Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Tips Beli Bags Wanita Di Zalora

$
0
0
Wanita dengan bags tangan memang tidak dapat dipisahkan. Asal bags tu cantik sikit jer boleh buat hati gundah gulana nak memilikinya. Padahal dah banyak bags dari pelbagai size tapi tetap akan beli untuk menyesuaikan dalam keadaan majlis tertentu. Hanya wanita sahaja yang paham kenapa bags  wanita sangat banyak. Hahaha lelaki mana perlu bags tetapi mereka suka benar tumpangkan purse dan telefon dalam bags wanita. betul tak???


Ok memandangkan ramai wanita suka sangat dengan hand bags, meh sini mama nak bagi tips-tips penting membeli bags wanita. Tips-tipsnya adalah :-
  • Keperluan  
Kenal pasti keperluan bags untuk dipakai pada waktu bekerja, bersiar-siar, travel atau menhadiri majlis. Bagi lain keperluan lain jugalah jenis bags yang perlu dibeli. Contohnya bags untuk pakai pergi kerja so tak boleh pakai semasa majlis dinner. Hahh salah tau rasa macam tak kena gaya pulak kalau pakai bags macam tu.
  • Kegunaan 
Ok kalau bab kegunaan bags ni sebagai mak-mak wajib membeli bags yang besar sebab boleh sumbat segala khazanah seperti purse, mekap bag, pampers anak, botol susu anak, baby wipes dan lain-lain lagi. Hahh kalau macam ni wajib kena beli yang besar. Tapi bagi yang bekerjaya harus cari yang sesuai untuk muatkan laptop, buku dan barang kerja. Kalau nak keluar dating tak perlu la besar just boleh muatkan purse, sedikit barang mekap dan telefon sudah memadai.
  • Harga 
Kenal pasti bajet untuk beli bags baru. Bab ini korang kena pentingkan lifestyle dan jenama serta kewangan bajet korang. Bukan apa harga tak menentukan kualiti tapi biasanya harga dikaitkan dengan style si pemakai. Bagi mama cukuplah bags itu design menarik, harga berpatutan dan kualiti menarik cukup memadai. Bagi yang minat dengan branded itu hak memasing. Mungkin setiap wanita ingin kepuasan dalam memiliki bags berjenama seiring dengan rewards diri sendiri apabila penat bekerja.
  • Kualiti 
Kalau bab kualiti mesti akan dikaitkan dengan jenama. Lebih berjenama bags tersebut lebih berkualiti bagi si pemakai. Contoh sesuatu bags berkualiti pasti ia tahan lama dipakai tapi ia pasti harga cukup mahal. Bagi bags yang tidak berkualiti dan harganya jauh lebih murah pastu banyak kali bags tersebut kena repair kan. Jadi alang-alang membeli pastikan cari kualiti bags yang terbaik.
  • Design 
Akhir sekali tips adalah design yang menarik. Setiap wanita mesti membeli bags disebabkan design yang cantik dan trendy. Bagi mama akan pilih design yang cantik dan up to date untuk pakai setiap hari. Selalunya elemen ini bergantung kepada seseorang buat pilihan beli design bags. Jangan la korang muda tapi hand bags macam makcik-makcik style pulak. So pilih bags yang sesuai dengan jiwa korang dan juga untuk majlis yang sesuai


So, korang dah boleh bayangkan bags yang akan menjadi pilihan hati korang nanti. Bagi yang suka beli secara online, bolehlah beli bags di website Zalora sebab di sana pelbagai design, style dan harga yang menarik. Confirm korang rambang mata nak buat pilihan bukan. Selain itu boleh juga korang beli dengan bajet yang korang ada. Apa lagi jom cari women bags di website Zalora sekarang. 

Love,

WD-40® Dipercayai Ramai Dan Mesra Kepada Alam Sekitar

$
0
0
Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya. 

Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai. Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar. 


Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain. Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether. 


Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan. Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi. 

Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar. 


Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar. 

Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data teknikal mengenainya, sila rujukhttp://wd40.asia

Love,

Keriangan & Kegembiraan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon

$
0
0
Keriangan & Kegembiraan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon | Lagi seminggu cuti sekolah nak habis. Korang pergi mana cuti sekolah kali ni? Kali ni mama tak pergi bercuti jauh-jauh pun sebab anak-anak baru jer sembuh dari sunat. Mama pun dah promise kalau cepat sembuh mama bawak pergi mandi manda di Sunway Lagoon. Ini kali ke 2 mama dan keluarga datang ke sini, sebelum ni ada event blogger kat sini tapi tak sempat nak jelajah semua tempat dalam Sunway Lagoon. Besar betul Sunway Lagoon ni sampai lenguh la kaki mama.


Pada Ahad lepas, mama berkesempatan bawak bebudak comel ni pergi habiskan sisa cuti sekolah di Sunway Lagoon. Bebudak ni memang pantang sebab suka berendam dalam air. Tambah yang si adik memang suka berenang kuak lentangnya. Hahaha.. Sebut jer Sunway Lagoon dah melompat dia orang. Sabar anak-anak mama pun nak jelajah dalam Sunway Lagoon ni sampai puas-puas. Antara wajib yang dicuba adalah Vuvuzela, Monsoon 360, Pirate's Revenge, Ghosbusters Adventure Live, Flying Fox, Spongebob Splash Adventure, Waterplexx 5D, Kubarango, Waves of Fun dan  Congo Challenge.

Ramai yang suka datang Sunway Lagoon ni sebab pelbagai tarikan menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga menjadikan ia taman tema yang sempurna untuk bersama keluarga tersayang. Untuk pengetahuan korang, Sunway Lagoon telah menyambut ulang tahun yang ke 25 tahun. Woww Tahniah Sunway Lagoon. Bermula dari 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018, mari kita menyambut ulang tahun ini dengan seisi keluarga di Sunway Lagoon. Ia pasti pengalaman yang sungguh menarik dan tidak akan dilupakan.


Masuk jer Sunway Lagoon, kami terus mengunjungi Wildlife Park Sunway Lagoon. Sebelum ni tak sempat berpeluang datang sini. Wildlife Park Sunway Lagoon adalah tarikan yang bertemakan haiwan-haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia. Di sini juga merupakan rumah kepada lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia iaitu menempatkan Samson dan Asha, 2 ekor Harimau Putih yang megah. Keindahan taman hidupan liar ini diserikan lagi dengan kehadiran istimewa keluarga kucing besar Sunway Lagoon iaitu Zola dan Zuri, 2 ekor Singa Putih dan Harimau Kumbang.

Zola & Zuri




Bagi yang datang ke Sunway Lagoon jangan lupa singgah ke teater Wildlife Park Sunway Lagoon  pada jam 11.20 pagi untuk melihat persembahan haiwan-haiwan yang bijak seperti burung parrot, tikus dan banyak lagi. Memang menarik betul persembahan dari burung-burung parrot yang bijak dan terlatih. Bukan sahaja ada burung-burung malah ada ular sawa albino pun ada. Besar betul ular sawa tu, mama memang takut dan geli la. Hehehe.. Anak-anak memang teruja tengok burung tu melakukan persembahan sampai tak sedar dalam 30 minit berlalu dengan pantas. Korang kalau datang kena singgah ke sini. Di bawah mama sertakan sedikit persembahan di teater Wildlife Park. 




Benda paling wajib kalau datang sini adalah menerokai Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia - Nickelodeon Lost Lagoon untuk pengalaman lain daripada yang lain. Bagi peminat watak-watak kartun Nickelodeon kegemaran seperti SpongeBob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles menanti korang di sana. Selain menerokai taman tema tersebut, korang boleh berpeluang untuk meet & greet watak-watak kartun ini di sini dan juga bergambar bersama mereka untuk dijadikan kenangan. 



Pasti bukan anak jer yang teruja.. Mama papa pun teruja jugak uolls..

Yeahhh bebudak siap buat gaya macam Ninja Turtle ni. 

Dah tak larat nak jalan kami naik jer train yang disediakan. Boleh juga pusing-pusing Sunway Lagoon untuk melihat permandangan yang menarik. 

Korang boleh menikmati pengalaman tepi pantai di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia yang menghasilkan ombak setinggi 8 meter. Ia berkeluasan lebih dari 13,000 meter persegi dan ia juga menghasilkan ombak sempurna yang akan mengujakan seisi keluarga. Anak-anak memang tak sabar nak berendam dengan pelampung masing-masing. Acara kemuncaknya adalah main ombak la petang tu. Mama dari jauh tengok jer lah tak dapat nak join dengan anak kecik. Sob sob sob tak per next time boleh datang lagi. Yeaaa. 

