Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

#TableTalk Session Bersama Dr Buds Organics Dengan Guardian Malaysia

$
0
0
Setiap orang mempunyai masalah kulit yang berbeza-beza. Mungkin ada setengah orang mengalami kulit muka berjerawat, kulit sensetif ekzema, keguguran rambut dan kelemumur. Selain daripada menghadapi masalah kulit seperti ini, mesti susah hendak buat pilihan untuk membeli produk yang berkesan dengan masalah tersebut. Yer tidak dinafikan di pasaran sangat banyak lambakan produk mengandungi bahan kimia. Ia bukanya sesuatu yang baik malah menambahkan banyak masalah di kemudian hari.


Pada Sabtu lepas, mama dan beberapa blogger lain telah mendapat jemputan eksklusif Tabletalk Session Bersama Dr Buds Organics dengan Guardian Malaysia. Terima kasih Dr Buds Organics dan Guardian kerana menjemput mama untuk sesi tabletalk yang agak santai mengenai produk-produk dari Dr Buds Organics. Pernah korang dengar tak pasal produk ni? Sebelum ni mama macam pernah dengar Dr Buds Baby tapi untuk produk ni mama masih belum dengar lagi. 

Pengasas Dr Buds Organics ini merupakan seorang Dr KK Soo mencipta produk penjagaan diri yang selamat dengan pengalaman beliau. Selain itu, produk Dr Buds Organics hanya menggunakan bahan semulajadi, selamat, asli dan paling berkesan. Beliau sendiri pernah mempunya pengalaman dengan jerawat yang teruk dan setelah membuat rawatan yang selamat dan berkesan, beliau sendiri cuba kepada anak-anaknya. Inilah kisah Dr Buds Organics. Pada pagi tersebut, kami diberi keterangan lanjut mengenai kulit masalah seperti eczema dan jerawat. Jadi Dr KK Soo memperkenalkan 2 set produk iaitu Set Easy Clear dan Set Acne Rescue.

Set Easy Clear

Set Acne Rescue

Antara produk Dr Buds Organics ialah seperti set Easy Clear, Acne Rescue, Hair Loss Rescue dan Dandruff Rescue. Kesemua bahan yang terdapat dalam Dr Buds Organics ini adalah gabungan sains dan juga alam semulajadi yang organik. Semua sedia maklum bahawa bahan-bahan organik mampu merawat kulit yang berkesan. Selain itu, bahan-bahan ini telah diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk masalah kulit dan juga kulit kepala. Dalam rangkain produk ini terdapat seperti Tea Tree Oil yang baik untuk anti bakteria, ekstrak Liquoarice, Aloe Vera dan prebiotik untuk menggalakan pertumbuhan bakteria yang baik. 



Menariknya event TableTalk ni memang santai dan paling best ada cabutan soalan untuk semua blogger. So soalan yang mama dapat adalah "Do you use samples before buying skincare products?"Jawapan mama of coz la mama memang hantu sample request produk sebelum beli actual size. Sebab kalau satu produk tu berkesan dengan kulit sendiri barulah mama beli size sebenar. Kalau tak berkesan memang mama stop produk tersebut. Sebenarnya bagus kalau semua produk mengeluarkan sample produk untuk pengguna menggunakan sebelum membeli.  


Kemudian aktiviti seterusnya buat logo Dr Buds Organics dengan menggunakan tanah liat dibuat dengan menggunakan bahan semulajadi seperti tepung jagung. So semua blogger wajib menunjukan kreativiti masing-masing. Hahaha mama pun tak terkecuali buat logo Dr Buds Organics ni walaupun tak kreatif tapi kami semua memang enjoy aktiviti ni.


Hasil kreativiti mama. Hahaha comot sangat ni. 

Sebelum terlupa produk ini juga disahkan organik oleh ECOCERT merupakan salah satu pensijilan antarabangsa dimana mereka memeriksa secara terperinci dan mengesahkan sesuatu produk itu selamat. Dengan sokongan ECOCERT ini, pengguna tidak perlu risau dengan produk-produk Dr Buds Organics bahawa produk ini tidak mengandungi bahan kimia yang bahaya malah hanya ada bahan-bahan semulajadi dan organik yang selamat kerana dibuat melalui proses yang mesra alam.

Senarai Harga Dr Buds Organics :-

1) Acne Rescue
  • Mild Cleanser 150ml - RM75.90
  • Sebum Control Gel 50ml - RM82.90
  • Acne Control Cream 30ml - RM75.90
2) Easy-Clear Rescue 
  • Soothing Cleanser 300ml - RM69.90
  • Soothing Lotion 75ml - RM79.90
  • Intensive Cream 50ml - RM86.90
3) Dandruff Rescue
  • Soothing Shampoo 300ml - RM69.90
  • Soothing Conditioner 150ml - RM49.90
  • Soothing Scalp Serum 150ml - RM79.90
4) Hair Loss Rescue
  • Soothing Shampoo 300ml - RM69.90
  • Soothing Conditioner 150ml - RM49.90
  • Soothing Scalp Serum 150ml - RM79.90

Terima kasih Dr Buds Organics dan Guardian Malaysia kerana menjemput mama dan blogger-blogger untuk hadiri TableTalk yang sangat awesome ni. Memang best sangat. Terima kasih kerana bagi produk Dr Buds Organics untuk mencuba dan tak lupa juga Guardian Malaysia untuk goodies bag. Bagi yang ingin dapatkan produk Dr Buds Organics ini boleh dapatkan di website dan juga secara eksklusif di Guardian serta Pantai Hospital Kuala Lumpur.


Memandangkan kulit muka mama berjerawat so mama pilih set Acne Rescue terdiri daripada Mild Cleanser, Sebum Control dan Acne Control Cream. Dah hampir seminggu mama guna set ni memang best jerawat cepat kecut dan paling suka bau mild cleanser dia wangi dan sejuk kat muka. Kulit muka pun kurang berminyak. Hoyehh best betul set Acne Rescue ni. Cuma sekarang mama nak hilangkan parut-parut jerawat jer. Jom guna produk yang selamat dan organik dari Dr Buds Organics.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love

Why Your Woman Deserves a 99 Rose Bouquet

$
0
0
Every woman deserves the most beautiful and meaningful gifts on their special days. If you are planning to send Flower Shop Singapore to the woman you love on her next occasion, the Florist offers hundreds of beautiful flowers for your flower gifting purposes. The 99 Rose Bouquets can be your perfect choice and here are some of the reasons why she deserves to receive this special hand bouquet :

  • She deserves to feel special.
Your woman is special and she deserves to feel special on any day, especially on her special day. You can treat her in such a special way but to make the occasion more wonderful, send in a charming and enticing 99 Rose bouquet. A florist delivery of this big and gorgeous flower arrangement will surely melt her heart and make her feel special. The bouquet is enough to remind her that your love is meant until forever.
  • She is pretty and lovely like flowers.
Just like flowers, she is also as pretty and lovely. If you want to tell her how beautiful she is, why not tell it through the gift of a bouquet of 99 Roses. You can send pink ones or purple ones to emphasize how beautiful she is in your sight. If you want to tell her that you are forever captivated of her loveliness, this bouquet is also your perfect choice. Ask the online florist in Singapore to make a special design specifically for her.
  • She deserves flowers.
Because flowers are special, she has to have them whether on occasions or on any ordinary day. Beautiful things like flowers are a great gift to give her not only because she is beautiful but also because she deserves beautiful things in life. Any occasion is the best time to make that happen and with the help of the online florist, sending her a bouquet of 99 red Roses can be more meaningful this year.


The flower shop is the right place to find fresh and beautiful Roses for the 99 Rose bouquets that you want to send as gift. Moreover, the florist knows that your gift of Roses should be as expressive as it was gorgeously designed. To the woman you love dearly, sending her Flower Delivery of 99 pieces of Roses in one bouquet is a passionate way of telling her that she is the only person you want to be with for the rest of your life until forever.

Love,

NUFAEL | Susu Kambing Keluaran Feedmilk Yang Sesuai Untuk Seisi Keluarga

$
0
0
Kalau sebut jer susu kambing mesti dalam fikiran otak mama kata tak sedap dan rasa hamis. Padahal belum minum dah fikir macam tu. Sebenarnya susah nak jumpa susu kambing yang sedap. Hehehe. Korang tahu susu kambing adalah susu kedua lebih baik selepas susu ibu. Lagi seminggu Qeisya akan masuk umur 2 tahun dan dia minum susu ibu sepenuhnya. Mama pun tengah mencari susu tepung untuk dia. Banyak mama survey pasal susu tepung lain tapi sebenarnya susu tepung yang berada di pasaran mengandungi pelbagai yang berasaskan soya, lembu, dihidrolisis dan lain-lain lagi. Tapi kali ni mama nak cuba bagi susu kambing Nufael. Korang pernah dengar tak?



Susu NUFAEL adalah susu kambing terbaik yang diimport dari negara Holland bertindak sebagai makanan tambahan dengan ekstrak 7 bahan sebenar iaitu Susu Kambing, Kurma, Madu, Kismis, Arabic Gum, Minyak Zaitun dan Delima. Kelebihan Susu Nufael ialah susu kambing Tanpa Pewarna, Tanpa Perisa dan Tanpa Gula Tambahan yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. 

