Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Apa Yang Perlu Ada Untuk Mula Bercamping?

$
0
0
Semenjak beberapa bulan lepas mama dah mula terpengaruh dengan dek kawan2 dalam group Facebook Family Camping Malaysia. Aduh tengok ramai kawan-kawan camping di tepi sungai, tepi laut dan tempat campsite yang ditetapkan macam best pula. Tambah camping 3H2M di tepi sungai terus rasa pengalaman yang cukup menarik dan mendamaikan jer. No aircond, no lampu, no tilam empuk dan semuanya cukup simple dan masak ketika bercamping menjadikan moment yang cukup berharga bersama keluarga. 


Pada 26, 27 & 28 October yang lalu, mama dan family telah mula bercamping pertama kali ke Campsite Sungai Pauh, Cameron Highland. Fuhhhh pertama kali camping terus dekat tempat-tempat sejuk uolls. Hahaha. Bukan senang nak masuk tapak khemah dekat sana tau sebab tempat tu memang rare giler sebab ramai orang yang pergi bercamping dekat situ. Kira kami bertuah coz pertama kali dapat peluang camping dekat Sg Pauh. So sebulan sebelum camping, of coz la mama dah buat list apa yang perlu beli dan ada ketika untuk bercamping nanti. Iyer sebulan juga la mama survey tengok kawan-kawan yang pernah bercamping dan mula beli sikit-sikit apa yang perlu bawa ke camping. Hahahah gigih kan. 

En papa just ikut jer dan dia akan bagi duit beli apa yang penting dan perlu. Macam mama sediakan barang-barang ni adalah memang berguna untuk kegunaan ketika camping. Kalau camper yang lain maybe dia orang nak kurangkan barang. Bagi mama kena ada coz macam tak complete pulak. Antara barang-barang yang penting untuk mula bercamping adalah :-

  • Tent | Kita orang memilih tent Base M Quechua dari Decathlon. Tent ni memang muat la kami 5 beranak. Size 250 x 250 kira selesa untuk kami berdiri dekat dalam tent ni. 
  • Flysheet | Flysheet ni agak penting yer sebenarnya coz untuk melindungi dari hujan dan panas ketika camping. Tapi memang berguna camping ketika hujan dapat la melindungi tent korang bocor yer. hahaha. 
  • Groundsheet | Groundsheet pun sangat perlu untuk lapik tent korang sebelum tent dipasang. Ini mengelakkan tent korang kotor, reput dan sebagainya.
  • Pole | Pole ni sejenis besi untuk pacak korang punya flysheet tu. Mama beli 2 jenis pole dari NatureHike dan Decathlon. Ada pole jenis murah korang boleh tengok dekat Mr DIY. Kawan suggest pole jenis batang cat yang boleh adjust panjang batang tu. 
  • Folding Table | Meja lipat ni penting juga bagi kami untuk makan or nak masak ker apa. Hehehe dan meja ni boleh tahan berat juga. Oh ya meja ni siap ada 4 folding chair sekali.
  • Folding Armchair | Ok bagi mak pak yang nak duduk dengan selesa boleh la beli kerusi pengarah ni hahaha. selesa la sikit nak duduk yer tak. Ni korang boleh beli dekat kedai dan banyak jenama di pasaran. Mama beli dekat Decathlon jer. Hahaha dah macam duta Decathlon pulak.
  • Tikar | Ini depend pada korang nak bawa ke tak. Macam mama bawa jer nak lapik dekat depan tent. Boleh la korang lepak or bersila dengan family.
  • Extention Plug | Ni pun kalau ada plug dekat campsite korang bawa la memang mudah yer korang nak charge telefon ker, powerbank ker, lampu ker, nak masak nasi ke or nak bawak kipas ker. Hahahah berguna kan. 
  • Lampu Rechargeable | Oh ya lampu korang jangan lupa pulak yer. Mama beli lampu rechargeable ni dekat Shopee jer. So far boleh bertahan sampai pagi tau. Itu pun korang adjust la lampu tu tahap kesesuaian dalam tent tu nanti.
  • Camping Mattress | Hahh tilam angin ni pilihan la yer. Kalau korang nak tidur atas campbed ker, toto ker, apa-apa jer lah itu pilihan masing-masing yer. macam mama pilih tilam angin ni selesa la sikit tidur dalam tent korang tu kan. Hahah dah rasa yer tidur atas toto masa camping dekat Sg Pauh yer. Sakit pinggang oihh!! Dah beli tilam angin ni jangan lupa beli pump sekali. ker korang nak pump tilam guna mulut hahahaha
  • Cooler Box | Yang mana camping 3H2M yang jenis nak masak time camping korang wajib kena ada cooler box yer. Tak kisah la jenis jenama apa. Tapi mama rasa jenama Coleman ni sangat popular bagi camper di luar sana. Weh jenama mahai kot. Hahah so korang boleh letak makanan basah seperti nugget ker, hotdog ker, ikan, ayam, sayur, buah dan lain-lain lagi. Ehh dah sumbat makanan basah jangan lupa korang benamkan dengan ais batu yer. Nak tahan lama ais batu tu sila letak garam ok. 

Bagi yang jenis nak masak mesti kena ada set peralatan memasak kan. Hahh mama bawa yer semua ni dan mama masukkan dalam tipuware yang besar untuk memudahkan en papa angkut semua. Hahaha. Sebagai ibu, mama hanya sediakan barang-barang makanan untuk camping jer nanti. Jom tengok mama senaraikan barang keperluan dapur ketika camping.
  • Portable Gas Cooker | Dapur ni antara wajib bagi mama. Kalau korang nak yang jenis kecik ker itu ikut suka korang. Ke nak masak atas kayu api boleh jer dipersilakan. Heheheh
  • Periuk, Cerek & Kuali | Set periuk, cerek & kuali ni pun ikut pilihan memasing nak bawa dari rumah ker apa. Mama pula bawa semuanya yang comel untuk kegunaan dalam 5 beranak mama. Itu pun dah boleh jer main masak-masak time camping tau. Cuma tak cukup puas jer masak sebab comel sangat. hahahah
  • Pinggan, Mangkuk & Cawan | Set pinggan, mangkuk dan cawan IKEA. Senang bawa yang ni sebab tak pecah. So kena rajin basuh la. Bagi yang malas nak basuh guna pinggan pakai buang pun boleh, cuma nanti banyak pula sampah yer tak.
  • Sudu, Garfu, Sudip & Pisau | Ini wajib la yer kang nak makan or nak masak guna jari ker. hahahah. 
  • Spice Pouch | Segala rempah ratus, minyak masak, garam jangan lupa bawa ok. kang tawar hebiaq pulak masakan korang. 
  • Water Dispenser | Oh ya bekas air minuman pun kena lah bawa yer. Senang guna bekas macam ni. Tapi make sure korang kena sediakan air bersih lebih untuk ke tempat camping. Mana la tahu dekat tempat camping tu susah nak dapat bekalan air bersih. 
  • Makanan Kering | Beras, maggi, biskut, milo 3 in 1, coffee  dan lain-lain bawa la untuk isi perut korang anak beranak ok.
  • First Aid Kit | Barang paling penting ketika camping segala ubat-ubatan kena bawa tau. Mana lah tahu ada perkara yang tidak ingini berlaku kan. So minyak panas, minyak angin, minyak gamat, segala jenis minyak, panadol, handy plus dan lain-lain kena sediakan ok.
Sesekali camping satu family macam ni best jugak kan.

So jika semua senarai list ada seperti di atas boleh la korang mula bercamping. Atau boleh jer korang camping tanpa semua di atas ni cuma bagi setengah family mesti kita nak kan keselesaan ketika bercamping kan. Tapi kalau korang tengok Facebook Family Camping Malaysia ni bukan sahaja bercamping dalam khemah jer tau siap camping dalam Van, caravan atau hammock pun boleh. Itu semua atas keselesaan memasing la yer. Jom mula aktiviti bercamping bersama keluarga dan cipta moment yang indah untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan alam sekitar.

Love,

Raikan Musim Cuti Terhebat di Toys“R”Us

$
0
0
Toys“R”Us, peruncit terkemuka alat permainan, produk pendidikan dan bayi dengan fokus terhadap perkembangan dan keseronokan, menghimpunkan keluarga dan kanak-kanak dalam meraikan Musim Cuti Terhebat tahun ini, dengan menawarkan pilihan hadiah, alat permainan, set bermain dan barangan keraian yang terbesar dan paling menyeronokkan di satu tempat.

Setelah setahun memerah tenaga dan minda di sekolah dan tempat kerja, akhirnya tiba musim cuti apabila keluarga-keluarga di Malaysia bersedia untuk menikmati masa senggang bersama anak-anak dan insan tersayang mereka!


Walaupun demikian, kebanyakan kita mungkin tertanya-tanya di manakah tempat untuk mendapatkan alat permainan dan hadiah sempurna untuk memenuhi masa kanak-kanak masa cuti ini. Toys“R”Us dan Babies“R”Us menjadikan membeli-belah untuk si kecil lebih menyeronokkan dan mudah agar keluarga dapat merasai kegirangan dan semangat kebersamaan ketika meraikan Musim Cuti Terhebat. Melalui Christmas Toybook 2019 Toys“R”Us, pasti terdapat permainan yang sesuai untuk setiap kanak-kanak, pada nilai terbaik, di samping pelbagai promosi dan aktiviti mengujakan yang menjadikan musim cuti ini lebih menyeronokkan!

