Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Antabax Perkenal Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat

$
0
0
Antabax telah menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan untuk melancarkan kempen Tangan Bersih Hidup Sihat. Ia bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid sekolah untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit seperti novel Covid-19 dan Inflenza di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) hari ini.


Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dibangunkan oleh Antabax memudahkan pemahaman mengenai kesihatan menerusi penceritaan, visual berwarna-warni, lagu dan pergerakan tarian yang membantu kanak-kanak mengenal pasti tanda-tanda serta simptom penyakit-penyakit berjangkit yang biasa. Mereka juga diajar tentang langkah pencegahan yang mampu mengurangkan risiko jangkitan dan penyebaran penyakit berjangkit. Selain apa yang perlu dilakukan jika mereka atau rakan-rakan yang lain rasa kurang sihat.

Di peringkat global, peringkat pertama menghalang daripada jangkitan penyakit seperti Covid-19 dan Influenza A adalah dengan kerap membasuh tangan mengunakan sabun atau pembersih tangan berasaskan alkohol jika tangan tidak nampak kotor[1]. Langkah itu bagi membunuh kuman yang ada di atas permukaan tangan dan mengelak daripada ia dipindahkan ke bahagian muka, mulut atau hidung di mana kuman boleh masuk ke dalam sistem pernafasan dengan mudah.


“Membasuh tangan adalah langkah pencegahan penting yang perlu diamalkan oleh orang ramai sekarang. Melalui Kempen Tangan Bersih Hidup Sihat ini, kami harap kanak-kanak akan tahu tentang pentingnya membasuh tangan serta amalan-amalan asas kebersihan yang lain. Ini kerana ia dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit,” kata Encik Azman Ab Rashid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Lebih 300 murid dan guru dari SK Presint 11 (3) Putrajaya mengambil bahagian dalam kempen kesihatan ini. Mereka belajar tentang asas kempen Tangan Bersih Hidup Sihat yang dijalankan oleh pasukan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.


Antabax, satu jenama sabun buku, pencuci tangan, buih mandian, pembersih tangan dan pengelap halal buatan Malaysia sentiasa aktif dalam memberi kesedaran mengenai kesihatan di negara ini selama lebih sedekad. “Daripada pelbagai kempen, kami telah membangunkan kandungan yang membolehkan kanak-kanak faham, ingat dan mengamalkan tabiat yang membantu mengurangkan penyebaran penyakit berjangkit.

“Kami juga menyumbang produk Antabax supaya mereka mempunyai barangan keperluan kebersihan di tangan dan di rumah. Sudah terbukti bahawa Tangan Bersih Hidup Sihat. Jadi, basuh tangan anda dengan kerap dan betul untuk mengurangkan jangkitan penyakit berjangkit menggunakan sabun dan pembersih tangan Antabax atau jenama lain. Apa yang penting adalah memastikan tangan anda sentiasa bersih,” kata Pengurus Besar Kanan Antabax, Francis Ng.

Pn Nur Hakimah binti Roslan, guru dari SK Presint 11(3) Putrajaya memberitahu kempen Tangan Bersih Hidup Sihat diterima baik oleh murid-murid kerana ia menggunakan ilustrasi, lagu dan permainan yang mudah difahami. Ia sememangnya dapat menyampaikan mesej penting iaitu Tangan Bersih Hidup Sihat.


“Dengan adanya pasukan daripada Kementerian Kesihatan yang menunjukkan langkah-langkah kebersihan menyedarkan murid-murid ini tentang betapa seriusnya penyakit berjangkit seperti influenza. Manakala penceritaan oleh Antabax membantu mereka mengingati langkah-langkah tersebut dengan lebih baik,” katanya

“Saya kini tahu bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul, menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk, berada dalam jarak yang selamat dari mereka yang sakit, selain memberitahu orang lain jika saya ada simptom inflenza. Tangan Bersih Hidup Sihat,” kata Zuhaira, pelajar dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(3) Putrajaya.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut tentang kempen dan inisiatif terkini dengan mengunjungi laman Facebook rasmi Antabaxwww.fb.com/NewAntabax atau @antabax di Instagram.

Love,

Rahsia Puteri Feminine Wash | Melindung, Mengetat & Mengekal Keintiman Wanita

$
0
0
Sebagai wanita benda yang paling sangat kita jaga adalah bahagian keintiman wanita. Kalau tak dijaga kita rasa tidak selesa, gatal, keputihan dan sebagainya. Susah kan jadi wanita ni banyak benda nak kena jaga untuk diri dari dalaman dan luara agar kita rasa lebih selesa dan berkeyakinan diri. Mama sendiri mengalami masalah ni ketika datang bulan. Paling tak suka bau yang tidak menyenangkan sehinggakan mama kerap menggunakan pantyliner herba untuk bau wangi di bahagian tersebut.


Sebenarnya mama sangat suka menggunakan feminine wash ketika mandi untuk menjaga bahagian intim mama. Of coz la mama kan dah beranak 3 so wajiblah kena menggunakan feminine wash yang dapat mengetatkan bahagian tersebut. Jadi inilah salah satu penjagaan peribadi agar memastikan bahagian intim mama ketat sentiasa. Bagi mama tidak kisah la jenama apa feminine wash ini yang penting ianya wangi dan bahagian intim mama akan rasa lebih bersih. 

Kali ni mama akan mencuba feminine wash terbaru dari Puteripreneur iaitu Rahsia Puteri Feminine Wash. Dari segi bahan yang digunakan dalam Rahsia Puteri Feminine Wash ini digunakan dengan bahan ekstrak semulajadi seperti :-
  • Pueraria Mirifica
  • Manjakani
  • Kacip Fatimah
  • Daun Sirih
  • Bawang Putih

Antara kebaikkan Rahsia Puteri Feminine Wash untuk wanita adalah :-
  1. Mengetatkan dinding faraj
  2. Meningkatkan kelembapan faraj
  3. Mengurangkan keputihan
  4. Bersifat anti radang
  5. Menyahkan bau yang kurang enak
  6. Melindung, memulihkan dan menyegarkan
Tekstur bagi Rahsia Puteri Feminine Wash ini adalah sejenis liquid cair berwarna pink yang mudah digunakan. Hanya picit sedikit feminine wash pada tapak tangan dan basuh bahagian intim wanita dalam 30 saat. Kemudian basuh bahagian intim sehingga bersih.


So far mama sangat suka guna Rahsia Puteri Feminine Wash ini baunya sangat lembut dan yang menariknya wangian dia kekal sepanjang hari. Oh ya jangan risau feminine wash ini tidak rasa sejuk seperti feminine wash yang lain. Memang rasa selesa dan lembut sahaja guna Rahsia Puteri ini. Bagi wanita yang selepas bersalin mama sarankan wajib menggunakan Rahsia Puteri Feminine Wash ini ketika mencuci bahagian intim agar lebih bersih, segar dan wangi kerana dapat mengurangkan bauan darah nifas selepas bersalin. Oh ya Rahsia Puteri Feminine Wash ini didapati 2 size iaitu 100ml dan 30ml yang sangat sesuai untuk travel. 

Harga Rahsia Puteri Feminine Wash 

30ml : RM15
100ml : RM43
30ml + 100ml : RM50


Sekarang ni mama rasa tak lengkap kalau sehari mama tak menggunakan Rahsia Puteri Feminine Wash ni tau. Mama rasa lebih selesa, segar dan berkeyakinan diri sebab mama tak perlu lagi menggunakan pantyliner herba untuk wangian di bahagian tersebut. Lepas ni mama nak beli yang size 30ml untuk memudahkan mama bawa dan letak di dalam handbag mama.


Bagi yang ingin menjana pendapatan dengan menjual Rahsia Puteri Feminine Wash ini dan marilah sertai untuk peluang perniagaan Puteripreneur, boleh hubungi Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd di talian +6012-4954288

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,

Boxy Shirts Malaysia | Baju Sukan Yang Serap Peluh & Selesa

$
0
0
Kalau korang perasan sekarang kan mama gigih exercise dan jogging. Jadi dek kerana kegigihan exercise mama suka beli baju senaman yang selesa dan menyerap peluh. Kemahin kan nak bersenam pun kena pakai baju sukan yang sesuai. Kang kalau panas mau pengsan yer tak. Hahaha. Of coz la dari jenis pakaian yang bersesuaian kita dapat bersenam dengan selesa. Kali ni mama nak review satu baju t-shirt dari Boxy Shirts Malaysia.