Susu Kambing Nufael ini adalah asli dan organik serta tidak ada campuran bahan kimia atau apa sahaja formula kerana ia sangat sesuai semua peringkat termasuklah :-
  • Untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas
  • Untuk ibu hamil, mengandung, menyusu badan dan berpantang
  • Untuk suami 
  • Untuk pelajar
  • Untuk warga emas
  • Untuk seisi keluarga


Kelebihan susu kambing Nufael ini adalah :-
  • Membantu ibu hamil untuk mudah bersalin
  • Mengelak baby terkena Jaundice selepas dilahirkan
  • Bacaan HB ketika hamil dikawal
  • Menstabilkan hormon dalam badan
  • Sesuai untuk kanak-kanak bagi yang lambat bercakap
  • Memberi focus terhadap pelajaran
  • Mudah menghafal
  • Untuk cantikkan kulit
  • Memberi tenaga dan melancarkan darah
  • Menambah selera makan anak-anak
  • Mengelakkan sembelit dan kembung perut
  • Boleh juga bagi yang mengidap gastrik
  • Bagus untuk eczema dapat mengurangkan sakit kulitnya
  • Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis atau kolestrol
Lainnya susu kambing Nufael ini adalah mudah dihadamkan kerana molekul lemak dan protein yang halus berbanding susu lembu kerana susu lembu tidak mudah hadam dan boleh mengakibatkan anak sembelit, cirit birit dan kembung. Selain itu, susu kambing mempunyai kandungan laktosa rendah dan halus serta bertindak neutralkan acid dalam badan kerana ia bersifat alkali. Kalau nak tengok perbezaan Susu Nufael dengan susu lembu yang lain boleh tengok video di SINI

Serbuk tepung yang halus


Untuk penyediaan susu kambing Nufael ini cukup mudah dibancuh. Hanya campurkan 3 skop susu Nufael ke dalam 170ml air suam dan kacau lawan arah jam sehingga larut untuk keberkesanan dari bahan sebenar. Boleh juga tambah coklat, coffee atau apa sahaja bagi yang tidak boleh minum susu putih. Kemudian minum dengan segera. Jangan risau walau susu sejuk khasiat dia tidak akan hilang. Cuma jangan bancuh dengan air panas mendidih tak boleh yer.


Korang kenal adik Fattah Anas yang comel dan bijak tengah viral sekarang ni. Hahh jangan tak tahu papa dia sendiri dah tukar susu tepung formula biasa kepada Nufael Susu Kambing ni tau. Dek kerana adik Fattah Anas minum susu Nufael ni dengan secara rasminya adik Fattah Anas dan papanya jadi duta produk susu kambing Nufael. Makin bijak la adik Fattah Anas ni kan.

Mama sendiri pun dah cuba susu kambing Nufael ni memang rasa sedap dan tak manis serta serbuk susu ni sangat halus mudah dibancuh. Yang pasti susu ni tidak rasa hamis langsung. Jangan risau sekarang dah ada teknologi moden boleh buat susu kambing ni takder bau hamis. Bagi pembeli yang minum dan rasa hamis, pihak Nufael akan memulangkan wang korang 100%. Secara jujur mama suka minum susu yang sejuk, so mama buat dengan air sejuk la. Hehehe. anak-anak mama pun sama dia orang gemar susu sejuk berbanding susu suam. Tak apa lah nak buat macam mana kan tekak dia orang macam tu tapi korang jangan risau susu kambing walau dah sejuk khasiat dia tetap tak akan hilang tau. Jom kita tengok testimoni pengguna susu kambing Nufael ni. Ternyata berkesan.




Hampir seminggu mama amalkan susu kambing ni memang mama rasa lain. Mama sendiri tak rasa letih walau setiap hari bangun seawal pagi dan tidur pada lewat malam. Yang paling mama suka walau mama masih menyusukan Qeisya sehingga 2 tahun susu badan masih ada dan sampai bengkak susu. Woww susu kambing Nufael ni boleh jadi milkbooster la. Qeisya pun puas la minum susu sampai kena paksa dia minum. Heheheh. 


Susu Kambing Nufael ini disahkan HALAL oleh Jakim dan mempunyai kilang pemprosesan dipantau oleh MESTI serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana susu kambing ini diklasifikasi sebagai makanan tambahan bukan ubat-ubatan. Berat sekotak susu kambing Nufael 500gm dan boleh bertahan selama sebulan. Manakala harganya RM48.00 sekotak. Untuk pembelian online boleh beli di www.susukambingnufael.com

Bagi yang berminat untuk memulakan usahawan dengan menjual susu kambing Nufael ini, pihak Nufael sedang mencari ejen dengan Feedmilk Mompreneur Circle. Tidak kira korang bekerja, tidak bekerja boleh cuba menjadi pengedar susu kambing Nufael. Manakala bagi mereka yang ingin mencari pendapatan dengan modal dropship tetapi keuntungan Stokis boleh terus daftar dengan pihak Nufael dan untuk pengambilan dropship adalah terhad. Untuk menjadi pengedar boleh ke link ini www.nufael.com/pengedar-susu-nufael


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

NUFAEL SUSU KAMBING HQ
No 9, Jalan Keluli,
AK7/AK, Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
No Tel : 016-840 4932


Love,

Kulit Bersih & Berseri Dengan AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle SOME BY MI

$
0
0
Kulit Bersih & Berseri Dengan AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle SOME BY MI | Setiap wanita impikan kulit yang bersih dan berseri. Kalau tengok cerita Korea jer mulalah perati kulit dia orang cukup cantik dan sihat. Memang adore betul dengan kulit wajah orang-orang kat sana. Patut la skincare produk di Korea memang menjadi kegilaan ramai wanita di seluruh dunia. Mama pun baru jer berjinak-jinak dengan produk Korea iaitu AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi. Katanya produk ini sangat sesuai bagi kulit yang bermasalah seperti berminyak, kulit kusam, jerawat dan lain-lain lagi.


Menariknya skincare ini mengandungi pokok teh dan 20 jenis ektrak tumbuhan alam yang mampu menjaga kulit, mencerahkan kulit dan melembapkan kulit. Set skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi mengandungi 4 jenis iaitu :-
  • AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar
  • AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner
  • AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum
  • AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cream
Mesti ada yang tertanya-tanya apa maksudnya AHA.BHA.PHA ni kan. Maksudnya adalah :-
  • AHA - Mengeluarkan kekotoran dan kulit kering dari permukaan kulit
  • BHA - Mencuci dari dalam liang pori, mengeluarkan kekotoran yang tersumbat dan sebum
  • PHA - Mengekal kelembapan kulit wajah serta menanggalkan sel kulit mati
Jom kita tengok secara lebih terperinci kesemua produk skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Some By Mi dan cara penggunaanya. 


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar 

Cleansing Bar memang besar so senang nak guna korang cuma masukkan ke dalam uncang yang diberikan. Sabun ni memang wangi pokok teh dan berbuih banyak apabila gosok di tapak tangan. Yang best sabun ni tidak keringkan kulit muka malah memberi kelembapan dan mencerahkan kulit. 

Cara penggunaan cukup mudah hanya basahkan dan gosok sabun yang di letakkan dalam uncang sehingga berbuih. Kemudian urut ke seluruh wajah secara ke atas dan gosok di bahagian zon T. Selepas itu cuci dengan air bersih dan keringkan. 

Harga HA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cleansing Bar 106gm : RM55.00


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Toner

Toner adalah perkara yang wajib selepas kita mencuci muka kerana ia sangat berkesan untuk menanggalkan kulit kotor agar kulit lebih bersih dan berseri daripada sebelumnya. Dengan mengamalkan toner ini selama 30 hari akan dapat kulit selembut bayi. Korang wajib cuba guna toner ni bau tea tree oil yang cukup menenangkan. Ia sangat sesuai untuk kulit sensetif, kulit kering dan kulit berminyak.

Cara penggunaannya, selepas mencuci muka tuangkan toner di atas tapak tangan dan sapu ke muka dan tepuk secara perlahan dan biarkan ia menyerap ke dalam kulit. Boleh digunakan setiap pagi, petang dan juga sebelum tidur. 

Harga HA.BHA.PHA 30 Days Miracle Tone 150ml : RM60.00


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum

Serum juga amat penting untuk wajah kerana dengan serum sangat berkesan untuk menenangkan kulit serta memberi tekstur kulit menjadi licin dan mampu menghilangkan sel kulit mati di wajah. Dengan gabugan ekstrak Centella Asiatica dan Melaleuca Alternifolia atau lebih mudah Tea Tree Oil mampu merawat kulit yang rosak. 

Cara penggunaannya boleh gunakan serum ini ketika sebelum tidur dengan titiskan 3-4 titis dan urut secara perlahan untuk meresap serum ke wajah.

Harga HA.BHA.PHA 30 Days Miracle Serum 50ml : RM80.00


AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cream

Miracle Cream yang diperbuat dengan gabungan Centella Asiatica, Madecasoide dan Daun Tea Tree  pula sangat berkesan untuk memutihkan kulit wajah, menenangkan kulit serta melembapkan kulit dari kulit kering. Krim ini membolehkan kedutan di wajah hilang dengan mudah. 

Cara penggunaannya, selepas memakai toner atau serum bolehlah sapu cream di wajah dengan urutan ke atas dan rasai kulit lebih lembut dan lembap pada kulit wajah. 

Harga HA.BHA.PHA 30 Days Miracle Cream 50ml : RM80.00


So far mama baru beberapa hari guna semua skincare AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle SOME BY MI kulit rasa lebih lembap dan minyak berkurang. Kekadang ada la juga mama skip terlupa pakai toner. Hehehe. Sebelah malam mama kerap gunakan serum dia memang best kulit rasa lebih lembut dan liang pori mengecil. Kesemua produk AHA.BHA.PHA 30 Days Miracle SOME BY MI adalah natural dibuat oleh Tea Tree Oil yang cukup wangi dan menenangkan kulit. Bagi sesiapa yang ingin membeli boleh dapatkan produk skincare Korea yang hebat ini di website dibawah. Korang kena rasa sendiri untuk kulit muka korang. Memang best.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :


Telefon : 019-387 3526

Love,

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat & Berpeluang Memenangi Hadiah Menarik

$
0
0
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018. Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini.


Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.

10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir. Para pemenang kempen bakal diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November akan datang.