Diubah kepada sebuah kawasan fantasi yang meriah untuk kanak-kanak, Toys“R”Us memenuhi rak-raknya dengan pilihan meluas hadiah-hadiah bermusim dan kejutan istimewa, daripada rangkaian filem-filem terbaharu seperti FROZEN 2, STAR WARS, MARVEL dan TRANSFORMERS, serta barangan koleksi daripada LOL SURPRISE dan ZURU SMASHERS kepada jenama-jenama kegemaran kanak-kanak termasuk LEGO®, BARBIE, NERF dan HOT WHEELS, serta alat-alat permainan yang mendekatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Penawaran-penawaran ini menjadikan Toys“R”Us sebagai destinasi pilihan ibu bapa untuk mendapatkan hadiah istimewa buat kanak-kanak dari segenap usia.


ALAT PERMAINAN MUSIM CUTI TERHEBAT

Pada musim cuti ini, apa kata sekiranya anda menggembirakan kanak-kanak dengan salah satu daripada Alat Mainan Pilihan Geoffrey dari Toys“R”Us Malaysia. Dapatkan L.O.L. Surprise! #OOTD Winter Disco pada hanya RM199.90. Snow Jamz tidak sabar untuk menunjukkan koleksi penampilan musim sejuknya yang funky dan hebat pada peragaan fesyen disko di atas ais. Buka kotak fesyen, kasut dan aksesori untuk menghasilkan penampilan musim sejuk yang akan membawa beliau daripada hari sejuk kepada parti. Terdapat 24 item fesyen yang hebat untuk dibuka, termasuk earmuff yang chic, gaun-gaun yang menarik dan but musim sejuk yang comel. Gabung dan padankan item-item tersebut untuk kombinasi fesyen yang pelbagai!


Pilih Pixie Belles Asst kegemaran anda yang ditawarkan secara eksklusif di Toys“R”Us pada harga hanya RM99.99. Pixie Belles adalah makhluk interatif comel yang membawakan anda kasih-sayang, cahaya dan pelbagai pergerakan yang menggirangkan, di mana sahaja anda berada! Menerusi hubungan hati ke hati, anda dan Pixie Belles anda pasti tidak boleh dipisahkan! Dengan pod kuasa magnetik unik mereka, anda boleh memakai mainan ini! Eratkan hubungan dengan Belle anda - ketahui mood setiap Belle berdasarkan warna tanduk bercahayanya. Anjurkan pesta tari-menari - dengan 6 gerak tari berbeza, rentak Pixie Belle anda pasti tidak ketinggalan! Spin time - bersuara dengan kuat atau tepuk tangan anda untuk menyaksikan Belle anda berputar! Mereka memberi maklum balas terhadap sentuhan, pergerakan dan bunyi, serta merangkumi ekor yang boleh ditukar, juga berperanan sebagai gelang, rantai kunci dan aksesori rambut yang boleh digayakan!

Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang Matchbox Transporter Bundle pada harga RM174.99. Ini bukan trak-trak biasa! Dibina untuk membawa kargo dengan penuh gaya, setiap Matchbox Transporter boleh membawa sehingga 20 kenderaan klasik Matchbox pada aras berbeza-beza. Kanak-kanak boleh memasukkan kenderaan kegemaran mereka sebelum melepaskannya di tanjakan belakang. Apabila waktu bermain telah tamat, transporter tersebut juga berperanan sebagai tempat simpanan. Bundle ini juga merangkumi 10 kenderaan Matchbox. 

Hanya di TOYS“R”US Malaysia Bukan itu sahaja! Terdapat rangkaian meluas alat permainan eksklusif di Toys“R”Us yang turut melibatkan alat permainan kayu lembut premium dan set mainan daripada J’Adore, sebuah jenama permainan dari Perancis yang khusus untuk kanak-kanak prasekolah; anak patung indah untuk segenap lapisan usia daripada Perfectly Cute dan Steffi & Evi, trak-trak kuning yang menjadi ikon Caterpillar, set blok pembinaan daripada Mega Bloks, set mainan doh imaginatif daripada Ready Steady Dough dan ratusan kereta diecast daripada Fastlane dan Matchbox.

TAWARAN ISTIMEWA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN 
Toys“R”Us Malaysia bukan sahaja menawarkan alat permainan yang dipilih rapi untuk musim cuti ini, tetapi ia juga menyediakan promosi dan tawaran yang tidak boleh diabaikan, khasnya jika anda merupakan ahli STAR CARD.


Raih Baucar Fun Bonus Dari 1 hingga 30 November 2019, ahli STAR CARD berpeluang untuk meraih Baucar Fun Bonus setiap kali mereka membeli-belah di Toys“R”Us! Ahli kad akan menerima baucar RM50 untuk setiap pembelian barangan bernilai RM300 dan ke atas dalam satu resit, sementara baucar bernilai RM20 diberikan bagi setiap perbelanjaan bernilai RM150 dalam satu resit.

Sementara itu, pemegang Kad Kredit HSBC akan menikmati manfaat tambahan secara eksklusif, dengan tambahan baucar RM20 apabila mereka berbelanja RM300 ke atas, sekali gus meraih penjimatan berjumlah RM70! Baucar-baucar berkenaan boleh ditebus mulai 1 hingga 31 Disember 2019 di mana-mana rangkaian Toys“R”Us di seluruh Malaysia atau di gedung dalam taliannya.

30 Individu Paling Tinggi Berbelanja Nickelodeon Jadi di antara 30 pelanggan Toys“R”Us yang berbelanja paling banyak untuk barangan Nickelodeon, dari sekarang hingga 31 Disember 2019, untuk memenangi 4 pas setiap seorang untuk bergembira di Parti Tayangan Peribadi bersama bintang-bintang Nickelodeon kegemaran pada Februari 2020. Jangan lepaskan peluang untuk berseronok dan bergelak-tawa pada majlis istimewa ini!


KEMERIAHAN TANPA HENTI DI TOYS“R”US

Marilah meraikan Musim Cuti Terhebat di Toys“R”Us Malaysia dengan sebuah kalendar yang padat dengan aktiviti-aktiviti serta acara menarik yang menyeronokan bagi seisi keluarga.

Balut Hadiah demi Kebajikan Pastikan hadiah anda dibalut sempurna di gedung-gedung Toys“R”Us dengan sumbangan RM2, yang akan disalurkan kepada Dana Kebajikan Pendidikan Budimas anjuran Yayasan Kebajikan Budimas.

Paparan Sambutan Musim Cuti

Karakter Nickelodeon Bertemu Peminat

Andre Javes, Presiden dan CEO Toys“R”Us Asia berkata, “Seperti biasa, kami berusaha keras untuk membantu Santa menjadikan setiap keinginan Hari Krismas menjadi realiti. Matlamat kami adalah menyediakan alat permainan yang menyeronokkan bersama keupayaan pembelajaran, pendidikan dan perkembangan yang benar-benar memberikan kegembiraan bagi segenap ahli keluarga. Ini merupakan masa yang penting bagi kami pada setiap tahun dan kami amat gembira melihat kanak-kanak daripada segenap usia mengunjungi gedung kami dengan kegirangan dan semangat ingin tahu jelas tergambar pada wajah mereka, lalu mengingatkan kami bahawa daya imaginasi seorang kanak-kanak merupakan bahan paling berkuasa yang mereka miliki. Kami ingin mengucapkan ‘Selamat Menyambut Musim Cuti Terhebat!’ kepada semua di Malaysia.”

Kunjungi gedung-gedung Toys“R”Us atau beli-belah secara dalam talian untuk merasai pengalaman Musim Cuti Terhebat kami!

Love,

Rinching Terrace | Menawarkan Taman Perkahwinan Paling Eksklusif, Selesa & Tersendiri Di Bangi

$
0
0
Perkahwinan adalah sekali seumur hidup kita. Jadi semestinya bakal-bakal pengantin di luar sana mahukan majlis perkahwinan yang cukup meriah. Tambah sekarang nak buat majlis perkahwinan mesti cari pakej serba lengkap dari tempat kenduri, katering, fotografi, busana pengantin dan lain-lain lagi. Sekarang mudah jer nak dapatkan semua pakej ini dengan suasana yang menarik dan harga yang berpatutan. 


Pada Ahad baru-baru ini mama di jemput untuk menghadiri Majlis Pra Pelancaran Rinching Terrace Wedding Events di Rinching Hilir Kajang. Lokasi Rinching Hilir ini adalah lokasi paling strategik antara Bangi dan Kajang. Untuk pengetahuan semua, Rinching Terrace ini merupakan lokasi terbaru untuk mengadakan majlis perkahwinan eksklusif atau sebarang acara social dan korporat. Lokasi ini dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota, Bangi dan hanya 10 minit memandu dari Bangi Golf Resort.

Rinching Terrrace telah mengalami transformasi daripada hanya sebuah kawasan hutan terbiar kepada sebuah taman subur menghijau yang eksklusif, selesa dan tersendiri. Jadi ia mampu menjadi lokasi yang sempurna untuk sesebuah majlis perkahwinan impian. Berlatar belakangkan alam semulajadi dengan lanskap taman indah dan unik serta diinspirasi daripada rekaan taman hidup dan lanskap alam semulajadi yang nyaman. Jadi tidak hairan lah Rinching Terrace ini boleh dijadikan lokasi eksklusif yang mampu memuatkan sehingga 1500 tetamu dalam satu majlis. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan persekitaran yang selesa serta pemandangan yang menakjubkan.


Rinching Terrace menyediakan 3 lokasi utama untuk pelanggan memilih salah satu atau ketiga-tiganya sekali iaitu Rinching Terrace Glass House, Khemah Agam (Marquee Tent) dan Taman Terbuka (Garden). Sebaik sahaja pengunjung melangkah masuk dari pintu gerbang Rinching Terrace ini, korang akan disambut oleh barisan pohon "Orange Jessamine" gergasi dan "Tree Man" yang ditanam di sekitar Rinching Terrace Glass House ini. 
  • Rinching Terrace Glass House
Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat berdinding kaca yang berfungsi sebagai dewan utama dan mampu memuatkan 250 tetamu dalam satu majlis. Uniknya banglo ini ialah ia kelihatan seperti satu tingkat dari pandangan hadapan tetapi jika anda pandang dari sisi belakangnya, sebenarnya banglo ini mempunyai tingkat bawah yang menghadap taman. Dari segi konsep interior, Glass House menampilkan dekorasi ringkas dan moden. Lampu chandelier bulat diletakkan di ruang tengah bagi memberikan kesan mewah dan diimbangi dengan penataan lampu-lampu LED yang ringkas di seluruh silingnya.