Sebelum nak beli baju ni mama pilih sehelai dulu nak pastikan baju ni selesa atau tidak dengan mama. Almaklum la kang tak selesa dan tak sedap susah pulak mama nak jogging dekat luar. Jadi mama pilih jenis Microfiber Long Sleeves dari Boxy Shirts Malaysia. Pilihan warna mama adalah Navy Blue. Pertama kali sampai baju ni terus mama pegang material kainnya. Yes this is baju senaman yang sangat sesuai untuk jogging kerana kainnya tidak tebal dan tidak jarang. Kain jenis Microfiber ini macam jenis kain jersi yang ringan. 


Selain itu, dari segi kain microfiber ini sangat berkualiti tinggi, selesa dan sesuai untuk orang asia. Mama pula jenis suka baju microfiber jenis lengan panjang sebab dapat menutup lengan mama jadi mama tidak perlu lagi memakai inner lengan. Oh ya sebelum ni mama tidak gemar dengan kain microfiber sebab kain ini jenis melekat dekat badan tapi baju microfiber dari Boxy Shirts Malaysia ni longgar tidak melekat pada badan dan labuh baju sehingga menutup punggung. So baju ni mama sangat recommended bagi wanita yang ingin bersenam tapi masih menutup aurat. 


Kain jenis microfiber ini dengan cool fit memang sesuai dengan cuaca yang sangat panas di Malaysia. Jangan risau baju ni betul-betul menyerap peluh kita ketika bersenam atau jogging. Baju t-shirt ini didatangi dengan baju kosong dengan 10 warna yang sangat menarik seperti Navy Blue, Black, Marron, Red, Khaki, Grey, Dark Violet, Forest Green, Turquoise Blue dan Royal Blue. Bagi yang suka print nama pada bahagian baju pun boleh cetak pada permukaan baju di depan atau di bahagian belakang baju. Manakala size baju terdapat 7 sizes iaitu dari XS sehingga 3XL.

Nampak baju tu tidak ketat dan mama rasa sangat selesa

Rasa stylo pulak.

Nampak tutup bahagian punggung kan. so sangat sesuai untuk wanita. Untuk lelaki pun boleh pakai.

Untuk pengetahuan semua, BOXY merupakan kedai online dalam talian Malaysia dengan menjual pelbagai t-shirt jenis Microfiber, Cotton T-Shirts, Plain T-Shirts dan Polo Shirts. Boxy menggunakan jenis material kain yang berkualiti tinggi untuk kesemua baju di Boxy Shirts Malaysia. Jadi Boxy menyediakan 100% stok yang ada bagi memastikan dapat menghantar dalam tempoh 24 jam selepas pembelian. Penghantaran Boxy Shirts Malaysia ini di semua tempat seluruh Malaysia.


Untuk sebarang pembelian T-shirt Boxy boleh terus ke website Boxy yer. Oh ya jika korang musykil atau risau mengenai ukuran size boleh terus tanya Boxy di ruangan khidmat Live Chat di website mereka. Mama sangat puas hati dengan Microfiber Round Neck Long Sleeves dari Boxy Shirts Malaysia sebab kain yang berkualiti tinggi, selesa, sejuk, baju jenis ringan, warna yang menarik, menutup aurat dan yang paling penting harga baju mampu milik yer. Apa lagi mama rasa nak beli semua warna lah. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Boxy Shirts Malaysia :-

Website : www.boxy.my
Whatsapp : +6012-7829012

Love,

NAK UBAH HIDUP 2020 Oleh Dr Azizan Osman Yang Sungguh Luar Biasa

$
0
0
Setiap manusia di muka bumi ini mana tak nak berjaya betul tak? Tak kisah la sesiapa sahaja pasti ingin mengubah hidup seseorang dari hidup susah ke hidup yang lebih senang. Pada 25 Jan 2020 sehingga 27 Jan 2020 yang lalu telah berlangsungnya program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020 dari Dr Azizan Osman di Setia City Convention Center (SCCC). Dalam program 3 hari berturut-turut ini dapat membantu usahawan atau bakal usahawan untuk tingkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan dan tahan kewangan melalui bisnes yang berjaya dan menguntungkan. Seramai 13,000 peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura telah membanjiri (SCCC) dari pagi hingga ke malam. 


Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, kami dapat lihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.

Akibat daripada kegagalan itu, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan. 


Dengan ini, RichWorks International bersama pengasas Dr Azizan Osman sedar bahawa ramai yang memerlukan bantuan. Ini kerana Dr Azizan sendiri pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan dan ini merupakan satu peluang untuk beliau cuba bantu lebih ramai orang betapa pentingnya ilmu untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik.

Hasil daripada bimbingan beliau, ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.



Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa- biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!


Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) inijuga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019. 


Tetamu terhormat yang hadir Tun M datang untuk memberi semangat kepada semua peserta

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. 

Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

  
Tengok la betapa luar biasa program Nak Ubah Hidup 2020 dengan dibanjiri seramai 13,000 peserta

Dr Azizan Osman seorang yang tidak perlu dikenali lagi iaitu World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta. Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia, meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun dan mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030.


Terima kasih Dr Azizan Osman dan Team Richworks mengadakan program yang sangat hebat ini untuk meningkatkan semangat usahawan dan bakal usahawan untuk mereka lebih berjaya. Sesiapa yang berpeluang hadir ke progam Dr Azizan Osman ini memang cukup beruntung dan galilah ilmu apa yang beliau sampaikan dalam setiap program. Bagi yang ingin join program Nak Ubah Hidup seterusnya boleh daftar di website dan bagi yang telah mendaftar akan dapat Ebook 21 Tips Nak Ubah Hidup dari Dr Azizan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


RichWork Hotline : 1300-88-2424

Love,

Calling Mums & Dads: More Huggies for Your Baby

$
0
0
Calling all mums and dads, it’s time to stock up on Huggies diapers for your little ones. Huggies diapers are designed to keep your baby comfortable and protected at all times. Here’s a piece of awesome news: Huggies is having their Super Brand Day on Shopee this weekend! From 28 February to 2 March, find the best deals from your favourite brands Huggies, Kleenex, Scott and Kotex and save up to 50% on products such as diapers, baby wet wipes, tissue, kitchen towel and many more on Huggies / Kleenex by Kimberly-Clark Official Store on Shopee.



Exciting offers to look out for include:

Two is better than one, stretch your Ringgit further and save more when you purchase in a bundle:

That’s not all! On top of the exclusive offers and promos, on 28 February and 2 March, apply SBDHUG04 to enjoy up to 15% off your cart while on 29 February and 1 March, apply SBDHUG03 to receive 12% off your favourite products from the Huggies Official Store. Customers can look forward to the Huggies Super Brand Day on 2 March to enjoy even lower prices during Shocking Sale throughout the day. The Huggies Super Brand Day is in conjunction with the Shopee 3.3 Mega Sale happening from now until 3 March. Shopee users can look out for products with a price cut as high as 50% during Shocking Sale, while 50% discount vouchers are up for grabs. 

To check out Huggies Super Brand Day’s exciting offers and deals, please visit https://shopee.com.my/huggies.os 

To apply voucher: 
  1. Select your desired products from the Huggies Official Store and add to cart. 
  2. At the Shopping Cart, look for Huggies Official Store selection and click “Get Voucher” to claim discount vouchers. 
  3. Upon check out at the Voucher section, click on “Use voucher or enter code”. Select your desired voucher or key in the voucher code. 
  4. Proceed to check out and pay. 

Love,

Pertama Kali Makan EID Authentic Korean Cuisine Di Bangi

$
0
0
Hi annyeonghaseyo. Agituuu yer lah nak pergi Korea memang tobat la nak sampai sana. Dengan keadaan corona virus tu lagilah. Elehh sebenarnya memang mama sampai bila-bila mama tak dapat pi Korea sebab kau sejenis takut naik flight lama-lama. Ok memandangkan mama tengah on diet tapi tekak ni teringin giler nak makan makanan Korea. So google punya google jumpa paling dekat di Bangi iaitu EID Authentic Korean Cuisine. Tengok gambar-gambar makanan dia dekat IG memang woww nampak semua menyelerakan. Jadi mama pun cakap ok today is cheat day tapi tetap kau tak makan nasi. Yer tahu nasi tak bersalah tapi entah la maybe dah terbiasa tak makan nasi selama sebulan so makan jer lah lauk dan sayur pun kenyang.


Untuk pengetahuan korang, restoran EID ini merupakan restoran yang terkenal di Itaewon Korea yang menyajikan menu Korea Asli yang Halal. Restoran EID ini mempunyai 3 branch di Bangi, Damansara Perdana dan juga di Seremban. Oh ya pemilik restoran ini merupakan pasangan Korea yang sudah memeluk agama Islam. Kalau korang rajin terjah IG EID ni mesti korang akan suka tengok owner yang sangat comel dan bercakap bahasa Korea. 

