Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Lenovo Malaysia | Tab 4 Series tablets, built for everyone in the family

$
0
0
  • Built for both kids and adults, the multi-functional Lenovo Tab 4 Series tablets are sleek, powerful and suited for the entire family 
  • Great for entertainment enthusiasts and cord-cutters, the Lenovo Tab 4 Series tablets deliver on stellar multimedia features such as stereo speakers and Dolby Atmos®

Lenovo, the world’s leading PC manufacturer, today unveiled the newest additions to their Tab 4 series, the Lenovo Tab 4 8 and Lenovo Tab 4 10 Plus, a pair of beautifully designed, powerfully built tablets uniquely suited for every member in the household. The multi-functional Lenovo Tab 4 builds on Lenovo’s continued commitment to pioneering innovation and bringing state of the art technology to consumers, all whilst by keeping to what the Lenovo Tab series does best—delivering great value.


The Lenovo Tab 4 series offers built-in versatility: for those long arduous road trips and long- haul flights, they keep the kids occupied or for those TV show marathons, offering up to 12 hours of battery life 1 . All tablets in the Lenovo Tab 4 family run on the Android 7.0 Nougat and are built for sharing among family members. Its multi-user mode allows parents, teens and younger ones to make the Lenovo Tab 4 their primary shared tablet in the home.


Lenovo Tab 4 8 
The Lenovo Tab 4 8 offers HD displays and delivers impressive multimedia options such as front-facing dual-stereo speakers with Dolby Atmos moving audio. Multiple users can also open their own account and maintain their own customized space on the tablet, tweaking their own settings and wallpaper and accessing their own social media accounts.

Price for the Lenovo Tab 4 8 will be from RM 749, inclusive of GST, with the device available for purchase at Lenovo Exclusive Stores and Lenovo Multi Brand Stores. The Lenovo Tab 4 8 is available in Aurora Black and Polar White.


Lenovo Tab 4 10 Plus
The design-forward Lenovo Tab 4 10 Plus is a “dual-glass tablet”, shielded on the front and back with a layer of protective glass, which combines with its ultra-slim and light profile for stunning aesthetics. The Lenovo Tab 4 10 Plus give power users an added kick, featuring up to 16GB of storage 2 , offering dual speakers and Dolby Atmos moving audio for cinematic viewing on brilliant FHD IPS screens. Fingerprint quick log-in also provides simple security for multiple users in a household, and USB Type C and Quick Charge 3.0 capability allow for lightning-fast charge times.

Price for the Lenovo Tab 4 10 Plus will be from RM 1,299, inclusive of GST, with the device available for purchase at Lenovo Exclusive Stores and Lenovo Multi Brand Stores. The Lenovo Tab 4 10 is available in Aurora Black only. 

Join us on LinkedIn, follow us on Facebook https://www.facebook.com/LenovoMY/ or Twitter @Lenovo_MY or visit us at www.lenovo.com.

Love,

[REVIEW] Botanic Health Phyto Citrus Blend & Relief Essential Oil Dari Lynnity

$
0
0
Bagaimana korang menambah tenaga, menyokong kesihatan tulang dan sendi, kesihatan kardiovaskular serta membantu mengawal kolesterol dalam satu masa? Ok sebelum ni memang mama setiap hari akan mengamalkan minum susu untuk menjaga tulang yang sihat tapi ada satu produk boleh mengawal segala macam penyakit tau. Tambah pula produk yang mama cuba ini adalah dari makanan organik dari ladang. Produk yang mama maksudkan adalah dari Lynnity iaitu Botanic Health Phyto Citrus Blend dan Relief Essential Oil


Lynnity merupakan makanan yang diperolehi daripada herba tradisional Cina dengan menggunakan teknologi moden. Dengan lebih daripada 100 tahun resepi tradisional, orang ramai boleh mengamalkan khazanah herba Cina yang digabungkan dengan rasa moden. Lynnity mendorong sempadan inovasi dengan komitmen tanpa kompromi untuk keaslian, rasa yang luar biasa dan ramuan phyto-nutrien yang unik. 


Botanic Health Phyto Citrus Blend mengandungi bahan-bahan yang unik untuk melindungi tisu rawan, meningkatkan kepadatan tulang dan menambah mobiliti. Pengambilan intipati rutin boleh memberi manfaat kepada tulang dan sendi serta membantu untuk mencegah esteoporosis. 

Kandungan yang terdapat dalam Botanic Health Phyto Citrus Blend :-
  • Delima
  • Manggis
  • Alga
  • Orthosiphon Misai Kuching
  • Lithothamnion Rumpai Laut
  • Halia Hitam
  • Askorbik Asidik
  • Bran Oat
  • Benih Chia
  • I-Arginine
  • Taurina

Produk Botanic Health Phyto Citrus Blend mengandungi 15 sachet berbentuk sebuk dan sangat mudah untuk dibancuh. Sediakan air suam 200 ml dan bancuh seperti biasa atau boleh juga shake dalam botol shaker. Tekstur Botanic agak pekat, rasanya memang tak berapa nak sedap tapi kalau rasa tu macam soya tawar gitu. Memula mama pun tak boleh masuk tekak juga sampai mama kena tutup hidung lah hahaha. Lama-lama ok jer lepas minum Botanic Health ni tak percaya korang minum lah. 


Selain itu, Botanic Health ini bukan sekadar makanan tambahan yang membantu meringankan sakit atau menambah kalsium. Ia juga membantu meningkatkan tulang kepadatan dan memelihara kesihatan tulang, menjaga tulang dan sendi, memperbaiki tulang rawan serta membantu menambah kolagen. Untuk produk Botanic Health ini disahkan HALAL dan telah dikilangkan di kilang yang telah mendapat taraf GMP. 


Relief Essential Oil adalah gabungan minyak yang penting untuk setiap seisi rumah. Ia sangat baik untuk membantu menenangkan ketidakselesaan dan boleh digunakan dimana sahaja. Relief Essential Oil ini berbentuk Roll-on adalah campuran minyak pati segar untuk digunakan sebagai bau yang menyegarkan, memberikan tenaga dan melegakan pada bahagian dahi, leher dan lengan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Kandungan Relief Essential Oil :-
  • Minyak Peppermint
  • Minyak Jarum Abies Balsamea
  • Minyak Cengkih
  • Minyak Kelapa
  • Bunga Lavender
  • Cendana Hawai
  • SunFlower
  • Daun Eucalyptus
  • Cedarwood
  • Ylang Ylang Flower
  • Geranium 

Penggunaannya sangat mudah hanya sapukan ke bahagian nadi di pergelangan tangan, kaki dan juga belakang telinga. Bau yang sangat wangi Lavender serta sedikit berangin dan rasa segar selepas digunakan. Relief Essential Oil ini boleh juga digunakan untuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak dan bayi. Setiap orang yang menggunakan minyak ini akan merasai kebaikkan dari Relief Essential Oil.
  • Untuk lelaki : Sangat sesuai untuk kegunaan ketika di gym, berjam-jam di hadapan komputer atau rutin harian yang sibuk. Ia memberikan rasa yang menyegarkan, menyejukkan dengan aroma yang cukup wangi malah memberi tenaga untuk mereka lebih aktif. Boleh juga digunakan menggosok pada bahagian jari, pergelangan tangan, bahu dan leher.
  • Untuk wanita : Sangat sesuai untuk memberikan ketenangan semasa kitaran haid wanita. Dengan hanya sapu minyak pada bahagian perut dan akan merasai aroma panas dan sejuk dapat membantu menenangkan emosi wanita. 
  • Untuk Kanak-kanak & bayi : Sangat sesuai untuk bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema atau batuk. Dapat menenangkan serta memberi pernafasan yang mudah apabila disapu pada bahagian dada. Selain itu, boleh sapu pada dada, belakang badan atau tapak kaki pada waktu malam untuk menenangkn deria serta membuatkan anak-anak tidur dengan nyenyak.

So far mama suka dedua produk dari Lynnity ni memang bagus untuk menjaga kesihatan kita. Yang paling mama suka essential oil dia best sangat sebab mama memang menggunakan essential oil untuk kegunaan harian. Bagi yang berminat untuk membeli dan mencuba produk dari Lynnity ini boleh terus dapatkan secara online. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.lynnity.com

Love,

Gillette Venus | Cara Baru Untuk Kulit Yang Licin Di Malaysia

$
0
0
Procter & Gamble hari ini secara rasmi melancarkan Gillette Venus, jenama pencukur nombor 1 untuk wanita, serta memperkenalkan pencukur Gillette Venus ComfortGlide White Teadi Malaysia. Di pelancaran tersebut, Gillette Venus turut mengumumkan duta jenama pertamanya di tanah air, Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat emas gimnastik artistik Sukan SEA.


Rangkaian produk Gillette Venus ini boleh didapati di Malaysia. Ia direka khas untuk kaum wanita bagi mencapai kulit yang licin dan tidak berbulu lebih lama dalam keselesaan rumah. Gillette Venus ComfortGlide White Teayang dilancarkan di acara tersebut direka dengan bar pelembab berserta body butter dan aroma tropikal yang menyegarkan, tanpa memerlukan krim pencukur. Di samping itu, ia dilengkapi tiga bilah pisau yang memberikan sentuhan yang rapat serta cukuran yang selesa, walaupun pada untuk kulit yang sensitif. Pemegangnya dicipta berdasarkan konsep ergonomik, sekaligus menjadikannya sukar tergelincir dari pegangansemasa bermandi, iaitu masa biasanya wanita bercukur.

“Gillette Venus memahami kepentingan kulit yang licin untuk berasa selesa. Rutin penjagaan peribadi bagi kaum wanita biasanya lebih panjang, rumit dan mahal. Menyedari cabaran ini, Gillette Venus’ melancarkan rangkaian produk termasuk Gillette Venus ComfortGlide White Tea sebagai penyelesaian bagi kaum wanita moden demi membantu mereka mencapai kulit yang licin secara mudah, tidak sakit, dan mampu dimiliki,” demikian kata Utkarsh Mohan, Pemimpin Kategori Shavecare, P&G Malaysia, Singapura, Pasaran Perkembangan Asia dan Vietnam di pelancaran tersebut.


Di pelancaran tersebut, Gillette Venus merungkai beberapa anggapan lazim bersama sekumpulan panel mengenai pembuangan bulu di kalangan wanita di seluruh dunia.

“Ada kalanya kita menerima nasihat dan tip kecantikan dari kawan dan keluarga tanpa mengenal pasti kesahihannya. Ianya tidak mudah untuk membezakan kebenaran daripada anggapan yang salah kerana terdapat banyak anggapan yang saling bercanggah mengenai pembuangan bulu. Oleh itu, Gillette Venus beriltizam untuk mendidik kaum wanita di Malaysia mengenai pelbagai tanggapan yang salah berkenaan kaedah pembuangan bulu,” tambah Mohan. 


Berkongsi pendapatnya dalam perbincangan panel, duta jenama Farah Ann berkata bahawa penjagaan penampilan dari atas hingga bawah sangat penting baginya sebagai gimnas negara. Menurut Farah, beliau mengikuti rejim penjagaan kulit yang ketat.“Saya tidak perlu bimbang dengan adanya Gillette Venus, kerana rekaannya yang unik memastikan pencukur wanita tidak kasar untuk kulit, malah meninggalkan kulit saya licin dan lembab. Paling penting, kini cukuran saya tidak lagi rumit,” kata Farah Ann. 