Berada di dalam Glass House ini pasti membuatkan anda teruja kerana anda dapat menikmati limpahan cahaya semulajadi di luar dengan pemandangan indah di sekeliling tanpa anda perlu risau tentang panas dan hujan kerana semua dindingnya kaca. Bagi menambah lagi kesan natural, lantai Glass House dipasang dengan kemasan kayu berlaminate. Bertentangan dengan pintu masuk, sebuah pelamin sudah tersergam indah untuk meraikan kehadiran para tetamu. Istimewanya pelamin ini, latar belakang dinding kaca tidak ditutup. Ertinya pengantin bersanding di pelamin dengan berlatar belakangkan alam semulajadi. Menarik bukan?



Pelamin tersedia mengikut pakej yang ditawarkan dengan beberapa pilihan rekaan. Bagi yang memilih pakej platinum, pelamin ini boleh diubahsuai rekaannya mengikut cita rasa tersendiri. Rinching Terrace Glass House juga dilengkapi dengan sistem penataan cahaya dan bunyi untuk memberikan kesan lebih dramatik, membawa suasana majlis anda ke tahap yang lebih berprestij.


Terlindung di bahagian bawah banglo ini ialah dua buah bilik iaitu bilik pengantin dan bilik rehat. Bilik pengantin yang luas dan selesa dilengkapi dengan kabinet baju, meja solek, katil, penghawa dingin dan bilik air bina dalam. Manakala bilik rehat yang selesa disediakan untuk keluarga pengantin atau keluarga pihak sebelah yang datang bertandang. Bilik ini lengkap dengan sofa, kabinet, meja sisi, karpet dan penghawa dingin. Terdapat juga tandas lelaki dan perempuan serta surau untuk para tetamu di bahagian ini.
  • Khemah Agam (Marquee Tent) 
Khemah agam terletak di sebelah kiri Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini dikhaskan untuk para tetamu menikmati juadah yang disediakan sewaktu majlis berlangsung dan mampu memuatkan 400 tetamu dalam satu masa. Secara umumnya, majlis akan berlangsung serentak iaitu di dalam khemah untuk para tetamu dan Glass House untuk acara makan beradap dan bersanding. 


Tetamu yang selesai menikmati hidangan dan ingin menyaksikan pengantin bersanding bolehlah singgah di Glass House. Bagaimanapun, tidak menjadi halangan jika anda juga ingin memasang pelamin dan bersanding di sini. Sebarang pengubahsuaian pakej bolehlah dibincangkan dengan pihak Rinching Terrace. Dari khemah, anda boleh menyusuri trek sebelum menuruni tangga untuk ke taman terbuka berhampiran.
  • Taman Terbuka (Garden) 
Terletak di bahagian belakang khemah dan Glass House, taman terbuka ini memberikan impak suasana persis alam hijau nan damai lagi mengasyikkan - sesuai untuk majlis perkahwinan atau sebarang acara keraian. Ruang taman terbuka ini mampu memuatkan sehingga 1000 tetamu dalam satu majlis. Pelanggan boleh mengadakan majlis tanpa mengira waktu – siang atau malam. Lebih indah bila dipasang ‘fairylights’ dan kanopi lut sinar. Turut disediakan ialah sebuah binaan pentas kekal sebagai tapak pelamin atau untuk acara sosial. 


Majlis pasti lebih bermakna jika diadakan di sini kerana taman ini dihiasi dengan pelbagai pohon hiasan menarik yang antaranya merupakan kegemaran peribadi pemilik lokasi ini. Bukan itu sahaja, pengantin juga akan dihiburkan dengan kicauan unggas, desiran pancuran air nan lunak, dan angin sepoi-sepoi bahasa yang memberikan rasa segar, damai, nyaman, tenang dan bahagia. Pastinya akan membangkitkan hormon oksitosin (hormon cinta) buat pasangan raja sehari.


Tawar Pakej Lengkap dan Menarik

Rinching Terrace merupakan pusat sehenti perkahwinan dengan menawarkan pakej lengkap yang terdiri dari lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Pendek kata, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari pakej yang terbaik kerana semuanya telah tersedia untuk anda.


Rinching Terrace menyediakan tiga pakej istimewa yang berpatutan untuk para pengantin iaitu :  
  1. Pakej Silver – Marquee Tent Only RM38,800 untuk 1000 tetamu.
  2. Pakej Gold – Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM44,800 untuk 1000 tetamu.
  3. Pakej Platinum - Glass House & Marquee Tent (2 Halls) RM51,800 untuk 1000 tetamu dengan lebihan menu dan pelamin serta busana eksklusif dan terbaru.


Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan dengan menu nasi minyak yer tak. Oleh itu, Rinching Terrace terdiri daripada katerer dan food & baveranges dari rakan rasmi eksklusif iaitu Afkar Katering (@afkar_katering). Katering ini telah berkecimpung dalam industri perkahwinan dan begitu terkenal dalam dunia katering. Pada hari pelancaran tersebut, kami berpeluang untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah menarik 

Antara menu yang menjadi tarikan penggunjung adalah Nasi Briyani, Nasi Daging, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Pajeri Kedondong, Masak Lemak Pisang + Ikan Bilis, Mee Kari, Soto dan paling istimewa Kambing Golek. Semua makanan enak-enak dan lazat yer. Memang gerenti puas hati dengan masakan dari Afkar Katering.







Selain dari katering, Rinching Terrace juga mempunyai penata rias pelamin, pereka busana, juru mekap, dan fotografi & videografi. Mereka ini juga rakan rasmi Rinching Terrace iaitu SASES (@sases.official) dan Miezipro (@miezipro). Jadi penganting jangan bimbang kerana pada hari istimewa akan diuruskan oleh mereka yang professional. Ibu bapa pengantin hanya menyambut tetamu yang hadir sahaja.





Sempena majlis pra pelancaran, Puan Dhiya Dhamirah berkata Rinching Terrace menyediakan promosi eksklusif iaitu diskaun hampir RM10,000 jika pelanggan membuat tempahan pada pada hari tersebut. Bermula pada hari pra pelancaran, Rinching Terrace turut menerima tempahan mulai Januari 2020 dan seterusnya. Pelbagai rancangan yang bakal diadakan sekitar Rinching Hilir seperti pembinaan homestay bagi memudahkan keluarga pengantin yang datang dari jauh untuk menginap di situ. 



Saksikan video perkahwinan di Rinching Terrace dari Fotografi & Videografi Miezipro yang cukup eksklusif.


Terima kasih kepada pihak Rinching Terrace telah menjemput mama, rakan blogger dan media untuk prebiu eksklusif pra pelancaran Rinching Terrace Wedding & Events ini. Bagi pengunjung atau bakal pengantin yang sedang mencari lokasi untuk majlis perkahwinan bolehlah memilih Rinching Terrace ini kerana lokasi sempurna untuk sebuah majlis perkahwinan impian anda. Rancang perkahwinan dan buatlah pilihan pakej perkahwinan istimewa yang berpatutuan di Rinching Terrace Wedding & Events.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

RINCHING TERRACE WEDDING & EVENTS
Rinching Hilir
43500 Kajang, Selangor

Telefon : 019-390 8527
Email : rinchingterrace@gmail.com

Instagram :-
Fotografi & Videografi : www.instagram.com/miezipro

Love,

VIVO V17 | Didatangkan Dengan Keajaiban Skrin Ultra O & Reka Bentuk 5 Kamera

$
0
0
Sekali lagi Vivo Malaysia memperkenalkan V17 di Malaysia dan dilengkapi dengan reka bentuk Skrin Ultra O yang inovatif dengan 5 kamera profesional di depan dan belakang, V17 membolehkan pengguna menghasilkan gambar yang menarik. Mama berkesempatan untuk melihat lebih dekat di pelancaran Vivo V17 di Brixton 23 Bukit Bintang Kuala Lumpur. 


V17 dilengkapi Skrin Ultra O Super AMOLED yang inovatif dengan reka bentuk kamera hadapan paparan yang paling nipis. Paparan 6.44 inci FHD+ mempunyai kamera hadapan berukuran 2.98mm yang sangat jelas. Memang luas yer screen V17 ni.

Paparan Super AMOLED menawarkan warna yang asli dan disediakan dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Dalam Paparan. Ia lebih canggih kerana membolehkan pengguna membuka kunci peranti pintar dengan selamat dan mudah. 


V17 mempunyai kamera AI Quad yang mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat. Kamera Utama 48MP, kamera Super Wide-Angle 8MP, Kamera Macro 2MP dan Kamera Bokeh 2MP, digabungkan dengan algoritma AI dapat memberi fotografi foto yang jelas. V17 juga mempunyai kamera Super Wide-Angle yang memperluaskan tangkapan lanskap.

Dengan Kamera Depan 32MP, V17 membantu swafoto berkualiti tinggi dan pilihan fotografi profesional juga menampilkan ciri "Super Night Mode" dan "Super Night Selfie"yang meningkatkan kejelasan walaupun pada waktu malam. 


Specification Vivo V17

Disokong oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 675 AIE dengan 8GB RAM + 256GB ROM yang dapat memberikan prestasi yang hebat untuk semua aplikasi dan memastikan sistem peranti dapat dikendalikan dengan lancar pada setiap masa.

Bateri 4500mAhnya dengan Teknologi Pengecasan Pantas Dwi-Enjin membawa kecekapan yang lebih tinggi dan pengecasan yang lebih pantas supaya peranti pintar ini dapat memberikan pengalaman mudah alih yang berpanjangan dan selamat. 