Hadiah menarik seperti :-
  • Pemenang Utama Pakej Umrah bagi 2 orang
  • Pemenang kedua : Percutian ke Beijing 6H5M
  • Pemenang ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M
  • Pemenang keempat & kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M
  • Pemenang keenam & ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
  • Pemenang kelapan - kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M
Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN : 

Cara untuk mengira potongan bayaran zakat pada setiap bulan :
  • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
  • Berkunjung ke 11 Kaunter Zakat PPZ-MAIWP
  • Menghubungi Talian Zakat 1300 88 5757
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Syarat-syarat penyertaan kempen :

Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :
  • 11 kaunter PPZ-MAIWP
  • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
  • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
  • Majikan di syarikat atau organisasi
  • TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

Nur Haliza Abd Rahman
Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-WAIMP
012-500 3547

Norazlina Mohd Nordin
Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat PPZ-WAIMP
019-728 3839

Amiro Faizal Azali
Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Korporat PPZ-WAIMP
014-221 2343

Iylia Mardhiana Mohamed Fauad
Eksekutif Unit Komunikasi Korporat PPZ-WAIMP
019-550 6747

Love,

Fernleaf UHT Diperbuat Dengan 100% Susu Dari New Zealand

$
0
0
Fernleaf UHT Diperbuat Dengan 100% Susu Dari New Zealand - Susu adalah minuman yang sangat berkhasiat dengan memiliki pelbagai jenis zat yang diperlukan untuk tubuh badan. Ia adalah salah satu sumber kalsium dan vitamin D serta nutrien yang penting untuk tulang. Selain itu, Piramid Makanan Malaysia menyarankan kita mengambil dua hingga tiga sajian susu setiap hari. Untuk pengetahuan korang, susu dicipta sebagai menu semula jadi yang paling lengkap dan sesuai untuk seisi keluarga.


Mama dan seisi keluarga memang wajib minum susu setiap hari untuk mengelakkan masalah kekurangan nutrien dalam badan. Manakala bagi kanak-kanak, pengambilan susu sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tumbesaran mereka kelak. Oleh itu, mama memilih susu yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand iaitu Fernleaf UHT. 

Korang tahu kenapa susu Fernleaf merupakan 100% susu dari New Zealand adalah lembu tenusu Fernlead telah dijaga dengan penuh dedikasi kerana ladangnya semulajadi. Selain itu, ia memberikan kebebasan kepada lembu untuk meragut di padang rumput yang subur. Hasilnya susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Paling penting ia mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.


Mesti ada yang tertanya kenapa lembu tenusu beri makan rumput di New Zealand kerana di sana tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam kandang, dimana rumput yang sangat kualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu tenusu di sana dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Lembu tenusu di sana menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu kami secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Oleh itu, lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang lain sering terkurung di dalam kandang. Mama setiap pagi amalkan segelas susu untuk mendapatkan tenaga dan rasanya susu yang sangat segar semula jadi. Memang sedap sangat kalau minum setiap hari. 


Susu Fernleaf kini disediakan dalam pembungkusan UHT serba baharu. Dengan pek UHT ini, kini lebih mudah untuk minum susu dimana sahaja dan bila-bila masa. Susu Fernleaf UHT boleh didapati dalam tiga pilihan yang lazat sama ada penuh krim, rendah lemak dan coklat dalam set 4 kotak 200ml setiap pek dan pek 1 liter bagi memenuhi setiap cita rasa yang berbeza dalam keluarga. 

Dengan susu 100% yang mudah minum, kita sebagai rakyat Malaysia dapat kebaikkan susu yang penuh nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D serta kalsium, di mana susu ini membantu meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga setiap hari. Jadi jangan lupa kita minum susu 2 gelas setiap hari. Ingat Fernleaf yang sememangnya 100%Mmmmm.

Love,

Kejutan Untuk En Papa Dari Secret Surprise Planner Oleh TEDDYPRANK

$
0
0
Kejutan Untuk En Papa Dari Secret Surprise Planner Oleh TEDDYPRANK - Hahaha masih tergelak-gelak tengok video en papa terkejut pada Sabtu lepas. Yeahh memang menjadi planning mama nak surprise dia. Hehehe takder apa pun sebenarnya cuma nak bagi dia happy sebab dia dah bekerja keras untuk keluarga. For sure la dia dapat kejutan ni mesti rasa penat kerja hilangkan. Sebenarnya mama tak pernah buat kejutan dekat dia pun. Masa mama kerja dulu dia jer buat kejutan bagi bunga dekat mama. Hehehhe

 
Pertama kali mama menggunakan service delivery bunga dari TeddyPrank ni. Memula mama whatsapp jer nak pilih bunga dan segala detail semua hanya whatsapp. Memang sangat mudah dan cekap pihak team TeddyPrank buat kerja. Mama pun dediam jer tak inform apa kat en papa. Hehehe. Kasi dia cuak dan terkejut skit nanti kan. Jangan tak tahu masa nak tunggu team TeddyPrank datang surprisekan en papa memang mama agak dub dap skit jantung. Fuhh rasa nak luruh jer.. Tapi berjaya jugak bagi en papa cuak dan terkejut. yeahh.. Jom tengok video yang sempat mama dan pihak team TeddyPrank rakam.


Korang tengok kan video tu. hahaha dah la dia tengah berpeluh makan steamboat sekali kena prank macam ni. Terkezut dia. Hehehe apa-apa pun We Love U papa. Terima kasih pihak team TeddyPrank sudi surprisekan en papa. Jangan tak tahu sampai ke malam hahhh dia tersenyum-senyum kekekeke. Suka en papa dapat surprise macam ni. Padahal dia malu tetiba terkena macam ni.


Kalau korang nak surprisekan orang tersayang, mama memang recommended giler-giler service dari TeddyPrank ni memang awesome weh. Korang boleh jer pilih sejambak bunga macam mama pilih ni, sejambak coklat ker, sejambak belon, kek dan banyak lagi. Kompem la cair buah hati korang tu tau. Jom surprisekan orang tesayang sempena :
  • Birthday
  • Anniversary
  • Get Well Soon
  • I'm Sorry
  • Congratulation
  • I Love You
  • Saja suka-suka nak bagi pun boleh
Korang akan dapat FREE BELON, FREE KAD & FREE DELIVERY DI SELANGOR dan KL

Close up skit kad dia. Heheheh

Terima kasih sekali lagi kepada team TeddyPrank sudi surprisekan en papa. InsyaAllah mama boleh lagi repeat guna service surprise dari TeddyPrank ni. Memang awesome la service dia orang cukup-cukup terbaik dan harga murah uolls. Hahhh apa lagi korang nak orang tersayang gembira cer korang upah TeddyPrank ni.

Untuk order dan info lebih lanjut boleh layari :-

Telefon : 019-756 4019

Love,

Keunikkan Hidangan Di Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya

$
0
0
Keunikkan Hidangan Di Restoran Mangkuk Ayam, D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya - Mama kalau bab makan mama memang suka mencuba dan merasa. Tambah-tambah kalau restoran tu baru bukak lagilah teruja nak pi makan kat situ. Ni hahh ada restoran baru bukak di D'pulze Shopping Centre Cyberjaya iaitu Restoran Mangkuk Ayam. Unik tak. Memula terbaca apa Mangkuk Ayam hehehe comel pulak nama dia. Dah korang jangan sebut nama dia machiam-machiam yer. 


Pada petang Ahad lepas, mama dan beberapa blogger datang gathering tea time dekat Restoran Mangkuk Ayam. Mama pergi dengan Qeram jer buat peneman petang tu. Untuk datang sini memang dalam shopping mall dan kalau korang parking boleh parking kat level P1. Kalau bernasib baik korang masuk jer pintu terus jumpa restoran ni. Dah nama pun Restoran Mangkuk Ayam dan jangan pelik kalau korang tengok setiap mangkuk, pinggan, cawan semuanya ada gambar ayam tau. Hahh itu lah keunikan restoran ni. 

Setiap sudut ada pingan, mangkuk, cawan yang ada gambar ayam


Untuk pengetahuan semua, Restoran Mangkuk Ayam ni baru jer bukak di D'pulze Shopping Centre pada 15 September 2018 lepas. So memang baru lagi lah dan menu-menu pulak not bad siap ada menu nasi, laksa, mee, snack dan dessert. Kira lengkap la untuk makan tengahari, minum petang atau makan malam. Harga pulak takder la mahal mana kira berbaloi la dengan sepinggan dan semangkuk makanan yang kita order. Hahh mesti ada yang nak tengok menu-menu menarik di Restoran Mangkuk Ayam ni. Jom kita tengok kat bawah. 

Bagi yang nak makan makanan berat seperti nasi di sini ada 2 hidangan nasi iaitu Nasi Kari Ayam dan juga Nasi Rendang Daging. Kalau tengok dua hidangan ni portion yang cukup besar dan harga pun masih lagi murah. Mama sempat rasa Nasi Rendang Daging memang ummphh sedap macam mak-mak kita masak di kampung. Cukup bahan rempah dan rasa lemak dia. 



Jangan risau bagi yang tak nak makan nasi di sini juga ada hidangan seperti Asam Laksa, Mee Kari, Kuey Teow Sup Ayam dan Bubur Ayam. Korang kena cuba Asam Laksa dia memang sedap siap ada hirisan nenas disediakan dan membuatkan rasa asam laksa lagi power orang kata. Bagi pengemar Mee Kari pun boleh cuba makan kat sini. Masa mama makan hari tu rasa rempah dia sangat kuat, kalau kurangkan sikit rempah dia memang perfecto dah mee kari ni. Harga pun not bad dalam RM12 kira berbaloi makan semangkuk ni. Kalau mama memang share dengan en papa lah sebab banyak. 





Ada yang suka cari Rojak Ayam dan Sotong korang wajib cuba juga. Rasa dia memang mari lah. Ayam dan sotong dia banyak serta sayur-sayur pun segar jer. Cuma kalau kuah untuk rojak ni banyakkan skit lagi mengancam bukan. Ini semangkuk boleh jer korang sharing dengan kawan sebab portion banyak. Nanti kalau korang pergi time tu portion sikit jangan nak marahkan kita plak yer. 



