Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

BETADINE Natural Defense | Perlindungan Berasaskan Dari Bahan Semulajadi & Selamat Seisi Keluarga

$
0
0
BETADINE Natural Defense | Perlindungan Berasaskan Dari Bahan Semulajadi & Selamat Seisi Keluarga - Sebagai seorang ibu benda pertama yang dititik beratkan adalah soal kebersihan. Jadi mama sendiri akan sentiasa mencari produk penjagaan diri yang mengandungi antiseptik di mana ia mampu melindungi kulit kita. Salah satu produk penjagaan diri yang berasaskan dari bahan semulajadi dan selamat untuk seisi keluarga adalah dari Betadine Natural Defense. 


Pada Selasa baru-baru ini, mama dijemput untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk terbaru di One Utama Shopping Mall di mana Betadine Natural Defense bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Produk Betadine Natural Defense ini bebas dari 8 bahan kimiabahaya dan mempunyai rumusan mesra kulit yang mengandungi bahan-bahan semulajadi. Selain itu, ia juga memberi perlindungan kulit dengan nilai pHnya yang seimbang serta mampu membunuh kesan kuman sehingga 99.99%.

Semasa pelancaran Betadine Natural Defense, terdapat aktiviti yang menarik di mana pembeli boleh menguji dahulu rangkaian produk ini serta dapat belajar bagaimana membuat pilihan yang bijak untuk produk penjagaan diri untuk keluarga. Yang menariknya di roadshow ini terdapat 4 task harus diselesaikan dan kumpulkan stamp pada kad tersebut. Setelah selesai semua task bolehlah menebus hadiah terbaru dari Betadine.

Aktiviti cat tangan pada gambar ranting pokok 

Info mengenai bahan-bahan dalam Betadine Natural Defense



Produk Betadine Natural Defense ini terdiri daripada body wash, foaming hand wash dan hand sanitizer dimana kesemua produk ini memberi perlindungan harian untuk keluargabebas daripada 8 bahan kimia berbahaya seperti :-
  • SLS (Sodiuk Lauryl Sulfate)
  • Triclosan
  • Parabens
  • Formaldehyde
  • MIT (Methylisothiazolinone)
  • Dioxane
  • BHT (Butylated Hydroxytoluene)
  • Triclocarbon
Semua orang sedia maklum bahawa bahan kimia seperti SLS, Parabens dan lain-lain lagi amat bahaya kepada kita kerana boleh menyebabkan kerosakan kulit, toksik pada hati, kanser kulit dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita harus memilih produk penjagaan diri yang bebas daripada 8 bahan kimia yang berbahaya ini. 


Antara bahan-bahan yang digunakan dalam Betadine Natural Defense ini telah diuji oleh dermatologist kerana diperkaya dengan organik Aloe Vera dan Vitamin E berfungsi melembapkan  serta menjadikan kulit yang sihat. Terdapat 3 bahan semulajadi bagi body wash iaitu Manuka Honey, Pomeganate dan Tea Tree Oil. Manakala bagi foaming hand wash dan hand sanitizer hanya terdapat wangian iaitu Manuka Honey dan foaming hand wash Tea Tree Oil sahaja. 

Rangkaian produk Betadine Natural Defense

Pertama kali mama mencuba produk Betadine Natural Defense ni bau tidak seperti antiseptic sebab kesemua bau wangi dari Manuka Honey, Pomeganate dan Tea Tree Oil yang cukup lembut. Manakala mama mencuci dengan cecair Betadine ini kulit tidak berminyak malah ia melembutkan kulit tangan. Antara ketiga-tiga wangian ni mama paling suka Manuka Honey yang sangat berkhasiat dan menyegarkan sepanjang hari. 

Dengan Hand Sanitizer Manuka Honey yang mudah meresap ke dalam kulit dan boleh digunakan dimana sahaja agar memastikan tangan sentiasa bersih dari kuman. 


Apa tunggu lagi jom dapatkan produk Betadine Natural Defense yang bebas dari bahan kimia serta memberi perlindungan dari bahan semualajadi dan selamat untuk seisi keluarga. Boleh dapatkan kesemua produk Betadine Natural Defense ini di Watsons seluruh Malaysia atau pembelian secara online di website Watsons dan masukkan code e-voucher dibawah ini untuk diskaun tambahan.

'BETARM2'

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Shopping Betadine online di Watsons boleh klik disini : www.watsons.com.my

Love,

Pengalaman Menarik Di Jualan POTBOY O2O Groceries @ Jaya One Petaling Jaya

$
0
0
POTBOY O2O apa tu? Ok mama pun pertama kali dengar Potboy ni. POTBOY O2O adalah peruncit dalam talian sehingga luar talian pertama di Malaysia. Jualan ini telah berlangsung selama 3 hari dari 6 Julai hingga 8 Julai 2018 di P2, pusat membeli-belah Jaya One di Petaling Jaya. Jualan Potboy ini diadakan dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam dengan kerjasama platform pembayaran mudah alih, FavePay. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik iaitu cabaran dengan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,111 buat pemenang yang berjaya.


Mama berkesempatan singgah ke Jaya One pada hari Ahad baru-baru ini. Memang menarik sangat jualan di Potboy ni tau. Harga barangan yang cukup murah dan boleh mencuba produk terbaru jenama di pasaran. Bagi mama memang cukup mudah dengan hanya shopping online di Potboy Groceries ni sebab penghantaran percuma. 

Motor delivery Potboy Groceries

Dapat mencuba produk terbaru dari air 100plus 

Menariknya di Potboy ni semua pembelian tanpa menggunakan tunai. Mula tu mama tak biasa dengan FavePay ni dan kemudian mama cuba memang lagi mudah buat pembayaran dengan FavePay ni. FavePay merupakan aplikasi e-dompet pertama dengan membayar menggunakan debit kad / kad kredit. Ternyata ia sangat menarik dan pembayaran sangat pantas kerana hanya scan kod bar dan ikut step seterusnya untuk pembayaran dengan telefon pintar. 

Ni salah satu pembayaran menggunakan FavePay. Giler senang.

Untuk cabaran pada hari ke tiga adalah cabaran makan Maggi Pedas Giler. Seramai 35 peserta yang menyertai cabaran ini termasuklah mama dan beberapa orang blogger turut menyertai tau. Fuhhh seram sejuk juga tetiba mama berani sahut cabaran ni. Hehehe. Sebelum ni mama pernah makan Maggi Pedas Giler dengan en papa memang boleh jer makan. Tapi untuk cabaran ni memang tercabar ok sebab ada peserta lain lagi laju makan Maggi ni. Memang woww sangat!!!. 

Selfie la satu kali kan. Hehehhe

Untuk cabaran pusingan pertama kena makan Maggi Pedas Giler ini dengan secepat yang mungkin. Hanya 10 peserta yang layak untuk ke pusingan ke 2. Hehehe memang mama kalah lah kalau makan Maggi Pedas Giler ni sampai sedu dibuatnya. Kemudian untuk pusingan ke 2 hanya 5 peserta yang layak untuk sertai. Pusingan ke 2 ini peserta kena makan seberapa banyak mangkuk Maggi dari 10 mangkuk. Perghhh mau muntah darah ni hahaha. Bagi pusingan akhir hanya 4 peserta sahaja. Masa ni memang semua pakat bersorak dan tak percaya tengok peserta ada yang makan steady, ada yang tarik diri dan ada yang makan sampai nak termuntah. Bukan mudah juga nak menang untuk cabaran ni tau. 


Tahniah kepada Encik Najmuddin Nasrol dari Sungai Buloh kerana berjaya memenangi wang tunai RM1111 untuk cabaran Maggi Pedas Giler. 

Masa jualan ini berlangsung mama sempat juga beli beras, kopi, dan beberapa produk yang lain sebab harga murah kaw kaw la. Tak beli kang rasa rugi pulak so mama beli la skit topup barang dapur mana yang habis. Banyak juga mama mencuba air terbaru di sini seperti air Hersheys, air Coca-Cola Stevia terbaru, air 100plus kurang gula dan banyak lagi.

Sedap juga air ni. Terus mama beli untuk anak-anak mama.

Nescafe 3 in 1 ni pun murah giler dari harga RM16.00 dan harga clearance RM8.99 sahaja. 

Ni lah air terbaru Coca-Cola Stevia. Jangan tak tahu zero sugar dan guna gula stevia jer.. Sedap!

Tadaa hasil tuaian di Potboy O2O Groceries. Ini ada 2 barang tak termasuk dalam gambar. fuhh bayangkan jenuh mama angkat semua barang-barang ni. 

Bagi yang ingin shopping online dengan Potboy ini atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Potboy Groceries ini boleh layari detail di bawah.


Love,

Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (SKIM THOHIR 2018) | Cara Mudah Menunaikan Zakat Dengan Pantas

$
0
0
Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (SKIM THOHIR 2018) | Cara Mudah Menunaikan Zakat Dengan Pantas - Bagi yang bekerjaya di luar sana korang sudah membayar zakat pendapatan? Zakat pendapatan ini mewajibkan zakat ke atas mana-mana harta perolehan dari hasil usaha yang diperolehi seperti gaji, upah kerja, elaun, hadiah dan lain-lain lagi. Tahukah korang sekarang lagi mudah untuk membayar zakat dengan Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018)


Untuk pengetahuan semua, Pusat Pungutan Zakat-MAIWP telah melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018). Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan bagi menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. Dengan Skim Thohir ini, pekerja swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat dengan mudah, tanpa tertangguh dan menjimatkan masa. 


Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini telah dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Menurut Tuan Haji berkata, beliau amat yakin dengan pendekatan ini kerana ia mampu untu meningkatkan kefahaman berkaitan zakat kepada para pekerja seterusnya memudahkan urusan untuk menunaikan kewajian berzakat melalui Skim Thohir kerana ianya Mudah, Cepat dan Selamat. Selain itu, dapat meningkatkan kutipan zakat sekaligus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.


Selain itu juga, bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat melalui Skim Thohir ini berpeluang memenangi 10 hadiah percutian menarik termasuklah hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000. Pemenang akan diumumkan pada Karnival Zakat pada bulan November yang akan datang. 


Bagi kakitangan swasta dan kerajaan yang ingin menyertai untuk membuat Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) ini boleh baca syarat dan cara penyertaan kempen untuk mengira bayaran zakat pada setiap bulan. 

Syarat-syarat dan cara penyertaan kempen :-

Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui :
    • 11 kaunter PPZ-MAIWP
    • Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
    • Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
    • Majikan di syarikat atau organisasi
    • Talian Zakat - 1-300-88-5757
    Dengan adanya kempen sebegini semua umat Islam mudah menunaikan zakat dengan melalui potongan gaji agar dapat mengembalikan hak asnaf dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T

    Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


    Love,

    REVIEW HOTEL | Hotel de ART @ USJ

    $
    0
    0
    REVIEW HOTEL | Hotel de ART @ USJ - Korang kalau tido hotel korang jenis ambil kira pasal apa? Macam mama memang tak kisah asalkan hotel tu cantik dan bersih dah cukup tau. Tapi kalau dapat hotel yang decoration cantik dan dalam masa yang sama harga yang murah confirm best kan. Hari Sabtu lepas mama berpeluang untuk stay satu malam di Hotel de ART USJ. Katanya hotel ni dinding dia cantik sangat. Jom kita tengok Hotel de ART di USJ ni.


    Sampai jer dekat luar hotel de ART ni terus tengok dia punya warna warni yang woww lawanya. Tengok hotel macam 5 star tau tapi hotel ni 3 star jer. Ehh tak kisah la baper puluh star pun mama kalo dapat hotel yang cantik gini best jer. Kalau korang nak tahu Hotel de ART ni merupakan 1st Art Themed Boutique Hotel di Malaysia. Dan Hotel de ART terdapat 4 cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu USJ, Seksyen 7 Shah Alam, Seksyen 19 Shah Alam dan I-City Shah Alam.


    Masuk jer dekat lobi hotel mama dah keterujaan decoration English Garden di segenap ruang. Kagum mama tau. Anak-anak siap suruh mama tangkap gambar kat sini. mama kat sini jugak. Heheh mama pun gigih paksa anak bujang mama tangkapkan gambar mama dekat buaian yang cantik ni. Itu pun baper banyak kali tangkap nak bagi elok. yang lain asyik gegor jer mencik ahhh.. hahahah

    Best betul duduk atas buaian ni.. Hehhehe feeling princess pun ada.

    So kita orang dapat bilik 211 iaitu di level 2 hotel ni. Keluar jer dari pintu lift nahhh siap nampak lukisan di dinding yang cantik giler. Terus mama dapat idea nak buat kat dinding rumah macam ni tapi kan sapa nak lukis. hahahah kena cari yang pakar lukis kalau nak buat gitu. Nak suruh Qebal tangkap mau gegor habis gambar baik tak payah kang buat sakit hati mama jer nak baper puluh kali pose kofkokof


    Alaa cantiknyaa

    Masuk jer bilik terus nampak 2 katil queen yang besar. Memang woww malam tu kita orang tak perlu berimpit tido lagi hahaha. Setiap ruang bilik mama perhatikan semuanya bersih dan tip top tau. Bau hapak ker memang takder. Wangi jerrrr... Dalam bilik terdapat tv, kettle, air mineral, coffee 3 in 1 dan cawan. Yang penting of coz la aircond kan!! Kalau aircond tak sejuk memang agak spoil ok tapi aircond dalam bilik ni yarabbi sejuk gedi. Sampai anak-anak suruh tutup sebab tak tahan sejuk..

    Complete semua

    Toilet pun bersih!! Siap ada water heater dan hair dryer lagi

    Tengok anak-anak setiap masa nak berselimut jer hahaha. 

    Lawa kan.. 

    Selain dari facilities yang lain mama paling suka wifi hotel ni giler laju. Hahaha. syiok la mama nak scroll fon tu tak perlu loading. Untuk password wifi memang tersedia nota kecik dalam laci dekat bilik. So korang kena cari yer ehh dah macam cari harta karun pulak. Cuma satu jer kurang dalam bilik takder telefon. Alaa benda ni tak penting pun sebenarnya kalau ada jenuh sorokkan dari Qeisya. Dia keje nak angkat telefon orang pulak. Hahahah

    Ehh cantik la wall belakang bilik ni. Semuanya lukisan dari Duncan Art. 

    Ni sebelah luar. hahh korang boleh la bergambar kat sini. Ini feeling angel ker apa ni

    Tarikan yang comel di depan pintu masuk hotel de ART

    So far mama memang puas hati sangat stay semalam di Hotel de ART ni memang kami 5 beranak tidur nyenyak jer dengan aircond yang super sejuk tu. Ahh bagi yang belum nampak lokasi hotel ini terletak berdekatan dengan Main Place Mall. Alaa tepi jalan korang dah nampak tau. Untuk kemudahan seperti MRT juga terdapat berdekatan di sini so korang boleh jalan kaki jer. 

    Harga untuk satu malam di sini bermula RM88 sehingga RM228 sahaja. Murah dan berpatutan bukan. Kalau korang nak stay di cawangan Hotel de ART yang lain korang jangan terkejut sebab setiap hotel berlainan tema dan lukisannya seperti cartoon, anime, flora, fauna dan banyak lagi. 

    Untuk maklumat lanjut, sila layari :-

    Hotel de ART USJ
    21, Jalan USJ 21/6
    Subang Jaya
    47630 Selangor


    Love,

    9 Khasiat Herba Tradisional Melayu

    $
    0
    0
    Herba adalah tumbuh-tumbuhan digunakan sebagai bahan perasa, makanan, perubatan dan wangian. Dalam aspek perubatan, beberapa bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, akar, bunga, biji benih dan batang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit. Masalah berkaitan de­ngan kulit, sistem pencernaan dan berat badan dapat dibantu dengan penggunaan herba. Herba semula jadi ini membantu menyembuhkan senggugut, bisa-bisa dalam badan, membantu memperbaiki kitaran haid tak menentu, dijadikan mi­nyak urut untuk wanita baru bersalin, memulihkan sakit sendi dan juga lenguh badan.


    Lebih menarik apabila mengetahui bahawa herba ini senang ditemui dan mudah didapati di persekitaran kita. Sebut sahaja halia bara, lengkuas, buah pala, serai, limau purut, daun pudina, cengkih dan avokado pasti anda pernah menjumpai.

    • Buah pala buang angin dan kurangkan tekanan darah tinggi. 
    Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans Linn sering digunakan sebagai ubatan tradisional. Buahnya boleh dibuat jeruk manakala pucuknya dijadikan ulam dan dimakan bersama nasi. Buah pala baik untuk membantu mengubati penyakit tekanan darah tinggi serta mengeluarkan angin dari dalam perut. 

    • Minyak kayu putih penyembuh kulit 
    Kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell mempunyai pelbagai khasiat daripada minyaknya. Selain mengeluarkan bau wangi, minyak kayu putih membantu menyembuhkan penyakit kulit dengan khasiat vitamin E. Ia mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran dan menghilangkan parut atau 'stretch mark‘ pada badan.

    • Lengkuas lancarkan peredaran darah 
    Lengkuas atau dikenali dengan nama Alpinia Galanga mengandungi bahan antioksida semulajadi yang membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lain di dalam tubuh. Selain itu, lengkuas mampu meningkatkan peredaran darah di dalam tubuh. Peredaran darah yang lancar akan mengekalkan jantung sihat. 

    • Ingin mencegah mabuk laut dan mual? 
    Kunyah beberapa hiris lengkuas segar dan rasa mual akan hilang dengan cepat. Masalah kulit juga dapat dipulihkan dengan lengkuas. Masalah seperti panau dan ekzema mampu diatasi kerana leng­kuas mengandungi bahan kimia semula jadi yang mampu menghapus bakteria pada permukaan kulit.  

    • Limau purut untuk kecantikan kulit dan rambut 
    Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix ini tidak kurang hebatnya dan sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Limau purut dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta mengurangkan masalah kelemumur. Ambil sebiji buah limau purut, belah dua dan sental pada permukaan kulit kepala. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. 

    • Serai untuk melangsingkan tubuh 
    Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon citratus selalu digunakan dalam masakan seharian dan juga dalam pembuatan minyak wangi. Bahan antibakteria serta elemen detoksifikasi yang terkandung di dalam serai boleh membantu menurunkan berat badan dan membuang lemak. Kajian mengatakan dengan 100 gram serai yang mengandungi bahan antikoksidan membantu mengelak kanser. 

    • Buang angin dengan halia 
    Halia telah digunakan sebagai bahan penambah rasa di dalam makanan sejak zaman-berzaman. Ia biasanya bermanfaat untuk mengurangkan masalah tidak hadam, angin di dalam perut serta memperbaiki saluran usus. Kajian saintifik mendapati halia mengandungi sifat-sifat teraputik yang menghalang pembengkakan dan kesan antioksidan. Halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. 

    Juga, hasil kajian dari University of Michigan Medical School mendapati bahawa akar halia baik untuk mengurangkan simptom kanser kolon serta membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain. 