Antara yang menarik wajib korang jangan lupa adalah :-
  • Pirates of the Wonderland Show di Pirate's Revenge pada jam 2.20 petang
  • SLIME Time di Spongebob Splash Adventure pada jam 3.30 petang
  • Persembahan Volcano Show dan pertunjukan Tale of Mount Berapi pada jam 4.00 petang. 
Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia

Anak dara siap tidur.. Memang time tido dia tengahari. Kasi bateri dia charge dulu. ahakkk



Jangan lupa Amusement Park World of Adventure turut menyajikan Captain Kids Playland & Candyland kepada kanak-kanak. Bertemakan kemeriahan warna-warni, ia menjadi ruang bergembira dan berimaginasi kepada kanak-kanak. Rasai putaran Apache Pots yang mengujakan atau terokai Grand Canyon River Rapids yang menjanjikan pengalaman menakjubkan untuk seisi keluarga. 

Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti FamFun untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa hanya RM456* atau Beli 3 percuma 3 - (Beli 3 Dewasa, Percuma 3 Dewasa) pada harga RM510*.


Jom habiskan cuti sekolah dengan keriangan dan keseronokan seisi keluarga serta rakan-rakan di Sunway Lagoon Malaysia. Jangan lupa kongsikan pengalaman manis dan menarik di Sunway Lagoon  sempena ulang tahun yang ke 25 dan masukkan #ExperienceIt di media sosial seperti Instagram dan juga Facebook. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi di 03-5693 0000.

Love,

Minum Jus, Kumpul Stem & Tebus Bag Kitar Semula Dari Juice Works

$
0
0
Anda lebih baik berhati-hati, anda lebih baik tidak menangis, kerana ada banyak beli belah yang anda perlu lakukan! Kesesakkan jalan raya dan saat akhir membeli belah adalah begitu gila sekarang. Bah kan ia menjadi lebih gila. 

Adakah kaki anda terasa sakit dan berasa anda tersekat di dalam suasana buruk dengan pelbagai pilihan yang anda lihat? Tibalah masanya untuk anda berehat dan mendapatkan diri anda minuman yang sesuai untuk menghidrasikan badan sebelum menyambung kembali aktiviti membeli-belah. 


Sempena dengan musim perayaan ini, Juice Works telah mencipta satu minuman yang istimewa dan berkilau merah! Ia melambangkan semua kebaikkan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Juice Works berharap nama itu sendiri akan memberikan sentuhan kegembiraan ͞Honey, it’s Christmas!͟ sempena perayaan yang bermakna ini. 

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, limau dan tambahan bermusim delima mulberi dan delima ruby-merah; ramuan ini hanya boleh didapati dari 6 Nov sehingga 1 Jan 2018

Kandungan anti-oksidan yang banyak didalam minuman ini boleh membantu mengecilkan radikal bebas yang jahat didalam badan anda, vitamin C, serat, folat dan kalium juga adalah keperluan untuk badan anda pada musim yang sibuk ini. 


Untuk setiap pembelian RM 20 yang dibelanjakan di Juice works, anda akan mendapat satu stem. Kumpulkan 5 stem dan anda akan mendapat edisi terhad beg kitar semula (ya, ia adalah sangat berguna untuk membeli-belah). Tawaran istimewa ini adalah sah sehingga 31 Jan 2018 atau sehingga stock masih ada. 


Oh ya! Tidak lupa juga bahawa ia adalah musim untuk memberikan kegembiraaan kepada semua, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai bernilai RM 10 setiap satu untuk membolehkan anda untuk menghadiahkan kepaya orang yang tersayang. Kerana Juice Works tahu, hadiah yang terbaik untuk orang tersayang adalah ͞hadiah kesihatan͟ dan cara yang lebih baik dan mudah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat nutrien yang terbaik. 

Juice Works ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sepanjang tahun 2017, dan Selamat Menyambut Hari Krismas yan sihat dan Tahun Baru yang hebat!

Love,

Pelancaran Kerusi Urut GINTELL De'Space Star Sempena Christmas Health Fair Di IOI Mall Puchong

$
0
0
GINTELL satu jenama tidak asing lagi di Malaysia dengan menyediakan alternatif terbaik dan revolusi teknologi kerusi urut kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. Sempena Christmas Health Fair kali ini, Gintell menganjurkan pameran kesihatan dan kesejahteraan untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia. Pameran ini telah dianjurkan di IOI Mall, Puchong bersama dengan perasmian kerusi urut Gintell terbaru iaitu De'Space Star Massage Chair.


Pada Sabtu lepas, mama berpeluang untuk hadiri satu majlis perasmian produk Gintell terbaru iaitu De'Space Star Massage Chair. Perasmian ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka serta Duta Gintell iaitu Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue.

Bersama Duta Gintell Datuk Jalaludin Hassan dan Encik Simon Hue

Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue berkata, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi kami di Gintell telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan masalah tersebut."


"Dengan kerusi urut Gintell De'Space Star, anda mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi. tambah Encik Simon Hue lagi.



De'Space Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan dan menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

Produk terbaru Gintell ini ditawarkan dengan harga RM11,836 termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyedikan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya Yoga Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210' Yoga Stretch, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X, dan kyphosis. Di samping itu, pengguna juga dapat menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan.


Gintell berada di kelas yang tersendiri dengan sistem sokongan yang diperkukuhkan untuk pengguna berketinggian sehingga 180cm dengan Sistem iSensing, yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara otomatik. Di antara fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, Program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang digemari dan Zero Gravity yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum.


Gintell membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan "Breathing Well with Yoga"yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah mesra eksklusif.


Promosi pameran kesihatan GINTELL akan diadakan sepanjang musim perayaan ini sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM2000 dengan setiap pembelian kerusi urut De'Space Star.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan produk terbaru GINTELL, sila layari www.gintell.com atau hubungi talian 1-800-88-6332.

Love,

Kolam Air Panas Sungai Lalang Hotspring Semenyih

$
0
0
Ahad lepas balik makan kenduri dari Dengkil tu ingat nak pergi tengok kapal terbang dekat LCCT.. Tapi tengok panas jer hahh malas la pulak.. En papa cakap jom kita mandi kat Sungai Tekala. Ehh boleh jugak kan.. Sampai jer rumah terus tukar baju dan sesiap pergi ke Tekala. Gigihkan mama.. Mandi kat sana dekat sejam lebih jer sebab semua pakat sejuk gedi hahaha.. Mama jer tak mandi rendam kaki jer. 

Masa lalu ke Tekala tu nampak dah Kolam Air Panas Sungai Lalang ni. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan tempat ni. Hahah ini pun Kak Laila yang share gambar kat sini kalo tak haremmmm sampai sudah tak tahu. Bayangkan selama ni nak mandi air panas sampai Selayang nu hahh perginya.. Jauh giler dari Beranang ke Selayang. Padahal dekat Semenyih pun ada. Kahkahkah.. tepuk dahi.


Untuk pengetahuan korang, kolam air panas Sungai Lalang ni tepi jalan selepas Nirvana Semenyih. Ada signboard yer so korang jangan la laju sangat. Hahaha.. Masuk sini kena bayar tau dan dibuka setiap hari. Cuma dia akan tutup dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang. time tu kan panas matahari pehtu panas air kolam lagi sapa nak mandi kang melecur satu badan. hahahah

Take note ya.. 

Hahh ni harga masuk kolam air panas ni tau.. 

Kat sini kalo korang lapar ada jer hahh warung kat sini. Mama ritu siap bedal nasi lemak. sedap tau..

Kebaikkan mandi air panas.. Nak rendam kaki pun tak boleh. hahahah

Di sini ada 2 kolam air panas. Yang sebelah depan ni kurang skit panas tapi yang kolam belakang tu lagiii panas. Mama tak pergi pulak kat sana sebab ada bebudak tahfiz duk mandi. Mama ni dengan seluar tight bagai kang dia tengok keja mengucap jer. kahkahkah.. Masa mama rendam kaki mama ada bau macam telur rebus tau. tak tau la sebab apa.. tapi memang mama dengan papa bau telur rebus. kekekek.. Yang hairan tu ada mat salleh boleh berendam sampai nampak kepala jer.. tak panas ker.. mama nak rendam kaki pun tak leh tahan. hahahah


Ni kolam yang ke 2.. nampak tak perigi tu lagi air dia panas. 

