Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Fernleaf | Kejarlah Kehebatan Daripada 5 Inspirasi Yang Hebat

$
0
0
Fernleaf, jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand kepada para keluarga di Malaysia, kini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha untuk mengejar kehebatan dengan suara kebaikan, yang merupakan kata-kata dorongan dari keluarga, sahabat dan orang tersayang yang dapat memberikan motivasi dalam usaha mengejar impian.


En. Jose Miguel Porraz-Lando, Pengarah Urusan bagi Fonterra Brands Malaysia dan Singapura berkata : “Apakah yang biasa terdapat pada Individu-individu luar biasa? Mereka mempunyai sistem sokongan yang padu daripada sahabat handai, keluarga, dan orang tersayang ataupun suara mereka sendiri – dan suara-suara kebaikan inilah yang menjadi dorongan bagi mereka untuk mengejar kegemilangan. Fernleaf adalah sebahagian daripada keluarga-keluarga Malaysia, untuk selama lebih daripada 30 tahun menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengejar impian, berusaha ke arah kehebatan, dan menggalakkan semua orang untuk menjadi suatu suara kebaikan kepada orang di sekeliling mereka,”seiring dengan ini, menggabungkan lima orang rakyat Malaysia yang berani dan tabah, bagi berkongsi kisah kejayaan masing-masing, yang ditampil dalam kempen “Goodness Feeds Greatness”

Jose Miguel menambah bahawa Fernleaf mempunyai 100% kebaikan susu daripada New Zealand, sentiasa menyokong keluarga-keluarga Malaysia setiap hari. Kami ingin mendengar kisah-kisah penuh inspirasi daripada kelima-lima individu ini untuk menambai motivasi kepada rakyat Malaysia agar dapat mengejar kehebatan, tidak kira kecil atau besar! 


Kelima-lima individu yang berani dan tabah telah dipilih dalam kempen Fernleaf ini adalah : 
  1. Siti Hanisah | wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun 
  2. Mavin Khoo | penari Bharatanatyam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia
  3. Hayati Ismail | bekas warga korporat yang cemerlang dan kemudiannya menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food Aid Foundation
  4. Dr. S. Madhusudhan | pengasas Teddy Mobile Clinic, yang menyediakan rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandangan di kota
  5. Mohd Sirhajwan Idek | salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016.
Bagi Siti Hanisah, yang berasal dari Negeri Sembilan, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didakinya. “Suara daripada ibu bapa sayalah yang mendorong saya untuk mencapai puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian tersebut, namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan dari ibu bapa saya. Suara-suara kebaikan daripada mereka menggalakkan saya untuk meneruskan perjalanan sehingga saya ke puncak!”

Minat Mavin Khoo merupakan Bharatanatyam, sejenis tarian klasik India. Perjalanannya tidak mudah pada awalnya, namun dia tabah menghadapinya dan kini merupakan salah seorang individu yang paling dihormati dalam industri ini. “Kita perlu melindungi suara kebaikan yang ada dalam diri kita, pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan suara kebaikan yang saya terima dari rumah, yang dapat menguatkan lagi suara kecil dalam diri saya yang mengatakan “saya boleh”.”

Pengarah Operasi bagi Food Aid Foundation, Hayati Ismail, melepaskan kariernya dalam bidang korporat yang menguntungkan dan berkhidmat untuk orang kurang berada. “Saya memberitahu kawan-kawan saya bahawa kehidupan yang selesa adalah tidak cukup, anda juga mesti selesa dengan jiwa anda. Orang yang saya telah membantu juga memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Sumber galakan saya datang dari keluarga saya, terutamanya suami dan kakak saya,”

Mereka yang bercita-cita untuk mencapai kehebatan akan mendapat kata hikmah daripada nasihat Dr. S. Madhusudhan:“Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Mulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya akan datang kepada anda.” Seperti nama panggilannya, 'Doktor Teddy Bear', dia bertekad untuk menyebarkan kebaikan melalui usahanya. 

Pengajaran adalah profesion yang mulia, seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sirhajwan Idek yang bekerja dengan gigih untuk mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan pelajarnya. “Nasihat saya untuk mereka yang berminat dalam profesion pendidikan adalah: 'jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan pelajar anda dan jangan sesekali meragui keupayaan anda untuk mencipta kehebatan dalam mereka,’dia terangkan.


Selain daripada memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November, jadilah pejuang kebaikan dan sokonglah Fernleaf dalam menyediakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari 10 buah rumah di serata Malaysia. Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan.

“Fernleaf berusaha membawakan kebaikan semula jadi tenusu untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan rakyat Malaysia. Melalui penyediaan susu Fernleaf untuk kanak- kanak yang kurang bernasib baik, kami berharap mereka akan membesar dengan lebih kuat agar dapat mengejar cita-cita dan potensi diri mereka yang sepenuhnya,” kata En. Jose Miguel

Anda boleh memberikan sokongan kepada inisiatif Fernleaf dengan membeli mana-mana produk Fernleaf berikut dari Mydin di seluruh negara :



Susu Tepung Segera Penuh K
rim Fernleaf (Full Cream & Instant Milk Powder) 


Lazat, berkrim, dan berkhasiat, susu tepung ini diperbuat 100% daripada susu dari New Zealand. Tinggi dalam protein, kalsium, magnesium, vitamin A, B2 dan B12, anda dan orang tersayang dapat menikmati kebaikan susu Fernleaf yang dikenali dan digemari oleh ramai rakyat Malaysia dari tahun ke tahun.

Susu Tepung Keluarga Fernleaf (Family Milk Powder) 

Berikan nutrien penting kepada setiap ahli keluarga anda dengan susu tepung ini, yang mengandungi 5x lebih DHA*, serta kandungan tinggi protein, kalsium, zat besi dan vitamin A, C, D, B1, B2, B3 dan B12. Gabungan semua kebaikan dalam satu gelas, dengan rasa lazat yang sama dalam setiap susu Fernleaf. *Berbanding dengan rumusan sebelumnya.

Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf www.facebook.com/fernleafmalaysia atau untuk maklumat tentang produk susu Fernleaf boleh layari di http://www.greatness.my. Produk-produk Fernleaf juga boleh didapati di kesemua pasar raya, pasar hyper dan peruncit di seluruh negara.

Love,
    

SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Di Sekolah Dengan Lebih Mudah

$
0
0
Sekarang zaman serba pantas dengan hanya menggunakan hujung jari anda sahaja. Malah untuk semak keputusan anak-anak pada zaman sekarang hanya memerlukan Internet dengan menggunakan SAPS Ibu Bapa. Korang tahu tak apa itu SAPS Ibu Bapa? Hahh korang kena tahu benda ni sebab sekarang tak perlu lagi buku rekod dah tau.

Sistem KPM Online ini bukan hanya untuk rujukan guru-guru tapi ia juga khas untuk para Ibu Bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak. Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang merupakan satu sistem online oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN dan PPD.


Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa boleh sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dengan mudah hanya menerusi hujung jari sahaja. Dengan cara ini, kita tidak perlu risau samada anak kita memahami atau tidak mereka belajar di sekolah. Tambah sekarang zaman internet yang sangat cepat dan pantas untuk mengetahui maklumat termasuklah keputusan ujian anak-anak. Walau tiada komputer di rumah pasti setiap ibu bapa mempunyai sebiji smartphone. Oleh itu, jangan mencari alasan untuk tidak tahu semua ini.

Mama tahu ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui cara atau dalam erti kata lain belum tahu cara menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul tak? Kemungkinan di rumah tiada komputer dengan Internet tapi jangan khuatir mama yakin semua ibu bapa ada smartphone yang berinternet untuk memudahkan kegunaan sekarang. Di sini mama sertakan cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui SAPS Ibu Bapa. Bagi memeriksan keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini ------> SAPS Ibu Bapa 


Untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, korang digallakkan menyemak melalui laman web ini kerana korang tidak akan terjadi masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. Oleh itu, klik sahaja link dan korang hanya ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Dengan sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan anak korang. Lepas ini anak-anak tidak boleh menipu keputusan ujian / peperiksaan mereka kelak.


Sebagai ibu bapa haruslah rajin menyemak keputusan anak-anak anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Dengan cara ini ibu bapa akan menjadi prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka di sekolah. Oleh itu, dengan kelebihan teknologi ini merupakan satu batu loncatan kepada kita ibu bapa untuk mendidik anak-anak lebih jadi orang yang berjaya kelak. Selain itu, mama yakin tidak akan berlaku lagi seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik. 


Dengan harapan semua ibu bapa boleh kongsikan artikel ini agar ia sangat bermanfaat untuk semua orang ramai bagi mengetahui SAPS Ibu Bapa 2017 ini agar ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka hanya dengan melalui secara online. 

Jadi sistem SAPS ini sangat manfaat kepada semua ibu bapa agar dapat membantu orang ramai mengetahui mengenai  sistem ini. Semoga perkhidmatan semakan online ini dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing agar mereka terus cemerlang dalam peperiksaan kelak.

Love,

Betadine® Daily Feminine Wash | Jom Menukar PINK Oktober Ini

$
0
0
Bagi kebanyakan kita, bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia, kanser payudara merupakan satu topik yang tidak dibincangkan secara terbuka. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 2011. Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat. Sejak pengenalan bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, topik kanser ini bukan lagi suatu topik yang dielakkan daripada perbincangan.


Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara. 

Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin. 


Vagina (faraj) adalah kediaman kepada bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus. Organisma ini bukan sahaja mendatangkan manfaat namun juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Dalam keadaan yang sihat, bakteria baik di kawasan ini akan membantu mengekalkan keseimbangan pH yang optimum, serta mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak. 