Antara menu yang terdapat di restoran EID ini tak banyak pilihan tapi mama rasa semuanya antara menu-menu yang terkenal di Korea seperti bulgogi, bibimbap, japchae, kimchi stew, ramyeon, dan menu-menu street food yang popular seperti ayam goreng Korea, sotteok, tteokbokki dan juga corndog.


Pilihan menu mama makan kemarin adalah Beef Bibimbap, Dumpling Ramyeon, Spicy Bulgogi, Cheesy Corndog, Soteok Sweet & Spicy dan Green Tea. Oh ya setiap hidangan akan ada dihidangkan dengan side dish iaitu salad dan kimchi. Yang side dish ni korang boleh refill kalau habis. Fuhh sekali sampai nahhh penuh meja kau. Walau namanya agak susah nak sebut hahaha tapi tekak ni nak makan daging tu yang pilih semuanya daging ajer. Iyer mama tengah diet tak makan nasi mama makan lauk dan sayur macam ni dah kenyang sampai penuh perut. Aduhh. Jangan risau yer semua makanan di restoran EID ini semuanya Halal dari Korea Muslim Federation dan di bahagian dapur restoran juga dapat kelulusan dari JAKIM.


Beef Bibimbap ni memang sedap yer. Terdapat nasi di bawahnya dilimpahi dengan kuah serta dipenuhi dengan segala jenis sayur seperti carrot, tauge, sayur bayam, cendawan, telur dadar dan daging. Untuk set Beef Bibimbap ini disertakan dengan semangkuk sup seaweed rasanya. Oh ya nak makan beef bibimbap ni korang kena gaul semua yang ada dalam mangkuk ni kemudian makan. Memandangkan mama tak makan nasi so mama makan lauk dan sayur sebelah atas tu jer. Harga set ini hanya RM22.90 sahaja. Portion makanan ni boleh untuk 2 orang makan yer. 


Untuk menu kedua pula mama pilih Spicy Bulgogi. Set ini disertakan dengan semangkuk nasi putih dan semangkuk sup seaweed. Harga set ini RM22.90. Yang menariknya mama suka daging spicy bulgogi ni rasa pedas daging grill dari Korean Chilli paste dan soy sauce. Memang sedap yer tapi rasa masin sikit ker maybe tekak mama dah lama tak makan garam. hahaha. tapi sedap lah memang mama nak repeat makan spicy bulgogi ni lagi. Memang recommended sangat!!


Menu ke 3 pula mama pilih Korean Ramyeon With Dumpling. Hahah ini terpengaruh drama Korea. Sedap sangat ke Ramyeon ni. Ohh sebenarnya Ramyeon ni macam Maggi tapi yang lainnya ada Dumpling. Bagi yang tak nak makan nasi dan nak makan macam ni boleh la cuba makan Ramyeon ni harga RM14.90. 


Ok ini pulak bagi Qeisya makan. Yang lain semua pedas-pedas so mama bagi dia makan Sweet Spicy Soteok. Ini lah makanan street food yang terkenal di Korea tau. Soteok ni adalah gabungan hotdog dan rice cake deep with homemade yangnyeom and honey sos. Harga soteok ini RM7.90 sahaja.


Yang terakhir mama order Cheesy Corn Sausage atau dikenali corndog yang famous tu hah. Ini kelakar yer sebab semenjak corndog ni viral mama tak pernah rasa nak makan. So hari ni mama cuba la dekat restoran EID. Menarik juga kalau makan corndog ni panas-panas sebab dalamnya ada cheese yang kita makan dan tarik panjang-panjang tu. hahaha. Of coz la mama nak rasa juga sedap mana corndog ni kan. Memang sedap anak mama suka makan corndog ni. Harga corndog cheese ni hanya RM9.90 sahaja. korang boleh cuba makan dekat sini tau.

Hahaha mama pun kunun nak tarik panjang tapi pendek tu jer 


Pertama kali mama makan makanan Korea ni mama dah mula jatuh cinta yer. Yer la selalu tengok menu-menu ni dalam drama Korea jer hahh. Memandangkan makanan Korea dah ada di Malaysia why not kita cuba makan dan boleh pelbagaikan menu tekak kita yer tak. Sebenarnya banyak lagi mama tak makan menu di restoran EID ni. Lepas ni boleh la datang lagi dan cuba menu-menu yang lain seperti Yangnyeom, Dakgangjung, Samyetang, cheese tokpokki, kimchi stew, jimdak dan ayam goreng Korea. Aduhh terliur pula menu-menu semua ni walau nak sebut nama dia punya susah. hahahah.

Untuk maklumat lanjut :-

EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE

8-19-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A
Bangi Sentral
Telefon : 017-310 3227

Dibuka setiap hari bermula jam 11.00am - 11.30pm

Instagram : @eid.korea.my

Love,

AmLife Menganjurkan 'Hari Tidur Sedunia 2020' Dengan 'Better Sleep, Better Life, Better Planet'

$
0
0
Pernah korang tahu tentang wujudnya "Hari Tidur Sedunia"? Pertama kali mama tahu ehh memang wujud yer Hari Tidur Sedunia ni. Kemarin mama berkesempatan menghadiri satu majlis untuk perayaan Hari Tidur Sedunia buat tahun kelima berturut-turut yang dianjurkan oleh AmLife International Sdn Bhd. Anjuran ini bekerjasama dengan Persatuan Tidur Sedunia bagi mengetengahkan pameran kesihatan tidur di Palace of the Golden Horses.


Sebut sahaja tidur adakah kita tidur dengan secukupnya? Adakah kita tidur lena dengan tenang dan nyenyak? Mesti ada kita mengalami masalah sukar tidur sehinggakan kita dapat penyakit imsonia bukan? Oleh itu, AmLife dengan prinsip teguh mereka iaitu"Life, Redefined"mempolopori pergerakan ini untuk membolehkan rakyat Malaysia kekal lebih sihat menerusi tidur yang lebih baik dan lena, dengan demiian menambah baik hidup kesihatan semua orang. 

Bagi tahun 2020 ini merupakan tahun yang kelima pihak AmLife menganjurkan pameran kesihatan tidur sempena "Hari Tidur Sedunia" bersama Persatuan Tidur Sedunia dibawa tema "Menambah Baik Tidur, Kesihatan, Planet" ("Better Sleep, Better Life, Better Planet") untuk menggalakkan kehidupan yang sihat dan berkualiti menerusi tidur yang lebih lena. 


Menurut kata Encik Lew Mun Yee, iaitu Pengasas & Presiden AmLife berkata "Pendidikan mengenai tidur bukan sahaja sentiasa di hati kami dan menjadi falsafah perniagaan kami, tetapi juga semakin penting memandangkan masalah gangguan tidur semakin meningkat pada masa sekarang. Bersama dengan Persatuan Tidur Sedunia, AmLife menganjurkan pameran tidur yang meliputi bengkel dan sesi demo di 3 negara utama iaitu Malaysia, Indonesia dan Taiwan pada tahun ini," kata Encik Lew


Untuk pengetahuan semua ini merupakan fakta penting tentang Hari Tidur Sedunia :-
  • Menurut hasil tinjau selidik Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 27% penduduk di 14 negara dirundung masalah tidur.
  • Menurut Persatuan Tidur Sedunia, trend ganguan tidur semakin meningkat dengan semakin ramai penduduk berdepan dengan masalah ini.
  • 35% rakyat Malaysia mengalami sesuatu bentuk gangguan tidur.
  • Lebih 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada minimum 7 jam tidur dalam tempoh 24 jam dengan sekurang-kurangnya 51% mengalami tekanan berkaitan kerja.
  • 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami sedikit sebanyak insomnia dan satu atau beberapa jenis masalah tidur.
Di majlis sidang media ini, AmLife telah menjemput beberapa penceramah antarabangsa untuk berkongsi kefahaman tentang kesihatan tidur dari Pakar Psikologi Klinikal dari Sydney dan Pakar Psikologi berdaftar dengan Agensi Pengamal Kesihatan Australia (Australian Health Practitioner Regulation Agency) iaitu Cik Rosemary Clancy menerangkan bagaimana tabiat mengamil pil tidur berubah ansur dan kesan jangka panjangnya. 


Mesti ada yang tahu bahawa ancaman maut disebabkan kita kurang tidur yang cukup. Betul masalah sukarnya tidur ini boleh mengakibatkan penyakit bahaya sehingga boleh membawa maut. Antaranya seperti :-

STROK (ANGIN AHMAR) - 4 KALI LEBIH TINGGI
Menurut USA Today, bagi mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari berdepan dengan risiko diserang strok 4 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidur lebih lama.