Tempat ni untuk sewa BBQ.. Mama tanya jugak berapa harga untuk sewa.. dia cakap sewa tempat ni RM500.. macam mahal jer.. huhuhu

Toilet disediakan untuk tukar baju.

Yang kelakarnya air paip dekat toilet ni pun air panas. Hahaha.. kesian Qeram masa nak cebok, dia nagis mama tolong air panas.. hahaha.. aduiii lawak betul. Macam mana nak basuh kalau air panas kan.. jenuh menahan sambil basuh. kekekek.. 

Mama rendam kaki pun main-main sebab tak tahan panas..

Lepas ni boleh repeat lagi datang Kolam air panas ni. En papa jer berkubang mandi.. kita orang tak sanggup.. huhuhuhu

Kolam  Air Panas Sungai Lalang Hotspring
Jalan Sungai Lalang
43200 Semenyih
Selangor
Telefon : 012-682 3342


Love,

Program Kasih Ilmu Anak Selangor | MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat

$
0
0
Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.



Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup


Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima. Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Antara program yang telah dianjurkan sempena sumbangan barang persekolah ini seperti :-
  • Program di Hope For The Future di Sunway Lagoon
  • Program di Tadika Cahaya Takwa
  • Program di Sungai Buaya Rawang

Alhamdulillah mama juga terpilih untuk menerima sepasang uniform sekolah jenama FR Junior sempena melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor. Rezeki Iqram la sebab dia bakal memasuki darjah 1 untuk tahun ini. Untuk pengetahuan semua, jenama FR Junior direka dan dikeluarkan oleh pereka designer iaitu Encik Fairuz Ramdan. Uniform sekolah FR Junior ini sangat berkualiti dengan jahitan yang kemas dan selesa dipakai sepanjang hari bersekolah.


Untuk melihat perkembangan kerja-kerja CSR ini boleh follow Instagram : @csrmbiselangor dan ingin mengetahui mengenai FR Junior boleh follow Instagram @theofficialfrjunior dan @itsfr

Love,

Lirik Pematah Hati by Nabila Razali

$
0
0
Selain lagu Omar dan Hana, ni hahh lagu yang terngiang-ngiang jugak. Hampeh betul.. baru perasan dia ada sebut cumi cumi cumi.. ingat agar-agar cumi ker apa. kahkahkah.. CUMI tu maksud dia Cuba Misscall.. Ohh emm geee hahaha.. sabo jer mama dengar tapi ehh ternyanyi la pulak.. Sekali imbas Nabila Razali ni macam Neelofa kan.. Tanya en papa pun dia cakap sama style shawl dia. Amboiii belek orang sampai macam tu.. tapi ok la boleh la layan lagu ni bosan-bosan dalam kereta kan.. dah dah jom dengar lagu ni.. tang mana takder pun dia sebut cumi cumi tu hahahaha


Pematah Hati by Nabila Razali

Kau Mencuba lagi 
Memanggil Kembali 
Disaat Kau sunyi 
 Lagi Kau cuba lagi ku tak peduli 

 Aku Tak mengerti Apa 
Kau mahu lagi 
 Kau Pematah hati 
 Mahu Tak mahu mahu dirimu lagi 

 Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya 
 Walau Pernah berbeza 
 Langit Dan udara 

 Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya Pasti 
Kau tak tahu aku tahu 
 Tentang Perangaimu 

 Kau Mencuba lagi 
 Memanggil Kembali 
 Disaat Kau sunyi Lagi 
Kau cuba lagi ku tak peduli 

 Aku Tak mengerti 
 Apa Kau mahu lagi 
 Kau Pematah hati 
 Mahu Tak mahu mahu dirimu lagi 

 Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya 
 Walau Pernah berbeza 
 Langit Dan udara 

 Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya 
 Pasti Kau tak tahu aku tahu 
 Tentang Perangaimu 

 Mungkinkah Suatu hari kau 
 Akan Berubah 
 Mungkin Juga saat itu 
 Kembali Cinta kita 

 Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya 
 Walau Pernah berbeza 
 Langit Dan udara 

Jujurnya Aku suka 
 Masih Pada dirinya 
 Pasti Kau tak tahu 

 Kadang Ku mahu 
 Kadang Tak mahu 
 Kadang Ku rindu 
 Kadang Tak rindu 
 Kadang Ku cinta 
 Kadang Tak cinta 
 Kamu 

 Kerna Ku cinta 
 Akhir Terluka 
 Pernah Janji untuk setia 
 Pasti Kau tak tahu aku tahu 
 Tentang Perangaimu


Love,

Happy New Year 2018

$
0
0
Happy New Year 2018

Hi korang.. apa azam tahun baru kali ni? Mama memang tak pernah ada.. Hehehe. semoga diberi kesihatan berpanjangan jer hahh.. Sekejap jer dah nak masuk 3 tahun mama fulltime housewife dan juga blogger. Tahun 2018 lagi bertambah-tambah busy dengan anak sekolah pagi dan petang. Abang Qebal dah darjah 3 dan Qeram darjah 1. Memang penuh cabaran jugak ni. Huhuhu.. 

Kerja mama pun makin busy la jadi mak supir. Pagi 7.30 hantar ke sekolah kafa, 10.45 ambik dari kafa.. balik rehat, makan dan siap untuk sekolah pulak. kul 1 hantar sekolah kebangsaan, petang karang 6.30 ambil balik sekolah. Qeisya lah peneman mama ke hulu ke hilir. Heheheh.. mau semput mama macam ni.


Qeisya pun dah nak masuk 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah dia pun masih susu sepenuhnya.. Rezeki dia masih ada.. cuma lasak dia perghh boleh tahan wohh.. nampak kecik gitu tau.. memanjat nombor 1.. kalah abang-abang dia.. 4 Jan ni nak kena pergi check up lagi. kena cucuk ker kena timbang ntah lah.. tak ingat dah.. 

Untuk blog MamaJue ni harap lepas ni banyak la rezeki collaboration dengan client besar di luar sana. Amin.. Mama pun dah list down nak beli apa dengan hasil duit blogging. yehaaa.. Semoga mama berjaya.. 

Love,

Anak-anak Kembali Ke Sekolah

$
0
0
Baru ada kesempatan untuk mama update blog. Ok mama simpan kisah ni dalam blog. Nanti boleh anak-anak mama baca balik. Alhamdulillah dah 3 hari anak-anak kembali ke sekolah. So far ok.. ada la drama sikit pagi-pagi tu. Biasalah budak kan susah nak bangun. Kena cakap lembut-lembut baru bangun.. kalau tak nak dengar lembut2 jer hahhh jangan tak tahu suara mama jadi singa harimau tarzan pun boleh. hahahah.. Mama punya masa pun tunggang langgang lagi.. Yer lah nak biasakan setiap pagi. Pheww lap peluh jugak la.. Minggu ni jer tetiap malam kul 10 dah lena. Hahahah mama keletihan pulak. Selalu kul 3 pagi baru tido kan. Hehhehe.. 

Seawal 6 pagi dah bangun mandi dan solat.. 6.30 kejutkan bebudak ni siapkan untuk pergi sekolah KAFA.. Nasib dedua beradik sekolah petang. So pagi pun nak tak nak kena bangun pergi KAFA. 7.30 pagi mama dah hantar ke KAFA. Lepas hantar balik rumah bukan boleh nak tido.. ada banyakkkk lagi kerja nak buat.. Kul 10.30 keluar ambik dedua beradik balik pulak.. pehtu tengahari hantar ke sekolah kebangsaan pulak.. penatkan dengar asyik keluar masuk keluar masuk rumah tak henti-henti. Qeisya besaq dalam kereta jer lah nampaknya.. 

Imam Muda Iqbal & Imam Muda Iqram

Lepas jer balik KAFA.. mama kena siapkan makan untuk depa makan dulu sebelum pergi sekolah. Siapkan bekal makanan diaorang. Tapi 1st day bebudak ni tak nak bawak bekal.. kunun nak beli.. Ok layankan jer.. mama pun 1st day dah kelam kabut. nasib en papa EL.. ni pun satu hal jugak berbuih cakap apply cuti tapi dia lupa.. kesabaran jer!! hahahah.. Jam 12.45 mama hantar Qebal & Qeram ke sekolah kebangsaan. hari 1st jer mama hantar sampai kat foyer.. tunggu dia beratur.. hari ke 2 mama hantar sampai gate jer.. abam Qebal yang tolong hantar pulak.. Lega mama.. 