Ini adalah amat bermanfaat bagi kebersihan peribadi wanita kerana prebiotik membantu pembiakan organisma yang bermanfaat dalam persekitaran mikro kawasan intim, dengan demikian, ia dapat membantu mengelakkan ketidakselesaan wanita akibat ketidakseimbangan pH. Dengan adanya prebiotik, flora normal persekitaran mikro vagina boleh dibaikpulih untuk mengekalkan kesihatan vagina.


Secara ideal, paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Ini bermakna, kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim dan ini boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Di sebaliknya, walaupun air adalah selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi. 

Selama lebih daripada 50 tahun, para pengguna mempercayai Betadine®, jenama rumah tangga yang menawarkan produk antiseptik yang innovatif serta memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit. Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.


Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti: 
  • Immortelle | bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit 
  • Prebiotik | peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat.
  • Deoplex | ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 
  • Syricalm | bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan. 

Tersedia dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam adalah tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari.


REVIEW Betadine Daily Feminine Wash 

Mama dah guna Betadine Daily Feminine Wash ni memang best dan tak perlu guna air sebab kita pump jer terus keluar buih macam foam gitu. Bau Betadine ni wangi rasa segar dan sejuk jer selepas guna feminine wash ni. Yang pasti foam dia tak melekit dan foam yang sangat lembut. Ada 2 size botol Betadine yang mudah untuk dibawa dan diletakkan dalam handbag serta boleh digunakan untuk kesegaran sepanjang hari. 


Sertai Betadine® untuk #breakthesilence terhadap kanser payu dara Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Dari 1 Oktober hingga 22 November, setiap pembelian dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, sila layari http://myfemcare.com.my/.

Love,
 

KNIGHTSBRIDGE RESOURCES x U MOBILE Melancarkan TraqKid | Alat Penjejak Kanak-Kanak Berasaskan Telefon Bimbit Pertama di Malaysia

$
0
0
Knightsbridge Resources Sdn Bhd (Knightsbridge Resources) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) hari ini merasmikan pelancaran TraqKid, alat penjejak kanak-kanak berasaskan telefon bimbit pertama di Malaysia yang menawarkan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa. Apabila mereka memilih perkhidmatan ini, ibu bapa dapat mengetahui lokasi anak mereka secara proaktif. Kemudahan ini juga membolehkan ibu bapa mendapatkan bantuan kecemasan dari pusat panggilan TraqKid dan anggota Program Kepolisan Komuniti Malaysia sekiranya perlu. Sistem TraqKid berfungsi menerusi kad SIM U Mobile yang dilengkapi dengan teknologi perkhidmatan lokasi berasaskan SIM.


Pada majlis pelancaran dan pernandatangan perjanjian, Pengerusi Knightsbridge Resources & Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif bagi Program Kepolisan Komuniti Malaysia, Kuan Chee Heng, berkongsi bahawa perkhidmatan tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. “TraqKid menawarkan ciri-ciri penggunaan yang mudah kepada ibu bapa kerana kesemuanya dapat dilakukan menerusi telefon bimbit. Mereka tidak perlu membeli sebarang aksesori lain kerana teknologi berasaskan SIM yang tertanam dalam kad SIM U Mobile mampu mengesan mana-mana alat GSM yang menjadi hosnya.”

Integrasi dengan pusat panggilan dan petugas Program Kepolisan Komuniti Malaysia membezakan TraqKid dengan perkhidmatan penjejak kanak-kanak yang lain di pasaran. “Dalam situasi kecemasan, ibu bapa boleh mendapatkan bantuan untuk menjejaki anak mereka hanya dengan menekan butang di telefon. Setelah amaran dikeluarkan, kami akan mengarahkan anggota kami untuk ke lokasi terkini di mana anak anda dikesan,” kata Kuan.


Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee menyatakan bahawa U Mobile berbesar hati dapat membantu mewujudkan TraqKid bagi para ibu bapa. “U Mobile sentiasa berusaha untuk mencipta idea-idea baharu yang memberi manfaat kepada para pelanggan kami. Kami gembira dipilih oleh Knightsbridge Resources sebagai rakan kongsi untuk menawarkan perkhidmatan terbaru ini. Peluang ini juga datang tepat pada masanya memandangkan kami telah menghidupkan spektrum tambahan yang telah diperuntukkan kepada kami oleh pihak kerajaan pada tahun lepas. Dengan rangkaian yang lebih luas, kami dapat memberikan sokongan yang terbaik untuk perkhidmatan ini.”

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dan penaung bagi TraqKid. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa, “Kanak-kanak merupakan aset penting dalam pembangunan negara dan mereka merupakan pewaris kita untuk maju ke hadapan ke fasa pembangunan yang seterusnya. Oleh itu, ia menjadi tugas dan tanggungjawab kolektif semua orang untuk memainkan peranan proaktif dalam melindungi dan memastikan keselamatan kanak-kanak.” 


Beliau seterusnya menggalakkan para ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan ini supaya dapat membantu memastikan keselamatan anak-anak mereka. Beliau berkata bahawa Kementerian beliau akan bekerjasama dengan para pemegang kepentingan untuk memastikan pemantauan dan perlindungan yang lebih teliti dilaksanakan menerusi aplikasi telefon bimbit yang diperkenalkan oleh Traqkid.

“Marilah kita bersama-sama memastikan perkhidmatan ini dapat melindungi anak-anak kita dengan jayanya,” tambahnya.

TraqKid boleh didapati menerusi tempahan awal mulai 1 November 2017. Langganan bermula pada harga RM58 setiap bulan dengan U Mobile. Semasa pendaftaran, anda perlu membayar yuran pendahuluan sebanyak RM36 bagi Insurans Kemalangan Peribadi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.traqkid.my.

Love,

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM | Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

$
0
0
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan


ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban. 


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. 

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely) 
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling) 
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love) 
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable) 
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya. 

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur boleh layari :-


Love,

JUICEWORKS | Honey, It's Christmas!

$
0
0
Sesuatu yang ajaib bakal muncul.

Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musin yang indah tahun ini – Krismas! Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama,atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.


Sempena musim yang meriah ini, kami telah mencipta minuman yang istimewa, berkilat merah! Bagi kami, ia melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap nama minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya Honey, Its Christmas!

Smoothie ais bercampur dengan madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima merah, minuman ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

Mulberry kering | mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima | digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan the hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu | mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga mengalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

Strawberi | ini adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.


Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersunguh-sunguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik! 

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, janganlah anda lupa untuk meminumnya! Untuk maklumat lanjut boleh layari www.juiceworks.com.my

Juice Works mengucapkan : Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat.

Love,

Planner Book 2018

$
0
0
Setiap tahun mama akan sediakan satu planner book. Tak kesah la macam mana tapi mesti mama kena ada sebuah. Macam tahun lepas mama hanya beli dekat kedai buku popular. Murah jer mama beli RM5 jer.. mama jenis mesti akan tulis point-point jer apa yang penting. Takder masa lah nak tulis panjang macam diari tu. Tak kuasa aahh kang kemek jari ader lah. Hahaha.. 


Untuk planner tahun ni mama dah siap tempah dan beli. Heee kemahin semangat kan. Wakaka.. padahal prepare siap-siap senang.. Mama ada perasan ada orang jual planner 2018 kat FB. Memula tu ada mama jumpa mahal jugak. Adehh takper mama cari lagi dan mama jumpa murah dekat satu FB Planner Malaysia 2018. Serius murah dari yang mama jumpa sebelum ni. Sebuah hanya RM20 dan tambah postage RM8. murah kan. So apa lagi mama kan cheapskate skit terus tempah beli. Tapi kalau dah tempah ni kena sabaratun la sebab kena tunggu agak lama jugak la. Hahaha.. Kalau tak sabar korang pergi beli jer kat kedai buku yer.. 

Kenapa mama pilih planner ni? Ok sebabnya buku dia size A5. memang mama suka size ni senang nak sumbat dalam handbag. Kemudian warna yang sangat menarik. Mama suka colourfull walau nanti mama akan guna highlighter dan pen colour. Hahaha.. kita hidup kena la ada warna warni kehidupan kan.. ececehhh. So jom tengok apa yang menarik dalam buku planner 2018 ni.

Planning chart.. nahhh siap highlighter cuti am dan cuti sekolah. Mama dah kenapa ni buat kata kena tukar tarikh tak ker naya.. hahaha

Mama suka planner jenis kotak-kotak macam ni senang nak tulis hat penting jer.. 

Cash flow macam ni pun senang nak tau keluar duit masuk job blogger mama tu. 

Hafaz Al-Quran 365 hari. Ya Allah semoga mama berjaya khatam Al-Quran nanti. 

52 weeks saving challenge. hahhh ini memang sangat berguna. ehh tahun ni punya 52 weeks saving apa citer ehh.. wakakak.. tak tengok-tengok lagi berapa banyak ada. ker dah surut?? 

Menarik kan planner buku 2018 ni. Tanya kat en papa nak tak sebuah mama nak bagi hadiah kat dia. dia jawab apa tak payah bazir duit. hahaha save det mama wehh kalau dia cakap macam tu. Dia kata papa takder masa nak buat semua ni. hehehe.. 

Mama suka satu ayat ni.. "But they plan and Allah plans and Allah is the best planner" . Bagi yang nak tempah dan beli planner 2018 ni boleh korang terjah Facebook Planner Malaysia 2018. 

* Psstt pihak Planner Malaysia 2018 kata sekarang dah stop pre order tapi insyaAllah mid/end November akan ada jual yang ready stock so korang tengok kat FB diaorang yer.. Ini bukan review berbayar tapi mama nak sharing dengan korang..