Berkongsi mengenai kepakarannya dalam bidang kecantikan, Pakar Estatik Dr. Yeow Hui Qian berkata,“Kebanyakan wanita khuatir akan cukuran. Mereka mengelakkan cukuran kerana percaya ia akan menjadikan kulit mereka lebih gelap, atau bulu mereka akan bertumbuh lebih cepat dan tebal. Namun, pertumbuhan rambut sebenarnya ditentukan oleh gabungan faktor genetik dan hormon seseorang.”

Rangkaian produk Gillette Venus kini boleh didapati di peruncit-peruncit utama di Malaysia seperti Tesco, Giant, AEON, AEON Big, Watsons, Guardian dan sebagainya. Anda dapat memperoleh maklumat lanjut di peruncit-peruncit tersebut. Segala keputusan mengenai harga, promosi, pengedaran, kepelbagaian serta penyusunan produk terpulang kepada pihak peruncit untuk menentukannya.

Love,

Karnival Upin & Ipin 2017 Di MAEPS Serdang | Sememangnya Luar Biasa

$
0
0
Sebut sahaja animasi watak kartun Upin & Ipin, semua kanak-kanak pasti sukakanya termasuklah mak bapak sendiri pun turut teruja dengan kartun Upin & Ipin ini. Baru-baru ini mama berkesempatan membawa anak-anak ke Karnival Upin & Ipin 2017 di MAEPS Serdang, Selangor. Karnival Upin & Ipin kali ini bertemakan #UpinIpinLuarBiasa yang berlangsung dari 24 November sehingga 26 November 2017 bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Pada Jumaat yang lalu, Karnival Upin & Ipin 2017 ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mihammad Nazri bin Abd Aziz iaitu Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Oleh itu, Karnival Upin Dan Ipin ini telah diangkat menjadi Duta Pelancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik di sini sememangnya anak-anak pasti teruja untuk melihat lebih dekat watak animasi yang mereka minat di kaca televisyen.


Manakala untuk harga tiket boleh terus beli secara online atau boleh terus beli di kaunter tiket di Hall C dengan harga yang berpatutan untuk melihat pameran di Hall A atau Hall C. Bagi yang ingin melihat watak animasi dengan secara lebih dekat bolehlah beli pakej VIP untuk jalan pintas di depan stage. 

Dewan Utama (Hall A)
  • Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan
  • Ultraman Ribut
  • Puteri Limau
  • Pada Zaman Dahulu
  • Upin & Ipin The Musical
  • dan banyak lagi...
Dewan Magik (Hall C)
  • Alam Dino
  • Rumah Opah
  • Bergambar di Tadika Mesra
  • Bergambar bersama Ultraman Ribut
  • Berinteraksi bersama Kak Ros
  • dan banyak lagi...

Pada petang itu, kami terus ke Hall A untuk melihat apa yang menarik di sini. Masuk jer Hall A, anak-anak dah semakin teruja dengan hiasan dan suasana warna yang ceria. Terdapat pelbagai sudut untuk bergambar dari watak-watak animasi di bawah syarikat Les' Copaque Production.



Kami sekeluarga terus ke pentas utama untuk saksikan persembahan dari Upin & Ipin, Pada Zaman Dahulu dan juga yang dinanti-nantikan oleh anak-anak adalah Ultraman Ribut. Pada hari tersebut, kami berpeluang duduk di area VIP. Yang menariknya di bahagian VIP ini memang betul-betul di depan stage dan boleh tengok lebih dekat kesemua watak animasi. Mama suka dibahagian ni sebab tempat santai siap ada bean bag lagi. Tengok lah anak mama pun tidur jer padahal masa persembahan sound speaker sangat kuat. 


Persembahan Musical Upin & Ipin

Pada Zaman Dahulu

Di saat yang dinantikan kesemua anak-anak iaitu Ultraman Ribut. Wahhhhh bukan anak-anak jer teruja dan kagum melihat aksi persembahan Ultraman yang dibawa khas dari Jepun ini, malah mak bapak pun super excited melihat persembahan live tau. Tetiba mama papa pun jadi kanak-kanak riang. Heheheh memang happening sangat!

Ultraman Ribut

Raksasa besar!!

Nak tengok apa yang menarik di Hall C, jom tengok gambar di bawah ni. Mama hanya berkesempatan untuk tangkap gambar beberapa keping sahaja. Al maklum la anak-anak teruja nak tengok Upin & Ipin dan Ultraman Ribut jer. Hehehe.. Menarik juga di Hall C ni tau.. 

Depan rumah Opah.

Alam Dino. Macam real jer kan. 

Ehhh reban ayam Tok Dalang Rambo pun ada.. hehehhe

Yeahh Ultraman & Upin Ipin bergabung!!

Tadika Mesra pun ada jugak

Di Karnival Upin & Ipin juga terdapat pelbagai jualan barangan dan juga makanan. Bagi yang lapar boleh membeli makanan di luar dewan terdapat Food Truck. Manakala di dalam dewan juga terdapat jualan barangan, makanan dan minuman. 



Restoran Upin & Ipin.

Kedai jualan barangan Upin & Ipin. 

Sempat mama beli tshirt Silkscreen Upin & Ipin untuk anak-anak.


Sebelum balik mama sekeluarga bergambar di depan tangga rumah Opah..

Anak-anak seronok habis siap berulang kalilah cakap terima kasih mama bawakan Qebal & Qeram datang Karnival Upin & Ipin ni. Nanti kalau ada mama bawa lagi yer. Rasa berbaloi dan puas hati dapat gembirakan anak-anak sempena cuti sekolah bermula ni. Terima kasih kepada Les' Copaque Production kerana mengadakan Karnival Upin & Ipin yang sangat menarik dan sememangnya luar biasa. 

Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar sekitar karnival boleh layari :


Love,

Iqram Haqimi Convocation Tadika Johan Ceria

$
0
0
Kemarin mama berkesempatan untuk melihat Iqram Haqimi convo Tadika Johan Ceria di Kolej Tuanku Jaafar Mantin. Akhirnya Qeram dah habis tadika. Yeahhh... Fikir-fikir balik setiap hari dia pergi tadika bikin urut dada jer dengan kerenah dia. Jangan tak tahu dari bulan Jan - Mac dia asyik nagissss jer. Sampai semua teacher dekat Tadika Johan Ceria kata Qeram ni baby. Hahaha.. Nagis sebab apa... asal suruh tulis nagis.. asal suruh baca nagis.. aduiiii.. Qeram.. Qeram..


Awal 9 pagi mama terus ke Kolej Tuanku Jaafar, sebab teacher dia nak siapkan bebudak tadika sebab Qeram ada persembahan tarian. Jam 10.30 pagi baru start acara tu tapi mama tak sempat tengok huwaaa mama ada kerja yang kena buat. Mama cuma sempat tengok persembahan akhir jer. Nasib lah Qebal rakam persembahan adik dia.. 

Untuk menebus kesalahan mama kat Qeram, mama bagi sejambak coklat dengan teddy bear yang comel tu. Hope dia suka.. yeaaa

Sampai jer terus pergi cari dia.. Suka dia sampai tersenyum-senyum. Heheheh

Alooo alooo bebudak sekarang dah pakai jubah convo kan.. 

Abang Qebal dan Qeram.. alaaa omey sangat.. 

Gambar kenangan satu family.. 

Ni lah teacher Qeram.. baik sangat dan banyak sabar dengan kerenah Qeram.. Thanks Teacher.

Selesai satu bab.. Tahun depan darjah 1 banyak lagi cabaran Qeram tau.. Tak mo nagis-nagis lagi.. Dah tak boleh nak main toys lagi.. Mama papa sayang Qeram ok.. Abang Qebal & Adik Qeisya pun sayang Qeram.. Alhamdulillah untuk baju sekolah mama dah settlekan belanjawan beli baju depa.. Nanti tengah bulan December bolehlah beli buku sekolah & kasut sekolah pulak.. Harap semua berjalan lancar.. Amin.. 


Love,

SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox

$
0
0
SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox - Semakin meningkatnya umur semakin itulah banyak masalah di kulit wajah seperti kedutan di wajah, tona kulit tidak sekata, kulit kering dan lain-lain lagi. Oleh itu, seiring dengan umur yang semakin meningkat jadi kita haruslah menjaga kulit dengan sebaik yang mungkin. Ini sangat penting kerana wajah adalah pandangan pertama untuk kita nampak lebih muda. Baru-baru ini mama telah diperkenalkan dengan SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox. Nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru dari Safi jom baca entri ini ok.

SAFI RANIA GOLD | Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox
Safi Rania GOLD memperkenalkan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formula Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja. Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox ini mengandungi kandungan yang selamat digunakan dan disahkan HALAL.

    Kandungan yang terdapat di dalam rangkaian Safi Rania GOLD Teknologi Beetox ini ialah : 
    • Nano Gold 24K - Ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. 
    • Honey - Merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit 
    • Royal Jelly - kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya. 
    • Propolis - Merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal. 
    • Bee Venom - Kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal. 

      Pembersih Wajah Safi Rania Gold (Royal Jelly) dengan Nano Gold 24K dan nutrisi Royal Jelly di formulasi terbaharu Micro-Foam dengan agen anti-oksidan untuk membersih secara mendalam. Buih yang terdapat dalam pembersih ini mewah berkrim mengandungi agen pelembap. Ia juga boleh membersihkan sisa solekan dengan sempurna. 

      Dengan adanya Nano Gold 24K ini dapat mengukuhkan struktur dalaman kulit agar wajah anjal dan awet muda. Manakala Royal Jelly pula untuk merangsang pembaharuan kulit semulajadi agar hasilnya kulit wajah anjal, halus dan berseri.

      Penggunaanya : Picit sedikit pembersih wajah ke atas tapak tangan dan gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan kemudian bilas sehingga bersih.

      [Review Mama]
      Mama dah mencuba pembersih wajah Safi Rania Gold ini memang best lembut jer tekstur pembersih wajah ni dan bau pulak bau madu yang wangi. So tak perlu risau bab tu. Heheh.. Yang paling best selepas mencuci muka kulit rasa lembut dan tak kering. Kulit jadi lebih lembut dan melembapkan kulit. 


      Esen Emas Keremajaan Safi Rania Gold pula mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya. Untuk esen ini digunakan selepas membersih wajah kiranya digunakan sebagai penyegar. Cuma Esen Emas Keremajaan ini tidak perlu gunakan kapas kerana esen ini mengandungi emas 24K.

      Penggunaanya : Selepas mencuci wajah, lapkan sehingga kering. Kemudian tuangkan Esen Emas Keremajaan ke atas tapak tangan, lalu sapu ke seluruh wajah sehingga esen meresap ke dalam kulit. 

      [Review Mama]
      Mama suka Esen Emas Keremajaan ini sebab ia berfungsi sebagai lembapkan kulit wajah agar kulit sentiasa segar selepas mencuci. Paling mama suka dengan emas 24K tu lembut dan kulit rasa bersinar selepas menggunakan esen ini. Tekstur esen ini tidak berminyak dan tidak melekit malah bau esen wangi seperti madu propolis. 


      Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold Dengan BEETOX & Propolis terdiri dari Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C yang meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan. Kalau korang perasan ada lapisan yang terpisah tersebut adalah madu dengan eliksir.

      Penggunaanya : Goncang dahulu eliksir sehingga larutan antara madu dan eliksir terlarut. Tekan sedikit ke atas tapak tangan kemudian sapukan ke seluruh muka sehingga meresap ke dalam kulit. 

      [Review Mama]
      So far mama dah guna eliksir ni memang rasa keanjalan kulit berubah menjadi lembut. Mama suka bau eliksir ni wangi madu dan tekstur eliksir tidak melekit serta cair. Cuma mama tidak gemar botol packaging dia kena titis sebab mudah tertumpah. Bagi mama kalau picit much better. 


      Krim Pelembap Siang Safi Rania Gold SPF25PA++IR (Propolis) pula melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR). Bagi yang mengalami kulit kering seeloknya wajib memakai krim pelembap ini untuk melembapkan kulit dari sebarang masalah. 

      Cara penggunaanya : Calit sedikit krim pelembap siang ini ke bahagian muka dan leher. Ratakan sehingga krim pelembap ini meresap ke kulit. Boleh digunakan sebelum memakai make up.

      [Review Mama]
      Mama jarang sangat guna krim pelembap ni sebab mama rasa macam tak selesa. Bagi kulit kering selepas memakai krim pelembap ini kulit jadi moist sedikit. Untuk tekstur dia tidak berminyak dan berbau wangi. 


      Hasil menggunakan Safi Rania Gold ini telah terbukti secara klinikal dan kulit semakin anjal, kulit semakin halus, pemulihan tona kulit sekata dan kedutan di wajah berkurang. Ini adalah respon daripada kalangan wanita melayu yang berumur di antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk ini selama 14 hari atau lebih. Selain itu, ia telah terbukti dalam ujian klinikal dan telah digunakan selama hampir 2 bulan. Bagi yangingin dapatkan produk Safi Rania Gold ini boleh dapatkan di pasaraya besar dan juga hypermarket seluruh Malaysia.

      Alhamdulillah mama dah boleh terima produk Safi Rania Gold ni. Ternyata best guna dari pembersih wajah, esen emas, eliksir dan krim pelembap. Pada seminggu mama guna kulit jadi mengelupas sedikit, kemungkinan untuk membuang sel kulit mati. Selepas menggunakan setiap hari kulit menjadi licin dan lembut. Boleh la lepas ni mama nak cuba rangkaian Safi Rania Gold yang lain pulak. 

      Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

      Website : www.safi.com.my

      Love,

      Cabaran Memasak Menggunakan Produk New Zealand Sempena AEON Taste New Zealand Food Fair

      $
      0
      0
      Pada Sabtu baru-baru ni, mama ada dapat satu invitation event iaitu Taste New Zealand. Sebelum datang event ni anak-anak mama letak dekat mama tok di Cheras, manakala Qeisya pulak en papa jaga dia untuk beberapa jam. Mama ingatkan event ni mama hanya datang untuk cover event sahaja tapi dah sampai di Berjaya University College, Times Square katanya kena masuk pertandingan memasak. Hahaha agak terkejut jugak memula tu. Fikir balik ok bukan selalu kan kiranya macam pengalaman baru tetiba terjoin pertandingan memasak ni. 


      Gambar atas ni lah antara menu untuk kami memasak nanti. Perghhh kena masak daging dan mussel. Terus ehh apa mama nak masak ni tetiba yang dah biasa masak di dapur tapi bila suruh masak depan chef yang hebat terus mama jadi blur dan ketar. Hahaha.. Tapi jangan risau sebelum mula masak menu diatas ni kami akan diberi tunjuk ajar oleh Executive Chef Krishnan. Untuk pengetahuan korang semua, kesemua bahan-bahan utama yang chef masak ini adalah dari New Zealand. 


      So kami wajib memasak 2 jenis resepi iaitu Baked Mussel Cheese dan Steak atau Sauted Beef. Chef Krishnan sangat sporting tau siap dia beri tunjuk ajar dan tips dalam masakan. Hahh jangan tak tahu yang benda simple seperti potong bawang pun ada cara tau. Siap kena 45 degree la 25 degree la. hehehe terus ehhh wajib yer.. padahal kita potong bawang suka hati jer macam mana rupa kan.


      Selepas chef beri tunjuk ajar macam mana nak masak steak, mussel dan beef so kami diberi masa dalam 30 minit untuk memasak dan siapkan juadah tersebut. Untuk pertandingan ini, satu kumpulan mesti ada 2 orang so mama satu kumpulan dengan Fadzi Razak. Selalu mama tengok Aneeq jer masak sambil cekak pinggang tapi kali ni mak dia masak pulak. Kompom hebat ni. 

      Menu yang kami masak adalah Baked Cheese Mussel dan Sauted Beef. Yang kelakar masa chef ajar tu ohh ok semua dah masuk kepala. Sekali sampai jer nak masak, mama tanya Fadzi, Fadzi tanya mama. Dah pakat blur memasing. Hahahah.. last-last we olls masak campak-campak macam dekat rumah. Asal chef lalu jer kami masak slow motion, lepas jer chef pergi nahhhh zup zap zup zap nak cepat. Adehh gementar seluruh badan tau. Yer lah chef hebat tengok kami mak-mak masak kan. Malu kalau salah step.. 

      Sauted Beef

      Baked Cheese Mussel

      Jangan tanya mana gambar step ker, tengah masak ker memang tak sempat nak selfie bagai dah. Dalam masa 30 minit memang rasa kejap giler. Hehehe.. Tetiba jer chef announced masa hanya tinggal 10 minit. Hahhh gelabah la masing-masing nak siapkan masakan sebelum masa tamat. 


      Kemudian 3 orang chef dari Berjaya University College datang dan akan rasa serta mengadili masakan dari kumpulan kami. Huhuhuhu.. Memang berdebar juga masa chef rasa tu sebab we olls masak tak sempat rasa. adehh terlupa nak rasa ker, takut nak rasa ker apa tak pasti. Memang mama dan Fadzi masak macam chef ajar jer. 


      Komen dari ketiga-tiga chef puas hati dengan masakan kami. Cuma untuk Sauted Beef tu termasin sikit. Overall memang dah okay. Lega tau. Paling best lepas habis semua chef rasa semua masakan kami semua pakat rasa masakan dari kumpulan lain. 


      Tahniah kepada Kak Suria Amanda dengan Henry sebab menang pertandingan pada petang tersebut. Walau kami tak menang tapi mama sedikit sebanyak dapat belajar memasak dengan cara yang betul dan juga banyak tips masakan yang mama dapat dari chef Krishnan.


      Mesti ada yang tertanya-tanya apa Taste New Zealand ini kan. Sebenarnya banyak produk keluaran New Zealand telah masuk ke Malaysia ni tau dan kesemua produk ini sangat berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan semua, Taste New Zealand ini adalah satu Festival Makanan di mana pelbagai produk keluaran New Zealand telah diperkenalkan di Malaysia. Festival ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE).

      Dari 30 November 2017 hingga 10 December 2017, festival food fair ini akan diadakan di 7 cawangan AEON seluruh Malaysia. Bagi yang berminat untuk melihat sendiri atau ingin membeli produk makanan keluaran New Zealand ini boleh terus datang ke AEON.

      SHOP & WIN CONTEST DAN SNAP & WIN CONTEST

      Sempena AEON Taste New Zealand Food Fair yang akan diadakan nanti, bagi yang kaki contest apa kata jom join contest yang sangat mudah dan boleh memenangi hadiah yang menarik melalui 2 contest ini.


      Shop & Win Contest
      Dengan hanya pembelian minimum RM80.00 dari barangan New Zealand dalam satu resit (termasuk GST), korang layak tebus shopping bag dan berpeluang menyertai lucky draw serta menang voucher membeli-belah 1 x AEON Voucher bernilai RM1000 dan 10 x AEON Voucher bernilai RM200.


      Snap & Win Contest
      Untuk Snap & Win Contest pula, korang hanya perlu :
      1. Ambil gambar paling kreatif di AEON Taste New Zealand Food Fair Photobooth
      2. Muat naik gambar tersebut ke Facebook berserta caption yang menarik
      3. Check in lokasi di Facebook dan letak hashtag #TasteNZMY
      4. Pastikan post entri tersebut dalam mode "Public"
      Bagi contest ini, korang akan berpeluang memenangi hadiah AEON Cash Voucher bernilai RM100 untuk 10 pemenang. Untuk menang contest ini korang hanya perlu dapatkan likes yang banyak dengan caption yang menarik. Pemenang akan diumumkan pada 15 December 2017 dengan melalui Facebook Messenger.



      Apa tunggu lagi mama dah guna produk keluaran New Zealand masa cabaran memasak tempoh hari di Berjaya University College, Kuala Lumpur. Bagi yang ingin dapatkan dan juga membeli produk ini boleh datang ke 7 cawangan AEON seluruh Malaysia sempena Taste New Zealand Food Fair dari 30 November 2017 hingga 10 December 2017.

      Love,

      ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee

      $
      0
      0
      ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee | Setiap impian wanita inginkan bentuk badan yang menarik dan postur badan seperti ala model. Gituuu.. Yer memang tak nafikan mama sendiri pun nak sangat cutting body balik tapi nan ado masa nak pergi gym. So terkuburlah harapan untuk badan yang cantik bukan. Hahaha.. Jangan risau sekarang ni boleh jer nak dapat badan yang cantik hanya dengan pakai korset. Walaupun korset pun mesti rimas nak pakai semua kan. Psstt ada lagi menarik shapewear dari Shapee Malaysia. Nak tahu mengenai ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee ni nahh baca sampai habis yer.

      ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee 
      Shapee Malaysia adalah satu jenama yang tidak asing lagi khas untuk pakaian pembetukan badan shapewear. Bukan itu saja malah pelbagai produk pakaian dalam seperti nursing bra, compression wrap dan maternity briefs. Hahh macam-macam ada korang boleh jer klik klik kat website dia yer. 

      Kali ini mama nak review 2 produk dari Shapee Malaysia iaitu Seamless Tankee dan Posture Brasieree. Masa memula dapat tu apakah la barang ni dan lepas baca wohh banyak kegunaan 2 produk Shapee ni. Ok dah la jom tengok apa kelebihan dedua produk Shapee ni yer. 


      Posture Braiseree

      Kalau korang tengok posture braiseree ni macam ala-ala push up bra. Bagi yang ingin membolehkan tulang belakang, otot dan ligamen seimbang atau menegak boleh memakai posture braiseree ini selepas memakai bra. Ini kerana apabila kedudukan tulang belakang kita seimbang ia akan berfungsi melancarkan dan mengurangkan ketegangan dan kesakitan tulang belakang kita. Material posture braiseree ini daripada nylon dan spandex. 