    • Daun pudina untuk kebaikan luaran dan dalaman 
    Pudina atau nama saintifiknya Mentha Pipenta dikenali mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan terutama daunnya. Dengan sifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Daun pudina baik untuk mengurangkan masalah ketidakhadaman, sakit kepala, jerawat, masalah mulut, asma, masalah haid wanita dan mengurangkan masalah kemurungan. Tidak hairanlah apabila pudina banyak digunakan dalam ubat gigi, ubat batuk dan ubat kumur untuk penjagaan harian. 

    • Sembuhkan batuk dan sakit gigi dengan cengkih 
    Manfaat cengkih untuk kesihatan telah terkenal sejak berzaman lagi. Bagi kaum cina, cengkih digunakan untuk menghilang­kan nafas berbau dan bagi pengamal perubatan Ayurveda pula sering menggunakan cengkih sebagai teh. Ia baik untuk mengurang­kan masalah sakit gigi dan gusi. Cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. Minyak cengkih ini berfungsi untuk melawan bakteria. 

    • Avokado untuk kecantikan wajah 
    Avokado mempunyai kandungan lemak tidak tepu yang baik untuk membaiki ton kulit. Minyak ini penting untuk melembapkan kulit supaya kelihatan sihat dan lembut apabila disentuh. Avokado juga melindungi kulit dari kedutan dan jeragat. Ini kerana kandu­ngan vitamin E yang tinggi di dalam avokado menghalang daripada sinaran cahaya UV yang berbahaya serta vitamin C yang membantu pembentukan elastin dan kolagen untuk memastikan keanjalan kulit. 

    Dengan sembilan herba ini, kita boleh mendapatkan manfaat kesihatan dengan mudah. Kita boleh sediakan sebagai bahan makanan di dalam sajian atau dimakan begitu saja. Kini, untuk memperolehi kulit yang cantik dan badan yang sihat tidaklah sesukar mana dengan herba-herba yang memang ada di sekeliling kita.

    Love,

    Zeniv Foundation | DD Cream Moisturizer Berasaskan Dari Daun Gelam

    $
    0
    0
    Zeniv Foundation | DD Cream Moisturizer Berasaskan Dari Daun Gelam - Mama kalau bab foundation ni memang seriously excited untuk cuba. Tak kisah la drug store atau keluaran  kosmetik bumiputera. Yang penting bukan foundation timbang kilo yer. Kang rosak pulak kulit muka mama nih heheheh. Ok kali ni mama nak try guna foundation Zeniv katanya foundation yang berasaskan dari daun gelam atau dikenali sebagai Malalueca Cajuputi.


    Untuk pengetahuan korang semua, Zeniv Foundation ini adalah DD Foundation Moisturize (Daily Defense) yang direka bentuk dengan menggabungkan krim BB dan CC dalam satu foundation. Formula yang berasaskan dari daun gelam ini dibuat kajian di Universiti Malaysia Terengganu telah membuktikan ekstrak daun ini mengandungi anti bakteria yang baik untuk kulit. Diformulasi dengan SPF 50, Zeniv membantu melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.



    Semua orang sedia tahu bahawa khasiat daun gelam atau Malalueca Cajuputi adalah mampu merawat pada kulit wajah. Jadi bagi kulit wajah yang ada parut jerawat tu lagi mudah merawat serta memberikan kulit muka glowing apabila memakai foundation Zeniv ini.

    Antara kelebihan Zeniv Foundation :-
    • Menaikkan seri wajah
    • Melembapkan kulit wajah
    • Membantu memudarkan parut jerawat
    • Melincinkan wajah dan bebas dari jerawat dan jeragat
    • Melindungi kesan UV
    • Tidak bercapuk walau berpeluh
    • Tidak melekit dan tak melekat pada tudung atau kain 
    • Anti penuaan
    • Mengandungi collagen agen pemutih
    • Antibakteria
    • Lulus Kementerian Kesihatan Malaysia

    Pertama mama suka dengan design bottle foundation memang nampak exclusive. So far lepas mekap dengan foundation ni memang takder gatal langsung. Tekstur foundation yang lembut dan ringan walau jenis creamy sangat mudah blend dekat muka. Yang penting takder bau macam ubat yer so memang mesra hidunglah. Paling mama suka foundation ni siap ada pelembap so mama tak perlu lagi nak tempek moisturizer bagai. Leceh kan kalau yang nak kena sapu pelembap dulu. 

    Yang paling mama suka kulit muka jadi glowing, kemudian tidak bercapuk walau kulit muka mama jenis kerap berpeluh. Dan yang menariknya mekap boleh bertahan selama 8 jam hingga 12 jam. Ramai yang tanya foundation ni full coverage tak? Of coz la full coverage tengok parut jerawat dan tona tidak sekata dekat muka mama pun boleh cover seluruh wajah. Mama tak sarankan untuk yang kulit berminyak sebab foundation ni akan tampak muka korang lagi berminyak. Tapi kalau kulit muka jenis kering memang sangat sesuai!


    Terdapat 2 size untuk Zeniv Foundation iaitu 10 gram dan juga 30 gram. Ehh jangan tak tahu satu bekas 10 gram ini jer mampu bertahan sehingga 3 bulan. Manakala harga Zeniv Foundation untuk 10 gram [RM49.90] dan 30 gram [RM119.00] sahaja. Apa tunggu lagi jom cantik, berseri dan glowing dengan Zeniv Faoundation! Gerenti puas hati. 

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

    Whatsapp : 017-368 7709

    Love,

    Potongan Harga Terendah di Ekspo Elektronik Shopee

    $
    0
    0
    Shopee akan melancarkan Kempen Ekspo Elektronik Shopee - Jaminan Harga Terendah (LPG), promosi hangat dari 23 hingga 26 Julai 2018. Lebih daripada 20 jenama elektronik turut serta termasuklah Armaggeddon, Alcatroz, honor, Mono Digital, Philips, Russell Taylors, Tefal, Vivo, Xiaomi dan banyak lagi. Terdapat lebih daripada 1,000 produk termasuklah telefon pintar, gajet, kelengkapan rumah, komputer dan aksesori yang boleh dibeli dengan potongan harga sehingga 90%.

    Pengguna boleh menikmati harga terendah bagi semua produk yang dilabel ‘Lowest Price Guaranteed’(Jaminan Harga Terendah) dan sekiranya mereka terjumpa produk yang sama dijual di platform lain pada harga lebih rendah, Shopee akan menebus semula 120% daripada perbezaan harga tersebut dalam bentuk syiling Shopee.


    Menurut kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Encik Ian Ho, “Shopee telah bertumbuh pesat pada tahun 2018 dan telah menjalinkan usahasama dengan pelbagai jenama terkemuka bagi mengembangkan lagi kategori produk elektronik seperti Mobil & Gajet, Komputer & Komputer Riba dan Kelengkapan Rumah untuk menawarkan produk berkualiti. 

    Contohnya, jualan murah eksklusif honor 9 Lite yang berjaya menjual 1,000 unit dalam tempoh lima minit, membuktikan kecenderungan rakyat Malaysia yang memilih produk elektronik bertaraf premium. Dengan Ekspo Elektronik ini, Shopee mengambil selangkah lagi untuk menjadi pusat sehenti platform membeli-belah dalam talian yang memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia."


    Shopee akan menawarkan Jualan Kilat Shocking Sale sepanjang tempoh 24-jam dengan pelbagai produk elektronik berjenama pada 23 Julai 2018. Jadi, pengguna berpeluang merebut jualan murah elektronik seperti papan kekunci dan tetikus wayarles daripada jenama Logitech. Manakala, bagi penggemar music boleh dapatkan alat bantuan audio (headphones) daripada jenama Marshall dengan harga istimewa. Pelbagai lagi produk berkualiti dijual pada harga menarik termasuk cakera keras storan (external drive) daripada jenama Seagate dan rangkaian jam pintar untuk mereka yang aktif.


    Sepanjang 4 hari Ekspo Elektronik ini berlangsung, pengguna boleh dapatkan ratusan produk di LPG Tech Zone. Setiap hari, Shopee akan menampilkan dua jenama elektronik terkemuka dengan barisan produk pada harga menarik. Jadi, pengguna boleh membeli-belah dari rangkaian jualan murah mengikut tema kempen bagi memenuhi keperluan elektronik mereka. 

    Di “LPG Tech Zone”, lebih 500 produk termasuk telefon pintar bertaraf premium, kamera dan komputer riba daripada Xiaomi, Huawei, honor, ASUS dan jenama besar yang lain turut menyertai kempen jaminan harga terendah. Bagi pengguna yang mencari kelengkapan rumah moden boleh meninjau kempen jualan murah “Everything for Your Home” sepanjang ekspo ini untuk menikmati promosi hebat seperti jenama Philips, Senheng, Tefal, Midea dan macam-macam lagi. Bagi penjimatan berganda boleh tebus baucar bernilai sehingga RM100,000.


    Khas buat pelanggan Shopee di Facebook, jom sertai pertandingan“Tag a Bro, Win Like a Pro” dari 23 hingga 26 Julai 2018. Syaratnya mudah sahaja hanya ambil gambar produk elektronik dengan label LPG di Shopee, kemudian tag seorang kawan lelaki dan tinggalkan komen mengapa mereka ingin memenangi produk tersebut. Pemenang bertuah akan menerima produk elektronik kegemaran mereka bernilai hingga RM1,000 setiap satu untuk dikongsi bersama rakan anda. 

    Untuk maklumat lanjut, layari https://shopee.com.my/m/electronics-expo bermula 16 Julai 2018. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di App Store atau Google Play.