OBESITI (KEGEMUKAN) - 73% LEBIH TINGGI
Satu kajian yang dijalankan oleh Columbia University mendedahkan bahawa peluang menjadi gemuk adalah 73% lebih tinggi di kalangan orang yang kurang tidur.

KANSER - 47% LEBIH TINGGI
Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kanser Amerika mendapati bahawa kemungkinan mereka yang tidur kurang dari 7 jam sehari mendapat kanser adalah 47% lebih tinggi.

JANTUNG - 1.45% LEBIH TINGGI
Kurang tidur juga boleh membawa kepada infarksi miokardium. Hasil Kajian mendapati bahawa orang yang kurang tidur daripada 5 jam sehari berdepan dengan risiko 1.45 kali lebih tinggi menghidap penyakit jantung arteri koronari.


Tahukah anda bahawa selain daripada persekitaran tidur yang betul, makanan yang betul boleh merangsang tidur yang baik. Menurut kata Encik Kerwin Chen iaitu Pakar Pemakanan / Penyelidika Makanan berkongsi pengetahuan tentang cara untuk mendapatkan tidur yang berkualiti menerusi diet yang sewajarnya dan makanan yang dimasak di rumah.

Jadi kita sebagai manusia haruslah menjaga persekitaran agar lebih bersih diruangan bilik tidur untuk mendapat tidur yang selesa dan lena sepanjang malam. Malah dengan menjaga pemakanan seperti makanan yang sihat dapat memberi kesihatan manusia agar lebih mudah tidur setiap malam. 



Setelah bertapak kukuh dalam industri tidur ini, AmLife mendedahkan rancangan untuk memantapkan lagi kedudukannya sebagai pakar tidur mutlak. Syarikat AmLife mempunyai strategi dan pelan perniagaan dalam pasaran tidur. AmLife telah melancarkan teknologi seni tidur baharu yang canggih bermula dengan siri AmPower Platinum serba baharu dan AmPower Platinum Heat Sleep Mask (Topeng Tidur), AmPower Platinum Beautifly Pillow (Bantal) dan AmPower Platinum Blanket (Selimut). Rangkaian teknik anti penuaan Platinum dari Jepun ini membantu melengahkan sel penuaan dan menjadikan kulit menjadi awet muda serta membantu pengguna dapat mengekalkan keremajaan & kesihatan badan menerusi kebaikan tidur. 


Dengan adanya kempen Hari Tidur Sedunia ini sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seharian kita. Tahniah sekali lagi kepada AmLife kerana telah mencipta dan memasarkan barangan Penjagaan Kesihatan Peralatan Tidur bagi membantu masyarakat zaman sekarang yang susah hendak tidur malam. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman www.amlife.com.my

Love,

SeraiMas Kurma Hidayah Plus | Dapat Membekalkan Nutrisi & Tenaga Sepanjang Hari

$
0
0
Sebagai seorang yang tengah berdiet bagi menurunkan berat badan dan sebenarnya mama juga berhenti pengambilan gula dalam minuman seharian. Oleh disebabkan itu, mama kekurangan tenaga kerana mama hanya mengamalkan pengambilan protein dan juga sayuran dan juga buah-buahan dalam hidangan seharian mama. Mama akui badan mama jadi lemah dan kurang bertenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Jadi mama perlukan tenaga dari minuman supplement yang lulus bagi orang yang diet seperti mama. Mama diperkenalkan dengan jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus untuk menambah tenaga mama.


Mesti ramai yang pernah dengar mengenai produk SeraiMas dengan tagline Raja Segala Herba. SeraiMas Kurma Hidayah Plus merupakan produk keluaran SeraiMas Herbs Sdn Bhd yang sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan 6 formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tin, Kismis, Goji dan Delima. Formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta mencergaskan tubuh badan.

Yang menariknya bahan terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah Plus bebas daripada gula sintetik, tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi maka jus ini sangat sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia termasuklah bagi orang yang tengah berdiet macam mama. Jus ini bukan sahaja untuk memberikan tenaga sahaja malah boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti gastrik, batuk, sembelit, sengugut, kencing manis, migrain, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi dengan izin Allah.


Antara nutrisi lengkap bahan semulajadi dalam SeraiMas Kurma Hidayah Plus :-
  • Bahan semulajadi
  • Selamat dengan Sijil Halal dan sijil KKM
  • Bebas Gula
  • Pemanis Semulajadi
  • Meningkatkan Tenaga
  • Bebas kolestrol
  • Melindungi bakteria baik
  • Penyelenggaraan kesihatan kesuluruhan untuk organ 
  • Mudah untuk mengambil dan larut dalam bentuk cecair
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk
Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini sangat sesuai diamalkan bagi lelaki dan wanita terutamanya ibu-ibu mengandung, selepas bersalin, kanak-kanak seawal usia 2 tahun bagi membantu menyihatkan kecergasan pemikiran kanak-kanak.


Faktor utama mama amalkan Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini mama kekurangan tenaga disebabkan :-
  1. Dehidrasi | Dehidrasi dapat membuatkan kita merasa lesu dan letih untuk konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar.
  2. Penggunaan gadget sehingga larut malam | Bagi yang kerap menggunakan gadget sebelum tidur sangat berpengaruh terhadap otak dan membuatkan kita susah untuk tidur. Selain itu, pencahayaan dari skrin gadget juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan kita rasa letih keesokan harinya.
  3. Kekurangan zat besi | Mineral Zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh kita. Jika kita kekurangan zat besi, tubuh kita akan rasa letih. Jadi jika zat besi terlalu rendah boleh menyebabkan anemia.
Antara solusi jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini mengandungi :-
  • Kurma - mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semulajadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi serta vitamin.
  • Madu - Satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. Madu juga membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen dalam badan seseorang. Sudah tentu oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.
  • Goji - Vitamin B Komplex amat diperlukan kerana menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.

Panduan dan cara pengambilan Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini seperti berikut :-
  1. Diambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong
  2. Dewasa : 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml) samada sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
  3. Kanak-kanak : 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml) samada sebelum makan pagi atau makan tengahari dan sebelum makan malam
  4. Goncang dahulu sebelum diminum
  5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30'c
  6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan yang lain, sila jarakkan pengambilan selama satu jam
  7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari
Sebaik-baiknya bagi yang ingin mengamalkan jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini didahulukan dengan bacaan Selawat 2X, bacaan surah Al-Fatihah dan niat masalah yang dihadapi agar sembuh dengan izin Allah.


[REVIEW MAMA]

Setelah 2 minggu mama amalkan Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini mama lebih rasa bertenaga untuk menguruskan keluarga tanpa rasa letih. Disamping itu, mama lebih cergas untuk melakukan senaman setiap hari untuk mama lebih sihat. Yang paling mama suka adalah rasa jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini tidak pekat dan yang menariknya tidak manis serta dapat rasa herba yang sangat sedap. 

Sangat recommended bagi semua peringkat umur terutamanya seperti mama yang cut gula dalam badan tapi mama dapatkan gula untuk memberikan tenaga dengan jus ini agar mama tidak rasa mengantuk, memberi tenaga dan menambahkan stamina bagi yang menggunakan tenaga untuk aktiviti seharian. Selain itu juga, jus ini membantu menguatkan daya ingatan dan meningkatkan daya kecergasan berfikir anak-anak mama.

Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini sangat lengkap kerana :-
  • Tiada gula sintetik
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang lebih cekap
  • Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahan-bahan yang terlarang
  • Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan produk yang mesra pengguna.
Jadi jangan risau Jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini diiktiraf selamat oleh :-
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Halal dari JAKIM
  3. Amalan Perkilangan Baik
  4. Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020
  5. Pensijilan MAL : MAL18076086TC

Mesti ramai yang teruja dengan jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus ini kerana ia makanan tambahan mampu milik kerana ia dapat membekalkan tenaga dan nutrisi yang lengkap bagi setiap tubuh badan seseorang. Malah bukan itu sahaja jus ini boleh dijadikan kercergasan fizikal dan mental disamping dapat memberikan kesihatan yang sihat seisi keluarga. Manakala harga jus SeraiMas Kurma Hidayah Plus sangat mampu milik iaitu RM25.90 sahaja bagi sebotol 270ml.

Kepada yang berminat untuk produk-produk Kurma Hidayah Plus ini boleh didapati di farmasi Caring, toko-toko jamu berdekatan dengan anda. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Email : info@seraimas.my
Whatsapp : +6013-782 5282


Love,

7 Hidangan Ramadan yang Mesti Dicuba Di Rumah

$
0
0
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Inilah masa untuk kita semua menjalani ibadah puasa dan menikmati pelbagai juadah yang enak. Namun, bukan mudah untuk kekal sihat apabila kandungan gula dan lemak yang tinggi dihidang dalam makanan yang dijual. Orang ramai yang bersesak-sesak pada waktu puncak pula membuatkan urusan membeli juadah Ramadan satu perkara yang melecehkan.


