamin E dan fenugreek.


Umur mama semakin meningkat jadi kadar metabolism dalam badan semakin berkurang, dengan pengambilan serbuk ShakeITZ ini berupaya untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. Minuman ini membolehkan penurunan berat badan secara sihat. Jadi bagi orang yang tiada masa bersenam bolehlah amalkan ShakeITZ ini kerana bukan sahaja tanpa berlapar dan tak perlu bersusah payah nak workout selalu. Cuma kalau rajin workout lagi bagus sebab penurunan berat badan seseorang lagi pantas. 

Antara kebaikkan ShakeITZ Selfie Drink ini adalah :-
  • Menurunkan berat badan dengan pantas
  • Mengempiskan perut
  • Menghilangkan lemak degil
  • Dapat mengawal selera makan
  • Pinggang menjadi ramping
  • Kulit menjadi lebih putih, cerah dan lembut
  • Membakar lemak dari dalam
  • Mengeluarkan toksin dan mencuci usus
  • Melawaskan pembuangan air besar
  • Meningkatkan kadar metabolisme
  • Membakar kalori berlebihan
  • Menghalang pembentukan lemak
  • Menghalang kolestrol jahat

Untuk sekotak ShakeITZ Selfie Drink ini mengandungi 15 paket (20gm) dan hanya perlu minum sepeket sehari sebelum sarapan pagi ketika perut masih kosong. Bagi yang mengamalkan ShakeITZ ini korang tidak perlu berlapar dan boleh makan seperti biasa. Cuba amalkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Apa yang paling penting selepas minum ShakeITZ ini korang wajib minum air kosong sebanyak 3 liter untuk dapatkan hasil yang maksima. 

Cara penyediaan cukup  mudah sahaja. Koyakkan sepeket ShakeITZ dan masukkan ke dalam air suam/sejuk sebanyak 250ml. Kemudian shake atau kacau sehingga sebati. Kemudian terus minum segera. 



Review mama minum ShakeITZ Selfie Drink

Hampir seminggu lebih mama amalkan ShakeITZ Selfie Drink pada setiap pagi. Untuk tekstur air ni rasanya air buah hijau. Memang takder masam tapi ada sedikit manis. Bagi 3 hari pertama mama rasa badan mama detox giler-giler sampai mama kerap ulang pergi tandas buang air kecil dan besar. Selain itu, mama kerap berpeluh selepas minum ShakeITZ ini. Rasa macam jogging pulak. Hahaha

Mungkin sesetengah orang yang minum ShakeITZ ini mengalami tindak balas berlainan. Macam mama memang mama kerap ulang alik toilet sampai cirit birit. Tapi bagus sebenarnya rasa perut kempis sedikit dari sebelum ni. Yang lagi best rasa kurang nak makan nasi kira macam selera makan berkurang sebab mama rasa dahaga itu pasal kerap nak terkucil jer. Dari segi penurunan berat badan masih belum tapi mama rasa badan makin ringan dan perut berlipat semakin berkurang. Selain boleh menguruskan badan, dalam masa yang sama ShakeITZ ini boleh mencantikkan kulit wajah dan badan.


Itu review testimoni dari mama jom kita tengok apa kata testimoni pengguna yang lain selepas minum ShakeITZ Selfie Drink ni. Mama sendiri pun puas hati minum ShakeITZ Selfie Drink ni, jadi mama kena konsisten pengambilan ShakeITZ ni untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Testimoni ShakeITZ Selfie Drink

Testimoni ShakeITZ Selfie Drink

Harga sekotak ShakeITZ Selfie Drink ini RM140.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM150.00 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi yang berminat untuk mencuba ShakeITZ Selfie Drink ini boleh hubungi BMAR EMPIRE TRADING di talian 018-766 0532 atau boleh juga menghubungi terus stokis-stokis yang berdekatan seperti berikut :

Pahang | Effa Afzan [012-794 5329]
Batu Pahat | Shikin Shah [017-663 8820]
Sarawak | Aiza [014-894 8028]
Sarawak | Ely Syariani [012-830 8284]
Kuala Lumpur | Erny Liana [011-2090 7399]
Johor Bahru | Eza [018-783 1018]
Johor Bahru | Azlina [011-1245 5528]
Kelantan | Lylia [012-788 4728]

Untuk maklumat lanjut dan pembelian ShakeITZ Selfie Drink boleh hubungi :-

No Telefon : 018-766 0532

Love,

Mama Sutra Glamohealth | Minuman Kesihatan Untuk Masalah Kaum Wanita

$
0
0
Mama Sutra Glamohealth | Minuman Kesihatan Untuk Masalah Kaum Wanita - Sebagai wanita kalau kita tidak dijaga rapi dari luar dan dalam boleh mengakibatkan pelbagai masalah dan penyakit. Jadi dengan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat dapatlah badan kita sentiasa sihat setiap hari. Selain itu, dengan pengambilan minuman kesihatan tambahan juga mampu mengubati masalah kaum wanita itu sendiri. 

Mama sendiri pun turut mengalami masalah wanita ini pada setiap bulan selepas datang bulan seperti masalah keputihan sehingga rasa tak selesa. Masalah ni jer boleh membuatkan mama rasa tekanan sampai nak kena pakai pantyliner setiap hari. Rasa leceh giler sebab mama paling  tak suka pakai pantyliner hahaha. Di samping itu, mama wajib minum air kosong yang cukup dan mengamalkan minuman kesihatan seperti Mama Sutra dari Glamohealth.



Mama Sutra dari Glamohealth ini merupakan satu minuman kesihatan yang berasaskan herba-herba  terpilih dimana herba ini sangat banyak manfaat khas bagi kaum wanita. Herba-herba dalam Mama Sutra ini mempunyai kelebihan tersendiri serta mampu merawat masalah-masalah dalaman dan luaran seseorang. Minuman kesihatan ini tidak perlu dibancuh malah boleh terus minum. 