Rambut tu kemahin pomade tau!!..

Time rehat jam 3.50 petang mama pergi tunggu tengok dia beli.. mama follow jer tengok dia nak beli macam mana. Hahaha.. sekaliiiii dah nampak dia nak nagis.. aduyaiii.. terus mama pergi kat dia tanya.. kenapa tak beli... dia kata susah la mama nak beli nak beratur semua. Allahu sabar jer budak ni.. hahaha nak tergelak pun ada jugak..

Qeram oiihh kalau nagis macam ni tak dapat makan la.. kena kuat tak boleh nagis-nagis tauu.. kang Qeram lapar.. erkk kuku dia mama lupa potong.. wakakka

Hahh blop blop makan fishball goreng.. lapar sangat la tu.. alahai anak..

Balik jer dari sekolah dia cakap mama esok Qeram nak bawak bekal.. Mama masak nasi goreng yer. Hahahha surrender nak membeli ker?? kalo tak dia la paling kalut nak beli makan kat kantin.. sekali dia dah serik.. So hari ke 2 mama bekalkan nasi goreng.. Ehh berbuih jugak mulut mama ingatkan Qeram bawak turun bekal makanan dia ke kantin. Hahhah.. takut dia tinggal dalam bag.. 

Hari ke 2 mama skodeng dari jauh.. nak tengok dia ok tak.. Sampai kantin dia tengok ramai sangat bebudak.. dia boleh berdiri tak tau nak duduk mana. Nasib ada kakak kantin tu tolong bagi dia duduk. Mama perati jer dia bukak bekas makanan dan cucuk straw kat air vitagen dia.. Heyyyy time tengok dia makan tu mama sebak giler.. Allah anak mama dah besar.. Huwaaaa mak-mak sangat kan. hahaha.. masa Qebal dulu pun gitu.. Risau lebih sangat!!!

Tengok dia makan alahai lapar yer..

Hari ke 3 pulak.. ingat mama tak nak datang skodeng tapi lepas balik dari klinik macam malas nak balik rumah. terus mama terjah ke sekolah tunggu dia.. Nak skodeng dari jauh jugak tapi dia nampak dulu.. boleh dia tanya ehh mama kata mama tak nak datang. hahahah.. saja tengok dia.. aloooo aloooo.. makan berselera sungguh tau.. habis sebekas mee goreng.. lega hati mama tengok Qeram makan macam ni. 

Huhuhu tupperware mama tu bawak balik tauuuu.. jangan tinggal.. seram mama nak oihh hahahah

Tadi masa tengah makan pun dia dah request esok nak bawak nasi goreng ayam. Hahaha.. mama kena masak la lagu ni.. Lepas jer kejadian nak beli kat kantin tu terus dia nak bawak bekal hari-hari.. Sampaikan mama nak bagi duit belanja pun dia tak nak tau. Hahahah serik la tu!!!.. Tak apa lah anak mama boleh jer masak.. Tadi ada tengok budak beli nasi kat kantin situ.. Alahai sedih betul tau.. tak pasti lah berapa ringgit. Tapi kesian lah rasa tak gamak nak bagi anak makan. 

Mama doakan Qebal & Qeram belajar rajin-rajin tau. Nampaknya dia dah serasi kat sekolah ni. Cuma dia nak bawak bekal jer.. mama pulak buntu nak masak apa.. Hahaha.. Mama kena bukak buku bento la gamaknya.. 

Love,

TAPKINS | App Untuk Kanak-kanak Mengeja & Belajar English Dengan Mudah

$
0
0
Sekarang zaman serba canggih semua hanya hujung jari sahaja. Sampaikan semua dah ada smart phone sendiri tak kira kita yang dewasa hingga lah ke anak kecil. Sesetengah ibu bapa pasti kata smart phone adalah melalaikan. Bagi mama kalau anak-anak hanya bermain games semata-mata memang melalaikan tapi kita sebagai ibu bapa kena peka dan mengawasi apa yang mereka bermain dengan smart phone tersebut. Dengan dunia yang semakin mencabar mama sendiri tidak galakkan anak-anak bermain di luar sebabnya kemungkinan tidak selamat. Baik mereka duduk di rumah sambil bermain dan belajar dengan smart phone lagi baik. 


Sebenarnya dalam smart phone ada applikasi untuk anak-anak kita bermain sambil belajar tau. Applikasi yang mama maksudkan adalah TAPKINS. Tapkins merupakan satu applikasi "belajar ejaan sambil menaip" yang dapat membantu anak-anak mengeja dan belajar English dari awal usia 4 tahun dengan menggunakan papan kekunci QWERTY sangat sesuai untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran Bahasa Inggeris dari awal kanak-kanak lagi. 


Ia direka khas untuk membantu kanak-kanak belajar bagaimana mengeja melalui menaip papan kekunci QWERTY skrin sentuh yang dibuat khas untuk mereka lebih peka dengan setiap ejaan tersebut. Menurut kata pengasas Tapkins ini bahawa applikasi mudah alih menaip dan ejaan khas untuk kanak-kanak prasekolah, dan beliau yakin dengan cara ini ibu bapa harus menggalakkan anak-anak selesa dengan menaip dan disamping itu mereka dapat mengeja serta ingat akan ejaan tersebut.


Sebelum mama kenalkan applikasi ini untuk anak-anak, mama wajiblah cuba dahulu applikasi Tapkins ini. Ternyata sangat bagus untuk anak-anak belajar mengeja English dengan mudah. Mama akui zaman belajar sekarang semuanya guna applikasi pintar yang lebih menyeronokkan serta mereka lebih fokus untuk belajar. Mana ada dah zaman macam mama dahulu takder dah semuanya canggih-canggih belaka. 


Tapkins ini mengandungi kategori seperti animals, city, food, going places, hobbies, home dan science. Setiap kategori tersebut ada pecahan-pecahan, contohnya animals (Forest at night, Wild America, Rainforest Quest, Mighty Mammals dan banyak lagi). Yang lagi menarik setiap kategori mengandungi pembelajaran progresif seperti Pindah dari typing Tahap 1 hingga ke Ejaan Bebas Tahap 7. Kiranya applikasi ini akan ajar dari ejaan yang mudah sehingga yang susah. Dari situ kita boleh lihat ingatan anak-anak mengeja ejaan tersebut. Dalam Tapkins ini terdapat lebih 100 perkataan Bahasa Inggeris dalam pelbagai kategori umur yang sesuai untuk belajar. 



Mama sendiri akan memantau anak-anak bermain Tapkins ini di samping itu mama akan pastikan mereka mengeja perkataan dengan tepat. Untuk bermain mama akan pastikan mereka bermain selama 1 jam kemudian mama akan tanya mereka bagaimana untuk mengeja apa yang mereka belajar di Tapkins. Selalunya mama akan bagi sehelai kertas setiap seorang dan mereka akan tulis apa yang mereka belajar mengeja di Tapkins. Dari situ mama nampak kemahiran ingatan mereka mengeja cukup kuat selepas menggunakan applikasi Tapkins ini.


Untuk pengetahuan semua, applikasi Tapkins ini adalah PERCUMA. Ianya cukup mudah cuma hanya perlu download app Tapkins ini di Google Play Store atau Apple App Store di telefon mudah alih sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh layari website www.tapkins.com atau follow Facebook www.facebook.com/tapkinsapp dan Instagram @tapkinsapp

Love,

Prosperity Juice KEMBALI Lagi di Juice Work!

$
0
0
Lagu Tahun Baru Cina, gong-xi, gong-xi akan didengar tidak lama lagi dan dekorasi berwarna merah akan kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi! Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina, Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!



Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah sedap dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat akan memberikan kebaikkan pada tahun baru ini.

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz: Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95 , MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95 , dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semua harga adalah termasuk GST).

Berikut adalah serba sedikit maklumat kenapa Juice Work memilih buah-buahan yang di sebutkan sebagai ramuan minuman tahun baru : 
  • Limau Mandarin : Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini. 
  • Jambu : Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C dan potassium, yang merupakan antioxidan dan detoksifikasi yang hebat. 
  • Laici : Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah! 
  • Strawberi : Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang! 
Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada. 