Love,

Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign

$
0
0
Setiap tahun pasti kita semua menantikan bulan November kan. Masuk jer bulan November pasti mama akan ingat satu tarikh yang sangat cantik dan penting bagi wanita. Tarikh tersebut kalau korang perasan macam pagar gitu. Hahh tarikh itu adalah 11.11. Apa yang menarik dengan tarikh 11.11 ini adalah satu hari untuk Jualan Tahunan dengan tawaran eksklusif kepada semua kaki shopping di dunia. Jadi masa ni lah korang yang kaki shopping online boleh mendapatkan tawaran diskaun yang menarik dan harga yang tak masuk dek akal. Kiranya 11.11 ni sangat berhantu untuk kaum wanita yang sukakan shopping online.

Oleh kerana semua orang tahu akan tarikh 11.11 ini kerana selalu akan ada jualan yang akan berlaku di semua website. Untuk pengetahuan korang, Traveloka juga turut melancarkan satu kempen khas pada 11.11 untuk penerbangan ke mana-mana sahaja dengan harga yang menarik dan murah. Sempena Make 11.11 Fly! dengan Traveloka Flight Campaign boleh tengok pelbagai promosi menarik di https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111.

Oleh itu, mama cadang nak pergi honeymoon dengan en papa ke Langkawi dengan menggunakan kapal terbang. Hah kemahin kan padahal dekat jer Langkawi dengan Kuala Lumpur tapi sempena tarikh 11.11 ni mama nak beli tiket kapal terbang di Traveloka sempena Traveloka Flight Campaign. Sebab apa mama pilih Langkawi, mama nak pergi shopping pinggan mangkuk Corelle kat sana. hahaha. Katanya harga tiket penerbangan dengan Traveloka ni super murah dari kaunter. Tak percaya jom kita tengok harga tiket flight ke Langkawi dengan Traveloka.


Untuk pengetahuan semua, Traveloka ini bukan sahaja menawarkan tempahan hotel malah bagi mereka yang ingin melancong ke mana sahaja boleh menempah tiket perkhidmatan kapal terbang juga di website Traveloka. Kenapa mama menempah dengan Traveloka adalah kebanyakan hasil carian untuk penerbangan sangat mudah dan banyak perbandingan penerbangan dari syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Cathay Pacific dan banyak syarikat penerbangan lain dengan lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik dan juga Eropah.

Selain itu, harga di website Traveloka ini sangat tidak masuk akal dan murah dari kaunter kerana semua harga yang disenaraikan adalah termasuk semua cukai, surcaj dan juga yuran pembayaran. Dan yang pasti tiada caj tersembunyi dengan Traveloka ini. Ada lagi paling mama suka dengan Traveloka ini hanya dengan teknologi pintar kita boleh dapatkan harga yang terbaik, tempoh perjalanan, masa transit dengan melalui hujung jari sahaja. Dari segi keselamatannya pula mama yakin setiap transaksi dalam talian tempahan tiket mama akan dilindungi dan sangat mudah untuk menerima pengesahan tiket dengan segera hanya melalui e-mail sahaja.


Okey berbalik untuk mama menempah tiket kapal terbang murah ke Langkawi sempena Traveloka Flight Campaign ini dengan hanya 3 langkah yang mudah seperti gambar di bawah ini. Untuk langkah pertama mama perlu masukkan destinasi dari Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin mama tuju iaitu Langkawi. Kemudian mama masukan tarikh penerbangan pada 11.11.2017 dan tarikh tiket untuk mama pulang pada 13.11.2017. Sebelum mama terlupa sempena Traveloka Flight Campaign ini, penempahan tiket penerbangan minimum untuk 2 pax dan termasuk tiket pulang sekali. Wah senang sekali harung jer mama tempah tiket dekat Traveloka ni. Akhir sekali, masukkan bilangan penumpang dan tekan search flights.


Selepas tekan search tu nahhh terpampang pelbagai penerbangan dari yang murah hingga yang mahal. Dah namanya mama nak cari tiket penerbangan murah so mama akan pilih yang paling atas iaitu penerbangan AirAsia. Harga memang sangat murah dari direct website asal. Mama Cuma kena pilih waktu berlepas dan juga pilih penerbangan untuk pulang. Kemudian untuk langkah seterusnya mama akan diberikan detail preview untuk round-trip flight, setelah mama periksa semuanya lengkap dengan harga penerbangan untuk seorang barulah mama booking tiket penerbangan tersebut. Cukup mudah bukan dengan Traveloka ni.


Untuk langkah booking seterusnya, mama perlu masukan detail contact information dan kemudian e-tiket akan terus dihantar ke alamat email dan juga telefon bimbit mama. Di bahagian pembayaran pula, mama suka dengan pilihan pembayaran di Traveloka ni sebab banyak pilihan pembayaran seperti bayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet atau lagi mudah di 7-Eleven yang berhampiran dengan kita. Dan yang paling menariknya bagi pembayaran di Traveloka ini tiada sebarang yuran transaksi dikenakan. Hahhh memang dah sangat jimat di situ kan.



Selepas selesai mama membuat pembayaran untuk tempahan penerbangan di Traveloka, kemudian mama akan dapat satu email untuk no ID booking penerbangan tersebut. Jadi mama akan masukkan booking ID dan mama hanya perlu tekan retrieve my booking untuk dapatkan tempahan tiket mama. Mama tak perlu risau kalau tiket hilang atau terlupa mama boleh terus direct dapatkan di website Traveloka ini. 

Tak sabar pulak mama nak pergi ke Langkawi nanti pasti menarik dengan tiket yang murah di Traveloka sempena jualan tahunan 11.11 ini pasti menjadi percutian paling menarik. Korang pun boleh juga tengok tiket penerbangan ke mana sahaja yang korang mahukan. Inilah peluang untuk dapatkan tiket murah sempena Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign pada tahun ini.

Bagi yang ingin menempah tiket penerbangan murah sempena Traveloka Flight Campaign ini akan bermula pada 10, 11 & 12 November 2017 sahaja. Jadi dalam masa 3 hari ni cepat rebut peluang untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah sempena jualan tahunan pada 11.11. Mama pasti korang akan teruja tengok harga tiket penerbangan ke mana sahaja dengan website Traveloka ini.


Bagi yang memerlukan sebarang bantuan mengenai tempahan tiket penerbangan di Traveloka ini, mama cadangkan korang boleh terus minta bantuan perkhidmatan pelanggan Traveloka kerana mereka akan memberi layanan bantuan 24 jam sehari. Boleh sahaja hubungi mereka dengan melalui talian telefon 015-4840 9469 / 03-7724 3501, email cs@traveloka.com atau live chat di hujung bawah kanan website Traveloka ini. Mama pun keliru jugak untuk booking mama terus tanya customer service dan layanan cepat dan pantas tau.

Apa tunggu lagi cepat tempah tiket penerbangan sekarang untuk percutian bersama keluarga tersayang ke destinasi-destinasi yang menarik di Malaysia atau luar negara dengan hanya Traveloka. Dan jangan lupa rebut peluang sempena Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign ini dan mama yakin korang akan buat bandingan yang terbaik untuk menempah tiket penerbangan yang ingin korang akan tuju nanti. Pasti ia mengamit memori yang terindah lagi mengasyikkan sempena dengan Traveloka Flight Campaign untuk tahun ini. Untuk maklumat lanjut dan sebarang penempahan tiket penerbangan boleh layari ke laman sesawang di https://www.traveloka.com/en-my/

Love,

LUNAVIE | Premium Maternity / Overnight Pads Wajib Dimiliki Oleh Kaum Wanita

$
0
0
Lunavie bukan satu jenama yang tidak asing lagi bagi kaum wanita. Pelbagai produk jenama Lunavie ini khas untuk ibu dan kanak-kanak. Barangan Lunavie seperti Breast Thermo Pads, Safety Product for kids, Nail clipper dan banyak lagi untuk memudahkan kita sebagai ibu menggunakan barang dari Lunavie ini.

Kali ini mama akan buat review satu produk Lunavie iaitu Premium Maternity / Overnight Pads with Wing. Ohh mama baru tahu Lunavie pun menjual tuala wanita rupanya. Serius mama tak tahu tau. Lunavie premium Maternity / Overnight Pads with wings ini adalah ekstra dan selesa untuk memberikan perlindungan yakin dan selamat untuk kehilangan darah yang alami selepas melahirkan anak. 


Ia menawarkan pelbagai lapisan keselesaan dan perlindungan dimana terdapat pada permukaan atasnya adalah Layer Cotton Ultra-lembut yang memberikan kesegaran dan kelembutan seperti yang lain. Selain itu, ia mempunyai permukaan anti-bakteria yang secara efektif serta memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria yang menyebabkan penyakit kulit dan gatal-gatal faraj. Lapisan penyerapan memberi kelembapan serta mengekalkan permukaan kering. Ini kerana telah dilindungi oleh anti-kebocoran yang meningkatkan perlindungan terhadap aliran keluar cecair.


Kelebihan menggunakan Lunavie Premium Maternity / Pad Overnight :-
  • Sangat sesuai untuk penggunaan selepas bersalin atau kegunaan ketika tidur malam
  • PH serasi dan hypoallergenic
  • Ultra nipis dan lembut untuk keselesaan penuh
  • Size yang lebih besar (36 cm) memberikan penjagaan dan perlindungan maksimum bagi wanita bersalin
  • Absorbent dengan saluran direka khas untuk membantu mencegah kebocoran
  • Membantu mencegak ketidakselesaan haid 
  • Didatang dengan sayap untuk keselesaan sepanjang hari walau ketika aktif

Kenapa beralih ke Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads?
  1. Lunavie adalah diperbuat daripada 100% kapas tulen dengan rawatan anti bakteria yang hebat
  2. Kapas digunakan dari bahan organik yang selamat untuk digunakan dan mengurangkan bakteria dan terhindar dari penyakit
  3. Mempunyai tahap keserasian pH yang betul untuk memberikan kekeringan dan kesegaran
  4. Cepat menyerap dan permukaan rasa kering 
  5. Menjanjikan setiap wanita sentiasa mempunyai perlindungan diri dan keselesaan sepanjang hari

Telah diuji dan yakin dengan keberkesanan Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads

Review LUNAVIE Premium Maternity / Overnight Pads

So far, mama dah gunakan ketika datang bulan. Memang kesan dia sangat rasa selesa dan tidak bocor pada waktu malam. Walau pads ini untuk kegunaan ketika berpantang tapi boleh juga digunakan pada datang bulan. Selalunya untuk overnight pads ini mama guna pada 1-3 hari pertama. Rasa yakin dan selesa ketika guna ketika tidur dan tiada kebocoran akan berlaku. 