Untuk kaki gamer yang mencari pengalaman permainan mudah alih yang lancar serta dilengkapi dengan Ultra Game Mode yang menyediakan pengalaman permainan terbaik dan tidak terganggu dengan menyekat mesej dan notifikasi buat sementara waktu untuk pengalaman dunia fantasi yang sempurna.

Swafoto dalam gelap pun gambar terang je

Selain itu, Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif mengesan sistem pengendalian untuk memastikan pemain dapat menikmati prestasi permainan yang lebih lancar serta ilengkapi dengan ciri "Voice Change" yang boleh menyeronokkan lagi waktu permainan dengan penyediaan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.

Siap boleh edit ketika berswafoto menarik sangat

Memang sesuai untuk kaki selfie juga

Raymond Lee, Pakar Produk vivo Malaysia berkata, "Penciptaan V17 sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna sambil memperkukuhkan lagi kedudukan kami sebagai perintis dalam penyediaan pengalaman mudah alih yang terbaik khas buat rakyat Malaysia." 



VIVO V17 tampil dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Admiral Blue dan Crystal White. Untuk dapatkan Vivo V17 ini boleh didapati di Malaysia mulai 21 Disember 2019 dari harga RM1,699.00

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.vivo.com/my

Love,

Kasut Sekolah Hitam BATA Dengan Antibakteria Memastikan Kaki Kanak-kanak Segar Sepanjang Hari

$
0
0
Musim kembali ke sekolah tiba lagi. Sebagai seorang mama mestilah menyediakan persediaan barangan sekolah anak-anak seawal yang mungkin untuk mengelakkan kes saiz habis. Dari baju sekolah, bag sekolah, buku sekolah semua mama dah beli cuma kasut jer belum lagi. Sebenarnya mama tengah cari kasut yang sesuai untuk anak-anak mama.


Mula tu ingat tak nak la beli kasut sekolah dek kerana kasut yang tahun lepas masih elok lagi. Tapi jangkaan mama meleset la sebab kaki anak-anak dah panjang dan kasut pun dah mula ketat. Nak tak nak kena la beli juga untuk dia orang. Jadi pilihan mama kali ni tetap kasut dari Bata.

Bagi tahun 2020, Bata Malaysia telah menampilkan pelbagai jenis kasut sekolah terbaru dengan bercirikan antibakteria. Koleksi kasut antibakteria ini direka bentuk yang dilengkapi dengan bahan-bahan semulajadi. Wah memang menarik ya koleksi terbaru ini sangat bagus untuk menghilangkan 99% bau yang menyebabkan bakteria dari peluh kaki.



Bahan revolusioner ini mampu menghilangkan 99% bau yang menyebabkan bakteria serta memberi kekal segar sepanjang hari. Kasut keluaran ini telah diuji oleh makmal untuk memberikan perlindungan dan prestasi maksimum.

Oleh itu, bukan sahaja mama memilih kasut sekolah Bata ini malah Angkasawan pertama Malaysia, Dato 'Dr. Sheikh Muszaphar Shukor juga turut memilih kasut sekolah ini untuk anak-anaknya. Dek kerana itu, beliau juga terpilih sebagai Bata Social Media Influencers bagi kempen Back To School.


Penting ok 100% naturally & kills 99% of bad odours

Sebagai ibu sangat berpuas hati dengan rekaan terbaru yang bercirikan antibakteria dari Bata ini kerana memandangkan anak-anak seharian di sekolah dengan memakai kasut tertutup boleh menyebabkan bau yang tidak enak dan gatal sebab kaki terperap seharian.

Oleh itu, dari kelembapan kaki yang diserap ke dalam kasut akan menyebabkan bakteria membiak serta bau yang kurang enak. Kalau tak percaya tunggu masa anak balik sekolah pasti para ibu akan pengsan bau kaki mereka. Hahaha

Tapak kasut yang lembut


Jadi mama percaya pemilihan kasut sekolah yang sesuai dapat memberikan keselesaan dan sokongan kerana secara drastik dapat meningkatkan postur badan dan tumpuan dalam kelas. Nasib Bata keluarkan kasut sekolah bercirikan antibakteria ni mama yakin kasut Bata adalah yang terbaik untuk anak-anak mama. 

Sempena musim Kembali ke Sekolah, Bata menawarkan beberapa tawaran istimewa yang pasti menjimatkan poket ibu bapa yang memilih kasut sekolah BATA antibakteria melalui pakej 'Smart Combo'.



Dengan pakej ini, ibu bapa boleh membeli 2 pasang kasut sekolah hitam dengan hanya RM79.00 sahaja. Bukan itu sahaja, Bata juga menawarkan pakej Pembelian dengan Pembelian khas di mana pengguna boleh mendapatkan backpack North Star pada RM49 atau memilih untuk 2 pasang stoking twin pack pada RM29 dengan pembelian mana-mana 2 pasang kasut sekolah hitam.


Apa tunggu lagi jom dapatkan tawaran istimewa ini dan boleh terus ke kedai Bata berhampiran untuk dapatkan kasut sekolah hitam antibakteria sekarang. Promosi ini sah sehingga 5 Januari 2020. Akhirnya mama selesai membeli barang keperluan sekolah anak-anak. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.bata.com.my

Love,

MARRYBROWN Melancarkan Pakej Parti Hari Jadi Kanak-kanak Bersama Doraemon

$
0
0
Siapa tak kenal dengan watak animasi Doraemon yang comel dengan telatah kelakar bersama kawan baiknya Nobita. Ramai kan peminat Doraemon ini dari kanak-kanak sehingga dewasa telah mengamit memori bersama watak kartun dari Jepun ini. Kelmarin mama berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran Marrybrown Pakej Parti Hari Jadi Kanak-kanak Bersama Doraemon di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya.


Marrybrown adalah restoran rangkaian makanan halal segera yang terbesar di Malaysia kini telah bekerjasama dengan Doraemon dalam usaha pertama mereka bagi melancarkan pakej sambutan hari jadi bermula Disember 2019. Jadi orang ramai dapat berpeluang meraikan hari jadi anak-anak bersama Doraemon di Restoran Marrybrown. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.


Bersempena sambutan hari kanak-kanak, Marrybrown telah membawa lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang penuh keseronokan bersama Doraemon di Marrybrown. Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan untuk kanak-kanak iaitu aktiviti melukis di wajah, mewarna dari pasir warna warni dan dapat belon yang comel. 



Kata Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew, "Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Doraemon. Justeru kami dapat memperkenalkan pakej hari jadi di sini. Kerjasama ini akan membawa senyuman dan kenangan yang manis kepada kanak-kanak yang menyambut hari jadi di Marrybrown."Bagi menambah kegembiraan dan mengurangkan beban, setiap daripada mereka diberikan barangan kelengkapan seperti alat tulis dan bag sekolah sebagai persediaan kembali ke sekolah pada tahun hadapan.



Kini Marrybrown bekerjasama dengan Doraemon bagi membawa lebih kegembiraan kepada rakyat Malaysia dimana mereka kini boleh menyambut hari jadi bersama Doraemon beserta barangan dan dekorasi yang akan membuatkan mereka lebih gembiara.


Terdapat 3 Pakej Hari Jadi Doraemon yang menarik disediakan untuk meraikan hari jadi istimewa anak-anak dengan harga yang berpatutan. Kesemua pakej ini boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown berserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020. Sila layari https://marrybrown.com/birthday-party untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon.


Menarik bukan harga yang ditawarkan untuk pakej Hari Jadi Doraemon di Marrybrown ini? Mama yakin dengan pakej berserta harga yang ditawarkan cukup berpatutan dan dapat meraikan hari jadi anak-anak tersayang di Marrybrown. Pasti ia menjadi memori yang cukup gembira buat anak-anak kita nanti. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,

Pengalaman Menarik Staycation Di Herbaline Wellness Sanctuary Ipoh

$
0
0
Tahun ini banyak dugaan dan rintangan emosi yang perlu mama tanggung. Tambah bercuti untuk rehatkan diri memang tak ada langsung. Tengah bulan November lagilah banyak masalah dengan kesibukan menguruskan mama yang tengah sakit di Kedah. Sampaikan mama balik ke sana jaga dan uruskan mama ke hospital. Hampir 15 hari dapat peluang menjaga mama di kampung sangat cukup puas walau badan letih. Balik je Kuala Lumpur terus rasa badan lemah dan mama perlukan holiday untuk rehatkan badan. 


Pada 6 November yang lalu, mama berkesempatan pergi holiday ke Ipoh, Perak. Untuk bercuti satu keluarga mama tak perlu pergi jauh pun. Bagi mama sekitar dalam Malaysia pun dah cukup buatkan mama dan anak-anak gembira. So percutian singkat untuk rehatkan badan kali ini di Hotel HerbaLine Wellness Sanctuary Ipoh. Setahu mama HerbaLine Wellness ini adalah satu jenama produk dan perkhidmatan spa dan kesihatan yang popular. Untuk pengetahuan semua, HerbaLine Wellness Sanctuary telah membuka cawangan baru di Ipoh.


Masa mula mama sampai mama dah ternampak bangunan yang tersergam indah dan cantik dengan reka bentuk dalaman yang santai lagi moden. Oh ya di HerbaLine Wellness Sanctuary ini bukan tempat untuk kesihatan sahaja malah terdiri daripada Sojourn Guest House, HerbaLine Facial Spa dan Mama Kim Wellness Kitchen. So, sebelum masuk ke bilik mama check in terlebih dahulu dan minum teh halia yang sangat sedap dan rasa fresh jer. Dah nama pun tempat kesihatan so air minuman sambut tetamu pun of coz la air kesihatan. Tapi memang sedap yer sampai mama balik rumah mama buat air teh halia tu untuk minum setiap hari. Rasa angin dalam badan pun boleh buang tau. Tak percaya korang cuba buat.