    Love,

    Kekal Sihat & Cantik Dengan BioXcellent W.Line Fiber & Colla W.Diamond

    $
    0
    0
    Kekal Sihat & Cantik Dengan BioXcellent W.Line Fiber & Colla W.Diamond | Siapa sini tak nak cantikkan? Semua wanita nak cantik, nak kurus dan nak sihat termasuklah mama sendiri tau. Tambah lepas puasa dan raya rasa diri ni memang dah tak sempat jaga diri terutama kulit wajah dan juga badan. Fuhhh jangan tak tahu badan dah start mengembang dek sebab tak kawal pemakanan dan kulit wajah pun sama kusam serta berjerawat. Jadi mama wajib mengambil supplement dari BioXcellent W.Line Fiber dan Colla W.Diamond.


    Dua produk yang sangat best dari BioXcellent iaitu W.Line Fiber dan Colla W.Diamond adalah sejenis minum campuran botani untuk menguruskan badan serta mencantikkan kulit wajah seseorang. Dengan sebotol setiap produk tersebut untuk pengambilan selama 30 hari. Hanya minum pada setiap malam dan memperbanyakkan minum air kosong bagi mencepatkan kesan pengambilan produk BioXcellent ini. 


    BioXcellent W.Line Fiber merupakan produk untuk detox dan pencerahan kulit wajah serta badan. Sebotol ini mampu memberikan kesan optimum kepada badan di mana ia mampu memberikan banyak khasiat seperti melancarkan sistem pencernaan. Selain itu, badan akan rasa ringan dan lebih bertenaga setiap hari. Ia juga mampu membuang lemak dan toksin dahulu yang sudah lama "tinggal" didalam badan dan merangsang penyerapan nutrien baik di dalam tubuh. 

    Paling mama suka air BioXcellent W.Line Fiber ni membuang bahan buangan yang terkumpul didalam usus besar yang menyebabkan kenaikkan berat badan kita serta dalam masa yang sama mampu mengempiskan perut dan mengecilkan pinggang. Disamping menguruskan badan produk W.Line Fiber ini juga dapat mencerahkan kulit seluruh badan.


    Antara bahan-bahan yang terdapat dalam BioXcellent W.Line Fiber ini adalah dari :-
    • Ekstrak Jus Epal
    • Maltodekstrin
    • Fruktos
    • Acacis Gum
    • Ekstrak Campuran Sayur dan Buah
    • Ekstrak Jus Nenas
    • Ekstrak Timun
    • Ekstrak Bayam
    • Ekstrak Jus Lemon
    • Ekstrak Jus Betik
    • Ekstrak Lobak Merah
    • Ekstrak Jus Mangga
    • Trikalsium Fosfat
    • Asid Sitrik


    Cara pengambilan BioXcellent W.Line Fiber

    Campurkan 1 skop (20 gram) ke dalam 200ml / 250 ml air suam, kacau / goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. 

    Bagi yang ingin mengambil air supplement ini hanya dari umur 15 tahun ke atas. Tiada pantang larang cuma memperbanyakkan minum air 3-4 liter sehari untuk kesan yang cepat. Cuba elakkan kafien, susu dan kurangkan gula.

    Harga BioXcellent W.Line Fiber

    RM66.00 [700 gram] untuk 30 hari

    [Review Mama]

    Sejujurnya mama tak berapa suka air BioXcellent W.Line Fiber dibancuh dengan air suam sebab rasa dia memang susah sedikit nak telan. Tapi kalau bancuh dengan air sejuk memang laju jer mama telan sebab rasa dia macam air sayur dan masam-masam sikit. Heheheh. So korang punya pendapat mama tak sure lah sebab mama is okey jer kalau minum air campuran begini dan warna dia memang hijau pekat. Mama ambil air ni pada waktu malam sebelum tidur dan sebelah pagi mama akan minum air kosong sebanyak yang mungkin untuk kesan yang optimum.

    Yang bestnya bangun jer sebelah pagi memang mama akan melawat tandas dulu. Fuhh melawaskan betul tau kira habis la buang toksin yang terdapat dalam usus ni. Perut rasa kempis jer dengan air fiber ni. Selain itu, dengan pengambilan air fiber ni dapat mencerahkan kulit mama yang tak berapa nak cerah ni tau. Ehh satu advantage la kan dah la nak kurus lepas tu kulit jadi cerah pulak. Best berganda-ganda uolls. 


    BioXcellent Colla W.Diamond adalah minum campuran botani dari strawberry, pomegranate, collagen peptide dan astaxanthin yang memberikan kesan cepat seawal 7 hari dan dapat dirasai selepas 24 jam untuk kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap. Selain itu mampu mengecutkan jerawat di wajah, muka tidak kering dan badan rasa segar dan bertenaga apabila selepas bangun dari tidur. Sebotol BioXcellent Colla W.Diamond untuk sebulan pengambilan. 

    Ramuan BioXcellent Colla W.Diamond seperti :-
    • Serbuk Jus Strawberi
    • Fruktos
    • Maltodekstrin
    • Serbuk Jus Buah Delima
    • Gum Arabic
    • Asid Sitrik
    • Perisa Blueberi
    • Trikalsium Fosfat
    • Kolagen Peptida
    • Pewarna Oren
    • Vitamin C
    • Astaxanthin
    • Serbuk Omega 3

    Kelebihan BioXcellent W.Diamond :-
    • Membaik pulih struktur kulit
    • Kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap
    • Mengurangkan garisan halus dan kedutan
    • Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen pada tubuh
    • Mengatasi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, pigmentasi dan tompok hitam
    • Melindungi dari sinaran UV, radikan bebas dan pencemaran
    • Mencantikkan kuku lebih kuat dan atasi masalah keguguran rambut
    • Meningkatkan penghasilan SUSU IBU
    • Sesuai untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas
    • Mengatasi masalah lenguh badan
    • Ramuan premium membekalkan zat penting untuk kulit
    Cara Pengambilan BioXcellent Colla W.Diamond

    Campurkan 1 skop (20 gram) ke dalam 200 ml / 250 ml air suam, kacau / goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan. Minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. 

    Jika anda menyusu, sedang mengambil ubat, hamil atau kemungkinan hamil atau ada alahan, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.

    Harga BioXcellent Colla W.Diamond

    RM66.00 [700 gram] untuk 30 hari



    [Review Mama]

    Ok air BioXcellent Colla W.Diamond ni pun sama mama tak boleh minum dengan air suam. Hahah tekak mama memang minum air sejuk jer. Bancuh dengan air sejuk memang laju jer mama minum. Rasa air ni campuran berry dan rasa oren skit memang bagus air ni untuk kulit wajah. Sepatutnya pengambilan air BioXcellent Colla W.Diamond ini pada waktu malam. Kiranya malam ni ambil W.Line Fiber dan esok malamnya Colla W.Diamond tapi mama tukar yang W.Line Fiber sebelah malam dan paginya pulak Colla W.Diamond. 

    Mama suka dengan Colla W.Diamond ni sebab cepat mengecutkan jerawat dan kulit muka jadi lembap jer. Almaklum la kulit muka mama kering. Yang mama perasan penghasilan susu ibu pun bertambah dan breast rasa berat jer. Kalau Qeisya minum susu dia suka minum lama-lama sebab susu akan jadi sedap apa yang kita minum. Bukan sahaja kulit kita jer cantik malah anak yang minum susu ibu bertambah cantik kulit dia. Sangat bagus la umur macam mama wajib mengambil collagen seperti ini untuk dapatkan kulit yang cantik. 


    Seriously mama love love sangat dengan dua produk BioXcellent iaitu W.Line Fiber dan juga Colla W.Diamond. Yer umur semakin meningkat ni mama kenalah menjaga kesihatan badan dan wajah untuk kekal sihat, bertenaga dan cantik setiap hari. Dengan dua produk ini mampu bagi mama kekal cergas dan cantik serta harga produk BioXcellent ini sangat berbaloi untuk amalkan setiap bulan. Bagi yang ingin beli produk BioXcellent ini boleh dapatkan di farmasi Watsons seluruh Malaysia. 

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari :-


    Love,

    Supplement CCM Duopharma Yang Halal Untuk Kesihatan & Kecergasan Sekeluarga

    $
    0
    0
    Setiap pengambilan ubat-ubatan dan supplement, mama selalu menitik beratkan semua ubat-ubatan dan supplement itu adalah Halal. Mencari dan memilih ubat dan supplement yang Halal adalah wajib bagi setiap umat Islam dan meninggalkan yang haram juga merupakan suatu kewajipan. Pengguna di Malaysia terutamanya pengguna Islam sangat prihatin dengan isu-isu ini kerana ia melibatkan persoalan Halal dan haram iaitu perkara asas dalam kehidupan. Korang pernah dengar farmaseutikal Halal? Ok jom kita baca mengenai topik menarik ini.  


    Sekarang semua pengguna Islam dan bukan Islam semakin bijak untuk memilih ubat-ubatan dan supplement kesihatan berkualiti tinggi dan Halal diperakui oleh JAKIM. Farmaseutikal Halal bermaksud pembuatan ubat yang mengandungi bahan yang dibenarkan syariah iaitu tidak dicemari dengan najis atau bahan daripada haiwan diharamkan dalam Islam. Proses pembuatan ubat-ubatan juga perlu diproses serta di kilangkan bebas dan tidak bercampur, berada dekat atau bersentuhan dengan apa-apa bahan yang tidak memenuhi hukum syarak. 