Bagi yang ingin dapatkan Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads with wings ini boleh terus dapatkan di website Lunavie yer. Untuk harga pads ini hanya RM19.90 sahaja dan mengandungi 20 keping setiap pek. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Website : www.lunavie.com

Love,

Hong Kong Disneyland Resort Tawar Lebih Keajaiban pada Tahun 2018

$
0
0
Pada tahun depan, Hong Kong Disneyland (HKDL) bakal memberi nafas baharu kepada alam keajaiban Disneyland dengan menawarkan pelbagai tarikan baharu bagi mengujakan para tetamu dari segenap lapisan masyarakat.

Kini, 12 tahun sejak operasi HKDL dilancarkan, ia menawarkan destinasi resort yang paling menarik di bandar kosmopolitan Hong Kong bagi para tetamu Malaysia. Taman tema ini memenuhi keperluan tetamu antarabangsa melalui penawaran pengalaman Disney yang sempurna kepada keluarga, termasuk bertemu sapa dengan Mickey, Minnie dan rakan-rakan mereka, serta Puteri-Puteri kegemaran ramai. Di samping itu, ia memaparkan lebih 100 persembahan bertaraf dunia dan pelbagai daya tarikan di 7 kawasan tema, termasuk Fairy Tale Forest, serta persembahan pentas “Mickey and the Wondrous Book” yang dianjurkan secara eksklusif di HKDL. Golongan remaja pula berpeluang menikmati pelbagai tarikan yang berdasarkan kisah-kisah dan watak-watak Star Wars dan Iron Man yang mengujakan.


“Sebagai taman tema Disney yang paling berhampiran dengan Malaysia, kami sedar bahawa Malaysia adalah antara pasaran yang sedang berkembang dan paling penting di rantau Asia Tenggara,” kata Samuel Lau, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan HKDL. “HKDL terus melancarkan pelbagai tarikan baharu serta hiburan bertaraf dunia bagi para tetamu kami. Kami sangat mengalu-alukan lebih ramai para tetamu Malaysia untuk mengalami pengalaman Disney yang tidak dapat dilupakan pada tahun 2018.”

Bermula pada bulan depan, satu siri acara istimewa dan tawaran baharu akan dilancarkan sepanjang tahun. Royal Princess Garden bakal dibuka pada Disember 2017, di mana para tetamu muda dapat merealisasikan impian mereka untuk menjadi puteri melalui persolekan yang istimewa. Di samping itu, mereka berpeluang merakam detik-detik bermakna ini bersama Puteri Disney kegemaran mereka di sesi foto.


HKDL bercadang melancarkan tarikan pertama selari dengan pelan perkembangannya yang merentasi tempoh beberapa tahun. Oleh sebab rakyat Malaysia amat menggemari Moana, HKDL turut melancarkan pusat hiburan bertemakan Moana di Adventureland pada Mei 2018. Berikutan pembukaan ini, persembahan pentas yang mengujakan, “Moana: A Homecoming Celebration,” bakal mengusik imaginasi para tetamu tanpa mengira umur.!


Para tetamu Malaysia juga dapat menikmati detik-detik penuh keajaiban pada tahun 2018 dengan pelbagai acara. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, Karnival Disney Springtime, acara istimewa musim panas, Disney Halloween Time dan A Disney Christmas, taman tema ini akan dicorakkan oleh pelbagai perubahan bagi mencerminkan kemeriahan perayaan-perayaan ini. Selain itu, watak-watak Disney akan muncul dalam pakaian yang melambangkan perayaan-perayaan ini bagi menceriakan lagi suasana.

Seterusnya, pelan perkembangan HKDL tersebut bakal menyaksikan pelancaran beberapa kawasan bertema, tawaran serta hiburan baru setiap tahun sehingga tahun 2023. Perkembangan tersebut akan merangkumi kisah-kisah Disney yang paling popular, termasuk Marvel dan Frozen, sekaligus membawa para tetamu ke satu alam keajaiban yang lebih mengujakan.

Bagi menampung kepelbagaian budaya dan kepercayaan para tetamu Malaysia, HKDL telah meningkatkan perkhimatannya dari segi makanan, hiburan dan pelbagai tawaran. Tawaran fasiliti resort termasuk sebuah Bilik Sunyi di sebelah Explorer's Club Restaurant di Mystic Point di mana para tetamu dan keluarga mereka boleh menikmati waktu bersendirian dengan tenang. Di samping itu, “Duta Kebudayaan” yang fasih dalam pelbagai Bahasa termasuk Bahasa Malaysia, telah ditempatkan di taman tema bagi menghulurkan bantuan kepada para tetamu Malaysia dalam bahasa utama mereka. Sila rujuk laman web kami www.hongkongdisneyland.com yang disediakan dalam Bahasa Inggeris, Malaysia dan Cina untuk maklumat terkini resort kami dan rancanglah percutian anda bagi mencipta detik-detik yang paling hebat!


HKDL turut mempertingkatkan tawaran juadahnya yang kini merangkumi makanan dari Timur hingga Barat, termasuk makanan bersijil halal di tiga resort hotel bertema-nya. Para tetamu yang menginap di hotel resort juga dapat membeli-belah secara mudah kerana barangan yang dibeli di taman tema kini dapat dihantar ke hotel mereka tanpa kos tambahan.

Disebabkan jarak dekat Hong Kong dengan mereka, jadual penerbangan yang tetap serta tawaran penerbangan yang hebat, ramai pelancong Malaysia memilih Hong Kong sebagai destinasi idaman mereka. Mengikut kajian Lembaga Pelancongan Hong Kong, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk berkunjung ke Hong Kong, sekaligus menyumbang kepada peningkatan sebanyak 1.3% pelawat dari Malaysia dalam enam bulan pertama pada tahun 2017.


Berdasarkan trend ini, para tetamu Malaysia dapat memanfaatkan pelbagai tawaran waktu terhad bermula dari sekarang hingga 19 November di ejen-ejen pelancongan yang ditetapkan. Tawaran- tawaran ini termasuk pengalaman Play, Shop, Dine dan Stay dari 19 November hingga 31 Mac 2018 melalui Tawaran Hotel Resident untuk tiket selama 2 hari dan penginapan satu malam di hotel resort. Selain itu, mereka juga berpeluang menikmati Tawaran Play and Shop yang merangkumi satu Tiket Kemasukan Umum Sehari, baucer barangan bernilai HK$50 untuk membeli-belah di kedai-kedai taman teman, serta tawaran beli satu percuma satu bagi popcorn di kereta layan diri.

Para tetamu Malaysia dapat menikmati perayaan Krismas sejati tahun ini di Hong Kong Disneyland Resort (HKDL), taman tema Disney yang paling hampir dengan Malaysia. Dari 16 November 2017 hingga 1 Januari 2018, resort ini akan bertukar menjadi satu alam salji, di mana para tetamu dapat mengalami Krismas cerita dongeng yang memukau dari siang hingga malam!

Love,

SweetRoyale Stevia by Pharmaniaga | Tukar Kepada Gula Yang Lebih Selamat

$
0
0
Sebelum ni mama memang pernah dengar pasal gula stevia untuk pesakit kencing manis. Itu pun sebab mama ma yang kena dan nampak dia pernah guna dalam minuman harian dia. Tapi yang mama ma guna stevia jenis yang titis. Mama pun tak pasti tahap keaslian stevia tu. Untuk pengetahuan semua, stevia pun ada yang tiruan tau. Jadi untuk lebih selamat apa kata korang semak dahulu stevia tersebut atau beli saja SweetRoyale Stevia dari Pharmaniaga. Jenis ni gerenti sangat selamat dan halal tau.


Dengan slogan "Rasa Manis Unik Sejati" pasti ia membuatkan kita tertanya-tanya apa yang uniknya SweetRoyale ini kan. So mama sendiri telah mencuba SweetRoyale Stevia dari Pharmaniaga. 

Kelebihan SweetRoyale Stevia dari Pharmaniaga ini adalah :
  • SweetRoyale ialah pemanis berasaskan stevia yang menggabungkan bahan-bahan terpilih untuk memberikan rasa manis seperti gula tetapi rendah kalori
  • Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sama seperti 2 sudu teh gula
  • Diformulasi oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dengan penuh terperinci
  • Formula yang diperbaharui menggunakan gred Stevia yang lebih tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit
  • Antara yang termurah dan mampu milik serta mudah dibawa kemana-mana
  • Diperkenalkan dalam bentuk serbuk seperti gula, bukan cecair bagi mengatasi masalah kontaminasi
  • Disahkan Halal oleh JAKIM, nombor HALAL : MS1500:2009, 1071-02/2017

Sekotak mengandungi 40 sachet dalam bentuk sachet aluminium yang mudah dibawa kemana sahaja. Setiap sachet mengandungi 2 gram bersamaan 2 sudu teh gula. Boleh juga bancuh SweetRoyale Stevia untuk air panas dan juga sejuk. Mudah dilarut hanya kacau seketika sahaja. 