Antara kelebihan Mama Sutra adalah :-
  • Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
  • Membantu merawat masalah vagina berbau 
  • Membantu mengetatkan faraj 
  • Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj 
  • Membantu melambatkan proses monopous 
  • Membantu mengurangkan masalah sengugut 
  • Membantu membuang angin dalam badan 
  • Membantu menghilangkan bau badan 
  • Memberi tenaga dalaman wanita 
  • Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat

Terdapat 17 kandungan herba yang terdapat di dalam Mama Sutra :-
  1. Kurma - Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim
  2. Prunes - Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.
  3. Delima - Sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Ia juga membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri serta cerah.
  4. Buah tin - Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral di dalam nya untuk menggalakkan tenaga dan stamina.
  5. Kacip Fatimah - Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual
  6. Air Mawar - Khasiatnya memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh badan. Bahkan bagi yang memiliki gejala psikologi, seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan-lahan di sembuhkan melalui cara ini
  7. Buah Asam Gelugur - Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas, Garcinia Combogia juga dapat digunakan sebagai salah satu solusi bagi anda yang ingin selalu tampak awet muda.
  8. Halia - Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis.
  9. Sirih - Sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Sirih dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.
  10. Kunyit putih - Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka2 dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh.
  11. Manjakani - Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin
  12. Serapat - Digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain. Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.
  13. Manggis - Kulit manggis mengandungi banyak zat aktif yang berguna untuk mengubati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengubati keputihan
  14. Kayu Manis - Mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde. Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon
  15. Habbatussauda - Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan.
  16. Kolagen - Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.
  17. Arabic gum - Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut


Cara pengambilan Mama Sutra ini boleh diamalkan 1 sudu pada sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 sudu pada malam sebelum tidur. Diingatkan sila guna sudu plastik lebih baik kerana salah satu bahannya ialah madu. Jadi jika menggunakan sudu besi boleh mengakibatkan zat pada madu hilang. Jika badan rasa panas disarankan minum air kosong untuk melancarkan Mama Sutra ni yer.

[REVIEW MAMA]

Hampir 2 minggu mama amalkan Mama Sutra dan ternyata badan rasa bertenaga dan kembali aktif seperti biasa. Kalau tidak badan berangin jer sampaikan lemau setiap kali bangun pagi. Selain itu, masalah seperti keputihan dan lelehan pada faraj pun berkurang semenjak amalkan Mama Sutra ni. Yang paling mama perasan pada perubahan mama adalah bau badan yang tidak diingini hilang. Selalunya kalau pakai deodorant pun masih ada bau badan. Memang bagus la Mama Sutra ni.

Rasa Mama Sutra ni rasa kurma, delima, herba-herba yang dicampur yang membuatkan Mama Sutra ni sangat sedap. Yang tu korang jangan risau yer.. mama kalau tak boleh lalu tekak memang tak minum tapi Mama Sutra ni sumpah sedap! Cara minum hanya amalkan satu sudu tapi sebab sedap sangat mama minum sampai 2 - 3 sudu terus. Heheheh. Itu pasal tenaga mama terlebih setiap hari. Bayangkan bangun seawal 6 pagi untuk uruskan anak dan menguruskan rumah. Sebelah malamnya  mama tidur pada jam 1 pagi. Power tak power!!


Untuk pengetahuan korang, Mama Sutra ini keluaran Buatan Malaysia dan semestinya Halal. So korang jangan risau bab tu. Untuk sebotol mengandungi 250ml dan harganya pula RM40.00 (Semenanjung Malaysia) manakala RM45.00 (Sabah & Sarawak). Jom dapatkan Mama Sutra sekarang!

Promosi Mama Sutra : Pendaftaran percuma bagi yang berminat menjadi agen dialukan. Boleh hubungi terus ke Mama Sutra HQ. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Telefon : 014-711 6101

Love,

Antabax | Langkah Mudah Untuk Mengurangkan Risiko Jangkitan HFMD

$
0
0
Penyakit kaki dan mulut atau dikenali sebagai HFMD paling kerap menjangkiti golongan bayi dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Namun begitu, kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh dijangkiti HFMD . Justeru, amat penting untuk kekal bersih sepanjang masa dan cara yang paling mudah untuk melakukannya adalah dengan menggunakan rangkaian auxiliary produk Antabax. 


Antabax, rangkaian produk penjagaan diri antibakteria Halal nombor 1 di Malaysia mempunyai rangkaian auxiliary yang terdiri daripada Antabax Antibacterial Cleansing Wipes, Instant Hand Sanitizer dan Hand Sanitizer Spray bersaiz poket. Produk kebersihan yang penting ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan HFMD pada kanak-kanak dan bayi.

HFMD ialah penyakit berjangkit yang boleh tersebar menerusi sentuhan langsung dengan mukus, air liur, cecair lepuh dan najis kanak-kanak yang mengalami jangkitan . Ia juga boleh tersebar secara tidak langsung menerusi permukaan yang sudah dijangkiti. Maka, cara terbaik adalah melakukan pembersihan ke atas barang yang sering disentuh di rumah atau yang dikongsi bersama orang ramai di tempat awam. Antaranya adalah botol minuman kanak-kanak, tombol pintu atau kerusi bayi. Kesat dengan menggunakan Antabax Antibacterial Wipes, yang mampu menghilangkan 99.9% kuman.


Baru-baru ini terdapat laporan bahawa wabak HFMD yang bermula di Pulau Pinang berpunca daripada pemegang troli pasar raya . Sebagai langkah mudah dan juga untuk ketenangan fikiran, semburkan Antabax Hand Sanitizer Spray ke atas pemegang troli dan kesat dengan tisu yang bersih. Ia juga sangat berguna bagi membersihkan permainan, peralatan sekolah seperti bekas pensil yang mungkin sudah disentuh oleh kanak-kanak lain. Ia juga boleh digunakan pada tandas awam, pemegang keretapi atau bas untuk anda yang menaikinya setiap hari.

Tangan kita sentiasa nampak bersih kerana kuman tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Penting buat ibu bapa untuk membersihkan tangan mereka selepas bersentuhan dengan orang luar atau peralatan awam sebelum memegang anak sebagai langkah berjaga-jaga. Biarkan Antabax Gel Sanitizer bersihkan semua kuman itu! Picit sedikit ke atas tapak tangan, gosok pada seluruh tangan dan di antara jari kerana ia dapat menghilangkan kuman, terutamanya ketika ketiadaan sabun dan air.