Reception Area

Ni lah air teh halia yang mama maksudkan

Tak cukup la secawan kecik tu. hehehe

Selepas kami relax sekejap di ruangan lobi kami terus ke room di level 1. Untuk room kami memilih Deluxe Family Quad Room. Bagi yang ingin menginap di sini bolehlah memilih room yang bersesuaian dengan keselesaan korang yer. Sebab kami 5 beranak so room ini memang sangat selesa untuk kami bermalam di sini. Masuk jer room terus anak-anak sangat excited dan explore semua ruang. Alhamdulillah room sangat luas dengan 2 katil Queen yang besar. 

Patut la slogan di Sojourn ini "Like home but better". Maksudnya perkataan Sojourn ini berasal daripada bahasa Perancis yang membawa maksud "Penginapan Singkat" dengan menawarkan tetamu merasakan pengalaman yang santai dimana tetamu juga menikmati keselesaan seperti di rumah yang mewah.

2 katil queen yang cukup empuk dan selesa buat kami 5 beranak tidur dengan nyenyaknya

Tandas & bilik mandi yang best.




Dalam semua bilik yang terdapat di Sojourn ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti TV, seterika, mini fridge, hair dryer, towel, peti keselamatan, toileteries dan peralatan mandian yang berasaskan dari herba. Best giler shower gel dekat sini bau serai uolls. Rasa mandi seperti di spa tau. hahhh mandi la 44x pun tak apa. terus rasa tenang, damai dan segar tanpa fikir masalah yang melanda. Ok mana nak cari shower gel serai tu hahaha. macam nak beli untuk gantikan shower gel di rumah mama jer. hahahah

Kemahin happy yer anak-anak. 

Bagi yang nak minum air atau nak buat air boleh jer pergi ruangan yang disediakan sebab dalam room tidak disediakan air panas tau. So boleh jer keluar dari room dan lepak di ruangan ini memang rasa sangat tenang sebab dekat sini bau aromatherapy yang sungguh mendamaikan. Sangat santai, sangat tenang dan sangat fresh jer. Tak tau nak cakap macam mana tapi korang kena datang dan rasainya di HerbaLine Wellness Sanctuary ini.



Kemudian selepas check in, kami keluar untuk makan tengahari di Restoran Nasi Vanggey yang cukup terkenal di Ipoh ini. Memang terbaik yer Nasi Vanggey ni dengan keenakkan rempah kari dan ayam vanggey madu yang cukup menyelerakan. Kemudian kami ke Taman Rekreasi Gunung Lang untuk melihat permandangan dan haiwan yang terdapat di sana. Anak-anak happy jer dapat naik bot di situ. 

Kemudian sebelah malamnya mama dah booking untuk satu rawatan kesihatan di HerbaLine Facial Spa iaitu Antioxidant Hot Bed Therapy. Sebenarnya bukan rawatan terapi ini sahaja yang ada malah terdapat pelbagai rawatan seperti facial spa, massage spa dan lain-lain lagi.


Untuk pengetahuan semua, Antioxidant Hot Bed Therapy ini menggabungkan teknologi kesihatan dari Jepun dimana rawatan terapi ini mengambil masa selama 40 minit. Masa memula tu terfikir juga macam mana la rawatan ini dilakukan. So selepas staff menerangkan barulah mama faham. Sebelum masuk ke room hot bed therapy tersebut, mama dan en papa perlulah tukar baju ke baju yang disediakan khas oleh HerbaLine Facial Spa. Kemudian barulah kami ke ruangan room hot bed therapy tersebut.

Dari segi pandangan mama Antioxidant Hot Bed Therapy ini seperti duduk dalam bilik sauna yang panas. Tetapi bagi Hot Bed Therapy ini mama dan en papa perlu baring di atas lantai jubin dalam room tersebut seperti dalam gambar di bawah ini. Oh ya untuk suhu dalam room therapy tersebut sekitar 42'c sehingga 45'c. Sebenarnya memang panas yer baring atas jubin room therapy ini dan mama memang tak tahan panas tapi demi kebaikkan mama cubalah. hehehehe.

Antara kebaikkan Antioxidant Hot Bed Therapy pada penjagaan kulit adalah :-
  • Dapat merangsang pengeluaran kolagen dan mengembalikan keanjalan kulit
  • Dapat merangsang pertumbuhan sel baru dan menggalakan metabolisma badan
  • Dapat membersihkan serta melembapkan kulit
  • Dapat melewatkan penuaan kulit
  • Dapat mengurangkan bintik gelap sepanjang masa
Menarikkan Antioxidant Hot Bed Therapy ni? Memang berpeluh habis la mama dan en papa macam berlari 100 meter. heheheh tapi ini satu pengalaman cukup bermakna buat kami duduk dan baring dalam room terapi dan masa ini lah kami peluang bersembang selama 40 minit berdua-duaan tanpa gangguan anak-anak. Oh ya anak-anak mama duduk dalam room sambil tengok kartun. Heheheh. Selepas selesai hot bed therapy kami naik ke room untuk mandi dan tidur. Memang tidur tak ingat dunia la sebab badan letih dan panas selepas buat therapy tu.

Bangun pagi jer terus rasa badan fresh. Almaklum la tidur bertilamkan empuk dan berhawa dingin yang sejuk. Rasa macam tak nak bangun pagi jer rasanya. Hahah tapi perut dah lapar of coz la kena bangun untuk sarapan pagi. Yang bestnya stay di HerbaLine Wellness Sanctuary ni tak perlu breakfast di luar terus jer turun ke lobby dan breakfast di Mama Kim Wellness Kitchen.



Menariknya breakfast di Mama Kim Wellness Kitchen ini menawarkan menu yang sihat dengan konsep gabungan sayuran dan daging dalam satu hidangan. Dengan falsafah "Where Healthy Is Yummy" dapatlah tetamu makan sarapan pagi yang berkhasiat di sini.

Di Mama Kim Wellness Kitchen ini sangat menekankan kepada unsur penting iaitu :
  • 5 Warna
  • Bahan-bahan segar
  • Tiada MSG
  • Tiada tepung putih
  • Tiada gula, kurang garam, kurang goreng
  • Nutrisi seimbang
  • 80% sayur-sayuran dan 20% protein

Untuk breakfast pada pagi tersebut mama order minuman green tea, watermelon juice dan milo untuk anak-anak. Bagi menu breakfast mama order Baby Sauna Mee yang terkenal di sini, Fried Meehun, Wild Mushroom Cheese Omelette dan Hawaiian Toast. Semuanya hidangan yang berkhasiat yer dan Baby Sauna Mee tu memang sedap sampai kami anak beranak hirup sup panas Baby Sauna Mee. Dan masalahnya sekarang masih teringat-ingat hidangan tersebut. Kena wajib repeat balik untuk datang ke Mama Kim Wellness Kitchen la nampaknya. 

Yummy sambil taip sambil telan air liur. hahahah

Selepas selesai breakfast, kita orang pun jalan-jalan ke Roof Garden di level 3. Woww Roof Garden ni memang tempat yang santai dengan dikelilingi pokok hijau yang sangat nyaman dan dapat melihat permandangan sekitar Ipoh. Ehh kalau waktu malam lagi menarik Roof Garden ni sebab dapat melihat langit terbentang luas dengan bintang-bintang berkelipan pada sebelah malam. 

Oh ya di level 3 ini terdapat Laundry yang dibuka 24 jam setiap hari untuk kemudahan tetamu Sojourn sahaja. Bagi yang nak cuci baju boleh dapatkan token di receptionist di lobi. Selain itu, di sini juga disediakan Conference Hall di Level 1 dimana ruangan ini sangat sesuai untuk meeting, event, bengkel atau gathering.


Selepas berjalan sekitar Roof Garden dan kami berpeluang lepak santai sambil mengambil gambar kenangan di sini. Kemudian kami semua turun ke room dan bersiap untuk check out. Rasa sekejap jer staycation kali ini tapi memang seronok sangat sebab dapat melepaskan penat letih yang selama ini terkumpul. Betul la orang kata kita dapat rehatkan badan sehari sahaja di HerbaLine Wellness Sanctuary ini boleh recharge badan kita. 


Mama recommended sangat untuk korang datang bercuti, berehat di sini ketika cuti sekolah berbaki seminggu lebih lagi. Bagi mama di sini semuanya ada di bawah satu bumbung dengan tempat penginapan, tempat isitirehat dan tempat makan semuanya ada dengan konsep alam semulajadi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

HerbaLine Wellness Sanctuary
No 145, Jalan Sultan Abdul Jalil
Greentown
30450 Ipoh Perak

Tel : 05-249 1333

Sojourn Guest House
Isnin - Ahad (24 Hours)


HerbaLine Facial Spa  
Isnin - Jumaat (10:30 pagi - 8:30 malam)
Sabtu (10:00 pagi - 7:00 malam)
Ahad & Public Holiday (10:00 pagi - 6:00 petang)


Mama Kim Wellness Kitchen
Isnin - Ahad (8:00 pagi - 10:00 malam) 

Website : www.mamakim.my

Love,

Top 3 Western Food Restaurants You Must Check Out in Kuala Lumpur

$
0
0
Top 3 Western Food Restaurants You Must Check Out in Kuala Lumpur | Western Food memang makanan kegemaran mama dengan anak-anak. Almaklum la anak-anak mama ni salah sorangnya tak makan nasi jadinya memang western food jer yang lalu dengan tekak dia. Nak tak nak kami satu keluarga kena makan western food sebab nak bagi dia makan juga. Kesian pula kalau kami makan nasi dia tengok jer yer tak. Kerana anak mamat western food semuanya bab makanan dia akan menang. Kami pun terpaksa tumpang makan sekali.