So far dah hampir seminggu mama minum air manis ganti gula SweetRoyale Stevia ni. Rasa manis unik dan tak manis sangat tak tawar sangat. Kalau buat air lemon guna gula stevia ni memang sedap jer minum tau. Kalau minum kopi atau teh pun rasa ok takder la pahit sangat. Memang bagus bagi yang ingin menjaga kesihatan badan. Sebelum ni mama kalau minum gula terlebih manis mesti mama akan kerap migrain. Setelah ganti gula dengan SweetRoyale Stevia ni dah tak ada mama sakit kepala lagi yeaaa.

Jom tengok video SweetRoyale Stevia boleh digunakan untuk bancuh air panas dan sejuk

Korang jangan tak tahu artis tempatan seperti Syarifah Sakinah dengan Scha Al-Yahya pun mengamalkan SweetRoyale Stevia ni tau. Mestilah mereka amalkan sebab untuk menjaga kecantikan, jaga tubuh badan haruslah lupakan gula biasa dan gantikan stevia dalam minuman mereka. Patutlah mereka kekal cantik dan langsing kan.




Bagi yang ingin dapatkan SweetRoyale Stevia ini boleh didapati di semua cawangan Farmasi RoyaleOharma seluruh Malaysia di :-
  • Farmasi RoyalePharma Seksyen 7 Shah Alam
  • Farmasi RoyalePharma Quill City Mall
  • Farmasi RoyalePharma MyTown
  • Farmasi RoyalePharma Vista Alam
  • Farmasi RoyalePharma Laguna Merbok
  • Farmasi RoyalePharma Bangi
Boleh juga dibeli secara online di website RoyalePharma atau di Lazada, 11Street dan juga Shopee


Selepas ni bagi yang ingin diet atau penghidap penyakit kencing manis, mama suggest SweetRoyale Stevia ini untuk mengantikan gula biasa. Jadi korang tukarlah penggunaan gula biasa kepada gula yang lebih selamat iaitu SweetRoyale Stevia dari Pharmaniaga. Dengan hanya penganti gula ini dapatlah kita mengelak dari penyakit yang bahaya InsyaAllah. 

Bagi yang berminat ingin membeli SweetRoyale Stevia Sweetener ini sekotak hanya RM15.00 termasuk GST. Untuk sekotak ada 40 sachet dan 1 sachet mengandungi 2 gram stevia setiap dalam 1 minuman harian kita. 

Harga SweetRoyale Stevia Sweetener
Belian Di Online | RM15.90 + postage
Belian Di Kedai | RM17.00

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :


Love,

Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" Di The Mines Shopping Mall

$
0
0
Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" Di The Mines Shopping Mall | Hi korang... benda pasal makan ni mama memang suka kongsi dengan korang tau. Heheheh.. Siapa sini kaki makan tapi nak harga bajet RM10? Ok ok meh sini mama nak bagitau. Dari 6 November 2017 hingga 1 December 2017 ada satu Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" di The Mines Shopping Mall. Bagi program ini terdapat 13 restoran dan kafe telah terlibat untuk menjayakan Foodtopia ini. Kalau korang nak tahu apa menariknya Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" jom baca entri ni sampai habis yer. 


Bagi yang ingin menikmati set makanan dengan harga bajet ini, sebelum itu korang perlu mendaftar sebagai ahli Capitastar secara PERCUMA di http://www.foodtopiathemines.com. Kemudian setelah selesai mendaftar korang akan menerima satu email iaitu ENTRY VOUCHER dan bawa voucher ke restoran dan kafe yang mengambil bahagian untuk Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats"dan bolehlah menikmati set makanan yang lazat dengan harga RM9.90 nett sahaja. Tapi untuk Foodtopia ini hanya untuk pada hari waktu bekerja dari Isnin hingga Jumaat dan hanya untuk dine-in sahaja.

Antara restaurant dan cafe yang mengambil bahagian Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" adalah :
  1. Ah Yip Soup
  2. Almendi's
  3. Bar B Q Plaza
  4. Dubuyo
  5. Esquire Kitchen
  6. Fish & Co
  7. Kimosasa
  8. Makan Culture
  9. Nyonya Mama
  10. Pizza San Franscisco
  11. Sepiring
  12. The Chicken Rice Shop
  13. Teppanyaki
Baru-baru ini mama dan beberapa orang blogger berkesempatan untuk mencuba sendiri menu menarik sempena Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats". Lima restaurant yang sempat mama mencuba sendiri nak tahu apa baca entri ni lagi yer. 

Dubuyo

Bagi sesiapa penggemar makanan urban Korea, hahh korang tak perlu lagi pergi sampai ke Korea tu yer.. Ni hahh dekat The Mines pun ada tau. Ok ini pertama kali mama mencuba makanan Korea. Walau tekak mama ni memang Melayu sejati kan, apa kata kita mencuba makanan Korea. Not bad jugak la.


Di Dubuyo menawarkan set makanan Chicken Soondubu Jigae dihidangkan bersama dengan nasi perang serta Roasted Barley Tea dan Chicken Honey Garlic Bulgogi + Nasi Perang + Roasted Barley Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja. 


Chicken Soondubu Jigae + Nasi Perang + Roasted Barley Tea

Chicken Honey Garlic Bulgogi + Nasi Perang + Roasted Barley Tea

Nyonya Mama

Kemudian mama terus pergi ke kafe Nyonya Mama. Dari luar cafe mama tengok menu dia macam ala-ala Baba Nyonya gitu. Menariknya di Nyonya Mama ni juga menawarkan 3 set hidangan makanan yang sedap. 


Bagi yang ingin makan yang tak berapa nak berat boleh cuba datang ke Nyonya Mama ni. Antara hidangan adalah Nasi Lemak Sambal Sotong, Asam Laksa dan Curry Noodle didatangkan dengan pilihan air seperti Ice Lemon Tea, Limau, Cincau dan Sirap. Menarik kan. Mama suka sangat Curry Noodle memang sedap. Harga setiap hidangan dengan pilihan air hanya RM9.90 nett sahaja. 


Nasi Lemak Sambal Sotong

Asam Laksa

Curry Noodle

The Chicken Rice Shop

Kalau sebut sahaja The Chicken Rice Shop terus teringat nasi ayam yang sememangnya terkenal di sini. Mama paling suka makan nasi ayam di sini sebab rasa sedap dengan rasa dia kekal sama sahaja dari dulu. Di The Chicken Rice Shop menawarkan 2 set hidangan Nasi Ayam Crispy Roast bersama sup dan Ice Lemon Tea dan Sai Too Fish Ball dengan isi ayam serta Ice Lemon Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja. 



Nasi Ayam Crispy Roast bersama sup dan + Ice Lemon Tea

Sai Too Fish Ball dengan isi ayam + Ice Lemon Tea

Sepiring 

Mama suka restaurant Sepiring ni dan pertama kali mama jejak ke sini. Menarik juga hidangan di Sepiring sebab mereka sajikan makanan unik Malaysia di sini. Dan yang paling mama suka dengan suasana restaurant yang cukup menarik dan santai. 


Di Sepiring menawarkan 2 set iaitu Pulut Kuning bersama Kari Ayam dengan Iced Peach Tea dan Penang Assam Laksa dan Iced Peach Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja. Pulut kuning dengan kari ayam tu memang terbaik sebab kari ayam tu pekat, likat dan sedap. Manakala Penang Assam Laksa pun sedap sebab banyak isi ikan dalam laksa ni. Itulah lain daripada yang lain. 


Pulut Kuning bersama Kari Ayam + Iced Peach Tea

Penang Assam Laksa + Iced Peach Tea

Teppanyaki 

Untuk restaurant yang terakhir adalah restaurant Teppanyaki. Ok kita beralih ke makanan Jepun pulak. Restaurant ni memang antara makanan kegemaran mama sebab mama suka daging dengan sayur taugeh dia memang sedap. Kalau mama datang jer mesti pilihan mama set daging. Alamak teringat pula makanan di Teppanyaki ni. Wajib repeat tau kalau makan sini.


Untuk Foodtopia kali ni Teppanyaki menawarkan 3 set hidangan dengan percuma air green tea panas atau sejuk. Antara hidangan yang harga RM9.90 nett sahaja adalah Mini Chicken Teppanyaki, Niku Soba dan Salmon Head Miso Soup


Mini Chicken Teppanyaki + Free Green Tea Panas / Sejuk

Niku Soba + Free Green Tea Panas / Sejuk

Salmon Head Miso Soup Free Green Tea Panas / Sejuk


Ada lagi menarik pada Sabtu, 18 November 2017 dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang jadilah 100 pelanggan pertama untuk meneroka dan menikmati pengalaman makan sempena Foodbulous dan boleh menikmati hidangan pembuka serta pencuci mulut secara PERCUMA. Dan jangan lupa menebus ENTRY PASS dengan berbelanja minimum RM30.00 dalam satu resit di Information Counter, Level 3. Bagi 20 ahli CapiStar anda berhak mendapat satu tambahan ENTRY PASS. Untuk Food Tour ini hanya First come first served dan sementara stok masih ada

Menarik tak tawaran sempena Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" di The Mines Shopping Mall ini. Mesti lah menarik dengan harga yang ditawarkan hanya RM9.90 nett sahaja. No GST, No Service Charge tau.  So, apa tunggu lagi datang ke The Mines Shopping Mall pada hari Isnin hingga Jumaat dari 6 November 2017 hingga 1 December 2017 dan korang berpeluang menikmati hidangan di restaurant dan cafe terpilih dengan hanya RM9.90 nett sahaja.

Love,

Chicken Fiesta A&W | Promosi Golden Aroma Chicken & Spicy Aroma Chicken

$
0
0
Apa yang korang terfikir kalau sebut sahaja mengenai A&W? Yer terus terfikir air RB Float dan juga Beef Coney bukan. Termasuklah mama asal nampak jer A&W terus teringat air RB Float yang ada ais krim vanilla tu. Perghh sedap sungguh boleh  hilang terus rasa dahaga ni tau. Untuk pengetahuan semua, A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk Signature yang terkenal sehingga kini seperti RB Float (dahulu dikenali sebagai Root Beer Float), Waffle, Beef Coney (dahulu dikenali sebagai Coney Dog) dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasa sejak ia diperkenalkan.