Rangkaian produk Antabax menawarkan perlindungan 24 jam dan membunuh sehingga 99.9% kuman berbahaya. Diformulasikan dengan vitamin dan Aloe Vera untuk memastikan kulit kekal sihat dan lembab, Sistem Perlindungan Derma mengandungi Serum Pelembapan Mikro yang menjadikan tangan sentiasa lembut, licin dan sihat. Diuji secara dermatologi supaya lembut ke atas kulit yang paling sensitif, rangkaian produk ini sesuai untuk kegunaan harian. Penggunaan Antabax memberikan ketenangan minda kepada seluruh keluarga kerana jenama ini diiktiraf Halal oleh JAKIM.

Amalan kebersihan yang baik bermula dari rumah. Sama-samalah kita mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan dalam usaha membantu mengurangkan risiko anak-anak daripada dijangkiti HFMD dengan menggunakan Antabax. Maklumat lanjut dan tips tentang bagaimana untuk mengurangkan risiko jangkitan HFMD, kunjungi Facebook Antabax : fb.com/NewAntabax atau layari Antabax Instagtam @antabax untuk kemas kini.

Love,

Adventure Park & South Creek | Tempat Aktiviti Jogging & Hiking Terbaru di Eco Hill 2 Beranang

$
0
0
Adventure Park & South Creek | Tempat Aktiviti Jogging & Hiking Terbaru di Eco Hill 2 Beranang - Selepas kewujudan Eco Forest di Broga Hill Semenyih, ni hahh ada tempat riadah terbaru di Beranang iaitu Adventure Park dan South Creek. Lama mama dah tau tempat ni, itu pun mama tengok banner tepi jalan. Pernah pergi sekali ikut Google Maps tapi tipu punya Google Maps ada ker bawak pergi ikut jalan kampung mana ntah. Cisss pembohong punya Google Maps hehehe. padahal senang jer nak pergi sini sebelum kubur Beranang tu ambil ikut kanan. Masuk jer jalan kilang tu akan nampak EcoHill 2. 


Kali ni pergi Adventure Park pakaian proper skit dengan pakaian sukan + kasut sport. Tempat Adventure Park ni bukan tempat riadah berkelah yer hahah.. hari tu mama tengok ada orang angkut makanan makan kat atas. Perghh gigih betul. Adventure Park ni sangat sesuai untuk hiking dan cycling sebab memang ada track laluan naik ke atas. Fuhh peluh jugak la mama nak jalan naik sampai atas. Anak-anak memang excited laju jer depa lari sampai atas. Mama papa dah kebelakang.. 


Sampai check point 1 ni ada playground untuk bebudak. Seronok la anak-anak main playground. Qeisya pun sakan naik slide sampai tak nak balik. Qeram siap jumpa kawan sekolah dia. Suasana pun best memang back to nature la. Bunyi cengkerik, permandangan pokok hijau dan yang tak leh tahan nyamuk belambak weh. dah la size nyamuk besar-besar!! geram jer nak tampaq. hahahah

Paksa Qebal snap gambar mama. hahaha kepeluhan dont care!

Weolls jalan lagi naik ke atas.. ok ini agak mencabar skit sebab tinggi giler. kalau naik basikal pun mau jenuh kayuh ni. Terus en papa kata nak beli basikal lah boleh datang berbasikal kat sini. gigih la en papa ni.. hahah kang basikal tu tersadai kat rumah. Penat jugak weolls hiking ritu sebab takder warming up terus jalan naik mau pancit jugak nih.. Betis mama pun start sakit. tapi mama ok jer.. 

Anak-anak memang suka nak bergambar sekarang. Motip basikal ni untuk tengek duduk sekejap kot.

Besar kan maps Adventure Park ni. Fuhhh..

Dekat atas ni ada buaian ni.. tapi kann nyamuk belambak dan besar-besar!! hahahah

Ok kita orang jalan lagi. dah sesi exercise kan so kena lah jalan semua tempat. Sampai kami turun ke bawah ni ada port aktiviti rintangan dan fitness. Menarik tempat ni cuma kena berjalan skit la nak sampai ke tempat tu. Orang kata tempat baru so masih baru la barang-barang kelengkapan fitness kat sini. Lama-lama kalau tak dijaga elok mau rosak kan. Harap pihak Ecohill jaga lah tempat ni dengan sebaik mungkin. So sebagai pengguna pun kenalah jaga tempat ni elok-elok dan dapat jogging atau hiking bersama keluarga pada hujung minggu. 


Suka bebudak ni dah cakap mama setiap minggu kita datang sini ehh.. habis laaa.. 

Lepas turun dari Adventure Park, weolls lepak dekat South Creek Ecohill 2. South Creek ni tempat baru untuk beriadah bersama keluarga, anak-anak main playground dan tempat jogging. Ehh kat sini ada sewa basikal dan ada harganya. Mama tanya basikal untuk 4 orang tu RM40 untuk 30 minit. Perghhh renyeh dengar harga.. Ok la kalau sesaja suka boleh jer.. Time tu weolls datang kejap jer. 

Wajib gambar depan ni.. mama is tukang tangkap gambar. 

Jambatan ni memalam cantik sebab ada lampu.. sesiang macam ni jer lah. 

Nampaknya setiap weekend dah ada aktiviti setiap pagi atau petang untuk beriadah bersama anak-anak. Mama rasa better Ahad petang pergi sini sebabnya sebelah malam confirm depa letih dan akan tidur awal. Hehehhe. InsyaAllah kalau mama takder job kat luar boleh la datang lagi ke Adventure Park & South Creek EcoHill 2 ni lagi. Dah dekat sangat dengan rumah mama ni kan. Bagi penduduk Beranang & Semenyih boleh la datang sini ye. 

Love,

Akhirnya Tukar Modem Baru

$
0
0
Cuti panjang 4 hari baru-baru ni memang mama tak pergi mana. Nak balik kampung pun tobat jem. Nak pergi jalan pun macam malas nak rempuh dengan orang ramai. Heheh jenis suka jalan tak der gangguan orang gitu so kita planning pergi jalan time orang kerja baru best. So mama pun buat list untuk aktiviti 4 hari tu. Kira memang sentiasa duduk di rumah la sepanjang cuti. Yang sakit hatinya internet pak streamyx tu pun dia boleh cuti jugak.. perghhh berbulu mama tengok lampu internet jadi kaler merah weh.. sabar maybe tengah cuti so orang guna internet ramai la jangkaan mama. Yang makin geram sampai 4 hari perghhh..