      Kelebihan Posture Brasieree ini adalah :
      • memperbaiki dan membetulkan postur belakang dan pada masa yang sama meningkatkan para payudara dan pinggang selari
      • memupuk postur yang betul dengan mengekalkan lurus dan menarik kembali bahu dengan tali silang belakang
      • terdapat 3 set cangkuk boleh laras untuk keselesaan pemakai
      • tali yang lebar untuk melegakan tekanan bahu untuk keselesaan menyeluruh
      Cara penjagaan :
      1. Basuh dengan suhu 40'c
      2. Tidak boleh guna chlorine bleach
      3. Iron pada suhu rendah
      4. Dry clean
      5. Keringkan di bawah tempat teduh
      Untuk size terdapat hanya 2 size iaitu size M [Bust 70 - 80 cm] dan juga size L [Bust 75 - 85 cm]. Manakala harga Posture Brasieree ialah RM55.00 sahaja.

      [Review]
      Mama dah guna dalam 3, 4 kali Posture Brasieree ni memang ok sangat. Rasa tulang belakang mama menegak dan kalau duduk depan pc takder bongkok dah. Material Posture Brasieree lembut takder rasa macam tebal pada bahagian dada so tak perlu risau pasal tu. Posture Brasieree menyokong dan push up kan payudara dari jatuh. Best sangat Posture Brasieree ni ok. 


      Seamless Tankee

      Shapewear Seamless Tankee ni kalau korang tengok macam singlet yang ketat dan diperbuat daripada teknologi Jepun dengan micro massage dan memberi kepanasan serta membakar lemak badan. Seamless Tankee sangat selesa dipakai dan memberi pembentukan badan serta menutup benjolan pada bahagian badan. Material yang sangat selesa iaitu nylon dan spandex serta germanium, titanium dan silver.


      Kelebihan Seamless Tankee adalah :-
      • mengekalkan bentuk badan secara semulajadi
      • pembentukan dan menguruskan badan
      • merangsang sistem imun
      • mempebetulkan postur badan
      • meningkatkan metabolisme
      • meningkatkan peredaran darah
      • anti-water retention
      • anti-celulite
      • anti-spider veins
      Cara penjagaan :
      1. Basuh dengan suhu 40'c
      2. Tidak boleh guna chlorine bleach
      3. Iron pada suhu rendah
      4. Dry clean
      5. Keringkan di bawah tempat teduh
      Terdapat 2 size untuk Seamless Tankee iaitu Size M-L [Bust : 79-94, Waist 64-77] dan Size L-LL [Bust 86-101, Waist 69-85]. Harga Seamless Tankee hanya RM75.00.

      [Review]
      Mama guna Seamless Tankee ni pada sebelah malam waktu tidur rasa sangat selesa. Tapi kalau nak pakai dengan baju lain pun boleh. Yang bestnya Seamless Tankee ni rasa fit badan dari benjolan lemak-lemak di bahagian perut dan pinggang. Seamless Tankee ni takder la ketat sangat sebab material kain daripada nylon dan spandex boleh mengembang. Selain itu, Seamless Tankee juga boleh membetulkan postur tulang belakang badan. 


      Bagi yang ingin membentuk badan atau membetulkan tulang belakang, mama recommended sangat Seamless Tankee dan juga Posture Brasieree dari Shapee Malaysia. Baju dalaman shapewear sangat baik dan berkualiti serta harga yang cukup murah. Korang boleh beli secara online di website yang mama detailkan di bawah. 

      Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


      Love,

      MURAD® Retinol Youth Renewal Eye Serum | Serum Terbaik Untuk Penuaan Di Mata Anda

      $
      0
      0
      Murad® jenama penjagaan kulit klinikal yang tidak asing lagi telah melancarkan Retinol Youth Renewal Eye Serum, serum anti-penuaan baru yang menyasarkan tanda-tanda yang kelihatan dengan cepat tanpa sebarang kesan sampingan. Diformulasikan oleh Retinol Tri-Active Technology, serum yang mampu bertindak cepat ini mampu mengurangkan garis kedutan secara mendalam, menegangkan, melicinkan kulit, menyinar dan memudakan kulit.

      Mengikut kajian yang dibuat oleh Murad, 93% pengguna telah melihat pengurangan garis dan kedutan pada kulit mereka manakala 98% mengatakan kulit mereka lebih licin berbanding sebelumnya dan 87% telah mendapat kulit yang lebih tegang selepas hanya dua minggu penggunaan.*


      “Retinol dikenali sebagai bahan anti penuaan berstandard emas; itulah sebabnya pesakit saya kerap memintanya,” kata Dr. Howard Murad, pengasas Murad.

      “Walaubagaimanapun, saya telah melihat keperluan yang signifikan untuk product baru yang memberikan hasil yang lebih cepat dan tidak akan menyebabkan kerengsaan dan kekeringan. Setelah bertahun-tahun penyelidikkan dan pembangunan, saya berbangga mengatakan bahawa kita akhirnya telah menyempurnakan ilmu retinol dengan serum ini.”

      Walaupun terdapat banyak produk retinol di pasaran yang bergantung kepada satu bentuk retinol dan mengambil masa beberapa minggu untuk mendapat perubahan yang ketara tetapi formula unik Murad ini mempunyai gabungan tiga teknologi retinol untuk memberikan hasil yang lebih cepat tanpa kerengsaan. Hasil daripada tiga gabungan ini, Retinol Youth Renewal Eye Serum memberikan hasil pada paras optimum dengan retinol bekerja lebih cepat, memberikan hasil yang mampan dan meningkatkan keberkesanan.


      Retinol Tri-Active Technology berfungsi melalui tiga cara :-
      • Fast-Acting Retinoid - Mempercepatkan hasil melalui peningkatan perolehan selular 
      • Time-Released Retinol - Encapsulated in a lipid shell perlahan-lahan meresap ke dalam kulit, ia menyampaikan retinol yang konsisten dan berterusan sepanjang masa 
      • Retinol Booster - Meningkatkan keberkesanan dengan bertindak seperti magnet untuk membantu meningkatkan daya penerimaan kulit kepada manfaat retinol. 
      • Peptide-rich Red Algae Extract - Meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit sambil menenangkan kulit melalui Krim Malam.

      Sebagai tambahan kepada pecahan formulasinya, Murad Retinol Youth Renewal Eye Serum ini merupakan antara yang pertama mengamalkan penggunaan Swertia Flower Extract, bahan yang berasal dari Himalaya dan diiktiraf atas keupayaannya untuk membantu di dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit selepas terbakar. Ekstrak ini, apabila digabungkan dengan bahan aktif yang lain, ia dapat mengurangkan kerengsaan dan melembutkan kulit. Retinol Youth Renewal Eye Serum ini juga menggunakan Hyaluronic Acid Spheres untuk menghidrat dan menyejukkan kulit serta melicinkan.

      Retinol Youth Renewal Eye Serum (RM 478 30ml), dan Night Cream (RM 428, 50ml) boleh di dapati di Murad.com.my, kedai-kedai utama Murad, Sephora dan salun di seluruh negara bermula Januari 2018.

      Untuk maklumat lanjut mengenai Retinol Youth Renewal Eye Serum atau produk-produk Murad lain, sila layari Murad.com.my atau cari kami di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube and Pinterest.

      Love,
       

      Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda

      $
      0
      0
      Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda - Asal sebut sahaja Intech Kitchen mesti korang akan terlintas di fikiran mengenai kitchen cabinet yang cantik-cantik. Yer tak? Heheheh mesti lah kan. Kitchen cabinet yang cantik tu semua idaman mak mak tau. Jangan tak tahu kalau korang dah pergi showroom tengok kitchen cabinet tu, balik jer rumah korang dah tak leh tidur malam. Perghhh macam memanggil jer suruh buat ok. Siap boleh mimpi lagi!!! Hehehe.. nasib mama dah buat kitchen cabinet idaman mama. Tapiii kalau suruh buat lagi mama nak jer giler tak nak.. heaven wohh kalau ada dapur cantik-cantik ni. Rasa nak duduk dekat dapur tu sepanjang hari jer. Korang nak tahu pasal Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda? Jom baca entri ni sampai habis ok.

      Intech Kitchen | Pakar Kabinet Dapur Idaman Anda
      Sebenarnya mama dah lama niat nak buat shoe rack dan wardrobe kat rumah mama. Semuanya tergendala dek mama dah tak kerja so nak buat sesuatu benda tu terus terkubur. Hukhukhuk.. Nasiblah mama dah pernah buat kitchen cabinet dari Intech Kitchen ni so lega lah disitu. Hehehe.. Pada Ahad lepas, mama pergi melawat showroom Intech Kitchen di Bandar Teknologi Kajang. Alaa dekat jer dengan rumah mama ni. Kot-kot mama dapat ilham nak buat shoe rack dan wardrobe kekdahnya. Tapi dah sampai sana mata dah jadi rambang la pulak.

      Kita selfie satu kali depan Intech Kitchen ni. 

      Untuk pengetahuan semua, showroom Intech Kitchen ini hampir 7 tahun di Bandar Teknologi Kajang tapi pengalaman mereka dalam pakar kabinet dapur ini sudah hampir 15 tahun tau. Serius mama puas hati dengan hasil kerja dari Intech Kitchen ni. Dia orang punya teliti kerja memang terbaik manakala harga dijamin murah dari yang lain ok. Sebelum mama buat kitchen cabinet ni, mama ada survey harga dengan kedai lain dan ternyata harga dengan Intech Kitchen lagi murah dari yang lain. 

      Yang lagi best Intech Kitchen ni kalau kita call suruh datang untuk ukur keluasan serta harga kita boleh tahu on the spot tau. Korang jangan risau yer sebab consultation ukur, lukis design semuanya percuma sahaja. Masa mama buat kitchen cabinet dulu mama call owner Intech Kitchen sendiri iaitu Mr Jeff. Korang jangan tak tahu Mr Jeff ni kalau dah start lukis design kabinet memang cepat giler. Korang bayangkan hanya masa 5 minit lakaran design cabinet rumah korang siap weh!!! Dekat 6 bulan juga lepas tu baru mama ada duit nak buat kitchen cabinet tu. Lama tak mama ambik masa sebab duit cukup la baru mama berani buat. 

      Kitchen Cabinet atas dan mini bar buat dengan Intech Kitchen. Lawa kan.. kalau tahu yang bawah pun nak buat dengan dia orang tapi apa boleh buat... huhu duit dah tarak ada lor..

      Kalau nak tengok history kitchen cabinet boleh throwback di
        SINI --- SINI --- DAPUR IDAMAN


      Tengok lah banyak pencapaian Intech Kitchen ni dapat. Pada bulan October tahun ini Intech Kitchen telah menerima anugerah dari SME & Entrepreneur Business Award dalam kategori Top Homegrown Potential Company. Tahniah Intech Kitchen untuk anugerah ini semoga company Intech Kitchen lebih maju dan dikenali ramai dengan kepakaran kabinet dapur rumah anda. 

      Selain dikenali pakar kabinet dapur, Intech Kitchen juga menawarkan pelbagai perkhidmatan iaitu tv cabinet, shoe rack, wardrobe, divider, study table, dressing table dan macam-macam lagi lah. Kalau korang nak tengok apa lagi Intech Kitchen boleh buat, korang boleh tengok kat sini www.intechkitchen.com/products. Gerenti korang berkenan sampai termimpi-mimpilah.