Jadi, apa yang korang boleh buat untuk memenuhi keinginan menikmati kuih-muih semasa Ramadan yang biasa dibuat oleh nenek? Kita buat sendiri!

Semua hidangan ini mengandungi santan yang terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan rasa lemak berkrim yang enak. Ianya telah diuji dengan menggunakan Santan Ayam Brand yang hadir dalam tiga variasi iaitu Santan, Santan Trim (45% kurang lemak) dan Santan Super Light (75% kurang lemak berbanding Santan Ayam Brand) bersama resepi yang diambil daripada http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Untuk memastikan kandungan lemak lebih rendah, tiada satu pun hidangan ini yang digoreng. Kebanyakan resepi ini mempunyai rasa manis yang sederhana. Tetapi jika korang sedang diet kurang gula, kurangkan sahaja rasa manisnya.

1. Bubur Jagung


Pencuci mulut yang paling senang pernah kami cuba. Cuma masukkan ramuan mengikut turutan, kacau dengan kepanasan sederhana sehinggalah bubur siap. Kemudian, letakkan ke dalam mangkuk. Taburkan dengan jagung manis. Enak dinikmati ketika panas dan menyegarkan apabila dimakan sejuk. Jika anda boleh kacau periuk tanpa sebarang insiden, anda boleh buat bubur ini!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: 4
Tahap kemahiran: 1/10

2. Bubur Kacang


Bubur yang sedikit manis, kaya dengan serat dan protein ini cukup enak sebagai juadah berbuka puasa. Bubur kacang boleh dinikmati begitu sahaja jika anda tidak ada masa untuk menyediakan juadah yang banyak. Hidangan ini terdiri daripada kacang, sagu, jagung, santan dan pandan untuk rasa yang enak. Rendam kacang semalaman untuk menjimatkan masa memasak. Masukkan semua ramuan itu ke dalam satu periuk besar dalam turutan yang betul, kacau, reneh dan ia sedia untuk dimakan!

Tempoh memasak: 20 minit
Hidangan untuk: 4
Tahap kemahiran: 1/10

3. Puding Jagung


Juadah ketiga ialah puding jagung manis. Masukkan ramuan mengikut turutan ke dalam periuk besar, kacau, kacau dan kacau dengan api kecil. Masukkan ke dalam acuan atau bekas kaca yang rata, masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Potong kecil sekiranya perlu. Sebelum hidang, taburkan dengan keju parmesan untuk rasa masin dan berkrim.

Tempoh memasak: 30 minit
Hidangan untuk: 12
Tahap kemahiran: 1/10

4. Kuih Talam


Seterusnya ialah kuih talam. Kami letakkannya di tempat keempat kerana kuih dua lapis ini agak mencabar untuk dibuat, tetapi usaha itu berbaloi kerana rasanya sedap! Satukan ramuan untuk lapisan atas, letakkan di atas talam dan stim selama 10 minit.

Untuk lapisan bawah, bancuh ramuan kedua, tuang berhati-hati ke dalam talam yang sama sehingga hampir penuh dan stim sekali lagi selama 20 minit. Untuk rasa yang lebih ringan gunakan Santan Super Light. Biarkan sejuk. Potong kecil atau hidangkan dalam saiz berasingan. Hiaskan dengan jagung manis dan kelapa parut untuk jadikannya lebih menarik!

Tempoh memasak: 1 jam
Hidangan untuk: 12
Tahap kemahiran: 3/10

5. Agar Agar Buah


Hidangan kelima adalah satu jenis hidangan yang dinantikan apabila anda menjemput ahli keluarga dan rakan untuk berbuka puasa! Bagaimanapun, ini merupakan satu lagi kuih dua lapis yang sedap daripada acuan berbeza. Maksudnya, lebih banyak masa dan pinggan mangkuk yang perlu dibasuh selepas itu. Hasilkan jeli laici yang jernih mengikut resepi, tuangkan ke dalam acuan, kemudian tambah pilihan buah-buahan segar. Biarkan selama 20 minit.

Sementara itu anda boleh sediakan lapisan jeli santan pandan yang berkrim. Tuangkannya di atas jeli buah, biarkan ia sejuk sedikit sebelum masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan daripada acuan sebelum hidangkannya di atas pinggan. Cantik, sedap dan sihat dengan buah-buahan yang kaya dengan serat dan santan yang berkrim. Memang berbaloi!

Tempoh memasak: 2 Jam
Hidangan untuk: 6
Tahap kemahiran: 3/10

6. Kuih Serimuka


Memerlukan lebih banyak kemahiran di hidangan keenam iaitu kuih yang terdiri daripada lapisan pulut dan kastard santan. Rendam pulut selama setengah jam sebelum masukkan ramuan lain termasuklah santan untuk lapisan pulut, kemudian stim selama 20 minit.

Sementara itu, siapkan lapisan kastard kelapa sebelum kukus di atas air yang mendidih sehingga ia sedikit pekat. Jangan masak di atas api untuk mengelak ia menjadi seperti telur dadar! Kacau campuran pulut, tekan supaya ia menjadi bentuk, kemudian tuang kastard di atasnya. Stim selama 30 minit lagi. Biarkan sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Tempoh memasak: 1 jam Hidangan untuk: 6 Tahap kemahiran: 5/10

7. Kuih Kaswi Labu


Kuih Kaswi Labu ialah kuih yang sihat untuk penggemar labu. Ia jarang dijumpai di bazar kerana ia sukar dibuat. Stimkan labu, lenyek dan sejukkan. Buat satu ‘pelekat’ menggunakan tepung ubi dan serbuk agar-agar kemudian tambah labu lenyek yang sudah sejuk, santan dan bahan lain. Kacau sehingga ia membentuk tepung sadur yang licin. Tapis untuk asingkan ketulan sebelum tuang ke atas talam atau acuan sendiri. Kukus selama sejam, sejukkan dan potong empat segi jika perlu. Tabur kelapa parut. Sedap!

Tempoh memasak: 1 jam 40 minit
Hidangan untuk: 15
Tahap kemahiran: 5/10

Psssstt… rebut peluang untuk memenangi hadiah menarik jika korang membuat kuih-muih ini. Kongsikan di Instagram atau Facebook dan tag @ayambrandmy di Instagram atau @ayambrandmalaysia di Facebook, sertakan hashtag #beRAYAmbrand. Beritahu kenapa ia merupakan hidangan kegemaran korang semasa Ramadan atau Raya. Peraduan bermula pada 5 April dan berakhir 14 Jun dengan 16 hadiah mingguan dan dua hadiah utama untuk dimenangi!

Dapatkan semua resepi ini dan banyak lagi di http://www.ayambrand.com.my/raya2020 .

Love,

    ARGANIA Baby Dengan Prebiotic Sesuai Untuk Kulit Bayi Baru Lahir

    $
    0
    0
    Kalau korang peratikan banyak sangat produk baby care yang berada di pasaran. Tapi adakah produk baby care ini selamat untuk bayi? Benda begini lah kita memilih untuk produk baby care yang organik dan semulajadi. Kali ini mama nak sharing dengan korang satu produk terbaru untuk penjagaan baby care dengan prebiotic iaitu Argania Baby.


    Masa mula mama dapat produk Argania Baby ni mama ingatkan produk dia banyak. Selalu produk penjagaan baby mesti ada mandian badan, shampoo rambut, lotion, bedak, cream, minyak dan sebagainya. Tapi menariknya produk Argania Baby ni hanya ada 3 produk sahaja untuk kegunaan penjagaan kulit bayi. Produk Argania Baby ini terdiri daripada :-
    1. Argania Baby Top To Toe Cleanser
    2. Argania Baby Natural Soothing Moisturiser
    3. Argania Baby Natural Irritable Skin Cream
    Kesemua produk Argania Baby direka untuk menjaga kulit dan kulit kepala menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Sudah tentunya produk Argania Baby ini bebas daripada parafin, paraben dan phenoxyethanol. Yang lagi menarik baby care Argania Baby ini diformulasikan dengan teknologi baru dengan menggunakan bahan prebiotik untuk menjaga dan memperbaiki keadaan kulit. Prebiotik ini dapat membantu mengimbangi ekofilia pada kulit bayi agar menjadikannya sihat dan ia juga berbau wangi.