Pada hujung bulan lepas, mama dapat jemputan untuk menghadiri satu Majlis Product Preview Chicken Fiesta di A&W Batu Road Kuala Lumpur. A&W (Malaysia) Sdn Bhd merupakan restoran perkhidmatan segera atau quick-service restaurant (QSR) yang pertama di buka di Malaysia. Manakala restoran A&W di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman telah dibuka pada 31 Oktober 1963 dan ia merupakan Restoran QSR pertama di negara kita. 



Salah satu produk A&W yang terkenal di kalangan penggemar ayam goreng ialah Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken. Golden Aroma Chicken mempunyai keistimewaannya tersendiri yang berbeza dari ayam goreng lain. Ayam A&W ini dilapisi tepung dengan herba-herba istimewa dan dimasak dengan kesempurnaan emas. Ayam A&W sangat lazat, lembut adalah ciri utama keunikannya. Manakala ayam pedas pula benar-benar pedas, kepelbagaian yang membezakan dari jenama lain.  


Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Chicken Poppers

Selain dari ayam turut terdapat menu terbaru iaitu Chicken Poppers. Chicken poppers ini merupakan chicken pop corn dan dihidang dengan sos istimewa blackpepper. Bagi anak-anak kecil pasti suka dengan Chicken Poppers ini. Harganya pula hanya RM5.30 sahaja. 

Bermula dari 7 November 2017, buat julung kalinya A&W akan mengadakan promosi Chicken Fiesta bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. Sempena Chicken Fiesta ini, Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken akan dihidangkan bersama RB Float dalam kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam dan 9 ketul ayam bermula pada harga RM15.45 sahaja.




Antara dedua ayam A&W ni mama paling suka Spicy Aroma Chicken memang terbaik la pedas dia rasa crunchy dari luar tapi lembut dalam. Isi ayam dia pulak juicy dan yang paling mama suka tak berminyak tau. Ehh suka lah  ayam A&W ni memang boleh masuk list makanan kegemaran tau. Bagi yang ingin membeli ayam secara ala carte juga turut jual di sini.

2 ketul Ayam RM10.25
6 ketul Ayam RM29.00
9 ketul Ayam RM45.00

Ononooom sedap sungguh Spicy Aroma Chicken ni. Korang patut cuba ok!!

Jangan lupa kalau dah datang A&W ni silalah minum RB Float yang sememangnya terkenal dari dulu lagi. Dah minum pasti teringat-ingat tau air RB Float bersama ais krim vanila yang sangat sedap ni.


Bagi yang suka pengumpul mug inilah masanya berpeluang membeli RB Mug ini di Restoran A&W. Buat pertama kalinya, A&W Malaysia menawarkan promosi pembelian A&W Limited Edition Mug 2017 kepada peminat-peminat A&W. Para pelanggan boleh dapatkan mug yang bersaiz 20 oz yang didatangkan khas dari Amerika Syarikat dengan harga RM49.90 sahaja. Cepat dapatkan A&W Limited Edition Mug 2017 ini di semua cawangan A&W sementara stok masih ada.


Alaa tomei-tomei la Rooty Bear ni.. Suka anak-anak dapat peluk Rooty Bear yang comel ni..

Terima kasih A&W kerana sudi menjemput mama sekeluarga untuk Majlis Product Preview Chicken Fiesta ini. Bagi yang ingin mencuba dan merasa Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken boleh datang ke cawangan A&W yang berhampiran. Anda pasti merasai kelainannya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,

Final My Fun Cooking Competition 2017 Di One Space, The Square Subang

$
0
0
Ingat tak lagi pasal pertandingan memasak My Fun Cooking Competition 2017 anjuran Lee Kum Kee dan Desa Home bulan lepas di One Space, The Square Subang? Tak ingat ok meh baca dekat sini My Fun Cooking Round 1. Pada Ahad baru-baru ni, pertandingan memasak My Fun Cooking Competition 2017 telah ke peringkat akhir. Pasukan yang menang dari minggu pertama hingga minggu ketiga akan bertanding dengan artis dan MMA Star, Encik Peter Davis pada peringkat akhir pertandingan tersebut. 


Pertandingan pada peringkat akhir sangat sengit dengan kumpulan yang sangat hebat dan kreatif dalam bakat memasak masing-masing. Tiga pusingan pertandingan telah diadakan pada 15, 22 dan 29 Oktober lalu. Antara empat daripada 12 pasukan berjaya ke peringkat akhir. Kali ini mereka akan berentap memasak dengan Encik Peter Davis yang akan menunjukkan kehandalan dalam kulinerinya yang luar biasa. 

Setiap pasukan yang mengambil bahagian memerlukan dua ahli keluarga untuk mengambil bahagian dengan salah satu daripada mereka adalah kanak-kanak yang berusia diantara 10 hingga 18 tahun dan bersama ibu bapa atau penjaga. Semua pasukan diberi belanjawan tetap untuk membeli bahan dari SK Market dalam masa 30 minit. Kemudian, mereka perlu menyediakan hidangan pembuka dan hidangan utama dalam masa 1 jam. Bahan utama kali ini adalah bertemakan udang dan sos Lee Kum Kee.



5 Kumpulan dengan sajian mereka yang menyelerakan

Setelah hampir 1 jam memasak, para hakim telah mencuba dan meneliti setiap masakan kesemua peserta yang bertanding pada hari tersebut. Kami yang berada di sana memang telan air liur jer sebab bau masakan setiap kumpulan memang sedap-sedap belaka. Dari pandangan mama nampak kesemua kumpulan hebat sampai tak tahu siapa yang akan menang pada hari tu. 



Selepas selesai diadili kelima-lima kumpulan dan sambil menunggu markah dikira, Chef Chan Ki Hong dijemput untuk membuat demo masakan. Antara 3 hidangan tersebut adalah 'Flavoured Chicken Popcorn', 'Vegetarian Spring Roll' dan 'Three Treasure Rice', kesemua hidangan ini menggunakan sos signature daripada Lee Kum Kee seperti Premium Oyster Sauce dan XO Sauce serta sos terbaru iaitu Asian Twist Salad Dressing.


Selepas persaingan sengit antara 5 kumpulan dan Tahniah diucapkan kepada chef kecil Hun Zhi Yean dan ibunya, Cik Yap Chin Yew telah berjaya menarik perhatian juri dengan bakat dan kreativiti mereka lalu mereka telah dinobatkan menjadi Juara My Fun Cooking Competition 2017. Manakala Encik Peter Davis menjadi Naib Juara pada kali ini. Tajaan My Fun Cooking Competition 2017 ini dapat menggalakkan anak-anak muda di Malaysia mengasah bakat memasak dari muda dan boleh menikmati masakan dengan gembira bersama ahli keluarga tersayang. 

Encik Peter Davis menjadi Naib Juara

Tahniah kepada semua kumpulan

Menurut kata Encik Dodie Hung, Executive Vice Presiden Lee Kum Kee, "Saya sangat gembira melihat semua chef kecil memasak bersama ibu bapa mereka untuk menyediakan hidangan lazat dengan pelbagai sos dari Lee Kum Kee ini. Melalui pertandingan ini, telah selangkah untuk mencapai misi Lee Kum Kee dengan mempromosikan masakan Cina di seluruh dunia serta menyebarkan kegembiraan memasak dari generasi muda. Yang lebih mengejutkan bahawa tahun hadapan adalah Ulang Tahun ke 130 Lee Kum Kee!'

Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa pertandingan ini telah ditaja oleh Electrolux dan Desa Home. Juara My Fun Cooking 2017 dianugerahkan piala, sijil penyertaan, hamper Lee Kum Kee dan juga barangan elektrik dan hadiah yang menarik. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh layari laman Facebook rasmi "My Fun Cooking 2017" atau hubungi Miss Ling di talian 03-4287 0039 / 011-2608 8034.

Love,

Pembersih Penghawa Dingin Dengan 3 In ONE WD-40®

$
0
0
Menyedari berlakunya peningkatan kos sara hidup ketika ini, kita seharusnya menilai semula perbelanjaan dengan cermat.

Antara perkara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan melakukan rutin pembersihan sendiri tanpa perlu mengeluarkan sejumlah wang bagi mengupah khidmat kontraktor walaupun untuk menyelenggara penghawa dingin.


Kebanyakan rumah di Malaysia pastinya dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin untuk keselesaan hidup sekeluarga namun, harganya bukan murah dan sudah tentu pengguna mengharapkan ia mampu bertahan lama.

Bagi memastikan alat penghawa dingin sentiasa berfungsi dengan baik, pengguna harus melakukan rutin pembersihan dan penyelenggaraan dengan sebaiknya.


Kerja pembersihannya sebenarnya bukanlah terlalu rumit seperti apa yang disangka malah, ia lebih mudah dengan adanya produk WD-40 iaitu ejen pembersihan terbaik 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin.


Ejen pembersih berasaskan air ini mampu menanggalkan kotoran, debu, kulat serta kotoran lain yang terkumpul dari dalam gegelung penyejukan penghawa dingin berkenaan. Ia tidak perlu dibilas. Ini adalah cara mudah untuk menggunakan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin :
  1. Utamakan keselamatan, tutup suis penghawa dingin anda. 
  2. Alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis. 
  3. Semburan 3-DALAM-SATU® Pembersih Profesional Penghawa Dingin pada sirip penyejuk secara menegak dari bawah ke atas bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan.
  4. Biarkan sirip penyejuk selama dua minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. 
  5. Buka suis penghawa dingin semula dan biarkan selama 15 minit untuk memastikan kotoran dapat dikeluarkan daripada hos saliran.
Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!