    Semestinya kita wajib membuat keputusan yang tepat untuk memilih ubat-ubatan atau supplement yang Halal bagi pengguna Islam. Ia memastikan kita tidak berasa was-was dengan mengambil ubat-ubatan dan supplement ini untuk kesihatan dan kecergasan sekeluarga. Oleh itu, mama percaya dengan CCM Duopharma kerana jenama ini membekal ubat-ubatan dan supplement yang halal pharma seluruh dunia. 


    Jenama CCM Duopharma ini adalah produk farmaseutikal halal yang telah melalui piawaian kebersihan yang tinggi, selamat dan ianya melalui proses mendapat kelulusan halal yang sangat ketat serta mempunyai persijilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, JAKIM dan Persijilan Halal Malaysia. Bukan itu sahaja, malah CCM Duopharma memastikan produknya sangat berkualiti kepada kesihatan dan selamat untuk dimakan atau digunakan kepada pengguna. Antara produk CCM Duopharma yang kerap mama guna adalah Uphamol 650, Champs Vitamin C Chewable, Proviton Multivits CoQ10 plus dan Eye Glow Eye Drops. 

    Pihak CCM Duopharma perlu memberi kesedaran tentang farmaseutikal Halal kepada pengguna dengan memastikan semua produk ubat-ubatan dan supplement yang dijual adalah benar-benar Halal untuk digunakan dengan selamat. Jadi dengan cara begini pengguna lebih memahami pendedahan dan pendidikan farmaseutikal Halal yang amat penting bagi pengguna rasa selamat serta yakin dengan produk tersebut. 


    Mama pastikan keluarga dan anak-anak mengambil supplement dari nutrien yang mencukupi dan semestinya Halal agar mereka sentiasa aktif serta sihat sentiasa. Mama sendiri kalau migraine jer mesti akan ambil Uphamol 650 untuk kelegaan yang pantas dan ternyata ubat yang sangat berkesan bagi melegakan sakit kepala dengan cepat.

    Anak-anak mama ceria dan aktif mengambil vitamin C Champs setiap hari.


    Oleh itu, mama yakin dan percaya dengan semua produk CCM Duopharma kerana produk yang sangat selamat serta diyakini dari farmaseutikal Halal bagi pengguna membuat pilihan yang bijak agar memastikan keluarga sentiasa sihat sepanjang masa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk CCM Duopharma ini boleh layari website www.myh4p.com

    Love,

    REVIEW | Shapee Disposable Nursing Pads

    $
    0
    0
    REVIEW | Shapee Disposable Nursing Pads & Seamless Nursing Bra - Penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang amat mudah. Banyak rintangan dan pengorbanan untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu sehingga anak 2 tahun. Mama sendiri telah melaluinya sehingga sekarang. Salah satunya kalau menyusu anak sebelah dan sebelah lagi pasti akan keluar air susu. Tiba-tiba basah jer sebelah dekat bra. Seriously rasa stress dan tak selesa ketika di luar. 


    Kali ni mama nak review satu produk keluaran Shapee iaitu Disposable Nursing Pads. Pads ini sangat berguna khas untuk ibu-ibu menyusu di luar sana. Tak kiralah ibu itu bekerja atau tidak, Disposable Nursing Pads ini sangat berguna untuk mengelak susu bocor terkena pada baju. Pernah terbaca jika ibu menyusu menggunakan pads sebegini mengakibatkan susu badan akan kering. Fakta ni tidak betul sama sekali yer. Sebab mama memang menggunakan Disposable Pads Nursing ketika di luar, malah ia menyenangkan mama dan rasa selesa ketika menyusu anak. 


    Shapee Disposable Nursing Pads ini adalah buatan Korea dan mengandungi 30 keping pads. Menariknya Pads ini mempunyai design ultra-thin dengan ketebalan 1mm untuk keselesaan tambahan. So memang tak rasa tebal langsung yer dan kekal kering berjam-jam kerana mempunyai teknologi Dri-Comfy. Selain itu, Shapee Disposable Nursing Pads telah mereka khas pads ini dengan Ultra-Water Absorber dengan menyerap sehingga 55ml susu ibu. 


    Walau disposable nursing pads ini nipis dan mempunyai reka bentuk 3D, ia memberi perlindungan menyerap susu ibu serta perlindungan yang tahan lama. Di belakang nursing pads ini terdapat jalur pelekat untuk memberi keselesaan dan ketenangan kepada ibu apabila memakainya. So, ibu-ibu tak perlu risau pads ini senget ketika dipakai seharian. 


    [Review Mama]

    Setelah mama gunakan Shapee Disposable Nursing Pads ni memang mama suka dengan kenipisan nursing pads ni. Ianya nipis dan sangat selesa dipakai sepanjang hari. Paling best rasa macam tak mengacau pada bahagian bra. Dengan jalur pelekat pada bahagian belakang pads memberikan keselesaan dan tidak perlu risau kedudukan nursing pads ini senget. 

    Harga runcit Shapee Disposable Nursing Pads ini RM18.90. Tapi untuk harga pengenalan hanya RM13.90 sahaja. Bagi yang ingin beli boleh dapatkan Shapee Disposable Nursing Pads ini di butik barangan bayi yang berhampiran atau boleh beli secara online di website Shapee www.theshapee.com/shop

    Bagi yang ingin dapatkan 10% diskaun bagi setiap pembelian Shapee Disposable Nursing Pads secara online boleh masukkan kod diskaun di bawah ini yer. 

    10dnpblogger04
    Diskaun ini hanya sah untuk pembelian Shapee Disposable Nursing Pads sahaja.

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :


    Love,

    Muffin Choc Chip Air Fryer

    $
    0
    0
    Mama kalau buat muffin mesti dalam oven. Semalam mama malas sangat nak angkat oven tu pergi dekat plug so mama bakar dalam air fryer. Heheh boleh jer sebenarnya cuma kena bakar skit skit la. yer lah air fryer besar mana. cenonet jer hahh.. kalau dalam oven kan sekali bakar jer. So mama try la bakar dalam air fryer. 

    Resepi ni mama ambik dalam buku 77 Resepi Istimewa Air Fryer dari Chef Hanieliza. Tapi dia guna air fryer Haier, mama plak brand Philips. Huhuhu takper kita kena cuba try & error dan kena berani. Dalam buku resepi tu bakar selama 30 minit tapi mama bakar selama 20 minit pun dah cantik. So korang try la letak berapa minit untuk muffin korang yer. Lain-lain air fryer tak sama tau..

    Muffin Choc Chip Air Fryer

    Bahan-bahan A
    • 1 3/4 cawan tepung gandum *
    • 1 sudu besar baking powder *
    • 1 sudu teh soda bikarbonat *
    • 1/4 cawan serbuk koko *
    • 1 cawan gula perang
    • secubit garam
    Bahan-bahan B
    • 1 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 cawan susu segar
    • 1/2 cawan minyak jagung
    • 1/2 cawan coklat chip 
    • Acuan muffin
    Cara-caranya :-
    1. Bahan bertanda * diayak 2 kali, kemudian gaul sebati tepung diayak bersama gula dan garam
    2. Kacau sebati telur dengan esen vanilla, masukkan susu segar, minyak dan kacau sebati
    3. Tuangkan ke dalam adunan tepung dan kacau sebati
    4. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin dan taburkan coklat chip di atasnya
    5. Panaskan Ai Fryer pada suhu 150'c selama 3 minit. 
    6. Masukkan acuan muffin ke dalam Air Fryer dan bakar selama 20 minit
    Sebelum di bakar. 

    Tadaa setelah siap. Cantik kejadian muffin ni.

    Ramai yang tanya mama bakar dalam air fryer ni sama macam oven ker? Tak kering ker? Ok mama dah rasa tekstur dia sama jer, nak kata kering tu tak la kering kira nice elok jer muffin tu selepas bakar. Gebu sangat. Mama tak guna mixer pun bancuh adunan ni, semuanya whisk jer sebab malas nak basuh. Hahah.

    Lepas ni kalau mama rajin cuba masak dalam air fryer ni bolehlah mama update kat blog. Itu pun kalau mama rajin la.. kalau mama malas memang duk situ jer air fryer ni atau pun masak fries, nugget dan ayam frozen jer untuk anak-anak. hahahah. Selamat mencuba.. 

    Love,

    Beauty Mask Dari My Product Co | Mask Yang Berasaskan Dari Rice, Ginger & Red Ginseng

    $
    0
    0
    Beauty Mask Dari My Product Co | Mask Yang Berasaskan Dari Rice, Ginger & Red Ginseng - Selain dari skincare, mama paling suka pakai mask. Sebelum ni mama akui mama kurang skit pakai sebab takder masa nak manjakan muka ni. Almaklum la ada anak kecik memang serba serbi tak sempat. Hahaha. So, anak dah besar masa ni lah nak memanjakan muka yer tak. Kali ni mama nak review Beauty Mask dari Korea iaitu My Product Co. 


    Terima kasih kepada My Product Co kerana bagi mama cuba 3 keping mask berbeza. Excited betul sebab dapat stok mask untuk beberapa bulan ni. Untuk pengetahuan semua, terdapat 3 keping mask keluaran My Product Co iaitu 
    • Rice Sheet Mask
    • Hydrogel Gold Ginger
    • Hydrogel Gold Red Ginseng
    Ketiga-tiga mask ini dibuat 100% di Korea dan bahan dibuat adalah daripada ekstrak madu. Yang paling penting ia bebas dari 8 bahan bahaya iaitu Formaldehyde, Paraben, Sulfate Amine, Mineral Oil, Benzyl Alcohol, Silicone, Coal Tar Dyes dan Animal-derived Ingredient serta mask ini juga telah diuji oleh dermatologi. 