    Argania Baby Top to Toe Cleanser

    Kelebihannya :
    • Bebas Paraffin, paraben dan phenoxyethanol serta pH BALANCED
    • Sesuai untuk bayi, kanak-kanak dan juga dewasa
    • Bertindak sebagai anti gatal dan antioksidan untuk kulit bayi
    • Sesuai untuk kulit yang sensetive
    • Membantu melembapkan dan menenangkan kulit

    Kegunaan Argania Baby Top to Toe Cleanser ni memudahkan seorang ibu seperti mama kerana 2 in 1. Boleh guna dari kepala ke hujung kaki. Dari segi tekstur liquid sangat lembut dan tidak banyak buih itu tandanya cleanser ini sangat organik dan semulajadi. Wangian cleanser ni wangi oat dan tidak memedihkan mata bayi. Bukan anak mama jer guna dengan mama sendiri pun guna cleanser ni pada badan mama yang ada eczema tu. Nampak kurang la sedikit gatal pada bahagian eczema tersebut.

    Harga Argania Baby Top to Toe Cleanser : RM39.00


    Argania Baby Natural Soothing Moisturiser

    Kelebihannya :
    • Sangat sesuai untuk kulit sensetive dan jerawat
    • Dapat menyembuhkan dan mengembalikan kandungan kelembapan kulit
    • Diperkaya dengan antioksidan dapat membantu mengurangkan jerawat dan parut kecil
    • Digunakan untuk merawat lesu kulit kerana tindakan emolien dan menenangkan
    • Membantu mengelakkan garis halus dan kedutan di wajah. Ini sesuai untuk dewasa yang mengalami masalah penuaan sebelum usia

    Bagi Argania Baby Natural Soothing Moisturizer mama paling suka guna untuk Qeisya selepas mandi. Sebab mama sejenis tidak suka pakaikan bedak pada dia tapi mama akan sapu soothing moisturizer ni seluruh badan dia. Bukan sahaja kulit Qeisya lembut, tidak kering malah melembapkan kulit dia sepanjang hari. Heheh yang ni mama pun tumpang sekaki guna. Wangi rasa macam nak makan jer. Bau of coz la wangi dan lembap tangan. Lepas ni mama nak cuba guna dekat parut jerawat mama pulak. 

    Harga Argania Baby Soothing Moisturizer : RM55.00

    Qeisya paling layan yer kalau mama pakaikan Natural Soothing Moisturizer

    Argania Baby Natural Irritable Skin Cream

    Kelebihannya :
    • Membantu melegakan kulit merah, kering dan gatal
    • Mengurangkan kegatalan 
    • Membantu mengekalkan kulit terhidrat dan mengekalkan kelembapan
    • Pencegahan ruam lampin
    • Membantu pulihkan kulit kasar
    • Anti-bakteria

    Yang ni walau ia kecil-kecik cili padi tapi memang power yer Argania Baby Natural Irritable Skin Cream. Rasanya cream ni dah jadi hak mama sebab mama sapu dekat bahagian eczema mama memang mujarab sungguh. Kering dan tak gatal la eczema dekat siku tu. Mama cuma kena rajin sapu untuk mengekalkan kelembapan eczema sehingga kering. Tekstur cream cukup lembut, mudah menyerap ke dalam kulit dan yang penting wangi yer.

    Harga Argania Baby Natural Irritable Skin Cream : RM39.00


    Mesti ada yang tertanya kenapa produk baby care Argania Baby dengan prebiotic ini sangat sesuai untuk kulit bayi. Prebiotic ialah makanan bagi bakteria baik kerana prebiotic ini dapat :-
    • Merangsang organisme mesra, organisme yang berbahaya dikurangkan
    • Meningkatkan pertumbuhan kulit tanpa rangsangan bakteria bahaya
    • Sesuai dan selamat untuk hypo alergen dan sensetif
    • Inulin dan alpha-glucan oligosaccharide
    • Menjadikan organisma mesra bagi dalam kulit seimbang dan mengurangkan penyerang yang berbahaya

    Kemahin seronok yer Qeisya guna produk Argania Baby ni. Selalu sangat mama tengok dia ambik picit lotion moisturizer tu dekat tangan dia. Habis dia sapu ke lengan dan seluruh muka. Mama yakin dengan produk ni selamat so mama biarkan jer dia guna sendiri. Oh ya bagi yang beli 3 produk Argania Baby ni hanya RM133.00 sahaja. Dengan hanya 3 penjagaan kulit sahaja dapat menjaga kulit serta melembapkan kulit dari sebarang masalah. Jadi mama recommended ibu-ibu di luar dapatkan set ini kerana ia selamat, semulajadi, organik dan bebas dari bahan terlarang.

    Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

    Facebook : Argania HQ
    Instagram : @arganiahq

    Love,

    'The New Glide' Perkenalkan Glide Lubricants Dengan Wajah Baru Keluaran Bumiputera

    $
    0
    0
    Kini terdapat pelbagai jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran. Namun, pastikan anda memilih minyak pelincir yang sesuai serta berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta anda!


    Baru-baru ini Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk barunya iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

    Majlis pelancaran “ The New Glide” itu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd.


    Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ini ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants. 

    Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.


    MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan.

    MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.


    Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC). 

    Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.


    Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa. 

    Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.


    Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan. 

    Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00. 

    Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my

    Maklumat lanjut boleh layari : 

    Facebook : glidelubricants 
    Instagram : @glide.lubricants 

    Love,

    EMPOWER With JOY Campaign

    $
    0
    0

    1. JOYLEE™ will launch the Empower with Joy Campaign from the 1st of March 2020 till 31 of March 2020 in conjunction with International Women’s Day to spread the awareness of women empowerment and breaking the stigma towards women of all walks of life.



    “Women today are still constantly facing patriarchy, sexism, inequality and there seems to be no true end to it” says Olivia, the founder of JOYLEE™. “The daily struggles, sacrifices and contribution to society of women shall not be forsaken or looked over any longer”.

    Throughout this campaign, the aim is to inspire more women out there to drive themselves to be more successful and teach the younger generation of women the importance of self-worth. That way, we can successfully motivate women to live life full of joy no matter the circumstances.

    The campaign T-shirt will be launched as well with the unique design of our ‘JOY’ hand sign which symbolizes a joyful smile that we want to bring to all women that have been struggling and to show appreciation for their contribution to the society as strong independent women. The T-shirt will be launched together with our new promotion packages where all profits from each T-shirt will be donated directly to NGOs/charity supporting women in crisis.


    JOYLEE’s has been founded since 2017 and we envision an enjoyable experience when it comes to parenting together with us! Other than that, JOYLEE’s mission has always been to empower every family to grow up with joy by easing the transition of being a parent and provide guidance in every step to build a joyful family with our very own innovated products, education and workshop.


    For more information about this topic :

    Website : www.joylee.co 
    Email : marketing@joylee.co
    Hotline : +60 16-263 7743 

    Love,

    Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!

    $
    0
    0
    Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


    Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

    Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!


    Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!
    • BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
    • Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
    • Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!


    Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook : @Pringles Malaysia.

    Love,

    #StayAtHome with Antabax

    $
    0
    0
    The Prime Minister has announced that beginning March 18, 2020 and until the end of the month, the entire country will be on a movement control order to help to curtail the spread of Covid-19.

    Globally, the first line of defence for communicable diseases, Covid-19 is to wash hands frequently, or sanitise with an alcohol-based hand sanitiser if hands are not visibly dirty to kill germs on hands avoid transferring these germs to the face, mouth or nose where they are more easily get into the respiratory system.


    “Hand washing is a crucial precaution the public have to take now. We understand the difficulty to purchase the products at this moment, as our team is working really hard to replenish the stocks at the retailers. We are encouraging the public to opt for bar soap, where liquid soap is not available as both product formats provide similar effect for hand wash, kills up to 99.9% of harmful germs,” said Francis Ng, Senior General Manager, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd.

    Avoid Counterfeit and Understand the Flammable Risks 
    The brand urges the public to only purchase the products from the retailers such as Caring, Guardian, Watsons, other pharmacies nationwide. The brand has noticed counterfeit hand sanitiser with the resemble of Antabax brand, of which further action underway.


    “There was a viral post circulating on social media on danger of alcohol-based hand sanitiser. Antabax hand sanitiser spray contains 67% alcohol, whereas the hand sanitiser gel contains 65% alcohol.” added Ng.

    Centers for Disease Control and Prevention (CDC)[1] said that many studies that sanitisers with an alcohol concentration between 60%-95% are more effective at killing germs than those with a lower alcohol concentration or non-alcohol based hand sanitisers.

    According to World Health Organization[2], all alcohol-based products are potentially flammable and therefore should be stored away from high temperatures and flames. The benefits of the alcohol in terms of infection prevention far outweigh the fire risks.