Sebaik selesai melakukan pembersihan, alat penghawa dingin anda lebih sejuk sekaligus mampu menjimatkan tenaga elektrik. Apa yang lebih baik ialah anda berupaya menikmati udara lebih bersih dan nyaman! Jadi, simpan wang anda kerana tidak perlu lagi berbelanja hingga beratus ringgit untuk mengupah orang lain membersihkan alat penghawa dingin di rumah dan lakukannya sendiri ! Jadilah pengguna yang bijak.

Untuk mendapat tips dan idea lebih lanjut berkaitan penjagaan rumah, sila lawati http://wd40asia bagi produk WD-40® serta rangkaian produk 3-DALAM-SATU®.

Love,

Iron Philips PerfectCare Compact | Wishlist Terlaksana Hasil Duit Blogging

$
0
0
Ini antara wishlist mama yang terlaksana. Hehehe.. 2 tahun lepas mama pernah nak beli dah. Siap barang dah sampai tau tapi tetiba mama diberhentikan keja so terus zass fikir macam mana nak bayar iron tu.. mama terpaksa tolak sebab duit pampasan yang dapat tu mama nak kena bayar duit bulanan kereta. huhuhuhu takder rezeki orang cakap. So mama pendamkan. menangis tepi bucu katil.. hahaha

Tahun lepas dengan hasil duit blogging mama dapat beli sofa scandinavian dari Ezbuy. Hehehehe gigih kau simpan duit nak beli sofa baru. Alhamdulillah ada la nampak benda dengan hasil duit dari blogging. Kang ada duit asyik beli makanan jadi yayik jer.. hahaha.. Kalau nak tengok boleh baca kat sini Beli Sofa Scandinavian Dari Ezbuy


Untuk tahun ni ada juga mama tersasar beli contohnya Young Living. Yes agak mahal benda tu tapi takper lah pejamkan mata beli untuk kesihatan anak-anak. Hehehe.. Kalau mintak en papa memang takder dapat punya siap kena bebel lagi adalah.. hohoho so nak beli apa-apa mama kena guna duit sendiri.. No hal mama pun ada income sikit dari blogging ni. Tapi kan iron Philips ni memang berkenan giler lah.. hahaha bukan mama ajer malah semua mak-mak berkenan kot!! Macam mama tahun hadapan baju sekolah anak-anak bertambah lagi lah mama nak kena cari iron yang super pantas gitu. 

Sebelum mama beli banyak mama survey dekat website untuk beli Iron Philips ni. Memula nak beli direct dari UK.. tapi kannn lama nau bulan December baru dapat. hahaha mama kan jenis tak penyabar kekdahnya. mana boleh tunggu lama-lama.. ehhh beli sofa dekat sebulan boleh pulak tunggu kann.. wakakak.. So mama cari kat Lazada dan 11 Street. Dan finally mama jumpa yang agak murah di 11 Street. terus mama sambar beli.. Hahahah.. 


Tadaaa cantik tak gadget terbaru mama ni.. giler tak cantik kan harga pun dah cantik sangat.. nangis masa nak bayar sampai ketar-ketar tangan nak transfer duit... hohohoho.. Yang ni jer mama termampu kalau yang mahal-mahal memang tak nak la sayang duit wehh.. Lepas ni jenuh menabung balik tauuu.. Mana lah tahu lepas ni ada wishlist yang lain pulak berjaya mama beli.. En papa macam biasa dia hanya gelengkan kepala melayan bini dia yang suka beli barang.. ehhh papa tengok ajer hahhh mama guna duit mama ok.. wakakak.. 

Mama pilih Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron warna pink ker purple ehh.. tetiba boleh buta kaler kejap. huhuhuhu.. Design ni adalah design terbaru 2017 sebab water tank dia kecik dari iron Philips yang lain. Hehehe.. alaaa tak payah la besar-besar bukan nak bukak kedai dobi pun kan. Dah jom tengok specification iron ni.. 

Specification Philips PerfectCare Compact Steam Generator Iron GC7808
  • Tidak menghanguskan pakaian
  • Tidak perlu menetapkan suhu
  • Pressure max 5.3 bar pump
  • Steam boost up to 280 g
  • Water tank capacity 1500 ml
  • Kunci keselamatan
  • Berat Iron 1.2 kg
  • Descaling and cleaning Smart Calc Clean
Ini bekas untuk de calc atau dalam bahasa melayu nya nyahkerak.. hahaha 

Sampai jer kemarin terus mama testing 123 tau. hahaha tak menyempat. Heyy kena check kan beli online ni risau jadi apa-apa kan. So Alhamdulillah best guna.. Cuma memula mama is blur kejap macam mana nak guna. nasib kawan mama ajar tau.. kalo tak terkial-kial jugak guna. Orang tanya best tak.. Giler tak best mudah jer iron dan pantas!! iron pun tak payah tekan kuat-kuat dah huhuhuhu.. 

Tak perlu menetapkan suhu.. ko iron jer dekat jeans ke satin ker semua boleh!!!

Ada button ECO, ON OFF, TURBO & CALC CLEAN

Tempat refill air dan juga safety carry lock. 

Tadaaa.. alaa iron board jer bukan dari Philips huhuhu ini iron board IKEA jer hahh.. pun dah besar.. kalau iron board Philips tu lagi besar dan harga dia boleh beli seketul lagi iron ni.. baik tak payah 

REVIEW MAMA

So far memang best guna iron ni memang mudah hilang keredut kat baju sekolah anak-anak. Menjimatkan masa sangat!! Hehehe.. Cewei sekejap asyik nak iron baju jer.. puihh jangan hangat-hangat taik ayam sudah... Wakakak.. Design pun comel takder besar senang nak angkat simpan. Yang paling best tak terbakar baju ok sebab tak perlu nak setting apa-apa. Cuma setiap kali iron kena press kat pemegang ada button untuk steam iron tu. Kalau tak pegang kat situ takder keluar steam dia. Kalau design lain mama tak sure la macam mana. 

Mama beli di 11 Street dengan harga RM649.00. Kalau retail price harga dia RM1199.00 huhuhu namatey tengok harga dia. Kalau kat Seng Heng pun RM799.00. So korang pandai-pandai survey harga ya. Cuma agak terkilan sikit dengan penghantaran dari seller sebab ambil masa hampir 18 hari. Huhuhu.. Overall mama puas hati dengan pelaburan yang agak mahal untuk iron idaman hati ni. Yeaaa.. Mama tahu en papa pun setuju punya lah dengan pilihan iron ni.. cuma dia diamkan jer..  laki biasalah kannn.. kekekek.. itu pun mama perasan dia belek iron tu kat dalam bilik.. elehhh ingat mama tak tahu..

Love,

[REVIEW] b.liv Deep Impact | Deep Pores Cleansing & Massage Emulsion

$
0
0
Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki kulit yang licin dan cerah. Tapi kita haruslah memerlukan penjagaan kulit dengan baik dari luaran dan dalaman. Untuk penjagaan kulit haruslah kita selalu membersihkan muka setiap hari, menggunakan masker untuk membuang kulit mati di muka.

Sebulan yang lepas mama memang mengalami masalah kulit yang teruk. Memang breakout habis muka sebabnya mama tersalah makan sampaikan muka tumbuh jerawat dan liang pori terbuka. Sekarang memang tengah gigih untuk repair kulit muka dengan penjagaan yang rapi dan selain itu mengamalkan pengambilan vitamin c.


Kali ni mama akan review produk dari b.liv Deep Impact iaitu Deep Pores Cleansing and Massage Emulsion. Memula mama ingatkan b.liv Deep Impact ini sejenis pencuci muka biasa tapi salah rupanya. Deep Impact ni untuk pencuci liang pori dan urutan di wajah untuk menghilangkan sel kulit mati. 

Deep Impact ini diformulakan dengan biji jojoba 100% asli yang sangat berfungsi secara mendalam dan sempurna untuk pengelupasan. Tekstur Deep Impact ini pekat dan berbiji lembut mampu membuang kotoran dari dalaman kulit wajah. Dari segi bau sangat wangi dan apabila biji jojoba tersebut kena air akan menjadi sebum yang sangat manfaat untuk kulit. 


Selain itu, Deep Impact ini berfungsi untuk menenangkan kulit serta mengandungi anti-oksidan yang berfungsi merawat kulit dengan membersihkan kotoran yang mendalam sambil memastikan kelembapan dan menyuburkan kulit wajah. 

Kebaikkan Deep Impact kepada kulit adalah :-
  • Membersihkan liang pori dengan perlahan
  • Menggalakkan peredaran mikro untuk liang pori kulit menjadi sihat
  • Liang pori mengecil
  • Mengurangkan blackhead
  • Kulit menjadi licin
  • Mencegah liang pori dari tersumbat

Deep Impact ini boleh digunakan 2 kali seminggu dan ia sangat sesuai untuk kulit muka yang berminyak.

Cara penggunaannya
  1. Sapukan sedikit Deep Impact pada kulit yang basah
  2. Kemudian urut secara bulatan ke atas dan ke luar sehingga biji jojoba hilang
  3. Biarkan seketika sehingga Deep Impact menjadi porselin
  4. Kemudian barulah bersihkan dengan air
Before & After

Review Mama

So far mama masih lagi guna Deep Impact ni memang sangat ok dengan kulit. Tapi mama hanya gunakan ketika kulit bermasalah seperti liang pori terbuka dan kulit berminyak sahaja. Selepas mama mencuci dengan Deep Impact ini kulit rasa bersih dan sejuk jer muka. Yang paling mama suka sekali sahaja penggunaan Deep Impact ni liang pori terus mengecil tau. Best sangat!! Mekap pun rasa smooth jer lepas guna Deep Impact ni. Heheh cuma parut kat muka kena ambil masa sikit la nak  bagi hilang kan.. 