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, Juice Works ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Gong Xi Fa Cai! 

P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedai Juice Works DM Mall.

Love,

Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic

$
0
0
Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic | Bila kali terakhir korang berjumpa doktor gigi? Fuhh kalau doktor tanya soalan macam ni memang betul-betul kena batang hidung. Hahaha serius mama palingggg takut jumpa doktor gigi. Ntah la dari sekolah lagi asal doktor gigi datang jer mulalah gelabah, takut sampaikan sakit perut. Hehehe.. Terukkan padahal doktor nak check jer bukannya buat apa pun. Sehinggalah sekarang mama masih rasa gementar untuk pergi ke klinik gigi. Tapi baru-baru ni mama ada appointment scaling dan polishing gigi dengan doktor gigi tau. Nak tahu Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic boleh baca sampai habis yer. 

Pengalaman Buat Scaling & Polishing Gigi Di Dentessence Dental Clinic
Pada Sabtu kemarin, mama berkesempatan temujanji dengan doktor gigi di Dentessence Dental Clinic di Dataran Sunway, Kota Damansara. Temujanji kali ni adalah bertujuan untuk scaling dan polishing gigi mama. Last mama jumpa doktor gigi adalah setahun yang lepas tapi untuk scaling memang tak pernah buat. Mama pun tak ingat bila last buat scaling gigi. Punya lama tak jumpa doktor gigi sebabnya mama takut. Sebut jer scaling gigi dah terus seram sejuk rasa macam sakit jer. Sebenarnya takder la sakit mana pun cuma rasa ngilu sikit jer. Alaa beranak boleh tahan sakit, setakat gigi macam gigit semut jer. Hahaha.


Masuk jer ke klinik Dentessence ni terus rasa tak macam pergi ke klinik gigi. Hahhh sebab apa mama rasa sejuk jer dengan penghawa dingin yang cukup kuat di klinik ni. Heheheh.. Suasana klinik tak menyeramkan tu memang mama suka. Boleh la relax dan chill sambil tunggu nama mama di panggil. Yer lah selalu kalo pergi klinik gigi nampak jer ruangan gigi dah seram sejuk. Itu belum lagi melihat peralatan pergigian tersebut kan. Tapi kali ni mama tak perlu risau sebab mama nak scaling gigi jer. Korang tahu scaling gigi tu apa? 

Rawatan cuci gigi atau scaling adalah bertujuan untuk membersih dan membuang karang-karang gigi dan tanda kotor pada gigi disebabkan pengambilan teh, kopi, milo, menghisap rokok dan sebagainya. Alat pencucian atau dikenali "scaler" merupakan kaedah rawatan penyakit gusi yang paling umum. Untuk scaling ini hanya mengambil masa dalam 30 minit ke 45 minit bergantung kepada kekotoran pada gigi masing-masing.


Masuk jer ke bilik terus nampak kerusi khas untuk mama akan duduk atas tu. Hehehe.. seram jugak tapi kan mama nampak jer kerusi hijau tu terus mama rasa tenang. Orang kata warna hijau ni memberi ketenangan tau jadi mama takder la takut sangat. Padahal mama risau takut banyak karang yang terdapat dekat gigi mama. Almaklum la di luar nampak bersih jer tapi bahagian dalam gigi kita tak nampak. Lepas jer duduk kerusi khas tu mama sempat welfie dengan Doktor Ahbirami yang sangat friendly sebab doktor ni sentiasa senyum. Hahhh kalau dah namanya doktor gigi kan confirm la gigi doktor cantik! Suka pulak tengok gigi Doktor ni tau. 


Sebelum memulakan scaling, Doktor Ahbirami memeriksa jumlah gigi mama dalam masa yang sama doktor ada bagitau gigi mama yang sebelah atas cantik dan tiada karang gigi cuma gigi susu mama masih belum luruh. Hehehe tua-tua pun masih ada gigi susu tau. Lega betul mama dengar tapi di bahagian gigi bawah yang sebelah dalam ada terdapat sedikit karang gigi. Kemungkinan agak susah hendak memberus bahagian dalam menyebabkan karang gigi berkumpul di celah gigi tersebut. 

Untuk pengetahuan semua, Doktor Ahbirami pesan jika kita tidak scaling gigi dalam masa 6 bulan sekali berkemungkinan besar gigi kita akan cepat rosak disebabkan pembentukkan karang pada celah gigi tersebut. Dan karang tersebutlah akan berpunca gigi kita jarang dan cepat rosak. Selain itu, penjagaan gigi dengan memberus gigi setiap 3x sehari dapat memastikan gigi kita sentiasa bersih dan tidak rosak. 


Masa Doktor Ahbirami membuang karang di celah gigi mama tu memang mama rasa ngilu sikit sebab Doktor mencungkil untuk buang karang yang agak tebal. Selepas gigi di cuci, mama berasa sedikit kelainan pada permukaan belakang gigi dengan lidah terasa seperti ada ruang di permukaan gigi tersebut. Hahaha sampai sekarang la lidah mama asyik duk main dekat situ. Tapi jangan risau itu adalah normal kerana karang gigi sudah dibuang dan akan merasa lekukan gigi asal yang sebelum ini ditutupi oleh karang gigi. Nasib dah cuci tau kalau tidak kemungkinan gigi mama akan rosak. 

Selepas selesai scaling, akhir sekali Doktor buat polishing gigi untuk gigi lebih bersinar. Yeahh terus rasa gigi mama bersih dari segala karang yang duduk sebati dekat gigi mama selama ni. Lepas ni mama boleh senyum dengan gembira sebab gigi bersih dari karang gigi. Jadi, rajinkan menjaga gigi dengan memberus gigi setiap hari dan berjumpa doktor gigi pada 6 bulan sekali. Boleh juga menggunakan flos gigi untuk membuang kekotoran yang terlekat di celah gigi tau.


Pengalaman mama buat scaling dan polishing gigi ni memang takder sakit langsung tau tapi ngilu tu ada la sikit. Lepas jer buat terus rasa tak takut lagi nak buat scaling ni sebab penting tau scaling ni untuk membuang karang di gigi kita. Jadi korang jangan takut jumpa doktor gigi tau dan korang kena jaga gigi agar gigi sihat dan bebas dari bakteria serta karang gigi yang bahaya. Dengan gigi yang bersih kita jadi semakin yakin untuk senyum dihadapan semua orang. 

Untuk harga rawatan scaling dan polishing gigi ini berharga dari RM250 sehingga RM300. Bagi yang bercadang untuk membuat scaling dan polishing gigi di Dentessence Dental Clinic ini ada berita baik untuk korang tau. Korang boleh dapatkan 10% diskaun semasa pembayaran bill rawatan dengan menunjuk link URL blog entri ini sahaja. Apa tunggu lagi jangan lupa buat scaling & polishing gigi korang tau.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh hubungi :-

DENTESSENCE DENTAL CLINIC
MP 43-2 Jalan PJU 5/11
Dataran Sunway
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
Telefon : 03-6140 7567


Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat [9.00 pagi - 6.00 petang]
Sabtu [9.00 pagi - 4.00 petang]

Love,

KITSUI Generation 2 Collagen | Minuman Antioksidan Dengan Formula Anti Penuaan

$
0
0
KITSUI Generation 2 Collagen | Minuman Antioksidan Dengan Formula Anti Penuaan - Meningkat sahaja usia kita kulit mulalah mengalami masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam dan kulit kusam. Dengan masalah kulit seperti beginilah wajah kita nampak lebih tua dari usia sebenar. Untuk penjagaan kulit wajah agar tegang dan cerah kita harus mencari minuman  kesihatan seperti collagen untuk diri kita. Kata nak cantik kan wajiblah kena minum collagen setiap hari. Korang pernah dengar KITSUI Generation 2 Collagen | Minuman Antioksidan Dengan Formula Anti Penuaan? Katanya collagen ni murah dan bagus tau. 