    Shower with Soap 
    Antabax encourages Malaysian to take the advice given by Ministry of Health[3] on taking shower with soap, and wash whole body after shopping for the essentials, and then only to have contact with family members. Antabax shower cream comes with various variant kills up to 99.9% of harmful germs.

    Be a part of the community and know more on Antabax latest campaigns and initiative by visiting Antabax official Facebook page at www.fb.com/NewAntabax or @antabax on Instagram.

    Love,

    Survey Taska & Tadika Terbaik Untuk Qeisya Di Anak Pintar Centre

    $
    0
    0
    Tahun depan anak mama Qeisya dah masuk 5 tahun. So inilah masanya mama sedang buat survey mencari tadika yang terbaik dan harga berbaloi untuk dia. Semestinya sebagai seorang ibu mahukan pendidikan dan juga tempat yang selamat bagi Qeisya belajar selama 2 tahun nanti. Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan Anak Pintar Centre. Pasti ada yang belum pernah dengarkan tadika ini. Ok jom mama cerita lebih lanjut mengenai Anak Pintar Centre. 



    Taska Anak Pintar merupakan sebuah institusi kecil yang ditubuhkan pada bulan Jun 2003. Pada peringkat awal operasi, terdapat pelajar seramai 40 orang dan mempunyai 6 orang kakitangan yang terlibat. Hasil sokongan dan usaha murni untuk memajukan perniagaan ini syarikat kini telah beroperasi selama hampir 15 tahun 2017/18 dan mempunyai 500 orang murid dan kakitangan seramai 47 orang. Terdapat 10 cawangan yang strategik, sekitar negeri Melaka, Nilai dan juga Kajang Selangor. Taska dan Pusat Jagaan juga mendapat sokongan yang cukup baik daripada ibubapa sejajar dengan misi Taska dan Pusat Jagaan ini yang ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik, membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

    Antara objektif Anak Pintar Centre ini diwujudkan adalah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
    • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu 
    • Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. 
    • Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
    • Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

    Menariknya taska di tempat kerja sektor awam ini diterjemahkan kepada Taska Anak Pintar adalah sebuah taska yang di yakini berdasarkan sepanjang 15 tahun dan beroperasi hampir 90% di semua agensi kerajaan. Anak Pintar Centre ini diberi kepercayaan bagi melaksanakan serta menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan agendi khususnya dengan harga berpatutan dan pada masa yang sama menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak. Malah ia juga dapat menyakinkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sini dan diperakui oleh JKM.

    Pelbagai program yang disediakan di Anak Pintar Centre ini mempunyai silibus serta berdasarkan KSPK - Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Tadika). Manakala program KBAT untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bagi kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak di sini terjamin kerana guru disini telah mendapat kelulusan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jadi mereka sudah terlatih dan program untuk anak-anak teroka dengan gaya pembelajaran yang menarik, mudah dan berkesan.



    Kadar yuran yang sangat flexible dan berpatutan sekitar RM450.00 seorang mama rasa harga yang dikenakan cukup berbaloi dengan kemudahan yang disediakan di Anak Pintar Centre. Umur yang sesuai untuk dihantar ke taska dan tadika ini bermula dari umur 3 bulan sehingga 6 tahun. Antaranya seperti ruangan yang bersih, ceria dan lengkap dengan keselamatan CCTV agar anak-anak kita disini selamat dibawah penjagaan mereka.


    Dengan pembelajaran yang menarik di Anak Pintar Centre ini mereka diberi pembelajaran dari kecerdasan hati yang memberi kesan terus kepada kebijaksanaan yang lain seperti intelektual, sosioemosi, kerohanian, fizikal dan daya juang. Jadi diantaranya mereka dapat belajar pelbagai aktiviti dan menjadi anak pintar seperti Chef Cilik, Karnival Usahawan, Islamik, Hafazan, Haji Cilik, Renang, Memanah, Menunggang Kuda Kerjaya Impian, Keselamatan, Lawatan Pendidikan, Kesihatan, Persekitaran Hijau, Kitar Semula, program bersama agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang ada ini sangat terbaik untuk kanak-kanak menerokainya.

    Di Anak Pintar Centre ini juga terdapat transit kanak-kanak yang mengasingkan bangunan antara lelaki dan perempuan dalam 1 kawasan yang sama. Jadi ia sangat fleksible dan mudah menguruskan anak-anak yang transit di sini. Manakala yuran transit kanak-kanak pula adalah RM250 seorang dengan pakej transport ke sekolah agamanya pula. Mama rasa ibu bapa tidak perlu risau tentang ini dan ianya sangat berbaloi dan memudahkan ibu bapa.


    Anak Pintar Centre ini beroperasi sekitar bangunan Kerajaan yang berhampiran dengan tempat kerja kakitangan. Antara Anak Pintar Centre yang berada di bangunan hospital seperti :-
    1. Hospital Permai Kempas, Johor
    2. Hospital Besar Segamat
    3. Hospital Besar Melaka
    4. Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
    5. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
    Selain daripada hospital turut terdapat di bangunan kerajaan yang lain iaitu :-
    • USIM Nilai
    • UNITEN Kajang
    • Kompleks Kementerian Dalam Negeri Damansara
    • Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya
    • Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu
    • Menara LHDN Melaka
    • Kompleks PKNM Melaka
    • Masjid Al-Azim Melaka
    • UITM Lendu Melaka
    • Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

    Antara komen-komen ibu bapa di facebook Anak Pintar Centre semuanya recommended dengan Anak Pintar Centre ini. Manakala maklum balas pelanggan iaitu Dr Hasni Bt Zainuddin merupakan seorang Ahli Perubatan di Hospital Melaka menyatakan beliau cukup berpuas hati dengan Anak Pintar Centre kerana harga taska dan tadika paling murah dari tempat yang lain. Dengan kemudahan ruang bayi, CCTV yang banyak dapat memantau anak-anak agar mereka selamat. Selain itu, taska berdekatan dengan tempat kerja dan beliau tidak perlu risau keselamatan anaknya.


    Dengan pemilihan taska dan tadika yang terbaik, murah dan berdekatan dengan tempat kerja sangat memudahkan ibu bapa untuk bekerja dengan tenang. Jadi ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak yang mengikuti pembelajaran disini malah mereka dijamin selamat apabila transit di Anak Pintar Centre. Dari survey mama mengenai Anak Pintar Centre ini adalah harga berpatutan dan yang paling penting ianya berdaftar dengan JKM. Bagi ibu bapa diluar sana yang sedang mencari taska dan tadika boleh la cuba Anak Pintar Centre yang berhampiran tempat kerja.

    Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


    Love,

    Duduk Rumah, Shopee Hantar

    $
    0
    0
    Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April. 

    Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli- belah atas talian tanpa bimbang. 


    Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.

    Bagi mereka yang memerlukan suntikan semangat, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.


    Tandakan kalendar anda untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.

    Anda tidak mahu ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah https://shopee.com.my/44

    Love,

    Celebrate Xiaomi Mi Fan Festival 2020 on Shopee

    $
    0
    0
    Global technology leader Xiaomi unveils the global Mi Fan Festival 2020 with a special Redmi Note 9S exclusively on Shopee. The Redmi Note 9S comes in a Limited Edition Grey variant for the 6GB + 128GB model.


    In conjunction with the Mi Fan Festival 2020, this limited edition Redmi Note 9S with only 2020 units available worldwide will also have the Mi Fan Festival 2020 logo engraved on the back of the phone. Mi Fans can get their hands on the 6GB + 128GB Global Version Redmi Note 9S for RM899 (RRP: RM949) when they purchase it on Shopee, and receive a complimentary Xiaomi Mi Smart Band 4 worth RM149.

    The celebration just keeps getting better. Happening from 7 to 9 April, the Mi Fan Festival 2020 gives a whole lot more savings back to Mi Fans in Malaysia with mouth-watering deals up to 80%. Stretch the Ringgit further and grab popular Xiaomi products at an exclusive price on Shopee.


    On 7 April, stay tuned for Xiaomi’s special Shopee Live session showcasing the new Redmi Note 9S as well as other Xiaomi gadgets happening at 1PM and stand a chance to win a Limited Edition Redmi Note 9S! Mi Fans can also claim voucher from the store to enjoy RM10 off your bill with a min spend of RM100.

    From 7 April onwards, celebrate Mi Fan Festival 2020 on Shopee via https://shopee.com.my/m/mi-fan-festival 

    Love,

    Selangor Maritime Gateway (SMG) Menjemput Warga Malaysia #DudukRumah Untuk Berfikir Mengenai Kebersihan Sungai Melalui Pertandingan Komik Strip

    $
    0
    0
    Kami mencabar rakyat Malaysia yang berada di rumah semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk menguji bakat artistik mereka - di dalam pertandingan komik ‘SMG Water You Doing?’.