    Sebab tak sabar malam tu terus mama guna Rice Sheet Mask. Ok sejujurnya rice sheet mask ni macam mask biasa jer cuma bau mask ni memang beras dan sangat lembut pada muka. So mama pakai mask ni selama 20 minit. Best jer kat muka rasa sejuk sangat. Hahh kalau ada air dalam plastik mask tu jangan buang boleh jer sapu pada tangan dan lengan. Fuhh memang lembut jer tangan tau!

    Manakala Hydrogel Mask Red Ginseng dan Ginger ni lain skit dari mask biasa kita pakai tu. Hahh sebabnya mask ni sangat lembut berwarna emas dan lagi menarik pada permukaan mask tersebut siap ada taburan emas kecil. Wahh dah macam botox pulak. Hahaha. 


    Mask Hydrogel ni terdapat 2 keping untuk bahagian mata dan bahagian bibir. Jadi untuk 2 keping ni kena pakai bahagian mata dahulu kemudian baru pakai bahagian bibir. Di nasihatkan kalau pakai mask hydrogel ni harus sabar dan kena baring yer. kalau pakai sambil duduk memang kedudukan mask akan tersengetlah dekat muka tu sebab lembut sangat. Hahaha. Sebelum terlupa mask hydrogel ginger dan red ginseng ni bau dia memang cukup kuat. Bayangkan satu bilik boleh bau tau. Tapi mama tak kisah sebab kita tahu kebaikkan ginger dan red ginseng ni memang baik untuk kulit muka. 

    Ok mama nak share satu tips untuk korang semua. Sebelum nak pakai mask ni apa kata korang simpan kepingan mask ni dalam peti sejuk. Kalau nak guna jer ambil sekeping dan pakai sebelum tidur selama 20 minit. Memang best tau!! Kulit rasa sejuk dan segar jer lepas pakai mask ni. Paling mama suka pori-pori kulit muka jadi kecil, jerawat di wajah mula kecut dan kulit sentiasa lembap. Yeaa so mama kena rajin pakai la mask ni seminggu sekali yer tak. Heheheh

    Relax habis jer pakai Gold Hydrogel Mask Ginger ni. Bau wangi jer. 


    Harga Mask :-
    • Rice Sheet Mask | RM28 / 3 pcs
    • Hydrogel Gold Ginger | RM100 / 5 pcs
    • Hydrogel Gold Red Ginseng | RM100 / 5 pcs
    Seriously mama dah falling in love dengan mask dari My Product Co ni. Hehehe. Yang paling best kulit rasa lembap jer dan liang pori mengecil. Hoyehhh.. Suka suka suka. Syok plak duk pegang muka sendiri. Heheheh. Kalau korang nak try ketiga-tiga beauty mask dari My Product Co ni boleh dapatkan di :-


    Love,

    Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

    $
    0
    0
    Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer | Hi korang.. fuhh baru sempat pegang pc pagi ni. Semalam lepas bebudak ni makan daging burger, dia orang cakap lapar lagi. Kalau Qeram senang la bagi nasi tapi Qebal kan mat salleh celup so mama kena buat la apa yang dia boleh makan. So zass mama buat Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer. Benda dah ada kan buat jer lah. Untuk resepi ni tak perlu guna telur yer. Jom tengok bahan-bahannya. 


    Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

    Bahan A
    • 100 gram tepung gandum *
    • 100 gram gula perang
    • 3 tbsp serbuk koko *
    • 1/2 tsp baking soda *
    • 1/2 tsp baking powder *
    • 1/2 cup choc chip
    Bahan B
    • 120 ml susu segar
    • 60 ml minyak jagung
    • 1/2 tsp cuka 
    • 1/2 tsp esen vanilla
    Cara-caranya :
    1. Campurkan bertanda * gaul sebati dan ayakkan. Kemudian gaul sebati gula perang dan choc chip ke dalam tepung diayak tadi. Ketepikan sebentar bahan A.
    2. Satukan semua bahan B dan kacau sebati.
    3. Masukkan bahan A ke dalam B gaul sehingga sebati.
    4. Sudukan ke dalam bekas cupcakes.
    5. Bakar dalam air fryer selama 12 minit dengan suhu 180'c
    Bahan A & B disatukan. 

    Sekali bakar dalam air fryer dapat la 8 bekas. 

    Eggless Choc Chip Cupcakes Air Fryer

    Untuk satu adunan ni dapat la 10 biji, boleh la beda bagi anak-anak makan. Nak buat pun senang jer tak banyak bahan pun. Bayangkan 10 biji ni tak sampai 15 minit dah habis depa makan. Siap puji cakap sedap. Hahaha lepas ni kalau dia orang lapar mama buat jer cupcakes ni. Cepat dan mudah jer nak buat dan bakar dalam air fryer tu. Hehhee.. Selamat mencuba.

    Love,

    Althea Angels | Althea Turns 3 & Real Fresh Skin Detoxer

    $
    0
    0
    Althea Angels | Althea Turns 3 & Real Fresh Skin Detoxer - Dalam tak sedar Althea dah masuk 3 tahun weh. Wahhh sekejap jer rasa dah 3 tahun. Untuk pengetahuan korang, mama setia dengan Althea ni dari tahun pertama lagi. Tahniah Althea!!! Selamat Ulang Tahun ke 3 Althea dan semoga menjadi shopper kecantikan barangan Korea terkenal di dunia. Hoyehh excited sangat tau sebab tahun ni Althea memperkenalkan komuniti Althea Angels. Mama antara member Althea Angels tau. Thank you so much Althea sebab pilih mama. Mesti nak tahu kan apa menariknya Althea Angels ni. 


    Pertama kali mama dapat email untuk jadi member Althea Angels ni pun mama dah teruja. Giler tak teruja sebab Althea memang sinonim dengan dunia kecantikan bukan sahaja di Malaysia malah Althea sendiri dari Korea serta seluruh dunia seperti Singapore, Indonesia, Thailand, Filipina dan USA. So kebanyakkan Althea Angels ini adalah dari beauty blogger, vlogger dan youtuber. Bukan calang-calang tau kira yang mana terpilih itu adalah sememangnya bertuah tau.

    Kelebihan Althea Angels seperti :-
    • Welcome Gift
    • Monthly K-Beauty Giveaway
    • Seasonal Annual Shopping Credits
    • Exclusive Discount Code
    • Birthday Credits
    • Exclusive Althea Reviews
    • Studio Access
    • Dan banyak lagi aktiviti menarik
    Dah namanya ulang tahun Althea tapi kami beauty blogger dapat box pink Althea Angels Welcome Gift Box yang diterbangkan khas dari Korea. Woww seriously mama excited tunggu untuk dapat box pink dari Althea ni. Hey jangan tak tahu mama simpan kesemua box pink Althea dari tahun pertama tau. Punya sayang nak buang dan mama masih simpan sehingga sekarang. Jom tengok apa yang terdapat dalam box Althea Angels.


    Apa yang terdapat dalam Althea Angels Welcome Gift :-
    1. Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose
    2. Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea
    3. Tote Bag #AltheaTurns3
    4. "Spread Your Wing"Makeup Bag 
    5. "Spread Your Wing" Hand Mirror
    6. Cute Small Origami dan Card Discount 
    Nampak tak oh my sukanya. Punya seronok rasa nak lompat bintang jer dapat semua ni. Hahh untuk pengetahuan korang, Althea telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Real Fresh Skin Detoxer Rose dan Green Tea yang akan dijual di website Althea. Jadi sebagai Althea Angels mama akan mencuba dahulu produk terbaru dan mama akan review best ker tak Real Fresh Skin Detoxer Rose dan Green Tea ni yer. 

    Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea

    Menariknya produk terbaru Althea Real Fresh Skin Detoxer ini adalah 10 seconds wash off mask. Yer masker harian yang boleh dipakai selama 10 saat sahaja. Perghh memula macam tak percaya betul ker tapi percaya lah memang sangat bagus untuk wanita yang ingin cepat bagi penjagaan muka setiap hari. Real Fresh Skin Detoxer ini terdapat 2 jenis iaitu Rose : Refining dan Green Tea : Purifying. 

    Dari segi packaging mama suka jenis botol jenis jernih macam ni sebab senang nak tahu isi dalam dia banyak mana. Hahh korang jangan risau dekat belakang botol ni terdapat detail produk seperti isi kandungan, manufacturing date dan sebagainya. Tulisan pada botol pun sangat minimalist dan tak serabut sangat. Ehh suka lah tu belum bau lagi setiap botol. Memang wangi rose dan green tea lah. 


    Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose (Refining) 

    Untuk Real Fresh Skin Detoxer Rose ini digunakan pada setiap pagi apabila bangun dari tidur. Sangat membantu untuk melindungi dan menstabilkan pH level kulit dimana memberikan kulit lembut serta kulit menjadi berseri. 

    Review Mama | Menariknya Real Fresh Skin Detoxer Rose mempunyai rose petal yang sebenar dan sememangnya wangi rose original. Pemakaian cukup mudah hanya sapu ke seluruh muka dan biarkan selama 10 saat. Kemudian urut-urut seluruh muka dan bilas dengan air bersih. Bagi kulit berminyak seperti mama memang sesuai sebab rasa segar dan melembapkan kulit. So far kulit mama takder allergic dengan produk ni. 

    Althea Real Fresh Skin Detoxer Green Tea (Purifying) 

    Manakala Real Fresh Skin Detoxer Green Tea ini digunakan pada sebelah malam sebelum tidur. Bagus untuk menenangkan kulit wajah dan sangat sesuai digunakan pada waktu malam kerana sel kulit paling aktif serta kulit dapat rehat dari sebarang mekap.