Bagi yang diet nak makan yang ringan dan sayur jer boleh cuba Kari Bebola Ayam, Taufu Sumbat, Rojak Buah dan Pecal Sayur. Yang sempat mama cuba Pecal Sayur tu memang sedap rasa kuah kacang dia. Hehehe sampai mama mintak tambah la kuah kacang tu. Untuk menu lain tak sempat mama rasa sebab memang perut dah full. Takper boleh jer repeat datang makan sini lagi. Apa ada hal Beranang ke Cyberjaya kan macam Beranang Semenyih jer hahh. 





Akhir sekali kalau orang kata tak pekena dessert memang rugi lah.. Untuk dessert pulak ada 2 jer buat masa sekarang iaitu Mangga Ais dan Lai Chee Kang. Qeram makan Mangga Ais tu sampai habis la. Confirm la sedapkan.. Mama sempat rasa Lai Chee Kang tu rasa takder manis sangat kira rasa buah-buah jer. Cuma isi putih apa tu keras sedikit mungkin kurang kembang so keras skit masa gigit tu. Tp its ok makan jer kan Lai Chee Kang ni bagus untuk sejukkan badan korang yang tengah panas tu. 



Ni hahh senarai menu dan harga. Kalau nak murah ambik jer pakej Kombo sekali dengan air. 



Terima kasih kepada Restoran Mangkuk Ayam Malaysia kerana sudi menjemput para blogger untuk mencuba menu-menu terbaru di sini. Memang recommended untuk korang yang nak cuba makanan kat sini. So korang boleh jer terjah Restoran Mangkuk Ayam Malaysia di D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Restoran Mangkuk Ayam Malaysia
P10, D'Pulze Shopping Centre
Cyberjaya

Facebook : www.facebook.com/MangkukAyam

Waktu Perniagaan : 11.00 pagi - 10.00 malam

Love,

Domino’s Pizza & Pepsi Black | Peraduan "Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner"

$
0
0
Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!


Domino’s Pizza telah melancarkan peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000 untuk direbut. Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10 unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.

Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata, "Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."


Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90 dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2 Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa, RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan 50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju Ekstra.

Penyertaan untuk peraduan ini adalah cukup mudah. Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan‘Kira Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu, bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos, pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.

Love,

Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu

$
0
0
Rakyat Malaysia di seluruh negara akan dipersembahkan dengan wajah baharu bagi rempah kegemaran mereka di rak-rak kedai apabila McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia, menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.


Dengan logo yang dikemas kini dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba, rempah atau perasa.

Anda mencari inspirasi sambil memasak? Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.


“Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”


Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.

Love,

FARM IN THE CITY | Petting Zoo Yang Menarik Untuk Bawa Anak-Anak Datang Ke Sini

$
0
0
FARM IN THE CITY | Petting Zoo Yang Wajib Korang Bawa Anak-anak Datang Ke Sini - Ini kali ke dua mama datang ke sini dengan anak-anak. Sebelum ni pergi ke sini anak-anak kecik lagi. Yang kelakar masa datang sini Qeram penakut nak jejak tanah sebab dia takut dengan semua binatang kat sini. Allahu jenuh la jugak papa dia mendukung pusing Farm In The City ni. Hahahah peluh tak payah cakap tapi memang best datang ke sini sebab satu-satunya petting Zoo yang boleh kita sentuh, selfie dan boleh bagi makan. Best kan. Tapi korang jangan risau tiada binatang bahaya seperti harimau, singa dan sewaktu dengannya. Hahaha. 

Sebelum masuk wajib la snap photo dekat kereta hijau ni.. 

Pintu masuk tak berubah still sama dari dulu. 

Farm In The City terletak berdekatan dengan Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Menariknya tempat ini berkonsep sangat unik yang mengabungkan hidupan liar dan suasana persekitaran dalam taman dengan persekitaran kampung. Juga terdapat binatang peliharaan dalam kandang, lebih daripada 60 jenis sayuran dan pokok buah-buahan tropika dan lebih daripada 100 spesis binatang exotic yang terdapat di sini. Seawal pagi mama dan family sampai ke sini sampaikan anak-anak teruja nak menjelajah tengok binatang dalam Farm In The City, padahal depa penakut sikit lah. Hahaha.. so layan jer hahhh..

Masuk sini korang beli la satu bucket untuk bagi binatang tu makan. 

Memula tu kita orang pergi dekat Kura-kura Gergasi. Ini memang teruja sebab banyak jugak kura-kura gergasi yang besar-besar dekat sini. Tak perlu takut dia tak makan orang hehehe jangan korang bagi jari korang dah la confirm la kena gigit. Dekat area sini korang boleh tengok telur kura-kura dan anak kura-kura yang banyak. Eeeee geli heheheh tapi comel. Sempat jugak mama dan family bergambar dengan kura-kura gergasi ni. Kenangan la untuk anak-anak datang sini kan. 

Budak ni jer berani bagi makan. abang dia takut.. hahahah

Yeahh family photo kami 5 beranak. Hey jangan tak tahu kura-kura ni pandai senyum tau.

Belakang tu spesis kura-kura jugak kot. 

Kat sini korang leh tengok ular sawa yang besar-besar. Hahh bebudak ni memang teruja tengok ular ni sebab memang besar-besar. Hahahah cuma ada la ular ni duduk setempat tak bergerak pun. Ada yang menjalar dan tengah makan memang best tengok. Tapi kan satu jer tak berapa best memang agak berbau sikit. Hahaha dah masuk kebun binatang kan memang la bau tak berapa best hehehe sampai baju dan badan korang pun bau jugak tau. wakakak.. bertabah lah.

Ular sawa. Fuhhh bagi makan ayam ker apa ni. 

Ini sejenis buaya aligator kan.. ker salah hahaha.. tak dan baca nama binatang dah weh

Anak dara ni jer berani nak pi pegang binatang tau.

Kalau korang nak tengok rusa, kambing biri-biri ada dalam kandang dia. Kita orang tak berani masuk sebab ada bekas makanan. Hahaha heyyy rusa-rusa kat sini dia tau itu makanan dia. Asal masuk terus rusa tu datang kat kita orang. Apa lagi terus keluar sebab tak berani. kahkahkah. mama korang pun takut jugak. Padahal takder apa pun dia nak makanan jer dan kat dalam kandang tu ada staff situ jaga. 

Ayam belanda ni pun jalan merata jer. 

Ikan koi pun banyak dalam kolam. Beli jer pallet makanan yang disediakan dekat mesin khas. 

Paling lama kita orang dekat Longkang Fishing. Hahah anak-anak duk ralit sauk ikan-ikan kecik dalam longkang ni. Siap ada baldi kecik dengan sauk comel. Kerja bebudak ni keje nak tangkap ikan tapi tak dapat pun. hahaha mama risau korang terberenang dalam longkang tu jer. hahahah. kang tak pasal-pasal baju basah. 

Mama nak snap gambar pun nampak belakang hampa ja. ralit sungguh. 

Qeisya geram ker tu. kalau tak pegang mau dia terjun dalam longkang hahaha. 

Hahh ni lah marmoset haiwan yang unik. ada ker mama panggil little monkey. kahkahkah

Cantik merak putih ni. Ehh kat sini ada kancil kecik tau. masa mama pergi dekat sini dia boleh nyorok pulak. 

Pagi tu kami sempat tengok parrot show. Hehehe pandai betul parrot sini buat peace, menari, berlakon, bercakap, naikkan bendera, ehh serba serbi pandai la sebab dah terlatih kan. Dekat setengah jam mama dengan anak-anak menyaksikan parrot show ni. Memang best!! Sedar-sedar dah habis parrot show ni tau. 

See pandai parrot ni buat peace dengan Qeram. heheheh

Memasing dah tak nak bergambar. Muka mama lencun berpeluh weh. memasing dah bau kambing dah hahaha.. tapi memang fun habiskan masa dalam 3 jam dekat sini.

Ok mesti nak tau harga tiket kan.. nah tengok gambar harga tiket Farm In The City. 

Yang mana belum datang sini mama sarankan korang datang la bawak anak-anak mengenali binatang di sini. Confirm anak-anak teruja dapat tengok binatang yang berada depan mata siap boleh pegang dan bergambar lagi. Dengan luangkan masa begini dapatlah mengeratkan hubungan seisi keluarga sambil riadah bersama keluarga tersayang di Farm In The City. Mama jamin korang tak rugi datang sini dan dapat moment yang indah. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

FARM IN THE CITY
Lot 40187 - 40188, Jalan Prima Tropika Barat
Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Telefon : 03-8941 2099 / 3099


Waktu Operasi :
Weekdays : 10:00 pagi - 6:00 petang
Weekend : 9:30 pagi - 6:00 petang
Tutup Setiap Hari Selasa, tidak termasuk Cuti Umum & Cuti Sekolah

Love,

Pak John Steamboat & BBQ @ IOI City Mall, Putrajaya

$
0
0
Pak John Steamboat & BBQ @ IOI City Mall, Putrajaya - Sesekali gathering bersama keluarga dan rakan-rakan memang best kan. Tambah pulak gathering makan-makan steamboat macam ni fuhh memang layan. Sambil makan sambil sembang santai lagi menambah keakraban silaturrahim betul tak. Mama pernah makan di Pak John Steamboat di cawangan Ecurve Damansara. Agak jauh jugak dari rumah mama. Lepas ni kalau nak makan Pak John Steamboat boleh jer makan di IOI City Mall.



Sabtu lepas mama dan family pergi makan di Pak John Steamboat & BBQ. Sesekali makan macam ni best jugak. Kira makan besar la kami malam tu walau agak kelam kabut dengan anak-anak. Kita orang booking untuk dinner dalam jam 6 petang dan time tu tak ramai lagi orang. Dah lewat malam skit sekitar jam 7 malam makin ramai la orang terjah makan dekat sini.

Harga sekepala dan variaty sup yang terdapat di sini.

Boleh makan di luar dan juga di dalam kawasan beraircond.