Gambar ni hari Rabu terus tak menyala dsl dengan internet. duk menyala lampu power warna merah jer.. lagilah berbulu oihhh.. 

Start hari Selasa tu dah ok tapi sekejap stabil sekejap terputus. what the fish la line internet ni. Makin menjadi-jadi pulak.. padahal mama bayar jer sebab internet ni jer yang boleh mama buat kerja blogging. telefon pun memang on wifi jer.. huhh nak harapkan data line serupa siput sedut. asal nak check email kena pergi tengek dekat tingkap. Giler kan.. Mama pun terus call 100 TM tu tanya apa masalah, orang TM kata line ok jer.. Sampai orang technicion TM datang rumah lah check nak tahu sebab apa. 


Orang TM sampai jer dan tengok modem tu terus dia kata modem lama ehh. hehehe yer dah hampir 7 tahun dah guna modem ni. Dia kata kalau check line dekat luar laju jer. ni mesti modem problem.. Fuhh tak kan la time-time macam ni rosak kan.. tapi yer lah modem pun dah lama memang patut di tukar pun. So lepas check sah la modem ni memang rosak sak sak.. cissss.. dia pun suggest kalau nak tukar modem yang TM dia tak galakkan sebab nanti cepat rosak dan tak laju. Nak selamat beli dekat kedai TM kat luar jenis TP Link yang speed 300 yang ada 2 antena dan harganya pulak around RM100 macam tu. 


So mama pun beli lah modem yang orang tu suggest. Tapi memula tu kata kena setting sendiri. Perghhh macam mana nak setting sebab mama is buta skit bab-bab macam ni. Memang mama tak reti langsung. Si adik manis Lisa cakap senang jer kak jue.. nanti dia guide kan. Terus mama pergi beli modem ni dengan harga RM99. Balik terus pasang dan try setting. Masa nak pasang pun ehh lagu mana ni.. memang otak mama blur that time.. tarik napas lepas dan cool mama benda kecik jangan dibesarkan. kahkahkah. padahal hang buat kalut mama oiihh...

Lisa kata kena tekan nombor 192.168.1.1 sampai keluar login dan password masukkan detail admin dan password admin. ohh gitu.. mama macam pernah buat jer benda alah ni. muahaaha tapi biasalah mama rasa macam susah yakmat. lepas dah login tu tekan quick start dan follow next apa yang perlu kita key in. Jangan lupa nanti masukkan email streamyx dan password serta nama wifi dan password wifi baru. lepas tu settle. ehh senang jer rupanya. hahaha tapi tunggu la mau kata 4 tahun lagi suruh buat tobat mama lupa. 


So far dah sehari mama guna modem baru ni memang puas hati. Laju la dari dulu.. yang best wifi dia kalau dekat bilik belakang pun full coverage tau. yang modem lama asal masuk bilik belakang jer 1 bar jer tu pun kejap2 tak dapat wifi.. hekhekhek.. lepas ni jangan buat perangai lagi tau.. ni jer nyawa ada.. orang tanya naper tak guna unifi? Ok meh sini nak habaq.. dekat tempat mama ni unifi hanya untuk landed house sahaja. bagi apartment memang tak cover. kebenda ntah fiber dia mahal sangat. so nak tak nak kena setia jugak la dengan streamyx 1mbps ni jer. wehh orang tak pakai dah 1mbps tapi nak buat macam mana.. nak upgrade ke 3mbps pun tak boleh. so bertabahlah guna pak streamyx ni. heheheh...

Love,

Ayam Brand Menjadi Sebahagian Daripada Sejarah Dan Warisan Budaya Malaysia Selama 126 Tahun

$
0
0
Dari zaman British Malaya ke Malaysia, Ayam Brand sentiasa mengekalkan akar umbinya di negara ini. Produknya yang telah dinikmati dan disayangi oleh generasi rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu makanan ruji yang paling penting di rantau ini. Setiap orang akan menggambarkan jenama ini dengan frasa “saya membesar dengannya”.

Ayam Brand diasaskan di Malaya pada tahun 1892 dan pada mulanya merupakan perniagaan perdagangan produk mewah yang diimport dari Perancis. Logo dahulu masih digunakan pada hari ini memperlihatkan ayam jantan dan nama pengasas, Alfred Clouet, seorang warganegara Perancis. Penduduk tempatan menamakan produk ini sebagai ‘Ayam Brand’ atau ‘Cap Ayam’ dari gambar ayam jantan. Nama tersebut melekat dan beberapa dekad kemudian, jenama Alfred Clouet ini secara rasminya dinamakan semula sebagai Ayam Brand yang masih kekal sehingga ke hari ini.


Pada masa Kemerdekaan Malaysia, nama syarikat “Clouet Malaya” tidak lagi wujud. Sebuah syarikat baru yang dipanggil A.Clouet & Co. (KL) Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1957 di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur. Syarikat ini mempunyai pertalian dengan keluarga diraja Negeri Sembilan sebagai salah satu pemegang saham utamanya dengan Allahyarham Tunku Tan Sri Mohamed Tunku Besar Burhanuddin. Dan pada hari ini, anaknya Dato Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed masih merupakan salah satu pemegang saham utama syarikat.


Walaupun gambar ayam jantan jarang sekali berubah sejak bertahun lamanya, tidak ramai yang mengetahui cerita disebalik warna merah dan kuning ikonik sardin dan mackerel dalam sos tomato Ayam Brand. Warna-warna ini diperkenalkan pada tahun 1960 bagi menyerlahkan kualiti unggul produk tersebut kerana Ayam Brand telah mula menerima sardin premium dari Jepun. Bungkusan ini menjadi simbol rantau ini dimana pengguna mengenali Sardin Ayam Brand menerusi warna merah dan kuning jenama tersebut.