KITSUI Generation 2 Collagen | Minuman Antioksidan Dengan Formula Anti Penuaan
Untuk pengetahuan semua, Kitsui merupakan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan dari tahun 1996 lagi. Produk Kitsui ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang semulajadi, selamat dan dijamin berkesan. Selain itu, produk Kitsui ini tiada bahan pengawet, kimia, warna dan bahan perasa yang dilarang. Antara produk-produk keluaran Kitsui adalah :-
  • Kitsui Generation 2 Collagen
  • Kitsui Puraria Buxz Up
  • Kitsui Korean White
  • Kitsui Stemcell Mixberries
  • Kitsui Whitening BB Drink
  • Kitsui Pimple Away

Kali ni mama mencuba Kitsui Generation 2 Collagen. Campuran minuman botani ini diformulasi dengan antioksidan dan anti penuaan. Hahhh kalau macam ni confirm kulit bertambah tegang dan anjal gitu. Almaklum la kesibukkan dengan mengurus anak-anak memang mama tak sempat mengambil sebarang supplement tapi dengan collagen Kitsui ini mama boleh amalkan pagi atau malam sebelum tidur. 


Sekotak Kitsui Generation 2 Collagen ini mengandungi 15 sachet. Kalau yang jenis macam mama minum sebelum tidur ni bolehlah beli 2 kotak untuk sebulan. Setiap pengambilan collagen ini mama akan konsisten setiap hari dan juga minum air kosong sekurang-kurangnya 2 - 3 liter untuk mendapat kesan yang cepat. 

Antara khasiat dalam Kitsui Generation 2 Collagen ini adalah :-
  • Merangsang pembentukan kolagen kulit seperti keanjalan serta kulit yang halus
  • Mengatasi masalah "stretch mark"
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  • Mengatasi masalah kedutan halus
  • Menagatasi masalah kulit kering
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Menegangkan serta mengebukan kulit wajah
  • Mengatasi masalah tona kulit tidak sekata
  • Menambah tenaga 
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mencantikkan rambut dan kuku
  • Melembapkan kulit wajah

Cara penggunaanya : 
  • Masukkan 1 paket (15 gram) ke dalam bekas shaker dengan 150 ml air suam, air sejuk atau air biasa. Elakkan air panas tau. Kemudian goncang atau kacau sehingga larut dan minum dengan kadar segera. 
  • Untuk dapatkan kesan optimum boleh amalkan sepeket sehari sebelum sarapan pagi atau amalkan sebelum tidur.

Untuk minum Kitsui Generation 2 Collagen ni ada sedikit pantang larang juga tau. Kalau minum sahaja tapi tak pantang kang collagen tu tak larut dalam badan pulak. Sebelum terlupa collagen ni sesuai diambil oleh ibu mengandung/ibu menyusu yang berusia 4 bulan ke atas. 

Antara pantang larang seperti berikut :-
  1. Bagi masalah jerawat sila berpantang minum susu dan makanan bergoreng serta kicap soya.
  2. Elakkan pengambilan kafein sebab boleh mempercepatkan penuaan.
  3. Elakkan minum collagen semasa period better stop sekejap sebab sistem penyerapan badan masih lemah jadi bazir jika minum.
  4. Boleh jarakkan waktu pengambilan collagen ini selama 5 jam jika ada ambil ubat dari hospital/klinik
  5. Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari untuk mendapatkan kesan terbaik.
  6. Tidak disyorkan untuk mereka yang alahan terhadap makanan laut.


Jom tengok cara bancuh dalam video ni.

Review mama untuk Kitsui Generation 2 Collagen ni rasa dia sedap berry dan masam-masam dari lemon. Bau serbuk collagen ni wangi so memang tak ada masalah untuk minum. Heheh kalau tak sedap susah la nak minum sampai habis kan. Kemudian bagi mama suka bancuh dan minum dengan air sejuk rasa sedap jer lalu kat tekak. Seminggu minum rasa kulit muka jadi lembap sampai suka pulak pegang muka sendiri. Untuk parut jerawat kena konsisten sebulan ker 2 bulan macam tu mama rasa. So far memang best jer minum collagen ni sebab sangat sedap.


Ada yang nak kulit tegang, cantik, anjal dan muda hahh boleh jer cuba minum Kitsui Generation 2 Collagen tau. Harga cuma RM38.80 sekotak untuk 15 sachets sahaja. Boleh terus beli secara online dengan HQ Kitsui dan penghantaran secara PERCUMA. Selain itu, boleh juga didapat di Guardian, Watson dan Lazada

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Instagram : @kitsuimalaysia

Love,

Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter

$
0
0
Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter | Sebenarnya mama bukanlah pengemar brownies coklat tetapi anak-anak suka sangat benda yang melibatkan manis-manis macam ni mama belikan jer. Asalkan dedua beradik dapat makan sampai kenyang sudah. Mama pulak kalau dah depan mata memang mama telan jer. Heyy mana boleh pantang makan.. ini pantang nampak sebenarnya. Hahaha.. Kalau brownies tu terlalu manis memang mama tak boleh nak makan banyak. Tapi kalau brownies tu rasa tak manis tak tawar kira sesedang rasa memang mama akan makan berketul-ketul. Korang nak tahu ada Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter.

Brownies Cheese Sedap Dari Home Baker FluffyBatter
Minggu lepas mama ada order brownies dari home baker Anna Syazza. Memang tak sangka dia seorang home bakers rupanya. Mama ingat dia hanya menjual barangan kosmetik jer. So, pening nak pilih brownies yang mana dan Anna suggest Brownies Cheese. Boleh jugak brownies cheese ni sebab dah biasa makan brownies plain. Mama pun dah lama tak makan brownies cheese ni. Nak buat sendiri mama tak berapa nak rajin hehehe.. alaa senang cakap mama tak berapa nak pandai buat. 


Lepas buka jer kotak brownies cheese ni dia punya bau.. perghhh masyaAllah sedap sungguh.. Biasalah anak-anak memang pakat tak sabar nak makan dah. Mama hampa nak tangkap gambar pun tak menyempat hahahah.. sampai kena bawak lari brownies tu dari depa. Anak-anak memang suka makan brownies ni tambah-tambah ada coklat memang depa hantu coklat. Mama rasa seketul dulu dan ternyata brownies ni memang kena selera tekak mama. Sedap, moist dan tak manis. Ini bikin mama gemok la.. 

Onononommm sedap gilerrr.. 

Korang nampak tak hahhh brownies macam ni la terbaik ok. Brownies cheese dengan gabungan coklat dan cheese yang sangat padat! Ehhh sedap lah rasa manis coklat rasa cheese masam skit.. Yummy sangat lahaiiii.. Tambah makan sejuk-sejuk pun sedap. Allahu teringat-ingat pulak.. Ini tak boleh jadi kena order lagi hujung bulan. Lepas seketul seketul mama telan masuk mulut sampai en papa tegur banyak mama makan.. hahahha.. sedap sangat tu yang terlupa diri kejap. Habis la lelemak perut mama macam ni.. hahahah


Mama pernah cuba buat brownies macam ni tapi kan tapi kan tak jadi.. huahuahua.. mama pun tak pasti kenapa tak jadi hehehe maybe salah teknik kot.. atau salah bahan bancuhan tepung. Mungkin juga.. Last mama buang jer ke tong sampah. Hahaha. Tapi kan Brownies cheese yang mama makan dari FluffyBatter ni memang lain dari yang lain. Ini pasti Anna menggunakan bahan yang berkualiti  tinggi untuk dapatkan hasil kebabom sedap macam ni. Mama nak belajar buat memang tak sempat la dengan anak kecik. So mama main order dan bayar jer.. Hahahha.. 


Untuk pengetahuan semua, FluffyBatter ini giat menerima tempahan semenjak dari November 2017 lagi. Ternyata brownies yang dihasilkan oleh Anna ini cukup sedap dan lazat. Terbukti tau sebab mama dah cuba makan memang uummphhh sedap!!! Sekejap jer boleh habis. Hahahah Yang menariknya kalau korang beli brownies dari FluffyBatter ini, tak kira lah korang duduk di Kedah ker, Perak ker, Melaka ker, Johor ker, brownies ni boleh post seluruh Malaysia tau. Bagi yang sekitar Cheras, Ampang, Kuala Lumpur, Setiawangsa boleh jer COD atau boleh self pick up dimana lokasi yang berdekatan. 

Untuk Brownies Tower ni tak boleh pos tau. Untuk pick up dan COD jer boleh. Kalau pos tergolek lah tower tu. Hahahha. Nice kan boleh buat jadi kek besday jugak la.. 