    Review Mama | Untuk malam mama always lupa. Hahaha kalau tertido memang tak la nak bangun cuci tapi mama try konsisten guna sebelum tidur. Sama jer dengan Rose cumanya ini gel warna hijau dan bau green tea yang cukup kuat. Cara penggunaannya tetap sama 10 saat di muka, kemudian urut dan cuci sehingga bersih. Gel dan agak berbuih so memang kena cuci bagi bersih betul-betul. Pertama kali guna memang rasa segar muka walau muka mama ada parut jerawat baru tu. 


    Bagi yang ingin dapatkan Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea ini boleh dapatkan di website Althea Korea. Kedua produk ini korang boleh dapatkan exclusive pembelian dalam satu harga hanya masa terhad sahaja. Jadi korang kena cepat-cepat buat pembelian sebelum Althea Real Fresh Skin Detoxer ini sold out ok. 

    Harga Althea Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea : RM86.00

    Untuk pembelian boleh terjah ---->  https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set


    Yeahh tak sabar nak tunggu box Althea Pink seterusnya sebab mama tebus points sempena welcome gift Althea Angels baru-baru ni. Barang apa mama beli dengan point gift tu tunggu next entri yer. Terima kasih sekali lagi Althea Korea kerana pilih mama sebagai Althea Angels dan Tahniah sempena ulang tahun yang ke 3 Althea. 

    Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


    Love,

    Menjelajahi Dunia Bersama THOMAS & FRIENDS™

    $
    0
    0
    Selama lebih 70 tahun, Thomas & Friends™ dari Pulau Sodor telah menghiburkan kanak-kanak di seluruh dunia. Kini, Thomas bakal menjalani satu transformasi hebat dari segi kandungannya! Kereta api comel ini akan menjelajah ke seluruh dunia dalam Thomas & Friends™: Big World! Big Adventures!. Siri TV baharu ini akan diberikan nafas baharu supaya lebih menghiburkan, inklusif, bermakna dan global.

    Kandungan rancangan ini akan menyajikan jalan cerita yang lebih rancak dan berfokus pada aspek fantasi, humor, haiwan serta muzik. Kini, Thomas akan memegang peranan sebagai pengisah yang menyampaikan pelbagai kisah menarik secara langsung kepada para penonton, sekaligus mencipta pengalaman yang lebih peribadi dan bermakna bersama kereta api biru ikonik ini. Di samping itu, Thomas & Friends akan menyaksikan pembentukan kumpulan lokomotif baharu dengan bilangan watak perempuan dan lelaki yang lebih seimbang (Thomas, Gordon, James, Percy, Emily dan dua watak baharu, Nia dan Rebecca) bagi menjamin aspek kesamaan jantina dan mendekati hati lebih ramai penonton.


    Dalam Thomas & Friends: Big World! Big Adventures!, cita-cita Thomas untuk melihat dunia ini akan memberi motivasi kepadanya untuk mengembara merentasi padang pasir, hutan rimba dan gunung-ganang di Afrika, Brazil, Amerika Syarikat dan China. Disertai Nia, watak perempuan baharu dari Kenya dalam kumpulan lokomotif ini, Thomas akan mengembara ke destinasi-destinasi yang lebih jauh untuk mengalami pelbagai budaya dan mengenali kawan-kawan baru dari negara-negara lain.

    Melalui pengembaraan mengelilingi dunia ini, Thomas menjemput peminat untuk meneroka dunia bersamanya di acara Thomas & Friends: Big World! Big Adventures!yang bakal berlangsung di The Curve. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, antara 14 dan 26 Ogos 2018, kanak-kanak berpeluang bertemu dengan replika saiz sebenar Thomas dan teman- temannya, mengharungi pagar sesat yang dipenuhi halangan di Safari Hutan Nia, serta berkunjung ke Tembok Besar Yong Bao untuk bermain teka-teki. Selain itu, mereka juga dapat menikmati video-video Thomas & Friends yang tidak pernah ditontoni sebelum ini di teater ‘mini beanbag’ yang selesa!


    Mattel berganding tangan dengan The Curve untuk menjayakan acara ini, dan menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran eksklusif di Centre Court sepanjang kempen ini. Setiap hari, 1000 orang kanak-kanak pertama yang berkunjung ke acara ini akan diberikan satu Pasport Thomas & Friends yang istimewa. Dengan melengkapkan pasport ini, mereka berpeluang memenangi satu hadiah Thomas & Friends. Tambahan pula, pelanggan yang membelanjakan RM120 dan ke atas untuk barangan Thomas & Friends akan dapat menebus sebuah beg alas mainan 2-dalam-1, dan menikmati Thomas Train Ride di sekitar Centre Court. Penebusan hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat, selagi stok masih ada.

    Peminat boleh mengikuti Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di saluran YouTube rasminya : https://www.youtube.com/thomasandfriends. Video-video baru termasuklah 5 video karaoke akan disajikan, di samping beberapa video pengenalan teman-teman Thomas dari seluruh dunia, iaitu Nia, Yong Bao, dan Ace. Peminat juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kandungan serta acara baharu Thomas & Friends: Big World! Big Adventures! di laman Facebook Thomas & Friends.

    Love,

    Pizza Air Fryer

    $
    0
    0
    Hi semua.. memalam baru ada masa nak duduk depan pc. Biasa lah mood blogging ke laut skit sebab urat belikat sakit. Tapiiii walau tengah sakit macam ni mama tetap la uruskan rumah, hantar ambil anak sekolah, masak semua tu. Kekadang terfikir mama ni sakit ker idok. hahaha.. dah jadi mak-mak ni kena gagah buat walau tengah sakit kan. Ok sebenarnya dah lama mama nak buat pizza tapi mama nak tunggu pizza pan air fryer yang mama beli kat Shopee tu. Hahah gigih betul padahal nak try masak pizza dalam air fryer tu sebenarnya. 

    So hari ni memang blur nak masak lauk apa. Cemuih sangat so mama buat Pizza Air Fryer. Kalau korang nak guna base dari roti arab tu pun boleh. Roti gardenia pun boleh suka hati korang lah. Tapi mama buat doh sendiri. Sebab tepung gandum memang banyak kat rumah ni. Bahan-bahan pulak senang jer. Dah jom tengok bahan-bahan dan cara-cara buat Pizza Air Fryer ni. 


    Bahan-bahan roti pizza.
    • 5 cawan tepung gandum
    • 2 cawan air
    • 2 sudu besar yis segera
    • 2 sudu besar minyak
    • 1 sudu kecil gula
    • secubit garam
    • minyak untuk sapu pada doh tepung
    Cara-caranya :
    1. Campurkan semua bahan kecuali minyak untuk sapu pada doh tu. Bancuh tepung dengan air hingga menjadi doh. 
    2. Kemudian sapu minyak dan tutup dengan tuala lembab sehingga doh kembang.
    3. Setelah itu tumbuk mampat dan uli sebentar. Kalau melekat pada tangan korang sapu minyak yer. 
    Untuk satu adunan ni korang akan dapat banyak. Dah masak dalam air fryer lagilah banyak biji korang dapat. Hahaha. So korang penyetkan kat atas pizza pan tu.

    Bahan-bahan inti :-
    • Sosej / Pepperoni
    • Sos Prego Tin Traditional
    • Tuna Tin
    • Lada benggala hijau / merah / kuning *
    • Bawang besar *
    • Cendawan butang *
    • Tomato *
    • Chili Flake
    • Cheesedale
    • Mozzarella Cheese
    * Optional - Mama takder bahan-bahan ni so mama tak letak. kalau korang ada boleh jer letak.

    Untuk bakar guna Air Fryer korang kena panaskan Air Fryer dahulu dengan suhu 200'c selama 3 minit. Kemudian masukkan pizza dan bakar selama 8 minit. 

    Ni sebelum mama letak mozzarella hahah hentam la ni pun bebudak kalut makan.

    Yang second round mama potong cheesedale dan tabur atas pizza. 

    Untuk keluarkan pan memang agak susah sikit so korang cungkil la dengan garfu dan guna pengepit dalam gambar ni atau korang guna la kain ker apa. hahaha.. ehh tu pun nak ajar ker. 

    Tengahari tu mama tak puas hati terus mama keluar pergi beli mozzarella cheese dekat tesco. Hahaha. gigih tau pergi dengan Qeisya. Kalau guna mozzarella lagi sedap dan agak mahal skit la. Takper bukan selalu nak makan cheese ni kan. Hehehe. Anak-anak suka makan why not letak cheese banyak2 tak gitu.. Mama hampa ni kalau buat makan memang tak kedekut tau!!

    Ini mama testing mama bakar doh dulu lepas masak kejap baru mama sapu sos prego dan letak pepperoni dan cheese. Ok mama tak berapa suka base jadi keras. Better letak sekali doh dengan semua bahan-bahan yang lain kemudian bakar sekali. cara ni lagi sedap!!.

    Ini pulak mama buat pizza tuna cheese. 

    Mama puas hati buat pizza kali ni. Qebal pulun makan pizza siap cakap sedap. Hahaha. Roti pun lembut dia kata. Lepas ni boleh la mama rajin buat pizza air fryer lagi cuma kena kesabaran la sebab size dia too small. Hahaha sekali buat pehtu habis. Its ok kira berguna jugak la air fryer ni kang asyik duk guna masak nugget dengan ayam frozen jer. Hehehe. Ok lah selamat mencuba. Nih esok pagi pun breakfast pizza lagi nampaknya. 