      Melamine Wood cantik kannnn

      Bagi yang ingin buat kitchen cabinet, di Intech Kitchen menawarkan pilihan material bagi table top dan juga pintu kabinet. Jadi korang boleh pilih dengan citarasa dan juga bajet anda. Hahh itu yang bestnya kalau buat kabinet dapur di sini. Yang lagi menarik bagi yang buat kabinet dapur korang akan dapat warranty selama 3 tahun dari Intech Kitchen. Apa-apa problem jer korang boleh contact dan mereka akan datang betulkan dengan percuma. 

      Table top yang menjadi pilihan di sini adalah :
      • Concrete Top
      • Wood Top
      • Solid Surface Top
      • Granite Top
      • Quartz Stone Top
      Bagi pintu kitchen cabinet pula :
      • 3G Door
      • 4G Door
      • Arcylic Door
      • Melamine Door
      • Solid Nyatoh
      Ni pulak 3G Door

      Melamine Door

      4G Door.

      Kalau nak bezakan pintu kitchen 3G door dan 4G door ni yang mama tahu 3G door murah sikit berbanding dengan 4G. Untuk 3G kalau tercalar dekat pintu tu warna dekat pintu tu akan jadi putih. Manakala 4G pulak dia glass dan korang tengok nampak shining gitu. Kalau mama suggest yang 4G door la memang cantik, moden dan kontemporari dapur korang nanti. 

      Di showroom Intech Kitchen bukan hanya ada kitchen cabinet sahaja malah siap ada wardrobe, tv cabinet pun ada juga. Nah korang tengok la kot kot korang berkenan kan. Mama dah berkenan giler dengan wardrobe kaca ni. Terus berangan nak buat dekat dalam bilik tau. Tapi tapi duitnya belum ada lagi. heheheh tak apa berangan tak salah kan.. 

      Cantik kan.. walawehhh bikin nangis tengok cantik macam ni.

      TV cabinet pun menjadi pujaan hati jugak ni.. haishhh 

      Aksesori untuk dapur pun ada korang boleh request dengan bajet korang yer. Paip ni mau ribu riban kan.. alahaiiii berkenan giler!!!

      Ok untuk design kichen cabinet ni korang ada RM18k boleh terus buat.. perghhhh 

      Ada macam buat cook show sendiri tak.. hehehe.. giler heaven weh!!! 

      Mama bersama Jessica, wife Mr Jeff. Kecik molek dan cantik sama jer dari dulu

      Sebelum mama terlupa untuk perkhidmatan kabinet dapur ini pihak Intech Kitchen menawarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia. Yang sebelah utara, selatan dan pantai timur yang mahukan servis dari Intech Kitchen boleh terus hubungi Jessica atau Mr Jeff ya. Harga penghantaran boleh dirunding kemudian. Untuk pembayaran pula boleh buat pembayaran secara tunai, online transfer dan juga installment credit card. Apa tunggu lagi korang boleh terus datang ke showroom atau boleh tengok di Facebook Intech Kitchen ya. 

      Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi :-

      INTECH KITCHEN SDN BHD
      No 47-47A Jalan Mega 1A
      Taman Industri Mega
      43500 Semenyih
      Selangor


      No Telefon : 012-667 0706 [Jessica] / 012-625 2528 [Jeff]
      Email : jessica@intechkitchen.com

      Business Hour : Monday to Sunday from 10.00 am - 6.00 pm

      Love,

      Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Solat

      $
      0
      0
      Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Solat - Telekung sesuatu pakaian yang sangat penting untuk kegunaan ketika bersolat. Ada beberapa helai telekung mama akan gunakan di rumah dan juga untuk diletakkan dalam kereta untuk memudahkan mama solat ketika di luar. Mama pernah dapat sehelai telekung jenis satin. Memang ringan dan ada bag khas untuk simpan tapi kan kalau sujud jer telekung tu dah terselak sampai tertutup kepala mama. Hehehe nak tak nak kena solat balik. Korang nak cari telekung yang selesa di pakai ketika solat? Jom baca entri ni ok. 

      Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Beribadat
      Pada Rabu lepas, mama dan beberapa blogger di jemput ke Butik Telekung Qasha di Bandar Baru Bangi. Baru mama tahu ada butik baru yang menjual telekung untuk solat di sini. Untuk pengetahuan semua, Butik Telekung Qasha ini diambil dari nama bapa pengasas Telekung Qasha iaitu Tuan Haji Akashah Haji Abdul Samad. Pengasas butik ini adalah Puan Hajah Azilah Akashah ingin mengenangkan jasa arwah dan meletakkan nama bapa beliau pada butik ini. 

      Dengan tagline Telekung Qasha "BIAR HATI BERBICARA" mempunyai makna yang begitu mendalam, dimana hatilah yang mendorong kepada semua niat dan perbuatan. Lokasi Butik Telekung Qasha ini bertapak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi dan telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2017. 


      Selain itu, Butik Telekung Qasha menjual barang-barang umrah dan pakaian solat dan keluaran terunggulnya Telekung Qasha. Telekung Qasha mengeluarkan 3 jenis telekung dan nama-nama telekung ini di inspirasi dari nama anak-anak pengasas Telekung Qasha itu sendiri. Untuk setiap keluaran tudung terdapat 2 jenis keluaran iaitu Standard dan Premier. Ketiga-tiga telekung ini dibezakan dengan bentuk mukanya dan setiap telekung akan dikeluarkan mengikut kesesuaian pembeli iaitu :
      1. Telekung Tasha | mempunyai design atau corak yang selesa di pakai pada bahagian dagunya yang besar untuk menutup ruang rahang dagu bagi mereka mempunyai wajah lebar dan besar. Menggunakan kain lycra untuk memberi keselesaan wajah dan keyakinan ketika bersolat. 
      2. Telekung Dalifa | mempunyai corak muka berbeza kerana dibahagian dagunya di tarik hingga ke bawah sedikit menampakan muka tirus dan kecil tetapi ia masih menutup aurat dan patuh pada syariat ketika bersolat. Kain lycra digunakan pada bahagian dagu dimana mudah untuk menyesuaikan keselesaan seseorang. 
      3. Telekung Zulaika | mempunyai berombak-ombak pada bahagian kepala dikenali nama "SMOKED" dikalangan peminat telekung. Masih lagi nampak keayuan dan elegen si pemakai tampak kemas dan selesa tanpa render di kepala. Malah tampak lebih ayu pada bahagian render "Q" di dahi bagi menyerikan lagi wajah si pemakai.

      Kain Telekung Qasha ditempah khas dari luar dan ia sejenis kain Spun polyster yang berkualiti dan putih sama padan dengan render-rendernya. Kain Telekung Qasha ini amat selesa dipakai pada cuaca yang berbeza-beza tidak kira panas atau sejuk. Selain itu, ia sangat mudah dibasuh dengan menggunakan bahan pencuci dan air bersih. Bagi ketebalan kain sangat ringan dan tidak jarang serta ia sesuai untuk bersolat. 

      Ciri-ciri Telekung Qasha

      Kain yang sangat sejuk dan tidak jarang

      Antara trademark Telekung Qasha iaitu render berbunga "Q" dengan sinonim untuk Telekung Qasha.

      Ukuran panjang midi dan telekung Qasha berbeza iaitu :
      • Panjang Midi : 100 cm - 101 cm
      • Panjang Telekung : 120 cm - 121 cm
      • Panjang Kain : 128 cm - 130 cm
      Menariknya Telekung Qasha ini bagi yang ingin labuh atau bersaiz besar, Butik Telekung Qasha sedia menerima tempahan dan akan siap sekitar dalam 3 minggu dari tarikh tempahan. Untuk warna Telekung Qasha sekarang mengekalkan warna putih sebagai tanda bersih dan suci bagi menjejak langkah dalam dunia pakaian solat muslimah. InsyaAllah selepas ini pihak Butik Telekung Qasha akan mengeluarkan warna hitam untuk kegunaan ketika umrah.

      Telekung yang mama pegang size standard. Nampak labuh kan. 

      Telekung Qasha ini direka khas untuk solat dan juga mengerjakan umrah dan juga haji. Jadi mereka bolehlah membeli Telekung Midi Standard untuk kegunaan di Mekah. Selain itu, Telekung Qasha boleh juga dijadikan buah tangan, hadiah atau sebagai hantaran kahwin kerana telekung ini didatangkan khas dalam kotak yang sangat eksklusif.



      Harga Telekung Qasha ini berbeza mengikut design telekung dan juga size. Harga dari RM139.00 hingga ke RM249.00. Sepanjang bulan Disember 2017 ini, Butik Telekung Qasha mengadakan promosi sebanyak 15% diskaun untuk semua Telekung Qasha. Bagi pembelian yang pantas korang akan diberikan FREE GIFT (Sementara Stok Masih Ada). Apa tunggu lagi jom dapatkan Telekung Qasha ini melalui online atau boleh datang sendiri ke Butik Telekung Qasha di Bangi. 

      Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

      BUTIK TELEKUNG QASHA
      No 6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A
      Pusat BAndar Baru Bangi
      Bangi Sentral
      43650 Bandar Baru Bangi
      Selangor

      Telefon : 019-268 7078

      Love,

      THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi

      $
      0
      0
      THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi - Selepas mama pergi ke Butik Telekung Qasha di Bandar Baru Bangi tempoh hari, mama dan beberapa blogger di jemput ke Cafe The Hob untuk menjamu selera. Apa menarik di The Hob Cafe ni yer? Selama ni mama lalu jer depan cafe ni tapi belum berkesempatan untuk singgah ke sini. Untuk pengetahuan semua, pemilik Cafe The Hob ini adalah Puan Hajah Azilah Akashah yang merupakan pemilik kepada Butik Telekung Qasha. Jom kita tengok apa yang menarik di THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi.

      THE HOB Cafe | Homemade Patty Burgers & Malay Cuisine Di Bandar Baru Bangi
      Bagi yang tidak perasan Cafe The Hob ini terletak sederet dengan kedai peralatan bakeri Makcik. Hahh bagi mak-mak mesti perasan kan. Senang jer nak carinya. Cuma parking la susah sikit sebab tempat ni memang susah nak cari parking. Tapi time weekend senang rasanya. Kalau dari signboard The Hob menggunakan tema berwarna hitam putih. Jom kita tengok bahagian dalam cafe ni mesti hipster kan. 

      Boleh jadi photobooth la kat sini. 

      Betul jangkaan mama masuk jer cafe The Hob ni semuanya dinding warna hitam dan dihiasi hiasan dengan lukisan kapur yang cukup menarik. Walau ianya simple tetapi susunan atur meja dan kerusi serta lampu yang tergantung menarik minat pengunjung untuk datang makan ke sini. Dengan kerusi kayu pallete ini juga menampakkan lagi suasana hipster dalam cafe tersebut. 