Bermula pada tahun 1957, Ayam Brand telah mula melaksanakan tahap kawalan kualiti ikan yang tinggi dan melabur di sebuah kilang di Taiping, Malaysia. Hari ini, dengan 1200 pekerja tempatan Malaysia menjadikan kilang sardin tersebut antara yang terbesar di Asia Tenggara. 100% daripada sardin Ayam Brand dikeluarkan di Taiping.

Kualiti sebagai keutamaan 

Kilang Ayam Brand telah menerima pensijilan tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan. Mereka adalah antara yang terpilih yang dibenarkan mengeksport ke Amerika Syarikat dan Eropah. Salah satu yang paling penting di Malaysia adalah pensijilan JAKIM, yang merangkumi bukan sahaja keperluan agama tetapi juga memperakui kualiti pengeluaran. Ayam Brand telah disenaraikan sebagai senarai putih oleh JAKIM yang hanya meliputi syarikat makanan yang boleh dipercayai.


Ayam Brand terkenal dengan kualiti. Mereka masih menggunakan proses pengeluaran yang manual kerana perjagaan yang rapi diperlukan. Selain daripada pemilihan ikan yang ketat, pemprosessan sardin Ayam Brand memerlukan lebih daripada 1,000 pekerja tempatan Malaysia yang berkelayakan untuk pemotongan ikan sardin, dicuci dan dibasuh dengan tangan. Ikan sardin juga dimasukkan ke dalam tin secara manual supaya ikan tersebut tidak rosak dan kualitinya akan terpelihara. Kualiti merupakan asas bagi semua produk Ayam Brand, dengan seramai 120 pekerja yang bekerja di jabatan kualiti bagi memastikan piawaian tertinggi tidak sahaja dipelihara tetapi juga sentiasa bertambah baik.


Sardin Ayam Brand ditangkap dari lautan sejuk. Mereka berbeza daripada sardin tempatan kerana mereka lebih berlemak, enak dan lebih lazat. Walaupun produk ini adalah produk ruji dan dimakan oleh setiap dua orang penduduk Malaysia, sardin Ayam Brand dilihat menjadi sedikit mahal berbanding dengan ikan segar. Ini kerana satu kesilapan dalam persepsi: apabila ikan segar yang disediakan (usus, kepala dan ekor yang dikeluarkan), ia akan kehilangan separuh daripada beratnya, yang akan kemudian dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus semasa memasak. Bandingkan ini dengan kualiti sardin di dalam tin di mana berat ikan sepenuhnya boleh dimakan, cepat dan senang tanpa sebarang gangguan di dapur dan tidak perlu dikemas. Ini menjelaskan mengapa sardin dalam tin kekal sumber ikan yang berpatutan. Layari pautan www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook Ayam Brand-World of Recipes.

Love,

Produk Kepakaran Khas Terbaru Dari WD-40®

$
0
0
Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus untuk penggunaan tertentu. 

Menyedari perkara ini, WD-40® memperkenalkan barisan produk kepakaran WD-40® pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini membantu juruteknik supaya pekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mantap.


Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk kepakaranWD-40® utuk melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan anda. Berikut adalah 5 tambahan baru dalam barisan kepakaran WD-40®. Jom kita lihat sama ada tugasan atau pekerjaan anda memerlukan bantuan Pakar!

WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY



  • Direka khas untuk industri pengedalian makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.
  • Ia adalah agen yang terbaik untuk menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol, tali sawat, penggelek dan lain-lain. 
WD-40®SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER



  • Penghapus debu udara ini sangat berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah. 
  • Tidak kesat dan tidak menghakis, produk ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk dan sebagainya- tanpa meninggalkan sebarang sisa. 
  • Ia selamat digunakan pada permukaan plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya; kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba). 
WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE


  • Kualiti premium, pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan daripada hakisan.
  • Ia tidak menitis, kerana dicipta dengan sifat lekatan dan kedapan yang sangat baik untuk memberi ketahanan terhadap air.
  • Produk ini boleh digunakan di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear, rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera) 
WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL



  • Produk ini direka untuk menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran. 
  • Ia mengurangkan tenaga pemotongan dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam. 
  • Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran, ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan.
WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK


  • Produk ini menghilangkan karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di sekitarnya. 
  • Tidak bertoksik, tidak mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok. 

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk-produk kepakaran WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.

Love,

Kebaikan & Jenama Green Tea Di Malaysia

$
0
0
Bagi yang nak kurus, salah satu minuman yang korang kena minum adalah air green tea. Korang tau kan air green tea ni sangat bagus untuk process pembuangan toksin di dalam badan yang membantu untuk mengurangkan berat badan. Dah banyak kajian yang dilakukan dengan green tea, memang terbukti dan membantu mereka yang mahu kurus. No wonder la orang Jepun boleh hidup sampai 100 tahun sebab hari-hari dia orang amalkan minum green tea sebagai minuman asas. 

Sebelum ni pun mama pernah amalkan. Ehh dah macam-macam jenama mama minum. Sesiapa yang suka memang dah terbiasa tapi bagi yang setengah orang confirm la kata tak sedap. Dah air tea tanpa gula, biasala tak sedap.. Yang tak sedap tu la sebagai penawar tau. Hahaha. Since mama nak kurus balik badan yang tengah mengambang ni mama pun mula minum balik air green tea penganti air manis. Yes dengan cara ni jer mama kena berhenti dengan minum air manis. Mama beli 2,3 jenis jenama juga yang ada kat pasaran. Orang kata tu sedap beli.. orang tu kata best beli.. hahah end up stock green tea berkotak-kotak kat rumah ni. hahaha. en papa pun kena minum sekali untuk kuruskan buncit dia tu. kekekke

Antara jenama yang mama beli.. hahaha padahal green tea jer pun.

Seingat mama sebelum ni mama pernah minum green tea jenama Cane's dengan GC Tea. Yang Cane's tu dah lama giler sebab mama dapat lucky draw office. Yang GC Tea pulak beli sebab terbaca kata boleh kurus bla bla bla.. heheheh mudah terpengaruh dek non memang la mama beli nak kurus tapi idok kurus pun.. Wakaka.. So lepas habis green tea semua tu terus mama stop minum. Lepas raya hari tu mama dah start kena control balik makan dan kena cut air manis. Sebab air manis la boleh jadi mok mok macam ni. Menyampah tau sebab baju ketat tang lengan dan cutting body dah lari weh.. Huhuhu.. 