    Peraduan ini menyeru orang ramai untuk menggunakan masa lapang yang diberikan untuk berfikir mengenai keadaan sungai dan menunjukkan cara bagaimana kita mampu lebih bertanggungjawab ke atas penjagaan sungai untuk masa depan yang lebih baik.


    Dianjurkan oleh Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), syarikat yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai pemaju utama untuk melaksanakan projek bagi memberikan nafas baru kepada Sungai Klang, pertandingan ini meminta peserta untuk berkongsi pendapat mereka berdasarkan salah satu daripada tiga subjek - Hentikan Pencemaran Sungai, Jadilah Penjaga Sungai atau Sungai Bersih, Masa Depan Kita.

    "Sejak bulan lepas, kami perasan terdapat peningkatan sampah jenis baru di dalam sungai, antaranya topeng muka, sarung tangan pakai buang dan botol sanitiser kecil, selain sampah lazim seperti bahan pembungkusan makanan pakai-buang, kotak minuman dan botol plastik,"kata Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin.

    Walaupun barang-barang terbuang yang baharu itu dianggap perlu untuk keselamatan peribadi dan kebersihan seperti yang dinasihati oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, rakyat perlu juga mengamalkan kaedah pelupusan yang betul. Barangan ini perlu dibuang ke dalam tong sampah dan tidak dibuang merata-rata, di mana ia boleh tercampak ke dalam longkang yang akhirnya mengalir ke dalam sungai, lalu menyumbang kepada pencemaran sungai. Peraduan ‘SMG Water You Doing?’ berharap dapat mengingatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga sungai di samping kita menjaga keselamatan diri.

    Peraduan ini memerlukan peserta berkongsi komik mereka di akaun Instagram masing-masing bersama hashtag ‘#SMGWaterYouDoing’ sebelum 22 April 2020. Penyertaan boleh dibuat secara lukisan tangan atau digital dalam satu hingga lima kotak panel, sama ada berwarna atau hitam & putih.

    LLSB akan memberi ganjaran bagi komik yang paling popular berupa hadiah wang tunai sebanyak :-
    1. RM2,000 untuk tempat pertama
    2. RM1,000 untuk tempat kedua 
    3. RM500 untuk tempat ketiga
    4. Hadiah saguhati sebanyak RM100 seorang.
    Untuk terma & syarat penuh, sila layari 


    Love,

    7 Hidangan Cepat & Mudah Sempena PKP dari Ayam BrandTM #DudukRumah

    $
    0
    0
    Anda telah menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19 dengan #dudukrumah sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada antara anda yang sudahpun menyajikan hidangan yang sama sebanyak dua kali atau lebih sepanjang tempoh PKP ini kerana ketandusan idea masakan. Malahan, khidmat pesanan makanan atas talian tidak menarik perhatian dan kos penghantaran agak mahal.

    Apa yang boleh anda lakukan?

    Mari sama-sama mencuba resipi mudah dan cepat ini dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Hidangan ini adalah ringkas dan memerlukan penyediaan bahan masakan yang minimum. Padankan dengan pilihan karbohidrat untuk melengkapkan hidangan. Jika anda tidak mempunyai bahan yang dinyatakan, gunalah apa saja yang ada mengikut citarasa anda. Tiada dapur api atau ketuhar? Anda boleh gunakan Ketuhar Gelombang Mikro di rumah untuk menyediakan beberapa hidangan ini.
    • Pan Kacang Panggang dengan Telur

    Anda mempunyai satu tin kacang panggang, telur dan beberapa rempah asas? Anda boleh menyediakan kacang panggang dengan telur ini di dalam pan. Kacang panggang dan telur adalah sumber protein yang baik, mengandungi zat vitamin dan mineral. Kombinasi kacang panggang Ayam Brand™ yang manis dan telur sangat enak. Malahan, anda hanya perlu mencuci satu pan sahaja selepas makan.

    https://www.ayambrand.com.my/one-pan-baked-beans-with-eggs.html
    • Pizza Tuna

    Roti sememangnya sukar untuk didapati semasa PKP ini namun sekiranya anda berjaya mendapatkan roti jadikannya hidangan pizza tuna. Guna Ayam Brand™ tuna yang ada, sapukan sos tomato di atas roti. Taburkan keju mengikut citarasa anda dan tambah sedikit jagung manis Ayam Brand™ atau bahan lain. Bakar dalam ketuhar atau panaskan sehingga keju cair. Sangat puas hati.

    https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/866-tuna-pizza.html
    • Nasi Lemak Pandan

    Nasi, santan Ayam Brand™ dan daun pandan yang tanam di laman rumah. Tiga bahan asas yang diperlukan untuk menyediakan nasi lemak pandan yang harum dan menyelerakan terus dari periuk nasi anda. Hidangkan apa jua lauk dengan nasi lemak pasti lebih enak.

    https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video/143-coconut-rice-with-pandan-leaves.html
    • Pasta Sardin

    Seminggu anda telah menikmati roti untuk sarapan pagi, nasi pada waktu tengah hari dan makan malam. Cubalah pasta ini yang mudah dengan Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand™. Sedap, lengkap dan unik bersama hirisan daun selasih. Mmmm. 

    • Kari Mackerel

    Tidak pernah masak kari tapi anda teringin untuk makan masakan kari? Mackerel dalam sos tomato Ayam Brand™ dimasak kari adalah hidangan ringkas dan anda juga boleh menjadikannya dua hidangan hanya dengan menggunakan satu tin. Tambah sayur-sayuran untuk hidangan seimbang serta kekalkan citarasa Malaysia. 

    • Kentang Tuna Pedas

    Anda hanya perlukan kentang, satu tin tuna Ayam Brand™ , serbuk cili dan bawang untuk hidangan ini. Goreng semua bahan-bahan tersebut dan rasai aroma kepedasan dan bau yang enak. Hiaskan dengan bahan yang anda ada. 

    • Sardin Gulung Goreng

    Raikan kejayaan anda dapat membeli roti di pasaran sempena PKP ini dengan sardin gulung goreng. Sediakan roti, sardin Ayam Brand™, telur dan perasa. Lenyek sardin, gulung bersama roti, celup ke dalam telur dan goreng. Cicah bersama sos cili atau tomato. Sesuai untuk makan tengah hari atau pilihan makan malam yang ringan.

    Layari https://www.ayambrand.com.my/recipe/stay-at-home.html untuk dapatkan lebih banyak resipi di rumah dari Ayam Brand. Sehingga tempoh PKP tamat, kekal di rumah dan kekal sihat.

    Love,

    Resepi Burnt Cheesecake Air Fryer

    $
    0
    0
    Dah lama teringin nak makan burnt cheesecake. Tengok resepi senang je nak buat. So gigih la buat jugak nak rasa sedap sangat ke burnt cheesecake tu. Mula buat dah fail uolls. Aduihh geram plak dah la buat bekas kecik sampai tinggi penuh dalam air fryer. Lepas tu terlebih letak whipping cream hahaha. So mama buat lagi sebab makan ritu sedap walau rentung atasnya. Jom tengok bahan-bahannya. 


    Bahan-bahannya :-

    * 250ml cream cheese
    * 1/2 cup gula halus
    * 3 biji telur
    * 2 sudu besar tepung gandum
    * 125ml whipping cream

    Cara-cara :-


    Masukkan cream cheese dan gula dan pukul sehingga sebati. Nak guna blender pun boleh tapi nanti balance cheese tinggal dalam blender so sayang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan putar lagi. 


    Kemudian masukkan 2 sudu besar tepung gandum. Akhir sekali masukkan whipping cream. Sebab apa kena putar satu persatu sebab nak bagi adunan licin cantik. Orang kata kalo semua blend sekali jadi tak cantik. Ntah la betul ke tidak. 


    Kemudian masukkan adunan cheese tadi ke dalam loyang yang muat dalam air fryer. Boleh jer sapu butter ke dalam loyang dan boleh juga letak parchment paper untuk bagi tidak melekat. 


    Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 180'c selama 25 minit. Sebelum bakar tu korang jangan lupa panaskan air fryer dengan suhu rendah dulu. Selepas masak biarkan sejuk sekejap dan letak dalam peti ais. Kemudian apa lagi makan la.


    Walau rupa dia agak out tapi sedap okeh. Hahaha tak leh selalu makan burnt cheesecake ni mau gemok balik. Yang penting senang nak buat. Kalo beli kat luar mahal ok. Selamat mencuba

    Love,
    Viewing all 1139 articles
    Browse latest View live