Antara brownies-brownies sedap yang dijual di FluffyBatter adalah bersaiz 8 inch. Antaranya ialah :-
  • Brownies Plain | RM30.00
  • Brownies Cheese | RM50.00
  • Brownies [Peanut Butter | Nutella | Nutty | Butterscotch] Boleh campur | RM35.00 - RM45.00
  • Brownies Mini Pack (Plain free drizzle Nutella/Caramel) | RM12.00
  • Brownies Mini Pack Cheese | RM15.00
  • Brownies Cuppies Plain (47 pcs) | RM30.00
  • Brownies Cuppies Mix Plain + Choc Chip | RM35.00
  • Brownies Cuppies Choc Chips / Peanuts | RM40.00
  • Brownies Tower | Bermula RM40.00

Di atas tu mama bagi senarai harga brownies yang FluffyBatter ambil tempahan. Sebelum nak order korang kena tempah awal sehari sebelum korang nak makan tau. Sebab brownies ni takder yang dah siap ok. Kiranya orang nak baru buat hahhh barulah fresh dan sedap bukan. 

Bagi yang ingin order brownies dengan FluffyBatter ni korang boleh terus wasap dengan Anna Syaza tau. Sebelum mama terlupa korang boleh gunakan kod FLUFFY bagi yang ingin dapatkan harga brownies seperti di atas. Dengar kata bulan March nanti kemungkinan harga akan berubah so korang jangan lupa bagitau kod yang mama bagi ni tau. Brownies dari FluffyBatter memang terbaik!! Korang patut beli dan cuba ok.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :

Instagram : @fluffybatter

Love,

The Wedding Heritage | Wedding Planner & No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia

$
0
0
Bagi yang ingin berkahwin dan mengadakan majlis perkahwinan adalah impian setiap pasangan kerana ia akan menjadi satu kenangan yang cukup manis untuk seumur hidup. Dari persiapan baju nikah, pelamin, bunga telur, gubahan hantaran, kenduri kendara semua kita kena fikir dan untuk memudahkan kerja kita upah sahaja wedding planner. Korang pernah dengar tak kes yang viral "Ditipu Wedding Planner"? Kes macam ni lah kita tak nak dengar kan. Seram juga yer lah orang ramai datang nak makan kenduri tapi alih-alih katering tak hadir. Kalau macam ni punya gaya mau bikin pengsan pengantin tau. Ya Allah naya kan kesianlah keluarga pengantin menanggung rugi dan malu. 



Haritu mama ada ternampak siaran langsung temubual di TV Alhijrah mengenai topik "Wedding Planner Penipu! Salah Siapa?. Isu macam ni memang sangat menarik dan kalau boleh biarlah menjadi iktibar untuk bakal pengantin di luar sana. Yer lah benda macam ni bukan boleh buat main-main kan sebab kita dah keluarkan duit beribu-ribu untuk majlis perkahwinan yang kita impikan tapi dengan wedding planner penipu habislah punah harapan kita. 


Kalau korang nak tahu ada satu top wedding planner "The Wedding Heritage" menyarankan supaya bakal pengantin harus berfikir secara realistik dengan dunia serba mencabar ni. Mama tertarik dengan interview tentang Banglo Kahwin atau "Bungalow Wedding" dengan menawarkan pakej perkahwinan siap menyewakan banglo untuk majlis perkahwinan. Woww dengar jer kenapalah dulu takder macam ni kan. Sekarang pakej macam ni memang best giler tak perlu risau sebab siap pakej lengkap. Mama pun saja google dan jumpa website untuk The Wedding Heritage www.theweddingheritage.com dan instagram serta facebook.



The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang sangat berbaloi-baloi. Dengan konsep yang unik dan memudahkan pasangan pengantin serta keluarga. Menariknya pakej lengkap kahwin 2018/2019 ni boleh buat di rumah sendiri atau dewan. Selain itu, bagi yang tiada ruang jangan risau sebabnya The Wedding Heritage menawarkan 3 cawangan banglo Kahwin di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan kan senang menggunakan wedding venue di banglo siap tambah pula pakej lengkap terbaik di KL dan Selangor ni. 

Jangan tak tahu pakej The Wedding Heritage ni korang akan siap dapat FREE Album & Unlimited Photo Pendrive sekali. Kalau korang tak percaya kesemua gambar kahwin ini setanding photographer international. Memang tak perlulah cari photographer yang lain dah. Kan dah jimat duit korang dekat situ. Mama dah jatuh cinta pulak dengan hasil-hasil gambar photographer official The Wedding Heritage ni sangat cantik. Tak percaya tengok kat bawah ni. 

Nampak gambar ekslusif sangat kan. Memang pro habis photographer ni

Ini pun lawa jugak. Hasil shoot memang pandai cari angle yang menarik.

Nice kan.. Satu kelainan gambar seperti ini dalam wedding album. 

Keceriaan sanak saudara menjadikan gambar yang dishoot oleh photographer ini nampak kemeriahan di sekitar majlis perkahwinan

Tengok gambar ni pun rasa macam nak naik pelamin lagi sekali jer. Cantik sangat. 

Bagi pakej yang ditawarkan setiap bunglo Ampang, Putrajaya dan Kota Damansara berbeza harga dan juga pax. Kalau tak percaya boleh tengok pakej lengkap kahwin yang ditawarkan bawah ni. Mama baca banyak jugak item free yang mereka tawarkan. Satu lagi jangan risau kalau ada budget sendiri pun boleh request custom quotation. Jimat!

The Wedding Heritage Villa Ampang

The Wedding Heritage Banglo Putrajaya

The Wedding Heritage Bungalow Kota Damansara

Bagi mereka yang dapatkan pakej dengan The Wedding Heritage ni korang tak perlu susah payah kehulu kehilir lagi kerana team TWH yang sangat banyak membantu dan mereka mempunyai kredibiliti sebagai wedding planner yang sangat tinggi. Dengan team mereka lah banyak membantu merancang perkahwinan dari mula hinggalah ke hari majlis perkahwinan. Kebanyakkan pengantin TWH ini ramai dikalangan bakal pengantin yang sibuk dan tak cukup masa seperti golongan profesional, pilot, doktor, pramugari dan mereka yang memang tak ramai ahli keluarga untuk uruskan majlis. 


Ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan pakej The Wedding Heritage ini kerana ianya trusted Wedding Planner dan juga harga yang berpatutan. Korang boleh tengok antara feedback pengantin dalam video ni dan juga testimoni dalam gambar di bawah ok. 


Testimoni 1

Testimoni 2

So sesiapa yang akan menamatkan zaman bujang pada tahun ni bolehlah survey mencari wedding venue dan pakej lengkap kahwin 2018/2019 dan boleh book The Wedding Heritage "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia". Dengan pakej yang lengkap dari The Wedding Heritage ini, mereka akan merancang dan menguruskan perkahwinan korang dengan jayanya. Korang akan berpuas hati dengan wedding planner iini serta pakej yang mereka tawarkan amat berbaloi.

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh layari :-

Telefon : 016-562 9394

Love,

OST Kekasih Paksa Rela | Pasti By Cherpen Band

$
0
0
Asal ada drama baru yang best kat tv jer mulalah mengagau mama google tajuk lagu dan lirik lagu tu. Hehehe.. nyanyi tau tapi tajuk tak tau.. hahaha.. senang jer ko taip jer ost kekasih paksa rela hahhh belambak keluar.. Tapi cerita ni best ok.. terenyeh-renyeh mama tengok tetiap kul 7 malam. Anak-anak pun redha sebab mama nak layan citer ni.. kekekek depa marah la sebab tak dapat tengok upin ipin. Hahh peduli apa mama.. mama nak layan 26 episod jer. Dahh jom layan lagu ni.. syiok pulak pak cik Remy ni berlakon dengan budak sekolah. Hensem kan pakcik remy ni hahaha mateyla mama kalo dah terlanggut drama kul 7 malam ni.. 