Ada orang tanya yang mana sedap antara semua jenama green tea ni.. Ok mama boleh review skit la rasa macam mana dan yang mana sedap. Tapi mama rasa sama jer. ke tekak mama dah cap green tea hahah asal green tea jer telan.. muahahah.. 

BOH Green Tea
So mula mama beli Green Tea jenama BOH. Terpaksa beli sebab jenama ni jer ada kat Giant hari tu.. Green tea ni dia more to pahit skit. tapi boleh la minum. Alaa tuang air panas dengan satu uncang tu pehtu ko minum jer. Langgah sampai habis. Memang la tak sedap tapi percayalah lelama tekak dah jadi biasa tau!. 

Ahmad Tea London Green Tea Pure
Ok ini orang suggest suruh minum green tea Ahmad pulak. Heyy mama korang ni dah jenis tahap mudah terpengaruh. Beli dan cuba. Ok pendapat orang kata sedap bagi mama ok la nak kata pahit tu ok jer, wangi pulak takder la wangi sangat. warna hijau dia tak menarik perhatian mama. So kalau jemu air green tea lain boleh la minum air green tea yang ni. Dah banyak jenama so rajin la tukar!.. hahahah..

Lipton Pure Green Tea
Green tea yang ni sebab nak try huhuhu.. Padahal mama terminum green tea masa event Pampers. Sedap pulak green tea kat situ tapi mama macam perasan jenama Lipton. Tu yang mama beli hahaha.. tapi awat rasa tak sama.. heyy teruk mama ni.. Green tea jenama ni dia wangi dan kaler hijau cantik. Takder pahit macam jenama BOH tu. Yang ni pun nice jugak boleh jer minum. 


OSK Japenese Green Tea Leaves
Heheh ini baru beli last week. kahkahkah.. En papa mula geleng kepala kata mama dah gila beli green tea. Mau kata semua jenama kat pasaran ni tobat mama beli. Takper ini namanya nak bagi kesedaran kat en papa suruh kempiskan perut. Jenama OSK ni dah lama mama duk ushar tapi tak berani beli takut tak sedap. Bagi mama ok la tapi bau dia masyaAllah hahahha.. jenuh tahan beb tapi dah beli sampai 50 uncang dengan harga RM18 ko kena minum sampaiiii habis. 

Seeloknya green tea minum waktu pagi dan malam. Mama minum tak kira time punya nak cut air manis dan ternyata memang menjadi la mama dah cut minum manis dekat 3 minggu dah. Kalo air ice latte memang setiap minggu tu pun pahit berdenggung.. hahaha.. En papa pun kena minum setiap hari. Tapi kesian la kat dia memula tu asyik lawas sampai kena ulang alik toilet kahkahkah. Dek kerana minum green tea + eatclean + exercise + jaga makan nampak la seroh perut boncet dia tu tau.. Jelesss!! Ohh lupa green tea pun sebenarnya ada caffien tersendiri tapi mama ok jer dengan green tea ni so telan la pagi, petang malam memang no hal.


Kebaikkan khasiat green tea yang terbukti.
  1. Mengandungi sebatian bioaktif yang tingkatkan kesihatan
  2. Meningkatkan fungsi otak dan menjadikan lebih bijak
  3. Meningkatkan pembakaran lemak dan prestasi fizikal
  4. Mempunyai antioksidan yang boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai jenis kanser
  5. Melindungi otak ketika tua dan merendahkan risiko penyakit alzheimer dan parkinson
  6. Membunuh bakteria yang menyihatkan diri dan mengurangkan risiko jangkitan
  7. Mengurangkan risiko diabetis tahap II
  8. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
  9. Mengurangkan berat badan dan mengurangkan risiko menjadi obes
  10. Mengurangkan risiko kematian dan membantu kita jadi hidup lebih lama
  11. Merendahkan kadar kolestrol yang bagus untuk penyakit jantung
  12. Mencantikkan kulit dan menjaga kulit
Banyak kan khasiat green tea ni. Psst mama baru beli satu jenama lagi green tea.. tunggu sampai mama citer yer. beli green tea ni kena sembunyi dari en papa tapiiii mata dia sungguh tajam tau. sure dia tau dan akan cakap green tea baru ehh.. ciss tak boleh nyorok la dari dia.. Ok tak sabar nak tunggu green tea baru sampai.. Dah korang nak kurus dan jaga badan boleh la mula kurangkan manis atau minum jer green tea ni. Banyak jenama kat pasaran tu so korang pilih la yang mana menajdi pilihan hati yer.. 

Love,

Jom Sertai Contest Johnson’s ® Baby of the Year Contest 2018

$
0
0
Si manja merupakan buah hati setiap ibu bapa, jenama penjagaan bayi yang terkemuka, Johnson’s ® sedang mencari si putera dan si puteri yang kecil membawa pulang mahkota Johnson’s ® Baby of the Year Contest 2018 yang berprestij dan hadiah-hadiah yang menarik bernilai sehingga RM80,000.



Peraduan bayi yang telah disertai oleh para ibu beberapa generasi yang lalu kini kembali dengan tema yang sangat bermakna – “The Royal Celebration for Johnson’s ® 125 Years with Your Princes & Princesses”.

Untuk meraikan kebanggaan dan kasih sayang ibu terhadap si manja mereka, peraduan ini akan melancarkan sticker GIF dan bingkai foto elektronik dalam empat tema istana – Royal Adventure, Magical Snow, Stardust Fairies dan Modern Monarchy. Ibu bapa boleh menggunakan sticker yang sedia ada untuk menghias foto si manja mereka bagi menyertai peraduan ini.


Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM80,000 sangat bersesuaian dengan tema ‘diraja’. Sepasang putera dan puteri akan dipilih sebagai pemenang bagi setiap kategori umur 0 hingga 12 bulan, 1 hingga 3 tahun, dan 4 hingga 6 tahun. Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan hamper Johnson’s ® bernilai RM400. Lebih menarik lagi, para pemenang akan dianugerahkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup, iaitu akan dipaparkan di muka depan majalah.