Dari pandangan mama, di Pak John Steamboat IOI ni keluasan dia tak sebesar di Ecurve Damansara. Kat sana luas cuma sini dia ada bahagi 2 ruang di bahagian dalam dan juga luar yang berkonsepkan open air. Memandangkan mama booking so mama pilih bahagian dalam yang dekat dengan makanan lah. hehehe malas nak jalan kekdahnya. wakakaka. Untuk makan dekat sini unlimited time so korang makan la baper jam pun takper.

Bahagian goreng-goreng. anak2 suka tempat ni

Segala sayur-mayur ada. Pilih jer.

Ini pulak jenuh pilih segala ayam, daging perap, ikan, udang, ketam, papahat, fishhball semua ada. 


Sos pilihan korang boleh cuba memang banyak dan sedap-sedap. Paling best sos pedas thai

Bagi yang makan kat sini mama nak suggest korang kena makan smoky duck. Memang sedap tau itik kat sini sampai banyak kali ulang ambik dan makan. Ehh memang korang kena jugak try tau makan dekat sini ok. Selain itu, terdapat makanan chinese iaitu Dim Sum yang sedap yakmat. korang pergi jer minta dekat kaunter macam gambar kat bawah ni. Di kaunter ni menyediakan waffle dan  ice kacang ABC. Ohh sebelum terlupa untuk refill soup dan air free jer so korang boleh refill bila-bila masa ok. Kalau plate grill korang tu dah hitam pun boleh jer tukar takder masalah. 

Walau mama bukan pengemar dim sum tapi mama tetap makan ok. sedap cicah dengan sos pedas

Sebelum makan kita bergambar dulu. Dapur steamboat dekat sini guna elektrik so selamat yer.

Pilihan sup sudah tentu la tomyam. Round pertama yang sempat tangkap, round ke 2, 3, 4 dah takder hati nak tangkap gambar. semua pulun nak makan jer 

Jom moh bakar itik ni. tak sah kalau makan steamboat macam ni sampai peluh kan

Lepas kenyang makan tu relax dulu kasi turun abis semua dan boleh la makan dessert sebagai pencuci mulut pulak. Sini pilihan ais krim seperti vanilla, coklat, strawberry, mint, jagung dan durian. Terus terasa sejuk tekak selepas makan benda yang panas kan. Selain itu, korang kena makan ais kacang ABC dan waffle. Ntah la ramai yang datang mesti kena makan waffle dia sedap. 


ABC dia memang best. 

Waffle pun terbaik makan panas-panas

terjumpa sis-sis blogger ni..

Fuh rasa macam nak repeat pulak makan Pak John Steamboat ni. Next time makan berdua jer dengan en papa hahaha. makan anak beranak ni korang paham-paham la macam tercekik jer makan tau. kejap nak itu la kejap nak ini la. air tumpah la bergaduh la. hahahah itu perkara biasa kalau ada anak kecik. Ada masa lapang tak tahu makan apa, korang datang dan cuba makan di Pak John Steamboat ni ok. Bagi yang ingin buat gathering family, office, celebrate birthday party, boleh buat booking dulu sebelum datang. Takut nanti datang walk in ramai orang pulak. heheheh

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Pak John @ IOI City Mall
GE-11 Ground Floor, IOI City Mall
Lebuh IRC, IOI Resort City
62502 Putrajaya
Selangor

Tel : 012-251 8289 | 03-8957 1128

Website : www.pakjohn.com

Love,

Enak Rasa & HYPE Motosports Hotel Lancarkan Pakej Eksklusif Marhain

$
0
0
Enak Rasa & HYPE Motosports Hotel Lancarkan Pakej Eksklusif Marhaian | Ada yang tengah rancang nak kawin untuk tahun depan tak? Mana yang tengah planning nak kawin dan nak buat dekat hotel boleh tengok Pakej Eksklusif Marhain di HYPE Motosports Hotel yang bekerjasama dengan Enak Rasa Catering. Yer jangan tak tahu rakyat marhain pun boleh jer buat kawin dekat hotel. Nak tahu lebih lanjut pasal pakej ni boleh baca di bawah. 


Pada Sabtu lepas, mama dijemput untuk menghadiri satu majlis Grand Open Day di HYPE Motosports Hotel. Mama apa lagi kalau sebut kenduri kawin of coz la tak sabar nak cuba menu-menu juadah nasi kenduri. Tambah menu-menu kenduri kali ni daripada Enak Rasa Katering memang sedap-sedap la. Untuk pengetahuan semua, HYPE Motosports Hotel ini dulu dikenali sebagai Nouvelle Hotel. Kalau yang mana tidak familiar hotel ni betul-betul tepi highway Sungai Besi. So memang senang la kalau nak datang ke sini. 

HYPE MOTOSPORTS HOTEL KUALA LUMPUR merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yg serba cantik dan mewah, kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup. Selain dari parkir kenderaan yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector.




Sehubungan dengan itu Enak Rasa melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29,000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif marhain ini, merupakan pakej elegant tapi disediakan buat mereka yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yang sangat minimum. Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4,000. Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara.




Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada pelanggan. Pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan pada majlis bersejarah mereka. Antara menu lain yang disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi. Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan.



Nasi Liwet


Enak rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimah. Antara Dewan seperti :-
  1. Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya
  2. Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
  3. Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang
  4. Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya
  5. Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa
  6. Colosseum Glenmarie
  7. Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak
  8. Rumah Tradisional Frim
  9. Cassa Detik Ampang
  10. Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
  11. Emerald Ballroom Selayang
  12. Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam
  13. Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam
  14. Dewan MZ Bangi
Selain itu, Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.


Pakey Wedding di HYPE Motosports Hotel


Masa mama datang ke hotel ni serius mama suka dengan konsep perkahwinan di hotel tapi harga mampu milik. Yer mama tak nafikan bukan semua golongan yang mampu untuk buat kenduri di hotel tapi di HYPE Motosport Hotel insyaAllah impian korang akan terlaksana. Memang bagus la ada pakej marhain macam ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Jangan tunggu lama untuk mendapatkan pakej yang menarik ini dan cepat tempah sebelum 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Telefon :

Cik Nurul Afni | 012-237 4867
Tuan Haji Aidil | 016-258 0734
Puan Hajjah Salmi | 010-225 0734
Mohd Rusdi | 011-3557 9805

Love,

Dutch Lady Breakfast Challenge | Mulakan Sarapan Dengan Segelas Susu Dutch Lady PureFarm

$
0
0
Korang tahu jika seseorang mengambil sarapan pagi adalah perkara yang wajib sekiranya korang yang ingin berdiet tau. Jadi bagi yang nak kurus tu, jangan skip sarapan pagi ok. Sarapan pagi sangat penting kerana ianya akan membantu membekalkan tenaga kepada kecerdasan tubuh dan otak kita selepas semalaman kita tidur. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk menjadi ramping, manakala orang yang berdiet pula lebih mudah untuk menurunkan berat badan mereka. Walau macam mana tak sempat sekali pun untuk mengambil sarapan pagi, kalau korang dapat minum segelas susu Dutch Lady PureFarm pun sudah memadai.


Tidak semestinya untuk mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari yang mencabar setiap hari. Sebenarnya, dengan satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa untuk menyediakan sarapan. Bagi mama sendiri mengamalkan sarapan pagi yang mudah cukup untuk melapik perut sebelum melakukan aktiviti sebagai suri rumah. 

Semua orang tahu bahawa dengan minum susu sangat membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Susu sangat kaya dengan kalsium tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari. Oleh itu, mama sendiri akan kongsikan bagaimana mama sendiri melengkapkan sarapan pagi dengan susu Dutch Lady dengan jayanya. Jom kita tengok menu sarapan pagi yang cukup mudah dan berkhasiat selama 5 hari. 

Hari Pertama : Mee Goreng Mamak & Segelas Susu Dutch Lady PureFarm

Hari Kedua : Semangkuk Koko Crunch & Segelas Susu Dutch Lady PureFarm

Hari Ketiga : Segelas Milk Shake Oat & Nestum With Chia Seed

Hari Keempat : Overnight Oat Banana With Full Cream Milk Dutch Lady

Hari Kelima : Lempeng Pisang & Segelas Susu Dutch Lady PureFarm

Kalau korang semua perhatikan setiap menu sarapan pagi mama menu sangat simple tapi sangat berkhasiat dan tidak lupa mama minum segelas susu untuk dapatkan protein dan juga kalsium. Protein dalam susu bertindak sebagai pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses termasuklah pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Dalam kajiaan menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain. 

Selain susu menguatkan tulang, rambut dan kuku, susu juga memberikan tenaga dan stamina yang sangat diperlukan dalam melakukan aktiviti harian. Jangan tak tahu zat besi yang terdapat dalam susu memberi manfaat untuk mencegah anemia atau kekurangan sel darah merah dalam tubuh kita. Susu juga sangat baik untuk perkembangan otak kanak-kanak yang bersekolah kerana kandungan vitamin B2 dan omega yang terkandung dalam susu dapat meningkatkan kemampuan daya ingatan otak sehingga tidak mudah lupa. Malah bagi yang minum susu setiap hari dapat menurunkan kadar stress dalam diri kerana enzim dalam susu dapat menurunkan hormon yang menyebabkan stress dalam tubuh badan. Jadi dengan hanya minum susu dapat memberikan fikiran kita tenang dan rilex serta otot-otot badan tidak menjadi tegang.


Jom mulakan hari kita bersama keluarga dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan. Jangan lupa sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8 Oktober sehingga 11 November 2018.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my

Love,

Thunder Chic | Sos Inti Ayam Pedas Berkeju Yang Super Hot & Spicy

$
0
0
Thunder Chic | Sos Inti Ayam Pedas Berkeju Yang Super Hot & Spicy - Jenis mama kalau takde pedas memang tak best nak makan. Ewahh kemahin kan! Biasalah makanan yang sedap baru satu nikmat dunia yang tak boleh di beli. Gituuu.. Ok memandangkan mama ni memang hantu pedas so setiap kali ada orang jual memang akan beli dan cuba. Korang mesti tak pernah dengar Thunder Chic iaitu Sos Inti Ayam Pedas Berkeju. Macam pelik bunyinya kan tapi percayalah tengah viral ok sekarang ni. Korang kena rasa dulu baru betapa hot & spicy Thunder Chic ni tau!