Pasti By Cherpen Band

Teringat lagi tentang engkau 
menggambarkan kenangan kita waktu dahulu 
mana sahaja kau berada 
mengharapkan semoga engkau memikirkanku 

dimata hilang jangan dihati 
meminta akan ada waktu 
untuk bertemu 

semestinya nanti 
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi 
akan juga nanti 
angin meniupkan rindu padamu 
teringat lagi senyumanmu 

begitulah erti sebenarnya ketenangan 
walau dimana kau berada 
imaginasikan segalanya tentang kita 
dimata hilang jangan dihati 

meminta akan ada waktu 
untuk bertemu 
semestinya nanti 
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi 

akan juga nanti 
angin meniupkan rindu padamu 
semestinya nanti engkau 
kembalikan sentuhan lembutmu lagi 

akan juga nanti 
angin meniupkan rindu padamu 
semestinya nanti 
engkau kembalikan sentuhan lembutmu lagi 

akan juga nanti 
angin meniupkan rindu padamu


Love,

Peminat Bola Sepak? Jom Join Let's Go Contest Manchester Dengan DASHING

$
0
0
Lelaki dengan bola sepak memang tidak dapat dipisahkan. Ia dah macam jadi sebahagian budaya Malaysia tidak kira muda atau tua untuk minat bola sepak sampai sanggup menonton perlawanan bola sepak secara langsung di TV. Liga Perdana Inggeris adalah salah satu bola sepak paling popular dengan jumlah pengikut tertinggi walaupun di Malaysia. Ramai peminat bola sepak yang bermimpi ingin menonton perlawanan di salah satu stadium terkenal itu akan menjadi kenyataan. Nak tahu caranya baca sampai habis ok. 


DASHING adalah jenama dandanan lelaki terkemuka yang memahami perasaan semangat lelaki untuk dunia bola sepak. Oleh itu, DASHING sedang menjalankan peraduan untuk tahun ke 3 iaitu Let's Go Contest Manchester! Dengan penginapan percuma selama 4 hari 3 malam pergi balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah yang akan termasuk tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama dalam Let's Go Manchester Contest! Empat hari pengalaman yang cukup menarik di Manchester, Inggeris!

Bukan itu sahaja pemenang akan menonton 2 daripada kelab bola sepak terbesar di dunia yang akan bertarung menentang satu sama lain dari tempat duduk VIP di Stadium Etihad tetapi juga termasuk lawatan ke Muzium dan Stadium Bola Sepak Kebangsaan seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, peluang untuk berinteraksi dan autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu, para pemenang akan dapat Tour Mystery Magical di mana mereka akan dibawa ke lokasi badn muzik terkenal, The Beatles


Caranya cukup mudah sahaja. Korang hanya perlu
  • Beli mana-mana produk DASHING atau ELITE dalam satu resit 
  • Tangkap gambar resit dengan jelas serta barang yang dibeli dan Whatsapp Nama Penuh, Nombor IC / Nombor Passport 
  • Hantar whatsapp ke nombor +6016-9972373
Sangat mudah apa tunggu lagi cepat hantar sekarang. Sertai sekarang dan jadilah yang berdiri di barisan VIP untuk menonton perlawanan secara LIVE di hadapan mata dengan 50,000 peminat dengan hanya pembelian DASHING jenama penjagaan lelaki terkemuka di Malaysia!. Peraduan ini akan berakhir pada 31 Januari 2018.


En papa suka dengan bauan perfume DASHING Hattrick Limited Edition EDT dan DASHING Ultimate Kick Limited Edition Deodorant Body Spray. Untuk perfume sangat wangi dan bau yang segar maskulin sejati. Yang penting perfume dia tak bau keras dan menusuk hidung. Manakala Deodorant Body Spray dengan perlindungan 24 jam cukup sesuai dengan kerja en papa yang sentiasa terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Dengan formula cepat kering tidak perlu risau kesan sisa putih pada pakaian dan juga kulit.

Untuk dapatkan maklumat lanjut, boleh layari website DASHING www.dashing.com.my , Facebook Dashing www.facebook.com/Dashing.MY atau hubungi nombor talian 03-8023 8311.

Love,

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

$
0
0
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.


Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. Antara SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS adalah :-


  • SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) 
  • SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE) 
  • SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
  • SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
  • SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)


  • SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) 

    Untuk kali ni mama review SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE). Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben.

    Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Wangian ni dari dulu sampai sekarang sama jer wangi memang tak pernah berubah. Botol mini begini mudah untuk bawa dalam handbag.

    Mon Amie jika diterjemahkan bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar. Ini paling mama suka wangian Mon Amie memberi kesegaran selepas memakainya. 

    Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.

    ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50(Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia& RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

    Love,

    NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah

    $
    0
    0
    NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah - Sebelum ni mama lah paling tak suka pakai mascara. Hahaha.. bukannya tak ada mascara tu banyak jenis ada tapi jarang pakai sebab pakai pun macam tak nampak jer.. Almaklum la bulu mata pun takder. Sob sob sob jangan tak tahu anak mama siap ada bulu mata panjang lagi. Mak aihh jeles betul.. mama nak juga ada bulu mata panjang baru lah mata ni asyik nak gedik-gedik skit kan.. Hahaha.. Hahhh mama dah cuba mascara viral iaitu NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah.

    NORAFURLA Mascara | Memanjang, Melebat & Melentikkan Bulu Mata Dengan Mudah
    Norafurla Mega Volume Mascara dengan special request formula dari founder tersebut yang disesuaikan dengan keperluan wanita Muslim dan wanita yang tidak punya banyak masa untuk bersolek. So korang kena cuba mascara viral iaitu Norafurla Mega Volume Mascara ni sememangnya semudah ABC! Mascara ini mengandungi bahan castor oil untuk memelihara dan menggalakkan pertumbuhan bulu mata agar bulu mata semakin panjang. 


    Menariknya mascara ini adalah fiber mascara dalam bentuk stick. Selain dapat memanjangkan, melebatkan dan melentikkan bulu mata hanya dengan sekali sapuan sahaja. Dan lagi bestnya mascara ini dengan mengandungi dual brush microfiberskinny dan juga jumbo. Kalau dah jumbo tu brush mascara ni besar untuk bulu mata di atas manakala brush skinny sangat sesuai pada bulu mata di bawah. 

    Dual brush microfiber Skinny dan juga Jumbo.

    Jumbo Brush untuk melebatkan dan melentikkan bulu mata. Dengan sekali sapuan boleh nampak bulu mata dah tau. 

    Skinny Brush untuk memanjangkan bulu mata dan juga sangat sesuai sapuan bulu mata yang pendek pada bulu mata di bawah

    Mama akui mama memang mempunyai bulu mata yang nipis senang cerita tak berapa nak ada bulu mata lah. Hahaha.. Selepas mama cuba mascara Norafurla ni ok memang best tau. Hanya sekali sapuan daripada bulu mata tak nampak terus nampak. Ehhh suka sangat mascara ni takder la rasa susah nak pakai macam mascara yang lain. Satu lagi kalau pakai mascara lain lambat sangat nak kering tapi dengan mascara Norafurla ni cepat jer kering hahh.. Takder la tercomot kalau nak pakai tudung lepas tu. 


    Tengok la perbezaan sebelum dan selepas guna mascara Norafurla ni. Nampak tak sebelum tu bulu mata pun tak nampak. Selepas jer pakai terus nampak. Ini hanya sekali sapuan jer.. kalau kata 2,3 kali sapuan confirm panjang bulu mata tak payah pakai bulu mata palsu macam Che Ta dah. Heheheh. Macam mama sendiri memang masalah kalau nak sapu pada bulu mata bawah tu tapi mama guna jer skinny brush mascara ni cukup memudahkan. 

    Mascara Norafurla ni sangatlah waterproof tau. Kalau korang menangis ker, mata berair ker, terkena air atau air hujan korang jangan risau memang tak akan meninggalkan kesan dan tak akan comot. Hahh bestkan. Mana lah tahu korang tengok movies cerita sedih ker apa dah tak perlu risau lagi!! Jangan tak tahu mascara ni mengandungi formula mudah dicuci dan tidak meniggalkan kesan hitam seperti mata panda tu. Korang hanya menggunakan air dan tak perlu makeup remover. Hanya tonyoh-tonyoh jer kat bahagian bulu mata tu dan akan tertanggal sebab ia bergumpal-gumpal. Jadi mascara ni sangat practical ketika hendak solat. 


    Berat mascara Norafurla ini adalah Jumbo 5ml dan Skinny 5ml. Manakala harga hanya RM89.00 tetapi sekarang dengan harga promo hanya RM59.00 sahaja. Jangan risau mascara ni original dan korang akan berpuas hati selepas menggunakan mascara Norafurla memang lain dari yang lain sebab sangat mudah untuk menggunakan serta dapat melebatkan, memanjangkan dan melentikkan bulu mata dengan mudah. 

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

    Instagram : @beautee.my

    Love,
    Viewing all 1139 articles
    Browse latest View live