      Dengan tagline Cafe The Hob adalah Tasty Till Last Bite memberikan pengunjung tidak sabar untuk mencuba menu yang menarik di sini. Kalau korang tengok dari menu di blackboard yang besar ni pasti boleh bayangkan menu western yang menjadi penarik minat pengunjung bukan. Menu menarik di cafe The Hob ini adalah Homemade Patty Burgers. Dah namanya homemada patty burgers of coz la patty burger itu di buat sendiri dengan kasih sayang untuk para pengunjung yang gemar makan burger. 


      Ehh jangan risau bagi yang kurang makan burger di sini juga terdapat Malay Cuisine dengan hidangan mee dan nasi. Pemilik cafe The Hob mencadangkan untuk mencuba Mee Kari. Katanya Mee Kari ini sangat popular dan signature dish di sini. Selain itu, Nasi Putih Ayam Goreng Bumbu dan juga Nasi Putih Pecal Lele juga digemari ramai pengunjung. 


      So pada petang itu, kami makan signature dish di cafe The Hob iaitu Mee Kari. Menariknya Mee Kari di sini ada sambal kacang di atas dia. Kuahnya yang pekat dan rasa tidak pedas sangat menarik untuk menjamu selera. Anak-anak mama pun makan mee kari ni tau selalunya kalau dia orang tak makan mesti bukan selera tekak tapi dedua beradik boleh habiskan mee kari ni memang ternyatalah sedap. Harga pun not bad semangkuk RM8.00 sahaja. 

      Mee Kari - RM8.00

      Kalau korang dah sampai di cafe The Hob ni korang wajib juga cuba Crispy Cheezy Panini dengan filling pilihan seperti Tuna, Chicken Slice, Beef Slice, Turkey Slice dan juga Egg. Untuk harga set Crispy Cheezy Panini ini hanya RM10.00 manakala untuk filling Egg hanya RM7.50. Yang menariknya Crispy Cheezy Panini ni dimakan panas dengan cheese yang melting. Kalau tarik panini tu korang akan nampak cheese tu memanjang jer.. woww sangat kan.. 

      Crispy Cheezy Panini

      Simple Burger RM6.00

      Dah tarikan homemade patty burgers kan jadi tak sah la kami mencuba menu menarik di cafe The Hob ni. Di sini dari Simple Burger hinggalah Premium Burger semuanya ada. Kalau korang tengok pattie dagingnya tebal. Mama paling suka hidangan di atas papan pemotong kayu ni nampak lagi hidangan jadi menarik dan hipster la kan. Sos untuk burger pun sedap rasa blackpepper pun menarik untuk dimakan bersama burger dan juga french fries. 

      Premium Burger (with fries) double patty with cheese RM15.90

      Bagi yang tidak berkesempatan untuk menjamu selera di cafe The Hob ini, korang jangan susah hati sebabnya The Hob bukan sahaja ada cafe malah food truck The Hob pun ada. Untuk food truck The Hob ini mereka beroperasi di depan PKNS Bangi dari petang hingga tengah malam. So korang boleh jer terjah food truck The Hob ini di sana yer. Memang trend sekarang makan santai dengan keluarga di bawah langit berbumbungkan bintang-bintang di angkasa. Gituuuu..  

      Nampak food truck The Hob ni korang cuba yer.

      Happening kan..

      Oh sebelum mama terlupa Cafe The Hob ini juga menyediakan tempat untuk mereka yang ingin mengadakan event seperti sambutan hari jadi, gathering family, training dan apa sahaja event boleh buat disini. Jadi bagi yang ingin sewa untuk sebarang event, mereka akan disediakan makanan dari cafe The Hob. 

      Korang boleh terus call pemilik cafe The Hob untuk booking yer. Terima kasih kepada Puan Hajah Azilah Akashah menjemput kami untuk mencuba menu yang menarik di sini. Semoga The Hob terus maju dengan hidangan yang istimewa.

      Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

      THE HOB CAFE
      No 5-G-01 Jalan Medan PB2A
      Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
      43650 Bangi
      Selangor
      Telefon : 03-8926 8878


      Waktu perniagaan : 
      Cafe | 11.30 pagi - 9.00 malam 
      Food Truck | 6.00 petang - 12.00 tengah malam
      Tutup hari Isnin

      Love,

      Lirik Lagu Hero Seorang Cinderella | Fattah Amin & Fazura

      $
      0
      0
      Lirik Lagu Hero Seorang Cinderella | Fattah Amin & Fazura - Entah kenapa mama tetiba suka depa dua ni. Hahaha.. Padahal mama tak pernah tengok pun drama Hero Seorang Cinderella ni. Belum ada kesempatan nak marathon lagi. Since lepas FattZura balik dari Umrah n then pasal tetiba depa bertunang. Tup tup lepas tu kawin jadi suka pulak. Hohoho. Sweet gilerlah masa tengok video akad nikah dia orang ni.. Dah mama baru nak layan lagu ni. Jom kita dengar Lirik Lagu Hero Seorang Cinderella | Fattah Amin & Fazura.


      Lirik Lagu Hero Seorang Cinderella | Fattah Amin & Fazura

      Kau buatku tertanya 
      Dikali pertama 
      Bertentangan mata 

      Ku selalu merindu 
      Hadirnya bayangmu 
      Kau cuit hatiku 

      Hanya kau yang ku mahu 
      Sayang jangan terburu 
      Sampai bila harus ku tunggu 
      Oh sayang ku malu 
      Baby baby can't you see 
      You and I are meant to be 
      Hanya kita berdua 

      Sayang bukan ku tak mahu 
      Bertemu dengan mu 
      Sayang, siapa la aku 
      Jangan la bimbang 
      Sayang, kan ku bina istana 
      Engkau permaisuri ku


      Bestkan.. agak-agak drama depa best tak.. Alahai malasnya nak layan drama ni.. satgi kalo dah terlayan mau kena marathon sampai habis. Sekarang memang takder masa nak layan lagi.. Nenantilah huhuhu kerja blogging pun banyak yang tertunggak.. Ok la ada la entri santai skit.. asyik entri job jer.. kang korang pun bosan jugak kan.. 

      Love,

      Showtimes2u | Website Memudahkan Bagi Kaki Wayang

      $
      0
      0
      Showtimes2u | Website Memudahkan Bagi Kaki Wayang - Agak lama tak menonton wayang di pawagam ni. Sebelum ada anak-anak mama dengan en papa rajin tengok movies terbaru di pawagam. Heheh since ada anak-anak memang kuranglah aktiviti kami ni. Kalau movies yang melibatkan anak-anak pasti mama bawak mereka tau. Punyalah lama tak tengok wayang sampai movies terbaru yang best pun mama tak tau. Nasib ada website Showtimes2u | Website Memudahkan Bagi Kaki Wayang bolehlah tahu serba sedikit pasal movies yang baru akan ditayangkan di pawagam.

      Showtimes2u | Website Memudahkan Bagi Kaki Wayang
      Untuk pengetahuan semua, website Showtimes2u ini masih dalam proses dibangunkan. Kemungkinan dalam 2 hingga 3 minggu website ini bakal dilancarkan. So korang stay tune ya. Mama perhatikan website ni memang sangat bagus bagi pengemar kaki wayang. Sebabnya untuk movies terbaru yang akan ditayangkan di pawagam pasti ada latest traillers movies tersebut di sini. Oleh itu, sebelum korang menonton movies terbaru di pawagam bolehlah korang tengok atau baca dulu trailers movies itu samada best ker tidak. Heheh jangan main serbu tengok end up korang menyesal.


      Yang lagi menarik di website Showtimes2u ini korang boleh tengok semua pawagam bergabung. Tak kiralah GSC ker, MBO ker, TGV ker, LFS ke semuanya ada di website Showtimes2u. Dan lagi best semua pawagam seluruh Malaysia ada tau. Jadi lepas ni kalau korang nak tengok masa showtime movies di pawagam yang masih available korang boleh masuk website ni. Menarikkan.

      Dengan adanya website Showtimes2u ni mama rasa lagi mudah mama nak survey dan check movies terbaru yang berada di pawagam. Sebelum mama beli tiket bolehlah mama baca traillers movies tu sebelum mama menontonnya nanti. Kalau menarik dan best movies tu pasti mama akan menontonnya dengan keluarga tersayang. 

      Untuk maklumat lanjut mengenai Showtimes2u ini, boleh like dan layari Facebook page www.facebook.com/cinemaonline dan website  www.showtimes2u.com

      Love,

      Qebal & Qeram Dah Selamat Sunat

      $
      0
      0
      Alhamdulillah hampir 4 hari bebudak ni selamat di sunatkan. Hahaha gituuuu.. senang mama sekalikan dedua bersunat. orang kata satu kali penat jaga bebudak ni. Padahal mama malas dah nak tunggu tahun depan nak jaga sorang lagi. Buat sekali harung senang weh!!! Sebelum dedua beradik ni sunat mama bawak la depa pergi Ikea. Depa memang suka pergi Ikea ni tapi hari tu pergi tak masuk Smaland sebab ramai orang.. So bawak pergi beli apa yang depa nak dan makan-makan. Tu jer dah depa suka tau. 

      Macam biasa lah Qebal suruh snap kat sini masukkan dalam fb katanya.. Nampak sangat anak blogger kan. hahahaha

      Sebelum sunat cari kain pelikat bebudak ni. Nasib jumpa dekat Ten Ten Semenyih. Tak kan nak pakai pelikat papa dia kot.. mau boleh bungkus bebudak ni hahaha.. hapuih terus!!! 

      Sebelum bersunat banyak juga mama survey harga kat beberapa klinik. Hey kena survey mama ni bukan orang have have terus zasss boleh bayar kan. lain la orang have have sampai beribu untuk sunat. So mama survey dekat Semenyih klinik salsabila kot. dekat situ jenis clamp harga sorang RM245. Perghhh bapak mahal. Mama tak putus asa dan cari lagi dekat Azzahra RM195. 

      Tak puas hati lagi sebab mama bajet RM150 jer tau. So dapat dekat Pusrawi Kajang harga sunat RM159 dengan menggunakan kaedah laser. Rata-rata doc suggest guna laser cepat baik. Tapi laser kot mau seram jugak!!! Ehh mama pernah laser dekat bibir tau.. 

      Nahhh untuk dewasa pun ada jugak.. Hehehe.. korang jangan tanya kenapa mahai.. korang leh fikir sendiri lah yer.. 

      Sebelum masuk bilik doc depa dah gaduh abang masuk dulu la.. adik masuk dulu la.. satgi dedua kena jugak.. heyy saja bikin mama risau tau..

      Memula mama ingat si Qeram yang tak nagis sebab dia yang beriya nak sunat tau. Jangkaan mama salah rupanya. Sekali Qebal masuk sikit pun tak nagis. Mama siap duk tepi pintu dengar tak der bunyi suara pun. Berani betul Qebal ni. Heheheh good job sayang. Tapi lama gak yer sunat ni. Yang mama perasan bau hangit je. Huhuhu..

      Lepas Qebal sudah Qeram pulak masuk. Hahhhh ini budak kuat drama yer.. Doctor tak buat apa-apa lagi dia dah meraung nagis. Hahahah satu klinik ko dia melalak. Nurse yang pegang dia sampai sakit lengan la. Almaklum la tenaga dia kuat giler.. mama sendiri pernah sakit tulang belikat sebab pelekoh dia makan ubat. Lepas tu tak berani dah!!!  