10 pemenang hadiah saguhati juga akan dipilih daripada setiap kategori dan mereka akan menerima wang tunai bernilai RM500 dan hamper Johnson’s ® bernilai RM400 bagi setiap pemenang.


Untuk menyertai peraduan ini, ibu bapa hanya perlu : 
  1. Membeli mana-mana produk bayi Johnson’s ®.
  2. Ambil gambar si manja yang comel. Kemudian, layari www.johnsonsbaby.com.my/boty2018.
  3. Pilih bingkai foto dan sticker bertemakan istana yang anda suka untuk menghias foto si putera dan si puteri anda, kemudian muat naik gambar.
  4. Lengkapkan borang dan hantarkan penyertaan anda.
Mudah sahaja! Si manja korang kini berpeluang untuk diberi gelaran sebagai Putera atau Puteri Johnson’s! Ibu bapa boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu, jadi ambil gambar sebanyak mungkin untuk memenangi peraduan ini.


Bagi proses pemilihan, 36 penyertaan akan disenarai pendekkan (12 penyertaan daripada setiap kategori) dan akan dimuat naik ke laman Facebook Johnson’s ® untuk diundi oleh para pengguna. Layari laman media sosial kami untuk menyemak sama ada si manja anda disenarai pendek.

Jom sertai Johnson’s ® Baby of the Year Contest 2018 dan gunakan masa yang indah bersama si manja serta berpeluang memenangi hadiah yang cukup menarik. Hantarkan penyertaan di www.johnsonbaby.com.my/boty2018 dari 1 September 2018 hingga 31 Oktober 2018.

Love,

H Garden Cafe | Pakej Perkahwinan & Dewan Perkahwinan Yang Menarik

$
0
0
H Garden Cafe | Pakej Perkahwinan & Dewan Perkahwinan Yang Menarik - Sekarang kalau fikir pasal majlis perkahwinan mesti pening nak cari tempat dan juga pakej yang berbaloi untuk raja sehari. Benda macam ni memang kena cari yang berbaloi dari semua serba sebab benda kahwin ni bukan main-main dik non oihh.. Banyak modal nak kena keluar untuk merelisasikan impian perkahwinan seseorang. Mama sendiri berkesempatan hadiri Majlis Pratonton & Sajian di H Garden Cafe di Chow Sow Lin Kuala Lumpur.


Kalau perhatikan H Garden Cafe ni mama suka lokasi sangat strategik dan mudah untuk cari parking di sekitar cafe ini. Cafe ini dimiliki oleh Wedding Studio Sdn Bhd dengan menawarkan pelbagai pakej perkahwinan dan dewan perkahwinan. Di H Garden Cafe yang terletak di Chow Sow Lin yang menawarkan perkahwinan konsep dalam taman sehingga 800 orang pada sekali kunjung. 

Selain di sini turut terdapat dewan di Shah Alam yang terletak di Bukit Jelutung, Shah Alam dengan menawarkan pelbagai pakej perkahwinan di dewan utama yang berbumbung. Bagi yang berminat mengadakan majlis dalam dewan atau hotel juga disediakan di IDCC, Grand Bluewave dan Hotel Summit USJ. 

Hiasan taman yang cantik

Buffet makanan semua sedap-sedap.

Bagi memeriahkan lagi perkahwinan, sekarang boleh tempah photobooth yang menjadi trend sekarang. Dapat la simpan memori indah sempena menghadiri majlis perkahwinan dan cukup meriah. Memang menarik la ramai kaki selfie untuk bergambar di photobooth ni. 



Pakej Perkahwinan di H Garden Cafe Kuala Lumpur bernilai RM21,000.00 dengan menawarkan :-
  • 500 pax Buffet
  • 25 Meja & 250 Kerusi
  • Baju Sanding Lelaki & Wanita
  • Makeup Pengantin
  • PA Sistem dan Emcee
  • Kompang Secara Live
  • Pelamin Garden
  • Photography + CD
  • Videography + CD
  • Kek Pengantin 3 Tingkat
  • 10 Orang Pelayan
  • Bilik Hotel Untuk Pengantin
  • 4 Dome VIP
  • Parking 
  • Boleh tambah khemah di depan dewan

Pelamin Garden yang cukup memukau mata pengunjung

Turut terdapat Live Band 

Parking yang banyak so tak perlu risau


Fuhh best kan kenapa la dulu takder pakej macam ni. Heheheh. Ni hahh ada berita baik untuk korang yang nak cari pakej perkahwinan dan dewan perkahwinan boleh la tempah sekarang sehingga 31 Oktober 2018 di H Garden Cafe melalui Wedding Studio Sdn Bhd dan korang akan dapat 2 ekor kambing golek atau persembahan live band secara percuma. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang di tawarkan boleh hubungi :-

WEDDING STUDIO SDN BHD
Lot HG88A
Ground Floor, Plaza Jelutung
Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutung
40150 Shah Alam
Selangor

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad
12 tengahari - 9 malam

Telefon :
012-429 2806
012-497 8827
017-237 7449


Love,

D'Kyangan Grill & Barbeque Steamboat | Tempat Makan Steamboat Dengan Harga Yang Murah

$
0
0
Last makan steamboat bila? Fuhh jenuh fikir sebab dah lama giler tak makan. Aaargghhh memang lama sebab mama kalau cari tempat steamboat of coz la nak harga yang berpatutan dan berbaloi makan. Hehehe. Almaklum la rakyat marhaen mana boleh kerap-kerap makan steamboat mahal-mahal kan. Mau koyak rabak poket dan purse. Ehh ni hahh mama nak bagitau tempat makan steamboat paling murah, berbaloi dan berpatutan kaw-kaw lah. Hahh tudiaaa memang berbaloi la kalau korang pergi makan kat sini. Tempat makan steamboat ni di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat Shah Alam, Selangor.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menyediakan masakan steamboat samada grill dan juga rebus dengan diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk menikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Pilihan yang tersedia tentunya udang besar, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Turut terdapat pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk disediakan untuk pelanggan.