Kuala Lumpur adalah syurga pelbagai makanan yang sangat sedap. Sebut jer nak makan western food dekat mana semuanya ada. Betul tak? Ikut la nak makan restoran yang ada nama dan tiada nama mestinya menu western food dalam menu list setiap restoran kan. Jadi memang sangat memudahkan mama untuk menikmati juadah western food ni. Hehhehe. Kalau rasa malas nak keluar sekarang ni banyak jer perkhidmatan western food delivery. Alaa macam mama ni kalau dah anak ramai nak keluar rumah pun boleh haru biru jadinya. Nak makan dekat restoran mau mama tercekik dulu. Bagi mama better mama order jer kan senang dan mudah. Ada benda mudah kenapa nak susahkan betul tak.

Antara 3 Western Food Restoran yang menjadi pilihan mama sekeluarga adalah : 

1) Uncle Z Western Food @ Restoran Nasi Kandar


Menu Chicken Chop ni antara menu paling anak-anak mama suka. Memang kena la dengan selera western food ni dengan anak mama yang tak makan nasi tu. Jangan tak tahu Chicken Chop dengan portion yang besar dia boleh habis sorang tau. Tambah dengan gravy blackpepper sos tu lagi laju dia makan. Untuk sepinggan Chicken Chop di Uncle Z Western Food ni hanya RM12.00 jer. Murah kan

Selain Chicken Chop ni boleh jerk orang nak order menu lain seperti :
  • Chicken Grill – RM12.00
  • Beef Steak – RM22.00
  • Lamb Chop – RM22.00
  • Fish & Chip – RM13.00
  • Fries – RM5.00
  • Tortilla – RM6.00
  • Burger – Dari RM4.00 sehingga RM7.50 

Nampak kan harga pun sangat berpatutan untuk sepinggan western food. Memang berbaloi la kalau makan western food dengan harga macam ni. Mana nak jumpa kan so boleh masuk dalam list korang untuk makan dekat mana.

2) Lovecity Café Kopitiam

Bagi yang suka makan spaghetti boleh juga cuba makan di Lovecity Café Kopitiam. Tengok la spaghetti carbonara dia memang awesome dengan isi daging yang banyak. Ehh mama pun hantu juga makan spaghetti ni sebab inilah menu paling senang nak masak. Kalau malas memang mama order jer hahh. Lagi senang kan.


Bukan western food jer ada di Lovecity Café Kopitiam ini tau. Dekat café ni turut terdapat Local Malaysian Food seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng Kampung, Bihun Tomyam, Char Kuey Teow dan banyak lagi menu yang best dekat sini. Alaa bukan semua nak makan western jerk an mestilah makanan Malaysia tetap menjadi pujaan hati rakyat Malaysia.


3) Franco @ Nu Sentral

Asyik makan spaghetti, chicken chop jer kan, apa kata kita makan pizza pulak. Ehh pizza pun kategori dalam western food juga. Why not cuba pizza di Franco di Nu Sentral ni lain dari lain tau. Dengan roti dia bukan jenis bulat macam pizza lain yer tapi ini pizza empat segi tepat hahhh. Mana nak jumpa betul tak? Tengok la Teriyaki Chicken Pizza sangat menyelerakan. Fuhh pizza macam ni memang cepat la habis kalau makan kami 5 beranak sebab base roti pizza dia tak tebal dan tambah dengan inti atasnya yang melimpah ruah pasti la satu keluarga suka makan. 



Dengan keadaan anak ramai rasa macam huru hara jer nak keluar mama dekat luar so mama akan mencari alternative lain untuk makan iaitu order saja melalui dengan FoodPanda. Sekarang rasa lagi mudah jer menggunakan servis seperti ini sebab mama tak perlu keluar dengan cuaca yang tengah panas, servis penghantaran pantas dan yang penting harga rider untuk penghantaran sangat murah lagi berbaloi. Apa lagi yang kita nak sekarang zaman serba mudah lagi canggih so kita gunakan sahaja servis seperti ini. Tekan-tekan dah sampai.

Love,

Kitohana O² Bubbly Mask | Menyegarkan, Mencerahkan & Meremajakan Kulit Wajah

$
0
0
Sebagai wanita haruslah menggunakan mask atau topeng wajah dalam set penjagaan kecantikan di mana untuk digunakan sekali atau dua kali dalam seminggu. Dengan mask wajah ini dapat merawat, melembapkan dan mencerahkan wajah dari segala masalah yang ada di muka kita. Pelbagai jenis mask yang berada di pasaran seperti masker krim, masker gel, masker tanah liat dan kepingan masker. Hahh banyak kan mask ni tapi kali ni mama nak mencuba Kitohana O² Bubbly Mask.



Untuk pengetahuan semua, produk Kitohana ini adalah produk terbaru di pasaran Malaysia dengan formulasi dari France. Produk Kitohana adalah bebas paraben dan menggunakan 100% bahan semulajadi. Bagi Kitohana O² Bubbly Mask ini dalam series Moist Li Cious untuk mengekalkan kelembapan yang seimbang. Bagi series Moist Li Cious ini terdiri daripada Foaming Cleanser, Aqua Mask, Aqua Essence, Day Protector, Night Cream dan O² Bubbly Mask.

Series Moist Li Cious ini sangat lengkap dengan menggabungkan penghidratan sepanjang hari serta merawat kulit supaya kulit kelihatan lebih muda, segar dan sihat. Tapi mama hanya nak review Kitohana O² Bubbly Mask ni jer ok. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang sensetif.



Kitohana O² Bubbly Mask adalah satu mask gel dimana ia akan berubah menjadi gelembung oksigen yang kecil apabila disapu dengan kulit yang sangat bagus untuk merawat, menghilangkan kotoran dari dalam, minyak berlebihan dan menghasilkan kulit yang lebih cerah.

O² Bubbly Mask ini dilengkap dengan Aloe Vera, Asid hyaluronik dan minyak biji buah delima untuk kulit sihat dan berseri. Yang lagi menarik dengan mask ini dapat memberikan kulit kelihatan lebih lembut, licin, lebih melembapkan dan garis-garis halus serta kedutan di wajah kelihatan berkurangan. Ini pakai secara konsisten sure muka mama cantik kan. Hahh gitu.





Cara penggunaannya :-

Sapukan Kitohana O² Bubbly Mask ke seluruh muka yang dibersihkan, elakkan terkena kawasan mata dan bibir. Setelah beberapa saat, muka akan ditutup dengan gelembung oksigen dan biarkan selama 5 - 10 minit di wajah. Bilas selepas semua buih hilang sehingga bersih. Kulit akan menjadi lembut dan cerah selepas membilas. Disarankan guna Kitohana O² Bubbly Mask ini 3 - 4 kali seminggu atau bergantung kepada keperluan individu.

REVIEW MAMA | Hampir 2 minggu mama menggunakan Kitohana O² Bubbly Mask memang best yer guna dekat muka. Yang lagi best masa selepas sapu dekat muka dan bertukar bubble oksigen macam rasa gatal-gatal dekat muka. hahaha tapi tu sebenarnya bubble oksigen bertindak di kulit. Selepas bilas wajah dan kulit rasa lebih segar, lebih lembut dan nampak muka glowing jer. Nak dapatkan kulit lebih sihat kena pakai mask ini 3 atau 4 kali seminggu baru lah dapat kulit muka yang cantik dan wajah lebih muda.


Antara mask yang paling mama suka setakat ini sebab tak perlu pakai lama mask sehingga kering mask tersebut. Hanya tunggu bubble oksigen mask hilang dan boleh bilas dengan air. Sangat mudah dan yang penting selepas bilas mask ini kulit tidak kering malah melembapkan dan melembutkan kulit. Selalunya mama gunakan mask sebelum mama pakai makeup untuk keluar pergi event. Mama dapat rasakan makeup mama lebih smooth dan makeup lebih tahan lama. Seriously mama puas hati dengan Kitohana O² Bubbly Mask. Harganya hanya RM128.00 untuk 30ml.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kitohana ini boleh layari :


Love,

Pendaftaran Online Murid Tahun 1 Bagi Sesi 2021 & 2022

$
0
0
Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru 2020. Selamat kembali persekolahan bagi sesi 2020 untuk semua anak-anak di seluruh Malaysia. Termasuklah anak-anak mama excited untuk kembali ke sekolah. Sampai tak sabar la nak pergi sekolah hehehe maybe depa dah bosan la tu. Ok baru jer anak-anak kita kembali ke sekolah kan tapi Ibu Bapa jangan lupa untuk mendaftar anak yang bakal tahun 1 bagi sesi 2021 & 2022. Jadi Ibu Bapa di luar sana kena alert la benda yang penting ni tau.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2014 (berumur 6 tahun pada 2020), yang lahir pada 2015 (berumur 5 tahun pada 2020) atau yang lahir pada 1.1.2016 (berumur 4 tahun pada 1.1.2020) wajib yer semua ibu bapa ambil tahu untuk mendaftar darjah 1 secara online bagi sesi 2021 & 2022. Untuk permohonan atas talian ini akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Oleh itu, apa yang ibu bapa perlu alert dan remind untuk mendaftar anak-anak mereka pada tarikh tersebut. 

Cara-caranya :-

1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.

2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2020 https://public.moe.gov.my

3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini.

4) Dokumen yang diperlukan : 
  • Sijil Lahir Anak (salinan + asal)
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa (salinan + asal)
  • Surat Nikah / cerai (salinan + asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
  • Sampul surat standard dan setem 
  • Laporan Jadual Imunisasi (Suntikan Vaksin Bayi) dan kad OKU jika berkaitan
  • Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
5) Alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika berjaya, boleh proceed no 3 dan 4. Jika tidak, perlu buat rayuan segera.

So, jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang anaknya bakal bersekolah rendah di tahun hadapan yer. Oh ya untuk pendaftaran ini bolehlah ibu bapa pilih sekolah yang mana dekat dengan rumah masing-masing yer. Kena cepat tau sebab memang akan ramai budak-budak yang masuk sekolah tu nanti. mana la tahu tibeh sekolah tu penuh kan dah susah. Untuk tahun ni mama belum ada buat pendaftaran lagi tapi tahun hadapan baru lah mama daftar darjah 1 untuk anak dara mama nan sorang ni. 

Love,

Sumbangan Kembali-Ke-Sekolah TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

$
0
0
Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang ekstensif. Sumbangan TOP merangkumi pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat seni dan kraftangan serta alat muzik.


TOP telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pedalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan sekolah yang lengkap, serta meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen itu nyata selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025[1]yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli menerusi kerjasama pihak kerajaan-swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.


Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo memberitahu kempen ini telah banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli serta memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

“Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah yang cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah terhadap bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA terhadap para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru,” kata Prof Dr Juli Edo.

TOP telah menjalankan kempen ini selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan dengan meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Sehingga kini, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaatnya.


TOP telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai terhadap kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.


“Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin terhadap kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan para pelanggan. Bersama-samalah kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini,” kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, serta mengadakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.


Tok Batin Ayof bin Ekal dari Kampung Parit Gong yang juga seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ini cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

“Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baharu, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan seni dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TOP, sila layari laman web: http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Senarai penerima sekolah Orang Asli, Lokasi dan jumlah pelajar.


Love,

Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant Menggunakan California Raisins Dalam Resipi Sajian Yang Hebat

$
0
0
Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet yang tidak sihat. Oh ya kismis ini bukan hanya untuk dimakan macam itu sahaja tau malah kita boleh memasak menggunakan kismis ini dalam juadah harian kita.


Kemarin mama telah dijemput oleh Raisins Administrative Committee (RAC) untuk sambutan tahun baru dengan sentuhan manisan yang berasaskan resipi yang dicipta khas dengan menggunakan Kismis California di majlis Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant di Sampling On the Fourteen Restaurant yang terletak di Berjaya University College Kuala Lumpur. 

Sampai sahaja di sini kami diberikan welcome drink daripada kismis iaitu California Raisins Sparkling yang sedap dan menghilangkan dahaga kami. Air ini sangat simple dengan menggunakan kismis hancur dan ditambah air soda bersama air sprite. Korang wajib cuba air yang sangat mudah lagi sedap. 


Bukan itu sahaja, kami mencuba pelbagai roti yang dihasilkan bersama kismis yang cukup berkhasiat. Memandangkan mama pengemar roti jadi mama dapat rasa semua pelbagai jenis roti yang terdapat di sana. Diluar roti yang keras tapi dalam roti sangat lembut. 

Antara pelbagai kelebihan Kismis California ini termasuklah :-
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat 
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.



Pada petang tersebut, kami juga dapat melihat lebih dekat dimana Chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, iaitu Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Chef Erich Anton Ross telah mencipta 4 resipi menggunakan kismis California ini dalam resipi sajian mereka dimana meraikan 40 Blogger Malaysia bagi menikmati juadah tersebut. 


Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC Malaysia, Encik Richard Lieu berkata, "bagi kebanyakkan pengguna, terutama kanak-kanak sangat sesuai makan Kismis California ini dan menjadikan makanan snek yang sihat berbanding makanan snek yang lain kerana Kismis California ini  manis secara semulajadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh dijadikan pelbagai sajian masakan yang sihat iaitu sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman kerana pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan serta gemar mencuba sesuatu yang baru." 


Selain itu, kismis ini sesuai untuk dimakan dimana sahaja kerana kismis ini sangat sihat dan lazat. Tambah satu peket kismis California boleh dimasukkan ke dalam bag tangan atau bag bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengahari, bag gym dan laci meja tulis kita. Kismis California juga boleh dibeli dengan mudah, tidak mudah rosak dan senang dibawa kerana kismis ini didatangkan khas dalam kotak. Jadi kismis ini tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang malah membolehkan seseorang dapat mencipta sajian dengan mudah.

Seorang pakar diet klinikal iaitu Cik Tan Yen Sing turut hadir bagi menerangkan khasiat kebaikkan dan kelebihan Kismis California ini kepada kami semua. Menurut beliau, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu melebihi 5 sajian sehari dapat mengurangkan 17% penyakit jantung koronari.


Kata Cik Tan lagi,"pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis mempunyai antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3037 unit ORAC (Oxygen Radikal Absorbance Capacity - satu kaedah mengukur antioksidan dalam mananan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Selain itu, bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit"

Walau kismis ini kecil tapi ia mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan kita. Kismis ini juga mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi serta sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan juga kolesktrol. Jadi kismis ini snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek. 


Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah :-

Chef Emmanuel Stroobant (3 Resipi)

1) California Raisins, Crab & Cauliflower
2) California Raisins Pasta With Fennel & Prawns
3) California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits

Chef Erich Anton Roos (Dessert)

4) Symphony Of California Raisins consisting of :
  • California Raisins muffin with cream
  • California Raisins cinnamon ice cream
  • Apple puff

Chef yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Chef Emmanuel Stroobant kerana beliau chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Machelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 

Kami telah mencuba keempat-empat hidangan dari 2 chef tersebut dan ternyata ianya sangat sedap malah memang sangat unik dimana buah kismis ini dijadikan pemanis semulajadi dalam hidangan ini cukup sempurna. Dan mama sendiri tidak menyangka gabungan kismis dalam masakan beliau telah membuka mata mama untuk mencuba dan mencipta sendiri resipi ini untuk keluarga tersayang. 

Hidangan pertama : California Raisins, Crab & Cauliflower

Hidangan Kedua : California Raisins Pasta With Fennel & Prawns

Hidangan ketiga : California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits

Kemudian Chef Erich Anton Roos menunjukkan bakat beliau untuk memasak pemanis mulut pula. Chef Erich merupakan warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman serta berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini Chef berada di Bangkok dan memainkan peranan dan lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan di dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.


Walau Chef Erich hanya masak pemanis mulut sahaja tapi rasa pemanis mulut ini sangat sempurna apabila 3 sajian digabungkan sekali dalam satu mulut. Bayangkan muffin dengan cream dimakan bersama cinnamon ice cream yang lembut dan sejuk serta apple puff yang cukup sedap digabungkan yang cukup sempurna malah menjadi pelengkap menikmati juadah yang sedap semalam. 

Hidangan keempat : Symphony Of California Raisins consisting of California Raisins muffins with cream, California Raisins cinnamon ice cream & Apple Puff


Jadi kita sebagai manusia dewasa haruslah menjaga kesihatan kita dengan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana seperti Kismis California sangat sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan 1/2 cawan kismis untuk keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar. Nampak tak betapa pentingnya kismis ini dalam tubuh badan kita.


Terima kasih California Raisins kerana menjemput mama untuk menikmati 4 hidangan juadah yang cukup hebat dan sihat dengan menggunakan kismis yang berkhasiat. Mama akan cuba gantikan kismis dalam hidangan harian keluarga mama kerana kismis California ini tidak mengandungi lemak dan kolestrol malah ia rendah garam semulajadi. 

Untuk maklumat dan resipi Kismis California ini, sila layari www.calraisins.org dan www.caraisins.com atau ikuti di Facebook @RACAsean.

Love,

Percutian 2H1M Di Putrade Allsuites at RPGC & Berjalan-jalan Di Sekitar Ipoh, Perak

$
0
0
Dua bulan berturut-turut kita orang turun Ipoh. Hahhh punyalah suka pergi Ipoh ni tau sebabnya banyak tempat yang boleh dikunjungi. Kalau nak cari percutian bajet boleh la korang stay di hotel Putrade Allsuites at RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club. Masa bulan lepas mama tak berjalan sangat just rehat di hotel jer. Kali ni memang mama nak terjah Ipoh sempena cuti 2H1M bersama anak-anak. Berjayakah tidak jom kita tengok. Bukan senang yer nak berjalan dengan 3 orang anak-anak yang masih kecil coz mama dan papa kena kuat mental dan fizikal untuk melayan mereka.


Seawal pagi mama bertolak ke Ipoh dan sampai di Putrade Allsuites at RPGC dalam sekitar 12 tengahari. Sampai jer sana terus check in bilik di sini. So mama prefer One-Bedroom Suite di Putrade Allsuites ini. Ok la nak tidur semalam jer kan dan anak-anak pun tak cerewet sangat diaorang boleh jer tidur dekat sofa. Tapi kalau korang nak bawa toto pun boleh sebab bilik di Putrade Allsuites ni luas tau.

Apa yang menarik dengan Putrade Allsuites at RPGC ini adalah lokasinya sangat strategik yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike. Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan lokasi menarik seperti Lost World Of Tambun, pekan Ipoh dan banyak lagi. Di Putrade Allsuites at RPGC ini terdapat 36 unit dengan kelengkapan lengkap dengan perabot kontenporeri serta layanan yang mesra dan sentuhan moden yang minimalist dalam setiap suite.


One-Bedroom Suite

Suite Satu-Bilik ini mempunyai ruang tambahan :
  • Satu bilik tidur dengan katil Saiz Queen atau katil berkembar
  • Dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci
  • Ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto

Suite Dua-Bilik pula didatangkan dengan :
  • Dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar dan disediakan katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamu
  • Dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci
  • Ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto
  • Sangat sesuai yang datang dengan keluarga atau datang berkumpulan
Suite Tiga-Bilik pula bercirikan mewah dan keselesaan malah dekorasi yang sangat hebat dengan :
  • Keluasan kira-kira 1200 kaki persegi
  • Didatangkan dengan 3 bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandi
  • Katil bersaiz King di bilik tidur utama dan 2 katil berkembar di kedua-dua bilik tetamu
  • Ruang makan yang luas dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto
  • Sangat sesuai yang datang dengan keluarga yang ramai atau pelancong yang lebih besar

Menariknya di Putrade Allsuites ini korang boleh juga lepak di sekitar RPGC kerana terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk keselesaan pengunjung yang datang kesana. Antaranya bagi pengemar sukan Golf boleh sahaja terus pergi ke padang Golf tapi make sure korang bawa sendiri peralatan set golf yer. Oh ya bagi yang suka berenang pun boleh jer berenang di kolam RPGC ni sebab kolam dia besar yer. Tapi kena pakai pakaian mandi yang proper ok. Siap boleh korang berjakuzi lagi tau. Nak melakukan bersenam di gym pun boleh. Tapi mama tak sempat untuk buat semua aktiviti ni. hahahah.