Mama recommended sangat bagi sesiapa yang ada masalah liang pori besar dan boleh mengunakan Deep Impact | Deep Pores Cleaning & Massage Emulsion. Memang korang akan rasa kelainannya tau. Lepas ni mama nak kena gigih polish parut jerawat yang ada ni. Itu pasal la mama selalu bermekap jer. Hahah. Sebotol b.liv Deep Impact ini mengandungi 50 ml dan harga hanya RM65.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Website : www.bliv.com

Love,

Kepentingan Influencer Malaysia Memasarkan Perkhidmatan Pada Masa Kini.

$
0
0
Dalam dunia yang serba moden pada zaman sekarang ini, pemasaran untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan telah menjadi trend terkini. Kalau cara dahulu hanya melalui siaran akhbar, di majalah atau di televisyen tapi dengan hanya media social lebih mudah dan cepat memasarkan satu produk sehingga dikenali ramai. Ini kerana pemasaran melalui influencer berjaya dan meletup dengan menggandakan dunia perniagaan dalam sebuah syarikat. 


Semenjak mama mula blogging mama dapat banyak collaboration dengan syarikat-syarikat yang baru menapak dan juga syarikat yang besar. Secara ringkasnya, para peniaga kini yakin dengan cara pemasaran influencer yang sangat berpengaruh dengan menggunakan media social melalui blogging, vlogging, instagram, Facebook dan juga Twitter. Dengan kaedah yang diambil oleh setiap influencer ini lebih mudah diperkenalkan kepada masyarakat dengan cara lebih berpengaruh dan juga kreatif. 

Penggunaan iklan traditional sudah menjadi ketinggalan zaman dan para peniaga kurang melakukan cara sebegini lagi. Dengan adanya pengiklanan seperti media cetak, elektronik dan social media, pemasaran influencer telah terbukti berkesan sebagai alat pemasaran yang sangat pantas dan popular serta mudah digunakan. Selain itu, pemasaran yang berpengaruh dan popular juga boleh menentukan kuasa viral di media social. 


Sebagai contoh, mama dapat satu collaboration dari satu client dan mereka akan sponsored satu product untuk mama reviewkan. Kemudian mama akan kongsikan review produk tersebut di media social seperti Instagram dan juga Facebook. Selepas itu barulah review berkenaan akan dimasukkan ke dalam blog dan kongsikan ke media social. Hasil carian produk tersebut di halaman Google akan sedikit sebanyak membantu pembeli mudah mencari barang yang mereka inginkan. 

Mama juga terima satu collaboration dengan pihak SushiVid untuk memasarkan produk dari syarikat-syarikat ternama di Malaysia. SushiVid merupakan satu laman web yang menyediakan peluang kerja dimana SushiVid adalah antara orang tengah untuk mencari influencer yang mampu memasarkan produk dari client yang mahukan. Dengan adanya SushiVid ini memudahkan client mencari kriteria influencer memasarkan produk mereka dengan mudah. 



Oleh itu, mama yakin sebagai influencer yang bijak dan kreatif mampu menjadi pemasaran yang bebas dengan hanya melalui hujung jari sahaja. Jadi kepada jenama yang ingin mempromosi produk mereka bolehlah bekerjasama dengan influencer Malaysia kerana mereka sangat berpengaruh malah untuk membina kepercayaan dan kredibilitasi dalam pendekatan mudah bagi sesuatu review. Secara keseluruhan, kaedah pemasaran dari influencer ini bukan sahaja berpeluang untuk memasarkan produk malah mereka juga akan menyampaikan mesej kempen kepada semua orang.

Love,

STARBUCKS Melancarkan “Give Good Holiday Cup”

$
0
0
Pemberian sesuatu yang menggembirakan pada musim perayaan kali ini pasti lebih bermakna dengan kembalinya minuman buatan khas sempena musim perayaan Starbucks dalam Give Good Holiday Cup yang baru dilancarkan, bersama dengan kopi Holiday Blend istimewa, penawaran makanan baharu, dan pilihan barangan eksklusif yang sesuai dijadikan hadiah.


Tahun ini, reka bentuk Holiday Cup baharu Starbucks tahun ini ternyata berbeza dengan paparan adegan-adegan lukisan tangan mengenai masa indah yang bakal menjelma musim ini, daripada perjalinan komunikasi menerusi secawan kopi, menulis kad perayaan, memberi hadiah yang bermakna dan meraikan musim perayaan dengan orang tersayang. Musim percutian membawa maksud yang berbeza kepada setiap orang, dan satu daripada inspirasi utama di sebalik reka bentuk ini ialah penggalakkan pelanggan menambah warna dan ilustrasi mereka sendiri untuk menzahirkan semangat percutian mereka.

Meraikan Give Good dalam segala bentuk sama ada kopi, berkumpul bersama, kreativiti dan keajaiban. Starbucks menjemput para pelanggan dan komuniti untuk bersama mereka di ruang keriangan ini dan memupuk penciptaan bersama dan ikatan bermakna menerusi pemberian yang menggembirakan.


Kongsi keriangan musim percutian ini dan jadikan percutian anda lebih meriah dengan dua jenis minuman baharu yang diadun khas oleh Starbucks iaitu Starbucks® Peppermint Dark Mocha dan Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea yang pasti menambat hati anda semasa meraikan percutian anda dengan orang tersayang. Tidak juga melupakan kembalinya kegemaran sepanjang masa, Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte.
  • Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte : Minuman kegemaran dengan sirap kacang toffee kurang manis diadun dengan stim susu dan espresso serta ditambah dengan krim putar dan serbuk biji toffee yang rangup di atasnya. Adunan sempurna kemanisan karamel dan kekacang ini – menjadikannya salah satu minuman Starbucks yang diminati sepanjang masa!
  • Starbucks® Peppermint Dark Mocha : Serikan semangat percutian anda dengan minuman yang direka menyerupai pokok Krismas. Dark Mocha dengan hias atas pudina bersama krim putar teh hijau dan dilengkapi butiran berkilau gula-gula berwarna hijau dan merah.
  • Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea : Nikmati pengalaman percutian mewah dengan teh hitam pekat direka khas digabungkan dengan jus epal dan dihiasi dengan buih serbuk kayu manis (cinnamon).
Musim percutian ini, kemuncaknya ialah dengan pelancaran buku perancang tahun 2018 yang terkenal Starbucks (Starbucks Signature planner), yang datang dalam warna Hot Red dan Navy Blue. Edisi Hot Red adalah Edisi Percutian (Holiday Edition) yang datang dalam kuantiti terhad.


Starbucks juga mengalu-alukan kembalinya biji kopi panggang yang paling disukai ramai, Starbucks® Holiday Blend, bersama dengan Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blend Blonde Roast. Sesiapa yang inginkan minuman segera boleh mencuba Starbucks® VIA Holiday Blend– adunan segera musim percutian klasik yang diperbuat daripada adunan sama dengan kopi Sumatran dan biji-biji kopi lain Asia / Pasifik dan Amerika Latin. Biji kopi panggang ini juga adalah rakan sempurna bagi makanan terhad pada musim perayaan seperti Cinnamon Pumpkin Roll dan Cranberry Chia Seed Focaccia Twist.


Boleh didapati di semua kedai bermula 7 November, minuman Starbucks® Toffee Nut Crunch Lattedan Starbucks® Peppermint Dark Mocha dijual pada harga RM17.50 ke atas, dan Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea pula RM16.00 ke atas. Minuman Starbucks® Holiday Blend, Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blonde Roast berharga RM40.00 ke atas.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my.

Love,

Resepi Kek Milo Viral Noxxa

$
0
0
Resepi Kek Milo Viral Noxxa | Hi korang.. Dah lama tak update pasal resepi ni.. Tak sempat sebenarnya.. masak pun cepat-cepat tu pun sempat update kat insta jer.. Mama pun tak berapa nak sihat ni tetiba boleh demam pulak sampai batuk dan selesema teruk. Semalam Qebal & Qeram merungut mama dah lama tak buat congo bar.. Alahai nak buat congobar bahan tak beli. Pehtu baru teringat pasal kek milo viral yang menggunakan 3 bahan tu. Mama ni cengei macam singa tapi mama gagah buat jugak tau untuk anak-anak. So mama bikin jugak la kek tapi Kek Milo Viral Noxxa cuma mama tambah tepung.. Huhuhuhu derhaka skit...

Resepi Kek Milo Viral Noxxa
Bahan-bahan :- 
* 4 biji telur
* 2 cawan milo
* 1/2 cawan tepung naik sendiri
* 2 - 5 sudu susu pekat

Cara-caranya :- 

Kacau telur, milo dan susu pekat selama 3 minit. Kemudian masukkan tepung dan kacau hingga sekata.

Kemudian masukkan ke dalam periuk Noxxa. Tutup periuk Noxxa dan STEAM kan selama 12 minit. Make sure tombol ke arah steam dan kalau Noxxa bunyi bising just abaikan.

Setelah masak tutup suis dan biarkan sehingga sejuk kemudian barulah terbalikkan ke dalam pinggan. Hahah kek milo viral mama ni berkawah-kawah pulak. 

Hehehe bebudak ni makan laju jer.. mama jer kurang laju yer lah mama dengan demam kan pehtu rasa semua tawar. Ada juga mama terbaca pasal kek milo viral yang dimasak dalam Noxxa ambil masa steam 15 minit tapi kan mama rasa tak berapa kena time tu sebab hangit skit bawah dia. Kalau dalam 12 minit tu memang nice. Cuma mama derhaka skit la mama letak tepung so kek milo viral tu gebu jer. Kalau tanpa tepung mama tak pasti macam mana rasa dia.. hahaha.. katanya macam chewie skit rasa dia.. Ok lah selamat mencuba...

Love,
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live


Latest Images