Segala mala haiwan ada kat sini hahh.. Pilih ajer mana yang suka

Menu kali ini seperti menu grill perapan istimewa seperti ayam / daging, udang, sosej, ikan dan sotong telah membuat pembaharuan dari Chef Shahnizam. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah-ratus herba untuk menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. 

Daging, ayam, kambing, pedal, ikan yang perapan pun banyak pilihan. Mama pilih kambing ler sedap sungguh!

Nasi, mee & spaghetti pun ada. yang mana lapar boleh makan nasi.


Terdapat pelbagai pilihan soso yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Cili Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. Pilihan mama of course la sos lada hitam memang sedap weh. 

Aneka sayur-sayur.

Aneka Mee

Dah kenyang makan boleh la makan ABC sebagai pencuci mulut pulak

Lagi menarik ada 12 jenis ais krim termasuk perisa oreo dan mint. 

Diingatkan jangan membazir yer. Jika ada pembaziran makanan akan di charge RM10 setiap 100gm

Di D'kayangan Steamboat boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu seramai 200 orang di bahagian dalam beraircond manakala 300-400 orang di bahagian ruang terbuka. So korang boleh pilih nak dekat dalam ker luar. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa serta tempat kereta yang luas. Itu korang jangan risau yer. Jom kita tengok mama dan keluarga makan kat sini. 

Ini first round makan sempat la tangkap gambar. heheh masuk 2,3,4 round dah pakat lupa tangkap gambar hekhekhek sebab sedap memang asyik jer duk bakar-bakar segala daging, udang, papahat.

Sebelum terlupa kena la family potret kekdahnya kan.. bukti datang makan kat sini gituuuu

Ruang luar lebih santai. ada angin-angin sepoi bahasa

Mak-mak blogger semua ni. cun cun tak hehehe

Memang puas hati betul makan steamboat di D'Kayangan Steamboat ni dengan harga yang cukup murah dan berbaloi. Semua perapan daging, ikan, ayam semua sedap. Untuk kuah sos pulak pun terbaik dan yang paling mama suka sos lada hitam tu cukup mama suka. Boleh lagi repeat makan kat sini. Memang tak rugi kalau korang datang makan bersama keluarga.


Kenapa korang wajib datang makan di D'Kayangan Steamboat & BBQ Shah Alam ini sebab lain dari yang lain seperti :
  • 12 jenis seafood segar disediakan setiap hari
  • Pelbagai pilihan Yong Tau Fu yang boleh di pilih
  • Menu "rare" seperti ABC, aiskrim dan kek turut disediakan. Yummy!
  • 15 Jenis pilihan jenis sos
  • 2 pilihan sup seperti tom yam dan sup ayam
  • 24 jenis perapan yang terdiri daripada ayam, ikan, daging dan kambing
Lagi menarik di D'Kayangan Steamboat ini adalah :-
  • Refill soup unlimited
  • Suasana makan yang tenang dan selesa sama ada dalam atau luar
  • Boleh bersantai bersama kawan-kawan dan ahli keluarga
  • Ruang parking belambak
  • Kemudahan Surau disediakan di dalam premis
Harga Bombastik masih sama dan tidak berubah all time!
  • RM29.90nett untuk dewasa
  • RM12.50nett untuk kanak-kanak
  • Bagi pengunjung yang membelanjakan lebih daripada RM150, kad diskaun RM10 akan diberikan kepada mereka
Untuk lokasi dan tempahan boleh hubungi :-

D'Kayangan Steamboat & BBQ
Sri Acappella
1, Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor

Atau Waze sahaja : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 minit sahaja dari Stadium Shah Alam)

Untuk tempahan korang boleh klik sahaja mana-mana link whatsapp di bawah ini :-




Love,

Little Flower Hut Services Quality and Excellence in Products and Services

$
0
0
There is nothing more exciting than sending a gift of flowers to the people you love. When you choose to send Flower Delivery on special occasions and celebrations, you can buy and get the products and services from Little Flower Hut. It continues to be the leader in providing fabulous flower bouquets and flower arrangements. Little Flower Hut has maintained the tradition of meeting customer’s requirements, and even exceeded far beyond expectations. Sending any flower gifts, even hampers Singapore and gift baskets, is more convenient through this online florist.


Complete floral products

When it comes to flowers and plants, orchids and succulents, as well as cactus and bonsai trees, Little Flower Hut offers complete floral products. They are great for flower gifts if you want to send a florist delivery to someone celebrating an occasion. The hand bouquets and flower arrangements are in high quality and excellent conditions from the online flower shop to the recipient’s location. With the wide selections of fresh cut flowers, silk flowers, and flowering plants, you can send the best gift for less the price. All floral products are hand crafted and hand delivered.

Complete floral services

Services like wedding flowers, events flowers, anniversary floral arrangements, romantic floral designs, and corporate flowers are provided by the Little Flower Hut for a price you can afford. Complete floral services also include consultation services, customer assistance, and more. It is important for the florist to assist the customers from selecting the best hand bouquet design to customization to payment and checking out to placing of orders for delivery. All these can be done fast and easy with the florist always there from start to finish.


Complete delivery services

When you want flowers delivered to your loved ones on special occasions, you can also trust Little Flower Hut for complete delivery services. The florist does not online deliver the flowers hand to hand but also assures them to be in the most excellent appearance and condition upon reaching the recipient. There are wide ranges of delivery options to choose from such as same day delivery, which can be placed before 12 noon. Express delivery of flowers is also available with options of 2 hours, 3 hours, or 4 hours in varying delivery charges.

Special florist delivery

The florist also provides special florist delivery of flowers such as funeral and sympathy flower. Even if you do not know where to send the flowers, the florist has an access to all funeral homes in the area. Get Well Flowers are also best sent through the florist because they verify and confirm hospital rules prior to delivery to ensure your flowers will be accepted in the hospital.

The florist normally calls the recipient or the sender an hour or two before the delivery. All these services are meant to ensure the satisfaction of customers, especially the one who receives the flowers. The Flower Delivery you avail is guaranteed of excellent quality from products to services on your occasional and special flower gifting.



Love,
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live