Thunder Chic | Sos Inti Ayam Pedas Berkeju Yang Super Hot & Spicy

Thunder Chic adalah produk terbaru Bumiputra keluaran syarikat Mamart Food. Untuk pengetahuan korang semua, Mamart Food ni bukan ada produk Thunder Chic jer tau malah mereka dah sekian lama syarikat ini beroperasi mengeluarkan produk makanan Halal seperti Otak-otak, Pepes Ayam, Sata dan Keropok Lekor. Ehh jangan tak tahu yer produk makanan ini semua siap delivery ke rumah korang. Perghh memang tak payah kelam kabut keluar rumah. Nahh tunggu jer dekat rumah, makanan pun sampai. Jimat duit minyak korang kan!!

Ok pertama kali mama tengok Thunder Chic ni memang mama teruja nak cuba. Nampak oren menyala macam tu katanya super hot. Ehh ini tak boleh jadi tambah benda-benda viral mesti kena cuba bukan. So jangkaan mama memang tepat Thunder Chic ni bukan sebarang sos pencicah yer sebab ia lain dari yang lain yang ada di pasaran. Tambah sos cicah ni ada inti ayam lepas tu berkeju pulak tu. Wehh tibeh terliur tengah taip entri ni. Hahaha. Kang makan saja macam tu pun boleh. 


Bahan-bahan yang terkandung dalam Thunder Chic of coz la isi ayam, tepung jagung, minyak sayuran, cili, rempah ratus, keju, gula, cuka dan garam. Ok korang dah nampak kan bahan-bahan Thunder Chic ni. Walau simple jer semua bahan tu tapi rasanya kebabom la masuk dalam mulut. Hahaha. Giler mama memang suka rasa inti ayam pedas lepas tu rasa creamy keju pulak. Ehh bebudak ni pun calit jugak siap cari air tak tahan pedas. Hahh kalut sangat kan nak calit sos ni jugak. Heheheh. Yang pasti memang sedap yer. Tak tipu punyalah!!


Thunder Chic Sos Inti Ayam Pedas Berkeju ini sangat sesuai dimakan dengan pelbagai cara. So far mama makan cicah nugget, fries dan tortilla wrap jer. Coz yang tu jer yang kerap makan dekat rumah. Hehehe. Antara cadangan lain yang boleh makan dengan Thunder Chic ini adalah :-
  • Fries / Wedges
  • Nugget
  • Patty
  • Ayam Goreng
  • Nachos
  • Aneka Pasta
  • Tortilla Wrap / Chip
  • Salad
  • Pizza
  • Spaghetti
  • Sandwich
  • Nasi Panas
  • Popia / Samosa / Karipap
Sos untuk tortilla wrap pun senang. Letak salad, timun & Thunder Chic lepas tu balut. Memang sedap tak payah ada sos lain dah.

Ini pun senang cicah dengan Thunder Chic. Hehehe. Terlupa sos cili biasa punya. 

Hahhh ini memang wajibal ghunnah yer. Kalau korang jenis buntu nak masak lauk lauk apa, masak jer nasi panas lepas tu makan dengan Thunder Chic. Ehh mau bertambah-tambah nasi tu. hehehe

Bagi mama sebotol ni memang mudahkan kerja sebagai seorang ibu. Macam mama sendiri jenis pergi hotel bawak mini rice cooker tau. Hahaha. Ada Thunder Chic ni kira penyelamat tekak laki bini dan anak yer. Hahaha. Senangkan bagi yang travel ke mana-mana, tambah kalau pergi ke negara yang susah nak dapat makanan Halal. Thunder Chic ni memang wajib la kena bawak kan. Lepas ni mama nak try Pizza inti Thunder Chic. Fuhh macam menarik jer kan dengar.. Tunggu mama buat nanti ok. Dah tengok video mama makan Thunder Chic ni tau. Memang super duper sedap, pedas dan yang best rasa creamy keju tu memang woww sangat. Tambah masa makan tergigit isi ayam lembut memang lain dari yang lain lah. 


Sebelum mama terlupa mama nak bagitau pihak Thunder Chic sedang mencari agen untuk memulakan perniagaan Thunder Chic. Bagi mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan boleh mencuba dengan menjadi agen jualan Thunder Chic ni yer. Dengar kata keuntungan mencecah 15% - 20%. So cepat yer yang mana nak jadi agen sebab pengambilan agen adalah terhad. 


Sebotol Thunder Chic berat sekitar 240g dan harga hanya RM18.00 sahaja. Murahkan!! Bagi yang ingin membeli boleh dapatkan segera dan boleh hubungi nombor telefon di bawah yer. Mama gerenti korang makan Thunder Chic ni sekali makan pasti nak lagi!! 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

Email : thunderchic.hq@gmail.com
Telefon : 013-681 8753

Love,

Jus Endon | Mampu Merawat Masalah Dalaman Wanita & Menaikkan Seri Wajah

$
0
0
Jus Endon | Mampu Merawat Masalah Dalaman Wanita & Menaikkan Seri Wajah - Sebagai wanita memang tak dapat nafikan memang mengalami masalah dalam jika hormon wanita tidak menentu. Tambah dengan keletihan menguruskan anak-anak dan juga uruskan keluarga setiap hari membuatkan badan tidak bermaya dan muka letih serta kusam. Jadi baru-baru ini mama mencuba satu produk minuman kesihatan untuk malasah dalaman wanita iaitu Jus Endon dari Cassialeaf. 



Pernah dengar ker Jus Endon ni? Mama sendiri pun pertama kali dengar dan mencuba. Kalau dah namanya Jus Endon mesti banyak khasiat yang terbaik untuk dalaman wanita yer tak. Untuk pengetahuan korang, Jus Endon ini adalah campuran buah delima, madu dan herba-herba semulajadi yang dijadikan minuman kesihatan khas untuk wanita. Antara ramuan Jus Endon diperbuat dari Madu, Delima, Ekstrak Ros, Ekstrak Sireh, Goji, Pueriria Mirifica, Kayu Serapat, Manjakani, Pueriria Lobata, Kacip Fatimah, Vitamin C, Acerolla Cherry dan Ekstrak Sakura. 


Nampak kan ramuan-ramuan yang terdapat dalam sebotol Jus Endon ni pasti dapat merawat masalah dalaman wanita serta memberikan tenaga setiap hari. Macam mama sendiri mama akui mengalami masalah keputihan yang sangat teruk sehingga rasa tak selesa jika tak pakai pantyliner. Tambah selepas datang bulan lagilah dengan hormon tak menentu dengan keputihan yang menghantui dan paling stress bau badan yang tidak selesa. Jangan tak tahu gara-gara hormon tak menentu macam ni boleh mengakibatkan muka kusam, tak bermaya malah seri muka hilang. 


Jus Endon mempunyai kebaikkan sendiri bagi wanita yang mengamalkan setiap hari. Antara kebaikkan Jus Endon ini adalah :-
  • Awet muda
  • Menaikkan seri muka
  • Memberi tenaga dalaman
  • Memantapkan dan mengatasi masalah vagina kering
  • Membantu menganjalkan dan mengetatkan vagina
  • Membunuh bakteria dalam saluran kencing
  • Mengurangkan sengugut dan keputihan
  • Menegangkan payudara
  • Memperbetulkan kitaran haid
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Menstabilkan hormon
  • Menghilangkan bau badan
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan

Setelah seminggu lebih mengamalkan Jus Endon banyak kesan positif terhadap tubuh badan mama. Yang paling ketara Jus Endon memberikan tenaga sehingga susah nak lelapkan mata pada waktu malam. Kemudian masalah keputihan sebelum ni agak teruk sehingga keputihan pekat dan agak berbau. Setelah minum keputihan dah tak pekat tapi jadi berlendir dan vagina tidak kering lagi. Yang paling mama suka bau badan pun semakin berkurang. 

Untuk cara pengambilan Jus Endon ini hanya amalkan 1 sudu besar setiap pagi dan 1 sudu besar pada sebelah malam. Dek kerana rasa jus delima masam manis kemudian rasa campuran herba serta bau wangi dari ekstrak ros membuatkan bukan sesudu jer mama minum malah 2 sudu minum setiap hari. Itu pasal la tengah malam badan jadi cergas sampai susah nak tidur. Hahaha. Lepas tu mama dah tak berani minum Jus Endon pada waktu malam takut mama lagi susah nak lelapkan mata. Jadi hanya pada waktu pagi sahaja mama amalkan. 


Sekarang badan rasa cergas jer minum Jus Endon ni. Setiap pagi kalau tak minum sesudu mesti rasa kurang jer badan. Ehhh yang paling tersuka Jus Endon ni melawaskan pembuangan setiap pagi. Kalau tidak setiap pagi sembelit jer nak pergi toilet. Bagi wanita yang mempunyai masalah dalam seperti mama dan ingin menaikkan seri wajah apa kata cuba amalkan Jus Endon keluaran Cassia Leaf ini sangat membantu merawat masalah wanita. Apa lagi korang patut cuba memang best sangat tak rugi korang beli dan amalkan Jus Endon ni.

Sebotol Jus Endon 300 ml 

Harga :
RM 60.00 | Semenanjung Malaysia
RM70.00 | Sabah Sarawak

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Whatsapp : 019-492 1807 - Sha | 011-3637 6095 - Tira

Love,

SGshop Malaysia | Website Shopping Best Sempena Double 11 Online Shopping

$
0
0
Benda paling best sebagai seorang wanita adalah shopping time!! Yeaa tak kira la waktu dan masa kalau dapat shopping adalah terapi seorang wanita. Hahhh gitu. Heheh dulu nak shopping kena pergi mall kan sekarang hahh tak payah depan pc jer ko shopping. Pilih, tekan, masuk cart, buat pembayaran dan tunggu jer barang shopping ko sampai depan rumah. Tambah shopping dari China menerusi website SGshop, lagi la memacam rasa nak beli tau!!!.. Seingat mama last mama shopping SGshop ni masa tahun lepas. Yer masuk jer November mama dah gatal tangan nak shopping dekat sini. Jom kita tengok apa barang yang mama shopping dekat SGshop Malaysia sempena Double 11 Online Shopping.