      Hahah masing-masing muka chom jer.. hahahah

      Nahhh tengok la video Qeram keluar dari bilik doctor.. Alooo alooooo

      Balik jer bebudak berehat kat dalam bilik. risau plak letak kat depan dengan Qeisya pun boleh tahan lasak jugak. Kang dia pijak bebird bebudak ni nayoooo

      So nak bagi depa diam mama umpan la pasang tv kat bilik. tapi tv ni kena pasang lappy lah. 

      So dah 4 hari ni agak stress jugak nak menjaga bebudak ni. Ingatkan laser cepat la baik tapi depend pada budak. Padahal Qebal ni makan ubat tau tapi dia punya susah nak baik. Yang si Qeram tak nak makan ubat dan tak nak cuci bebird, dia pulak cepat baik.. Aduyaiiii.. stress mama gini.. 

      Dah la masa bukak balutan sunat tu separuh nyawa nak suruh bukak.. last-last mama pun reyau sama.. gggrrrrr.... kalau la boleh cepatkan masa kasi baik mama buat lama dah tau. Tak sanggup tengok anak-anak sakit macam tu.. Risau tengok air bisa dan nanah tu dekat bebird diaorg.. Giler tak risau kang jadi apa2 lagi payah.. Mak mak sangat kan skit skit risau. Tapi pak depa relax badak jer.. hahahahha

      # Happy Birthday Qeram yang ke 6 tahun. Semoga Qeram bertambah sihat dan kuat makan yer. hehehe.. Dengar cakap mama dan jangan kuat ngamuk ok.. Love u my baby besar!!!

      Love,

      SGshop Malaysia, First Online Shopping Platform in Medini City

      $
      0
      0
      SGshop Malaysia today officially opened their office located in Medini 6, Medini City. SGshop Malaysia is owned by two young ambitious Malaysian siblings Mr Lua Cheong Hong (Director) and his younger brother Mr Lua Cheong Rui (Operations Manager). The launch was officiated by Mr Teh Kee Sin, the advisor in SAME of Prime Minister’s Office, witnessed by Mr Yasuhiro Nakano the Executive Vice President of Smart City in Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIM). Mr Nakano represented Dr James Tee, the Managing Director / Chief Executive Officer of MIM at this milestone event.


      Established in December 2014, SGshop Malaysia (www.sgshop.com.my) is an online shopping platform that provides affordable alternative to younger generation to purchase wide range of good quality products from China, and shipped directly to the doorsteps of its customers in Malaysia. The goods available online include a range of items such as fashion apparels & accessories, outdoor & sports equipment, automotive parts, home & living products, electronic gadgets, cosplay accessories and many more. Amongst those that are sold online, wedding dresses are one of the most popular and sought-after items!

      Since it first started, the number of SGshop’s online customers has grown to 53,000 as of end November 2017. As more and more people are opting for online shopping, the number of its online customers is expected to reach 500,000 by year 2020. Most of SGshop’s customers are from Malaysia, Singapore and Myanmar.


      Mr Lua Cheong Hong, the Director of SGshop said, “Medini City is a thriving central business district that has great potential to attract investors from local and international markets. With various talent attraction programmes in place, we have decided to run our business here to fully utilise the strength of Malaysian workforce. It is a plus point that most Malaysians are bilingual and some can even speak three or more languages! Being multilingual is an advantage because SGshop deals and communicates extensively with manufacturers in China.”

      Mr Lua added, “Medini City is the perfect location that attracts companies like SGshop to open their businesses here due to its proximity to Singapore. Now that we have set-up our operations in Medini City, I am pleased to announce that SGshop is ready for expansion reaching out to more customers in the Southeast Asian countries.”


      Dr James Tee, Managing Director / Chief Executive Officer of MIM said, “We are very pleased to have SGshop Malaysia in Medini City. Thanks to the advancement in technology, the boom in digital retailing & e-commerce have created an in-road for online companies to grow profitably well such as SGshop. Doing business online has also changed customer behaviour and expectations because previously, physical interactions were important, but they are now gradually replaced by digital retailing.”

      Dr James added, “We understand the needs of online customers and that is why in Medini City we offer seamless connectivity. With the success demonstrated by SGshop, we hope this will spur further interests of other e-commerce driven businesses to either kick-start or expand their operations in Medini City that is developed to be a smart and sustainable destination.”

      Late last year, a central part of Medini City was granted the MSC Cybercentre status and Medini City welcomes ICT related companies to take advantage of this to reap profitable growth in this prime area.

      Love,

      Jom Datang Ke Pameran JOM REWANG 2018 Di Plaza Alam Sentral Shah Alam

      $
      0
      0
      Jom Datang Ke Pameran JOM REWANG 2018 Di Plaza Alam Sentral Shah Alam | Sekarang bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan memang cukup mudah tau. Kalau dahulu nak menguruskan perkahwinan sendiri rasanya sangat memenatkan. Bayangkan pengantin sendiri yang melakukan kerja dari segi ubahan hantaran, hiasan bilik tidur, bunga telur dan macam-macam lagi.  Akhirnya pengantin sendiri yang letih dan tak bermaya pada hari perkahwinan mereka. Hahah itu sebenarnya kisah kahwin mama pada 10 tahun lepas. Hahhh jangan tak tahu sekarang yang ingin berkahwin boleh dapatkan nasihat dan perkhidmatan kerja kawin serta vendor yang menguruskan perkahwinan kita. 


      JOM REWANG 2018 merupakan satu pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Untuk pengetahuan semua, JOM REWANG 2018 ini diterajui oleh syarikat Puspawangi Event Management kerjasama dengan Kerja Kahwin untuk menjayakan pameran besar-besaran ini di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 Januari hingga 28 Januari 2018 bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

      Antara tarikan di pameran JOM REWANG 2018 adalah :-
      • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan itu termasuklah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
      • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di pameran ini melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tidak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
      • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bengunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.
      • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

      Menarik sangat Jom Rewang 2018 ni dari semua benda ada untuk memudahkan pengantin yang mengimpikan perkahwinan eksklusif. Jadi korang boleh cari pakej perkahwinan yang menarik di pameran Jom Rewang 2018 di Plaza Alam Sentral Shah Alam nanti. 

      Selain itu, pada pameran Jom Rewang 2018 khas untuk bakal vendor perkahwinan yang berminat untuk menyertai boleh menyewa tapak booth sepanjang pameran dijalankan. Dengan adanya vendor ini bolehlah mengembangkan perniagaan mereka dengan pameran Jom Rewang ini merupakan platform sangat sesuai untuk menemui bakal pelanggan.


      Mesti ada yang tengah planning nak berkahwin kan. So, korang boleh plan dari sekarang dan boleh mencari perkhidmatan dari segi kad kahwin, lukis inai, baju nikah, kahwin, goodies bag, photographer dan macam-macam lagi di Jom Rewang 2018. Jangan lupa save the date dan datang beramai-ramai ke pameran Jom Rewang 2018yang akan berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 Januari hingga 28 Januari 2018 bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam

      Untuk maklumat lanjut mengenai "JOM REWANG 2018" boleh hubungi :

      Email : puspawangieventmanagement@gmail.com

      Love,

      Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA

      $
      0
      0
      Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA | Rambut yang cantik dan lebat adalah setiap keinginan setiap wanita. Tak kira lah rambut panjang atau pendek asalkan rambut lebat sudah memadai. Macam mama sendiri memang mempunyai masalah rambut gugur dan tak tebal. Tambah lepas bersalin makin teruk sampai rambut tak lebat langsung. Itu belum lagi gugur ketika mandi dan sikat rambut. Korang nak tak Rambut Kekal Sihat & Lebat Dengan Tonic Dan Serum Dari HAIR MAX+ MALAYSIA. Nak tahu apa itu tonic dan serum Hair Max+ jom baca sampai habis.


      Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan produk rambut iaitu tonic dan serum dari Hair Max+. Dengan adanya tonic dan serum ini boleh merawat masalah rambut seperti rambut gugur, kurang rambut, rambut reput dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan semua, Hair Max+ Malaysia telah diasaskan oleh Dato Foo Mei Yen dan Sean Phan pada Disember 2016. 

      Mereka memulakan perniagaan dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut yang mudah guna dan berkesan pada harga yang berpatutan. Hair Max+ Malaysia ini telah berkembang di serata salon dan hasilnya yang sangat luar biasa daripada pelanggan. 

      Untuk kali ini mama akan review produk Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum. Antara produk Hair Max+ yang lain adalah :-
      • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula)
      • Hair Max+ Hair Growth Tonic (Medium Formula)
      • Hair Max+ Anti Hair Fall Serum
      • Hair Max+ Anti Hairfall Shampoo
      • Hair Max+ Anti Hairfall Conditioner

      Hair Max+ Anti Hair Fall Serum adalah formula yang unik dengan campuran bahan semualaajdi yang terbukti dapat membantu rambut kelihatan lebih panjang, tebal dan lebat. Serum ini mudah digunakan dan berfungsi untuk : 
      • mengurangkan rambut luruh sehingga 90%
      • blok hormon DHT pada kawasan kulit kepala
      • mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif
      • mempercepatkan pertumbuhan rambut
      • melembutkan folikel rambut
      • menguatkan akar rambut
      • sangat sesuai bagi rambut nipis dan botak
      Antara bahan utama dalam Hair Max+ Anti Hair Fall Serum seperti minyak gooseberry liar, minyak kelapa, minyak pati lavender dan 3 bahan semulajadi yang lain. Cara penggunaan sangat mudah hanya sapu setiap hari tapi dalam kuantiti sedikit. Hanya dalam 1 atau 2 picit sahaja sudah cukup untuk sapu pada bahagian kulit kepala kerana serum ini sangat berminyak. Urut perlahan-lahan pada bahagian kulit kepala hingga serap ke bahagian kulit.


      Tempoh keputusan antara 1 hingga 2 minggu dan bergantung kepada rambut seseorang yang menggunakan serum ini. Kandungan Hair Max+ Anti Hair Fall Serum ini mengandungi 30 ml dan harga hanya RM85.00.

      Review Mama
      Untuk Hair Max+ Anti Hair Fall Serum ini tekstur sedikit berminyak dan bau minyak kelapa dan lavendar yang wangi. Selalunya mama pakai sebelum tidur untuk mengelakkan rambut mama berminyak. Mama pun baru jer pakai dalam seminggu macam tu so belum nampak keputusan sepenuhnya cuma yang mama perasan dekat permukaan kulit kepala dah nampak anak rambut baru tumbuh. Jadi kena rajin sapu dan urut pada setiap malam untuk pertumbuhan rambut baru dengan cepat.


      Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) membantu pertumbuhan semula rambut dan sangat sesuai untuk rambut yang nipis dan botak. Tonik ini dengan formula yang sangat kuat untuk membantu mengaktifkan semula folikel rambut yang tidak aktif. Diperbuat daripada ramuan semulajadi yang terbaik. 

      Penggunaan tonik ini sangat mudah. Hanya sembur di permukaan kepala apabila kita mahu. Selalunya boleh digunakan lepas mandi. Korang disyorkan tonik ini disimpan dalam peti ais dahulu untuk memberikan kesegaran ketika sembur di kepala. Tempoh keputusan dalam 2 hingga 3 minggu penggunaan yang konsisten. Kandungan Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ini mengandungi 150 ml dan harganya hanya RM115.00.