    Love,

    Puding Roti Bakar Air Fryer

    $
    0
    0
    Puding Roti Bakar Air Fryer | Kalau roti yang dah nak expired apa yang korang buat? Mama kalau malas mama buat roti bakar jer. Heheh. kalau rajin mama buat puding roti. Kira tu rajin la nak masak. Mama kalau bakar dalam oven boleh jer tapi masalahnya plug jauh dengan oven so memang malas lah nak angkat oven tu. Nasib ada air fryer boleh la masak puding roti dalam tu cuma bekas comel namatey. kekeke.. Dah jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara buat Puding Roti Air Fryer yang senang ni.


    Puding Roti Bakar Air Fryer

    Bahan-bahannya :-
    • 4 keping roti
    • 1 cup susu segar
    • 2 biji telur
    • Butter
    • 2 sudu besar gula
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • secubit garam
    • coklat chip untuk tabur
    Cara-caranya :-

    Sapu butter pada permukaan roti dan juga leserkan butter dalam loyang. Campurkan susu, telur, gula, garam dan esen vanilla. Kacau hingga sebati.

    Kemudian rendamkan semua roti dalam bancuhan susu tadi sehingga tengelam.

    Taburkan coklat chip / kismis ke atas puding roti. Masukkan ke dalam loyang. Bakar puding roti dalam air fryer dengan suhu 180'c dalam masa 10 - 15 minit. 

    Setelah siap biarkan sejuk sebentar dan keluarkan dari loyang. 

    Senang tak? Senang jer nak buat puding roti ni. hehehe kalau rajin buat la kuah dia. Heheh kalo macam ni pun ngap laju jer sebab sedap sangat. So lepas ni ada roti nak expired korang buat jer puding roti yer.. Selamat Mencuba.

    Love,

    REVIEW | Aveeno Baby Soothing Relief Moisturizing Cream

    $
    0
    0
    REVIEW | Aveeno Baby Soothing Relief Moisturizing Cream - Sekarang kan susah nak cari produk yang mampu melegakan, memulihkan dan melindungi kulit kita dengan berkesan. Dan akhirnya kita dapat menikmati sentuhan berkhasiat dari Aveeno®! Dengan adanya Aveeno®, jenama yang paling dipercayai kerana menggunakan ramuan semula jadi, dan Aveeno Baby®, jenama nombor #1 yang dipercayai oleh pakar pediatrik A.S. kerana menggunakan ramuan semula jadi.


    Pertama kali mama dengar produk Aveeno® dan Aveeno Baby® dan bahan utamanya adalah "oat" kerana mempunyai kebolehan untuk melegakan, memulihkan dan juga mengubah kulit supaya menjadi lebih sihat dan lebih cantik secara semula jadi. Produk ini amat sesuai untuk kegunaan kulit sensetif dan kering tidak kira untuk anak-anak malah dewasa pun boleh guna. Ciri paling unik Aveeno® adalah ramuan ACTIVE NATURALS, di mana hanya ramuan semula jadi bermutu tinggi dan dirumuskan dengan kemajuan sains untuk memberikan kulit anda kebaikan yang sebenar.


    Untuk pengetahuan semua, produk  Aveeno ini tanpa wangian dan gabungan formula yang lembut untuk kulit. Kulit merupakan organ tubuh manusia yang terbesar dan juga yang paling cepat tumbuh. Fungsi kulit dan kebaikan Oat untuk kulit memberikan perlindungan semulajadi di antara diri kita dan alam sekitar untuk melindungi badan kita daripada jangkitan, patogen, serta radiasi UV yang berbahaya. Ia juga penting dalam mengekalkan homeostasis, membantu mengehadkan cecair dan mencegah kehilangan kelembapan.


    Dengan tahap kelembapan kulit adalah kunci untuk kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Oat juga memberikan pelbagai kebaikan untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit yang kering, rengsa dan gatal. Produk ini juga selamat untuk kulit bayi yang lembut kerana dengan adanya ACTIVE NATURALS, rumusan Triple Oat yang boleh didapati di dalam produk-produk Aveeno®, menggabungkan tiga ramuan yang unik tersendirinya untuk memberikan sehingga 9X kuasa anti oksida :

    Colloidal Oatmeal
    • Mengekalkan kelembapan Avenanthramides
    • Melegakan dan meredakan rengsa kulit Minyak Oat
    • Mengukuhkan lapisan kelembapan semula jadi kulit 
    Terbukti secara klinikal untuk melembapkan dan melegakan kulit bayi yang kering sepanjang 24 jam, rangkaian Soothing Relief adalah tanpa sabun, tanpa pewangi serta hypoallergenic. Rangkaian Dermexa membantu melegakan simptom kulit yang kering, gatal dan merengsa sambil menguatkan keupayaan semula jadi kulit untuk melindungi daripada kehilangan kelembapan. Ia juga tidak mengandungi steroid, tanpa pewangi dan diuji untuk alahan. Harga Aveeno Baby® Soothing Relief Moisturizing Cream 141ml adalah RM41.42.


    [REVIEW MAMA]
    Pertama kali mama mencuba produk Aveeno Baby ni memang sangat bagus untuk kulit kering. Rasa kulit jadi lembap sepanjang hari dan yang menariknya tiada bau dan juga mudah meresap ke dalam kulit. Mama mencuba pada kulit badan Iqram sebab kulit badan dia kering sangat. Mama pun tak pasti sebab salah sabun ker apa dan macam-macam produk guna tapi satu pun tak berkesan. Selepas mama sapu seluruh badan dia, kulit jadi lembap dan kering hilang. Memang sangat berguna untuk kulit Iqram yang kering tu! Mama suka sangat dengan Aveeno Baby Soothing Relief Moisturizing Cream ni. Tq Aveeno!!

    Aveeno® dan Aveeno Baby® kini boleh didapati di farmasi-farmasi utama yang terpilih, seperti AEON Wellness, Caring, Guardian dan Watsons. Untuk maklumat lanjut, ikuti Aveeno® Malaysia melalui Facebook di www.facebook.com/myaveeno.

    Love,

    Cheese Cake Air Fryer

    $
    0
    0
    Cheese Cake Air Fryer | Lama betul tak makan cheese cake. Ehh lama lah kalo teringat balik rasa macam tahun lepas. Hahah sebab rasa renyah nak buat cheese cake ni. Pehtu macam banyak bahan kan. Ada yang jenis tak payah bakar, ada yang jenis bakar tapi still rasa susah nak buat. Kali ni mama nak share resepi cheese cake yang mudah dan hanya bakar dalam air fryer jer. Untuk size loyang 7 inch sahaja yer sebab air fryer bukan besar oven pun. Hahahha. Dah jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara buat Cheese Cake Air Fryer.


    Cheese Cake Air Fryer

    Bahan-bahan :-

    Crust
    • 3/4 cup @ 5 keping biskut digestive 
    • 2 sudu besar unsalted butter cair
    • 1 sudu besar gula
    Filling
    • 450 gram cream cheese
    • 1 cup susu pekat
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 biji telur
    • Sedikit parutan lemon
    Cara-caranya :-

    # Mama guna 250 gram cheese cream so mama letak 1/2 cup susu pekat.

    Untuk crust guna 5 keping biskut digestive yang dihancurkan. Korang masuk jer dalam bag plastik ketuk dengan lesung batu sampai hancur. Kemudian masukkan butter yang cair dan gula ke dalam biskut hancur tu. Gaul sehingga sebati.

    Potong parchment paper bentuk bulat dan masukkan ke dalam loyang. Tuangkan biskut tadi ke dalam loyang tekan sehingga padat. Kemudian bakar dalam air fryer dengan suhu 180'c selama 5 minit.


    Untuk fillingnya pula, tuangkan cream cheese dan susu pekat, putar sehingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur putar hingga sebati dan tidak perlu lama yer. Selepas itu masukkan parutan lemon dan gaul kaup balik.


    Masukkan filling cheese ke atas crust tadi dan sekatakan. Bakar dalam air fryer dengan suhu 150'c dalam masa 20 minit. Setelah siap simpan dalam peti sejuk sehingga 8 jam. Kemudian boleh keluarkan dari loyang yer. Caranya guna spatula tekan keliling cheese cake, kemudian gunakan plastik wrap pada loyang dan terbalikkan saja cheese cake tu.



    Tak susah kan senang jer cuma lepas masak tu kena la tunggu 8 jam dalam peti ais. Hehehe.. itu pasal mama buat malam. kalau buat siang-siang jenuh telan air liur jer hahh.. Anak-anak paling suka makan. seronok tengok dia orang makan takper lepas ni mama boleh buat lagi. Senang jer nak buat cheese cake ni.. Ok Selamat Mencuba.

    Love,

    Flower Chimp Malaysia | Penghantaran Jambangan Bunga Semudah Di Hujung Jari Sahaja

    $
    0
    0
    Flower Chimp Malaysia | Penghantaran Jambangan Bunga Semudah Di Hujung Jari Sahaja - Dengan sejambak bunga sahaja boleh membuat seseorang rasa gembira sepanjang hari. “Ucapkan dengan bunga!” Dalam dunia yang serba moden kini, perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya kita boleh memilih jambangan bunga kegemaran dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.


    Flower Chimp merupakan satu website dimana menjual pelbagai jambangan bunga untuk insan istimewa sebagai tanda ucapan hari jadi, tahniah, dan lain-lain hanya dengan menggunakan pesanan melalui hujung jari sahaja. Serba mudah dan cepat untuk mengejutkan orang yang tersayang. Dengan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak. 


    Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.


    Tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian sebegini menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.




    “Walaupun perniagaan penghantaran bunga ini masih baru, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp.

    Flower Chimp juga berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.


    Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.


    Kata Frassa lagi,“Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”.

    Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

    Instagram: @flowerchimp

    Love,
    Viewing all 1139 articles
    Browse latest View live