Untuk pengetahuan korang semua, SGshop merupakansatu website dimana korang boleh shopping barang-barang direct dari China. Kalau korang duk scroll website dia ni memang 4 hari 4 malam tak habis-habis sebab barang-barang dia banyak. Tapi SGshop ini hanya menjadi "orang tengah" bagi seller yang terlibat dalam website SGshop ini. 

Contohnya senang jer, kalau korang beli 5 barang pada 5 seller di China yang berbeza, kemudian barang-barang tersebut akan dikumpulkan di dalam gudang SGshop sebelum mereka bungkus dan hantar ke alamat korang. Jadi SGshop ini menjadi orang tengah untuk korang membeli sesuatu barang. Antara barangan yang terdapat di SGshop adalah pakaian, kasut, bag, barangan makeup, barangan elektrik, perabot dan banyak lagi barangan dekat sini. So korang rajin finger walking yer.. 


Tengok la 1 box besar dan 1 parcel dari hasil shipping di SGshop baru-baru ni. Mama ni kalau dah start scroll SGshop memang habis masuk cart benda apa yang mama nak beli untuk kegunaan seisi keluarga. Serius mama tak boleh tahan website SGshop ni sebab murah-murah uolls.. Tapi korang kena pandai cari dan pilih harga yang berpatutan ok. Jom tengok pengalaman mama shopping di SGshop dari China ni, mana tau nanti korang pun boleh refer dari cerita mama ni. 

Mama start shopping 22 September - 24 September. Hahhh 2 hari 2 malam ko mama duk scroll website nak shopping sampai naik lenguh jari jemari la pilih mana yang nak beli. Hehehe.. kejap padam kejap masuk cart punya lah nak cari barang yang memang mama nak guna je. Kemudian mama start bayar harga barang pertama pada 25 September dan masa ni korang akan dapat mesej mengatakan barang dah sampai dalam gudang SGshop. Kesemua barang yang mama beli sampai pada 27 September hingga 4 October. Ambil masa 8 hari juga sebab seller yang berlainan. 

Selepas itu mama buat pembayaran ke 2 untuk delivery pada 5 October. Ok memandangkan delivery ni mama cadangkan kalau korang nak beli make sure beli barang jangan terlalu besar sangat. Macam mama memang agak besar kotak tu dan harga delivery mahal skit tapi takpa sebab memang mama nak sangat benda tu. Kemudian pada 8 October, pihak SGshop dah post parcel semua ke airport. Ok time ni korang tak perlu risau nak buat bayaran lagi sebab masa pembayaran ke 2 kita dah buat semua bayaran untuk penghantaran dari China ke Malaysia. Jadi masa ni pihak kastam akan check dan declare barang untuk pos ke Malaysia melalui kapal terbang atau kapal laut. So korang boleh pilih yer. 


Dalam masa 10 hari penghantaran barang shopping SGshop dari China ke Malaysia. Ini pun korang boleh check detail melalui tracking number diberi untuk proses kastam dan manakala pihak delivery Malaysia pula adalah dari Skynet akan collect barang tersebut untuk hantar ke alamat rumah korang. Barang shopping mama selamat sampai pada mama 22 October, fuh memang ngam-ngam satu bulan tau. Alaa sebulan sekarang kejap jer pejam mata pejam mata dah sebulan yer tak. Jom kita tengok barang apa yang mama beli.

Women Cotton Short Sock [RM13.72] | http://bit.ly/2RjuvzY

Yang pertama mama beli stokin ni. Puas hati beli stokin ni kain cotton dia ok nice, pendek memang mama suka dan paling mama berkenan dekat warna dia ada 8 warna. Size stokin ni free size memang muat jer dengan kaki. Siap boleh sharing stokin ni dengan anak mama sekali tau. Harga pun not bad murah 8 helai RM13.72 je hahh.. boleh la pakai stokin ni buat pergi jogging ker zumba ker kan.. 

Sport Bra [RM13.72] | http://bit.ly/2Aykucz

Yang ke 2 mama beli sport bra. Pun murah 2 helai RM13.72. Size sport bra ni free size tapi musykil why tak muat. hahaha selalu beli free size muat jer kekdahnya. So sport bra ni bagi dekat adik la nanti. Hahah. Kain pun sedap boleh la nak guna untuk aktiviti sukan. 

Men Tshirt [RM16.67] | http://bit.ly/2Q3HEgj
Girl Dress [RM13.72] | http://bit.ly/2SuzGPa

Yang ke 3 mama beli Men Tshirt untuk en papa. Kain cotton lembut, jahitan kemas dan sejuk memang sedap la pakai ni. Size mama ambik XXL sebab en papa besar kan. Harap en papa muat la yer. Yang ke 4 mama beli dress untuk Qeisya. Dress ni pun cantik gabungan 2 kain cotton dengan apa ntah bahagian skirt tu. Dress Qeisya ni mama saja ambik yang besar sebab boleh dia pakai banyak kali. Harga pun murah jer.

Large Wallet Men [RM13.66] | http://bit.ly/2PwI69Q
Card Holder [RM6.55] | http://bit.ly/2CMDg1z

Yang ke 5 mama beli wallet untuk en papa. Hehehe kesian tengok wallet dia dah koyak rabak. Tu pasal mama beli wallet dekat dia. Ehh memang cantik la design ni memang dia suka boleh letak bahagian card tu banyak. Jahitan benang dekat wallet ni kemas. Tengok la harga pun murah namatey. Yang ke 6 mama beli card holder untuk mama. Yeaa mama suka card holder banyak slot gini sebab mama memang banyak sangat card ic la, card bank la, card mykid anak-anak, ehh macam-macam la.. Pilihan warna of coz la pink. 

School Bag [RM20.60] | http://bit.ly/2RobTid

Yang ke 7 mama beli school bag untuk hero-hero mama. Hoyeh boleh la dia orang guna masa sekolah tahun depan. Sebelum ni mama beli bag ni untuk dia orang memang tahan lama tau. Itu pasal mama beli lagi. Walau harga dia sebiji RM20.60 tapi kualiti memang elok sangat. Bebudak ni pun dah cakap tak nak mahal-mahal sebab guna setahun jer. Next year boleh beli lagi hehehe. Sepatutnya beli warna biru dan hitam, memandangkan hitam sold out terpaksa la mama beli warna pink macam ni. redha jer lah Qeram pakai bag pink katanya bag budak perempuan hahahah. tapi mama suka sebab cantikkkk

Background Paper Wood [RM4.64] | http://bit.ly/2RocEb3

Yang ke 8 mama beli background paper untuk photoshoot barang blogging mama. Yeahh dah lama sangat nak beli so nampak jer dekat SGshop ni terus beli sampai 3 design. Hehehe harga pun murah sekeping RM4.64 sahaja. Kertas ni takder lembut dan tak la keras sangat kira ok untuk shoot barang buat flatlay memang cantik. Setiap kertas ni ada 2 design depan belakang so boleh la nak guna bahagian mana pun. Ehh suka la macam nak beli lagi design lain pulak. 

Bench Sofa Storage Box [RM96.15] | http://bit.ly/2QaVWvW

Yang akhir sekali kotak paling besar mama beli adalah Bench Sofa Storage Box. Dah lama mama nak beli sebab nak letak mainan anak-anak dalam box ni. Harga storage box ni RM96.15 jer tapi untuk delivery a little bit mahal sikit sebab besar dan berat. Mama tak kesah sebab memang mama dah lama cari storage box ni. Untuk storage ni dah check semua ok takder terkoyak ker apa. So far memang sangat berguna storage box ni boleh duduk dan letak barang dekat bahagian dalam dia.

Permukaan atas storage box

Bahagian dalam storage box. 

Teruja giler dapat barang tak percaya korang tengok video yang mama sempat rakam ni. Hahhh baru sikit ni kalau banyak lagi tak tahu la memang lompat sampai bintang gamaknya. hahaha.. Dah korang layan video unboxing shopping di SGshop ni yer. 



Untuk pengetahuan korang sempena Double 11 Online Shopping di SGshop tengah mengadakan kempen jualan 11.11 pada bulan November ni. Antara yang menarik sempena kempen jualan ni yang perlu korang grab adalah :-
  • Memperkenalkan keahlian "SHIOK" 
  • Pre-Order sempena 11.11 item diskaun
  • Beli satu dapat satu percuma dalam masa 2 jam
  • Money Money Come
  • Rebut Lucky Red Packet untuk memenangi SGRewards
  • Lucky Slot
  • Produk DISKAUN & Caj Perkhidmatan PERCUMA
  • Kejutan tanpa henti dengan caj perkhidmatan PERCUMA


Paling mama teruja sempena Double 11 Online Shopping di SGshop ni adalah beli satu dapat satu percuma dalam masa 2 jam. Untuk promosi ini hanya sah produk diskaun BUY-FOR-ME pada 1 November 2018 dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang sahaja. Korang beli cari hanya taipkan "Flash Sale" dan setiap pembelian di bawah RM50 akan dapat unit tambahan setiap item secara percuma.



Selain itu, korang boleh Rebut Lucky Red Packet untuk memenangi SGRewards dari 6 November - 7 November dan bermain permainan percuma dantanpa had untuk memenangi hadiah (RM10, RM5 dan RM2 SGreward). Manakala dari 8 November - 10 November jangan lupa main permainan Slot Lucky untuk memenangi SGreward, Voucher Tunai dan Kod Diskaun. Setiap hari korang berpeluang 3 kali untuk putar Lucky Slot.

Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca di sini : https://www.sgshop.com.my/activity/treasurehunt

Untuk maklumat lanjut mengenai SGshop Malaysia, boleh layari :-


Jangan lupa shopping di SGshop Malaysia sempena Double 11 Online Shopping Festival

Love,

LAB 11 Full Lift Shampoo & Soft Mask | Khas Untuk Wanita Yang Mempunyai Masalah Rambut

$
0
0
Rambut adalah mahkota wanita yang paling penting untuk semua wanita diluar sana. Walau mama sendiri bertudung bukannya mama tidak menjaga rambut dengan sebaiknya. Jadi penjagaan rambut sangat penting dari memilih set penjagaan rambut yang terbaik agar rambut tidak mengalami masalah seperti rambut gugur, kelumumur, berminyak, bercabang dan lain-lain lagi. Apabila umur semakin meningkat rambut makin kekurangan nutrien dan mulalah rambut mengalami keguguran selepas bersalin. 


Pada minggu lepas, mama berkesempatan menghadiri satu majlis exclusive private preview product LAB11 Full Lift di Eco Sky Business Lounge Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, jenama produk LAB 11 merupakan pakar pengalaman rambut dan kecantikan di Malaysia hampir 18 tahun dalam industri ini. Mempunyai 11 buah cawangan saloon HairStory, 1 HairStory Academy, 2 SugarNail saloon dan 1 FaceStory outlet.


Dengan visi Global Story ini memupuk dalam dunia kecantikan serta keyakinan kepada semua lapisan masyarakat. LAB 11 merupakan platform dengan menawarkan rangkaian produk rambut dan kecantikan yang bervariasi dari atas kepala sehingga hujung kaki. Antara produk LAB 11 adalah LAB 11 Full Lift Shampoo dan LAB 11 Soft Mask. 

LAB 11 sangat bagus merawat rambut yang masalah seperti anti kerinting, kelemumur, kawalan minyak, pertumbuhan rambut baru, perlindungan haba, rambut keras dan boleh digunakan untuk kegunaan harian, kata CEO dan Founder GlobalStory, Derick Ooi. Menariknya LAB 11 ini telah membuat kajian semenjak dari tahun 2016 dan produk LAB 11 ini menggunakan bahan yang semulajadi, minyak pati dan 11 jenis asid amino, bebas wangi dan bebas bahan kimia yang bahaya.



Antara bahan-bahan yang digunakan dalam LAB 11 Full Lift Shampoo dan LAB 11 Full Lift Soft Mask adalah :-

WATERCRESS
  • Tinggi dalam Vitamin C
  • Menguatkan akar rambut
  • Menggalakkan rambut yang sihat
  • Membersih kelenjer sebum 
CASTOR OIL
  • Membantu kulit kepala menyerap nutrien lebih cepat
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Meningkatkan ketebalan rambut
  • Kaya dengan asid lemak dan omega 6
  • Melembapkan rambut dan menebalkan rambut
ARGAN OIL
  • Merawat hujung rambut
  • Mengurangkan rambut rosak
  • Membaiki kerosakan rambut dan merawat rambut
  • Memberi rambut bersinar
PEPPERMINT ESSENTIAL OIL
  • Meningkatkan peredaran rambut pada permukaan kulit kepala
  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
  • Sesuai untuk semua jenis rambut dan kulit kepala
  • Menghidrat kulit kepala kering
EUCALYPTUS ESSENTIAL OIL
  • Merangsang folikel rambut
  • Mengurangkan keradangan kulit kepala
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengurangkan kegatalan kulit kepala
LIME ESSENTIAL OIL
  • Melembapkan kulit kepala dari dalam
  • Mempercepatkan mengurangkan minyak pada rambut
  • Menghilangkan kelemumur
  • Merawat kulit kering dan gatal
SWEET ORANGE ESSENTIAL OIL
  • Merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Menjadikan rambut berklat dan menawan
  • Mengurangkan kelumumur
 LAB 11 Full Lift Shampoo dan LAB 11 Full Lift Soft Mask 


LAB 11 Full Lift Shampoo - mengandungi ekstrak air semulajadi untuk memberikan sulfur, zink dan magnesium ke rambut. Hasilnya akar rambut lebih kuat, meningkatkan ketumpatan folikel rambut dan menguatkan rambut agar rambut kelihatan beralun. Selain itu, rambut akan berasa lebih ringan selepas mencuci dan kelihatan lebih tebal. Rambut bukan sahaja sihat malah menyegarkan dari bahan-bahan yang semulajadi dari shampoo agar dapat mengurut kulit kepala semasa mencuci.

Cara penggunaan hanya picit shampoo pada tapak tangan. Kemudian lumur shampoo pada rambut dan urut seluruh kulit kepala dan rambut sehingga berbuih. Akhir sekali bilas dengan air bersih. 

[REVIEW]
Mama suka dengan LAB 11 Full Lift Shampoo ni memang best guna dan bau wangi lemon dan orange gitu. Tekstur shampoo putih jernih dan yang bestnya shampoo LAB 11 ni tidak berbuih banyak kira berbuih biasa jer. Selepas bilas, mama rasa rambut tidak kering dan melembapkan rambut serta rambut jadi ringan terurus. 


LAB 11 Full Lift Soft Mask - Pelembut soft mask ini sangat sesuai digunakan selepas mencuci rambut diperkaya dengan minyak argan, minyak zaitun dan asid amino. Menggunakan soft mask ini untuk menghidrat dan merawat rambut bercabang, rapuh dan mengurangkan rambut kerinting serta keras. Ia mengawal rambut dari akar ke hujung dan ekstrak air semulajadi membantu untuk menguatkan akar rambut dan merapikan rambut agar rambut kelihatan lebih tebal. Minyak Argan mengandungi vitamin E yang tinggi membuatkan rambut lebih lembut, memperbaiki rambut dan memberi penampilan sempurna.

Cara penggunaan Soft Mask ini, selepas shampoo lap rambut sehingga kering dan picit soft mask dan sapu dari kepala hingga hujung rambut. Kemudian tunggu dalam 3 minit dan bilas rambut sehingga bersih.

[REVIEW]
Sejujurnya mama kurang memakai pelembut rambut sebab rasa berminyak tapi Mask Soft LAB 11 ni lain dari yang lain. Selepas pakai Soft Mask ni rasa tidak berminyak dan kulit kepala jadi bersih dari kelemumur. Paling mama suka soft mask ni sangat wangi dan rambut kelihatan lebih sihat, ringan dan tidak kering pada hujung rambut. 


Seminggu mama menggunakan produk LAB 11 Full Lift Shampoo dan Soft Mask ni terus mama jatuh cinta dengan produk yang menggunakan bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang bahaya. Dengan menggunakan minyak pati dalam shampoo dan soft mask ini memberikan rambut lebih sihat dan bersih dari kelemumur. Setiap hari asyik bau rambut sendiri jer sebab wangi dan lembut. Manakala packaging botol shampoo dan soft mask ni pun mudah digunakan hanya picit sahaja dan mudah dibawa kemana sahaja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai LAB 11 ini boleh layari :-


Love,

PLANNER 2019 Custom Made From PIXAJOY

$
0
0
PLANNER 2019 Custom Made From PIXAJOY | Hi korang dah buat persiapan untuk 2019 ke belum? Yeahh mama bab persiapan memang zero. Hukhuk yang siap buat persiapan hanyalah Planner 2019 jer. hahaha. Kali ni mama tak beli yang dah siap tu. Sebab tak pernah tulis penuh semua ruang pun. So kali ni mama beli Planner 2019 yang custom made punya. Hahh jangan tak tahu siap kita boleh design letak gambar sendiri. Hahahah. terpampang la gambar mama depan tu. Dah jom tengok planner custom made yang mama buat dekat Pixajoy. 

Front page. Nak penuh muka mama. kofkofkof. Ini main rembat gambar dalam phone jer

Untuk second page mama letak gambar family.

Detail personal. tepi tu boleh letak gambar lagi. puas cari gambar family yang elok-elok

Menariknya planner note custom made ni dia tak macam planner yang warna-warni dekat pasaran. Coz planner ni warna black & white jer. So simple. Ohh lupa untuk cover planner ni pun hardcover so memang tebal. Untuk bahagian dalam planner ni ada reference calendars, yearly planner, planner month, telephone & address, important dates dan notes.






Mama suka jenis planner ada nota garis-garis macam ni sebab boleh tulis benda penting. Macam mama sebagai blogger memang mama tulis ruangan ni untuk job bulanan dan payments yang mama dapat. Hehehe kena tulis weh kang mama lupa sebab takut mama terlupa nak buat job tu nanti. Macam tahun ni mama ada 2 buku satu planner satu lagi buku untuk blogging. Dah sampai 2 buku kan rasa leceh jer. Hehehe. untuk tahun depan senang 1 buku macam-macam mama boleh tulis tau. Yeahh mama suka tak sabar nak tulis planner untuk tahun 2019.

Cover belakang

Harga mama beli planner ni RM12.90. Murah kan.. itu pun beli time sale. Kalau time tak sale RM29.90 hehehe. Tapi untuk penghantaran kena charge RM8.00. Ala murah la tu bagi mama. Kalau korang nak custom made planner siap letak muka korang penuh buku tu boleh jer terjah website Pixajoy ok. Hahh kalau korang nak beli nah kod voucher TAKENOTE , masukkan masa shopping cart dan korang akan dapat RM17.94 sahaja.  

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,

Semarakkan Kesegaran Untuk Sepanjang Hari Dengan Dettol ProFresh

$
0
0
Setiap ibu sudah pastinya gembira melihat anak-anak mereka membesar dengan sihat. Namun, semakin anak-anak meningkat umur para ibu bertambah risau apabila anak-anak mereka mula menerokai dunia sekitar dan berdepan dengan risiko pendedahan kepada pelbagai jenis kuman.


Dettol jenama perlindungan kuman No.1 di dunia kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.


Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama lagi. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.


Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan : ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit.

Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga


Kata Dr. Steven, para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan. Peluh sebenarnya tidak berbau cuma kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.


Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

Love,
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live