      Review Mama
      Untuk Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) ini tekstur dia air dan bau dia agak kuat sedikit. Yang bestnya tonik ni memang rasa segar selepas sembur di permukaan kepala. Untuk lagi segar boleh disimpan dalam peti ais kemudian spray apabila diperlukan. Keputusan tonik ini mama masih belum nampak sepenuhnya tetapi mama akan menggunakan secara konsisten untuk melebatkan rambut mama ni. 

      Ini adalah gambar-gambar testimoni yang telah berjaya menggunakan produk Hair Max+ ini. 



      Bagi yang ingin dapatkan produk Hair Max+ ini boleh dibeli secara berasingan atau secara combo Hair Max+ Anti Hair Fall Serum Hair Max+ Hair Growth Tonic (Strong Formula) dengan harga RM200.00 serta penghantaran percuma. 

      Untuk maklumat lanjut dan pembelian Hair Max+ boleh hubungi :-

      Telefon : 012-364 9931

      Love,

      Penting Lindungi Harta Intelek Anda Dengan Mendaftar Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

      $
      0
      0
      Apa yang korang faham dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) ni? Penting sangatkah MyIPO ini bagi seseorang atau pun peniaga? Ok sejujurnya mama pun tahu serba sedikit pasal MyIPO ini bertujuan untuk melindungi hak cipta daripada diciplak dari orang lain. Bagaimanapun masih lagi ramai masyarakat di luar sana yang tidak tahu pasal harta intelek dan yang sedih mereka tidak ambil kesah langsung tentang kewujudan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


      Untuk pengetahuan semua, sebelum wujudnya Perbadanan Harta Intelek Malaysia, kementerian telah meletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Setelah itu, ditukarkan nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Kemudian BHI ini telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM). Akhirnya, perbadanan mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukarkan kepada MyIPO pada 3 Mac 2005.

      Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah KPDNKK Malaysia iaitu sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi, Hakcipta dan Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu. Ia juga merupakan salah satu perkara yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara di mana dengan harta intelek ini dapat meningkatkan aktiviti pelaburan dan juga perdagangan di Malaysia. Kiranya harta intelek ini seperti harta persendirian dan jika seseorang itu rasa ianya penting dan tidak mahu dicuri oleh orang lain, dia wajib daftar dengan MyIPO.


      Bagi Visi MyIPO adalah menjadi salah sebuah organisasi harta intelek terbaik di Malaysia. Manakala Misi MyIPO adalah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dengan sistem pentadbiran yang cekap kearah meningkatkan kreativiti dan eksploitasi harta intelek. Antara objektif Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) seperti berikut :-
      • Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan
      • Menggalakkan program kesedaran awam mengenai kepentingan harta intelek
      • Menyediakan maklumat harta intelek yang lengkap dan mesra pengguna
      • Menyediakan khidmat nasihat harta intelek
      • Memperkukuhkan perundangan harta intelek
      Kalau kita tengok sesetengah orang macam ambil mudah tapi sebenarnya ia sangat penting bagi seorang perniagaan untuk mengekalkan hakcipta dari segi nama perniagaan, design, logo, gambar dan juga idea bagi tidak dicuri atau diambil oleh orang lain dengan sewenangnya. Jadi dengan mendaftar di bawah MyIPO ini, harta intelek kita tidak dicuri malah kita boleh menyaman orang yang ingin mencuri idea kita. Jangan main-main tau sebab tindakan undang-undang akan diambil ke atas pihak-pihak yang melanggar hak mereka.


      Dengan adanya laman web MyIPO ini dapat memberi kesedaran bahawa ia sangatlah penting bagi orang ramai menghormati ciptaan orang lain kerana bukan mudah untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu jenama atau produk. Contohnya bagi usahawan, mereka perlu melindungi harta intelek mereka agar produk mereka lebih terjamin serta memastikan tiada pihak yang boleh mencuri idea mereka dengan mudah. Tapi ia bukanlah sesuatu yang wajib dan terpulanglah kepada usahawan itu sendiri samada mereka hendak mendaftar atau tidak.

      Manakala bagi cap dagangan atau "trademark" juga boleh membezakan barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak lain seperti perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi tersebut. Jadi setiap yang didaftarkan trademark ini logo mereka akan terpelihara dari orang lain. Bagi orang yang cuba meniru logo seakan sama mereka tidak boleh dibenarkan sama sekali meniru seperti yang telah didaftarkan. Jadi para peniaga atau sesiapa sahaja yang ingin kekalkan trademark bolehlah terus mendaftar dengan MyIPO ini.


      Budaya menciplak ini bukan sahaja dalam dunia perniagaan malah dalam dunia blogging turut juga terpalit seperti orang yang mengambil karya dengan sesuka hati bahkan mereka menciplak artikel di dalam internet tanpa mereka kreditkan kepada pemilik asal. Kemungkinan mereka fikir apa sahaja  yang ada di dalam dunia internet itu adalah bukan hak sesiapa jadi mereka dengan sesuka hati menggunakan untuk perniagaan mereka. 

      Selain itu, benda yang paling kerap dicuri adalah gambar. Nampak ianya simple bukan padahal pemilik gambar tersebut telah meletakkan watermark tetapi masih lagi dicuri untuk digunakan dalam perniagaan mereka. Bukannya tidak boleh menggunakan gambar tersebut cuma minta kebenaran dahulu dan tolonglah jangan padam watermark pemilik asal. Ehh jangan tak tahu untuk hak cipta ini mereka akan dapat perlindungan yang diberikan kepada penulis serta pemilik hak cipta tertakluk di bawah Akta Hak Cipta 1987 tapi dengan syaratnya mereka perlu mendaftar trademark dengan MyIPO dahulu.

      Untuk maklumat lanjut mengenai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sila layari :-

       PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MyIPO) 
      Unit 1-7, Aras Bawah, 
      Tower B Menara UOA Bangsar 
      No 5, Jalan Bangsar Utama 1 
      59000 Kuala Lumpur 
      Email : iponline@myipo.gov.my 

       Website : www.myipo.gov.my 

      Love,

      Majlis Pembukaan SiHAF Arabic Restaurant Di Shah Alam, Selangor

      $
      0
      0
      Majlis Pembukaan SiHAF Arabic Restaurant Di Shah Alam, Selangor | Makanan Arab telah mendapat dalam hati di kalangan rakyat Malaysia tidak kira bangsa. Kerana kesedapan makanan Arab yang datang dari sana sedikit sebanyak boleh jadikan makanan kegemaran semua orang. Dengan pelbagai menu yang disajikan seperti Nasi Arab, Shawarma serta manisan yang sedap telah popular dan sangat istimewa untuk menerima juadah ini tidak kira masa.


      Pada Sabtu lepas 16 December 2017, mama dan sekeluarga dijemput untuk satu majlis pembukaan restaurant iaitu SiHAF Arabic Restaurant di Seksyen 14 Shah Alam Selangor. Kalau sebut sahaja makanan Arab ni dah semestinya menu yang dihidangkan makanan Arab bukan. Tak sabar nak mencuba nasi Arab di sini. Sedap ker tidak nanti mama cerita ok. Dengarnya ada menu unik iaitu nasi Arab dalam buluh. Woww lain sangat ni...


      Restaurant Sihaf dinamakan sempena dengan konsep yang disebutkan dalam Al-Quran yang bermaksud pinggan emas.

      Kepada mereka diedarkan piring-piring dan gelas-gelas dari emas dan di dalam surga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan segala yang sedap (dipandang) mata. Dan kamu kekal di dalamnya. - Surah Az-Zukhruf, Ayat 71.

      Logo restaurant ini merujuk kepada namanya. Selain itu, ia mengandungi tiga segitiga melengkung kerana tiga adalah antara nombor ganjil yang selalu disebut dalam Sunnah dan juga jumlah hidangan dalam sehari seperti masyarakat amalkan. Juga corak traditional yang menghiasi segitiga melengkung ini melambangkan budaya Islam dan warna yang digunakan mencerminkan negara-negara Islam.


      Dengan nama dan logo yang dipilih ianya seperti satu penghormatan kepada konsep-konsep Islam dan mengundang rahmat kepada pelanggan-pelanggan di SiHAF Arabic Restaurant. Dari segi hiasan susun atur meja dan kerusi di dalam restaurant ini boleh bayangkan betapa eksklusif bak istana. Uniknya dengan hiasan dinding restaurant ini menampakkan hiasan dalaman sangat classy dan cukup gah di mata semua yang hadir. 



      Inilah Shawarma atau di Malaysia dikenali sebagai kebab. Shawarma ni sedap dimakan panas-panas dibalut dengan roti dan isi ayam yang dipanggang serta diletakkan bersama salad dan sos dalamnya. Tidak cukup satu mesti 2 shawarma akan dimakan ketika lapar. Selain itu, kalau dah makanan Arab ni semestinya Nasi Arab. Mama mencuba Nasi Arab dengan kambing dan juga ayam memang sedap. Kambing dan ayam dimasak dan isinya sangat lembut dan tak liat. Ehh sedaplah korang kena cuba tau.

      Sedap weh nasi Arab ni.. meat ball tu rasa betul-betul 100% daging takder rasa tepung langsung. Terbaiklah.

      Credit Pic dari +Ida Baharum 

      Acara perasmian dengan sesi memotong reben oleh pengasas Restaurant SiHAF sendiri. Kemudian chef-chef dari SiHAF Restaurant menyediakan shawarma terpanjang di Malaysia dengan disaksikan sendiri oleh tetamu-tetamu yang hadir pada hari tersebut. 



      Yang menariknya di SiHAF Arabic Restaurant ini menyediakan nasi beriani yang dimasak dalam buluh. Ini sesuatu yang menarik dan unik kerana gabungan Arab dan Melayu dalam satu resepi. Agak menarik untuk dicuba kerana di SiHAF menyediakan menu yang unik untuk tarikan tetamu yang hadir. Korang boleh datang ke restaurant SiHAF untuk mecubannya tau.

      Terdapat persembahan nasyid dan kebudayaan arab yang menghiburkan tetamu yang hadir serta sambil menikmati hidangan yang disediakan di SiHAF Arabic Restaurant. 


      Terima kasih SiHAF Arabic Restaurant kerana menjemput mama sekeluarga untuk memeriahkan majlis ini. Semoga SiHAF Arabic Restaurant terus maju dengan hidangan yang cukup memukau di mata pengunjung yang hadir. Bagi warga Shah Alam dan yang berdekatan bolehlah datang untuk mencuba makanan Arab yang sedap di sini. Mama jamin korang puas hati dengan sajian yang sangat terpesona dengan hidangan yang cukup lazat.

      Untuk maklumat lanjut :-

      SiHAF ARABIC RESTAURANT
      B-LG-1, Shop Lot Vista Alam
      Jalan Ikhtisas, Seksyen 14
      40000 Shah Alam
      Selangor

      Telefon : 011-111 0500 / 03-5524 6524

      Love,
      Viewing all 1139 articles
      Browse latest View live