Selepas tour semua tempat di Putrade Allsuites at RPGC ni kita orang makan di coffeehouse Fairway Restaurant. Untuk ke coffeehouse ni korang kena berjalan sikit la ke RPGC yang terletak sebelah dengan Putrade Allsuites tu. Alaa jalan-jalan skit kan melihat suasana di sini memang cantik. 



Dek sebab kita orang breakfast jam 11 pagi so untuk tengahari kita orang tak der makan berat-berat. Jadi pilihan kami anak beranak adalah western food la. Untuk pengetahuan korang harga dia not bad la tak la mahal mana pun yer lebih kurang macam harga dekat luar. Dan yang paling terkejut adalah portion makanan dekat sini banyak. Fuhhh penat juga nak habiskan satu pinggan ni yer. 

Tudia western sangat.

Muka kekenyangan yer. Itu pun kita orang makan sampai habis. Sayang kalau tak abis kan.

Kemudian selepas makan tengahari kita orang berehat jer dalam bilik sebab semua pakat keletihan makan banyak sangat. hahahah. Oh ya petang pula kami bersiap-siap untuk pergi Lost World Of Tambun Hotspring. Kalau dah pergi Lost World of Tambun Hotspring ni apa lagi kita orang nak berendam dalam air panas la. Ini kali ke 3 kita orang datang ke sini. Memang best sebab anak-anak sangat suka berendam dalam air. 



Menariknya di Lost World of Tambun ni ada Petting Zoo dan korang boleh melihat pelbagai binatang yang terdapat di sini. Memang kita orang jelajah sakan siap bergambar la di Petting Zoo ni. Jangan tak tahu anak-anak mama paling excited ke sini dan tak sabar nak mandi kolam. hahaha. 

Comel la rumah hamster ni

Selfie la tapi dia tido.

Ni anak kancil kan. mama dah lupa


Bagi yang datang ke Lost World of Tambun Hotspring korang boleh dapat melihat pertunjukan api di sini. Dalam 30 minit juga persembahan api dan memang mengagumkan kami semua. Hehehe jangan terkejut kalau bau minyak tanah di sekitar sini yer. Yang penting terbaik pertunjukkan api tersebut. Dalam 9.30 malam kita orang mandi dan bersiap balik ke hotel untuk tidur. 


Keesokan seawal jam 7.00 pagi kami bangun untuk sarapan pagi di Fairway Restaurant. Setelah selesai makan kami berkumpul di lobi untuk pergi ke next destination iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Ini kali ke 2 mama dan keluarga datang ke sini. Anak-anak suka naik boat ni dan tempat ini sangat menarik untuk riadah bersama keluarga. Di sini terdapat beberapa ekor burung seperti burung kasawari. Anak-anak dapat melihat dan belajar pelbagai jenis burung di Gunung Lang ini. Untuk harga tiket sangat murah bagi dewasa RM3.00 manakala untuk kanak-kanak hanya RM1.50 sahaja. 



Cantik kan rumah lama ni. Mama pun sempat bergambar dekat sini

Yeah dapat jugak selfie dengan ostrich ni. asyik lari ke kiri dan ke kanan ajer.

Tempat wajib untuk pose yer. Tapi korang kena hati-hati sebab di sini banyak monyet berkeliaran di sekitar Gunung Lang dan jangan risau monyet ni tak kacau cuma kalau korang dah bagi makan dia akan kejar yer. hahahah 

Menarik juga Ipoh ni. ada banyak tempat lagi nak kena terokai so marilah datang ke Ipoh. 

Selepas selesai tour Gunung Lang, kami dibawa ke pekan Ipoh untuk bergambar di tempat viral iaitu Concubine Lane. Tempat ni sebenarnya adalah lorong-lorong kecil di pekan Ipoh yang menarik dengan lukisan mural di dinding. Lokasi sebenarnya adalah berdekatan dengan Plan B. So korang kena jalan dan bergambar di lukisan mural yang terdapat pada lorong tersebut. Bagi yang suka bergambar dan nak update ke insta bolehlah datang ke sini untuk bergambar yer. Jangan lupa bawa duit untuk beli ais kepal, ais krim yang sedap dan pelbagai barangan menarik yang terdapat di lorong Concubine Lane ini. 

Antara tempat yang menarik mama pose. agituuu

Jangan lupa bergambar di Harry Potter House di Concubine Lane ini. Cantik sungguh tempat ni

Lagi mama pose. belambak-lambak la gambar mama posing kat Concubine Lane saja. 

Selepas selesai posing mosing di Concubine Lane ni perut kami semua dah lapar. Hahaha. Orang kata kalau datang ke Ipoh ni wajib pekena Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey. Ini adalah kali ke 2 mama makan Nasi Vanggey ni. Sedap ya ampun dengan ayam vanggey special yang sangat sedap rasa madu dan kuah kari yang melimpah banjir bersama sambal kelapa yang menjadi trademark Nasi Vanggey ini memang makan tak panggung kepala tau. Harga sepinggan Nasi Vanggey Special hanya RM8 sahaja. Korang wajib cuba dan makan di Restoran Nasi Vanggey sini yer. Tak jumpa korang google jer mesti jumpa punya.

Restoran Nasi Vanggey

Love gilah la Nasi Vanggey Special ni. kalau pergi Ipoh lagi of coz la datang makan lagi. Ketagih uolls. hahahah sambil taip sambil telan air liur. parah dah ni


Lepas selesai makan Nasi Vanggey, tibalah masa balik ke hotel dan kemas-kemas barang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kali ni mama dapat peluang berjalan dan bergambar di Lost World of Tambun, Gunung Lang dan Concubine Lane serta dapat tidur yang best di Putrade Allsuites at RPGC. Anak-anak pun keletihan sebab percutian kali ni banyak berjalan di sekitar Ipoh. Sangat puas dan berbaloi percutian kali ini. Banyak lagi tempat menarik di Ipoh so memang sesuai untuk keluarga yang datang untuk percutian bajet. So korang kena rajin explore dan google sahaja. 


Bagi yang ingin menginap di Putrade Allsuites at RPGC boleh buat tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan juga Traveloka. Mama jamin korang puas hati dengan layanan mesra dan menginap di sini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Putrade Allsuites at RPGC
c/o : Royal Perak Golf Club
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh
Perak

Tel : +605-238 0022
Fax : +605-238 0021

Email : inquiry@putradeallsuites.com

Love,

Pizza Roti Naan Daging Air Fryer Yang Mudah

$
0
0
Lama giler tak makan pizza yang buat sendiri. Asyik beli ajer kan. hahaha. padahal senang jer nak buat pizza pemalas ni hanya perlu ada inti, roti naan dan cheese mozarella jer. zup zap zup zap siap dah untuk bagi anak-anak makan. Kita sebagai mak-mak ni kenalah masak yang cepat lagi pantas serta memudahkan kita yer tak. Jom kita tengok macam mana nak buat Pizza Roti Naan Daging yang bakar guna Air Fryer.


Untuk inti pizza ni korang boleh jer variati kan pelbagai inti contoh guna beef pepperoni, hotdog, isi ayam, isi tuna, isi daging dan macam-macam lagi lah. So kali ni mama guna bahan apa yang ada jer dekat rumah ni tak payah duk beli-beli dah. 


Bahan inti pizza :
  • Isi daging kisar yang diperap dalam rempah kari
  • Bawang putih tumbuk
  • Bawang Holland / Besar Cincang
Cara-cara masak inti :
  1. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan bawang holland dan masak sehingga lembut.
  2. Selepas itu masukkan isi daging kisar yang diperap dalam rempah kari. Masak sehingga isi daging masak. Jika kering tambahkan air sedikit dan masak sehingga isi daging kering sepenuhnya.
  3. Boleh perasakan dengan garam dah siap.

Untuk step yang seterusnya korang kena ada base roti pizza atau paling pemalas tahap kronik korang pergi jer beli roti naan tu atau roti gardenia pun boleh. hahaha. 

Bahan-bahan untuk pizza :
  • Roti Naan 
  • Inti Daging 
  • Cheese Mozarella
Cara-cara buat pizza yang senang gileh ni :-

Memula korang lenyekkan roti naan tu bagi nipis skit. kalau nak tebal pun boleh tak payah lenyekkan

Letakkan inti daging dekat atas permukaan roti naan. nak letak banyak mana pun boleh sebab ni nak buat untuk kita makan bukan untuk jual. hahahha

Kemudian tabur cheese mozarella. ini pun suka-suka hati la korang nak taruk banyak mana. 

Bakar dalam air fryer dengan suhu 160'c selama 10 minit. 

Tadaa dah siap Pizza Roti Naan Daging yang mudah giler ni. 

Yang bestnya buat pizza roti naan daging ni anak-anak suka makan. Siap Iqram puji la pizza mama buat ni sedap sangat sampai nak nagis la Iqram. Hahahha dia punya puji tu halah halah sangat. hahaha lepas ni dia orang nak buat Pizza Roti Naan Beef Pepperoni pulak. Untuk pizza ni anak-anak korang buat sendiri mama beli bahan jer. Heheheh Selamat mencuba

Love,

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali 'Kempen ABC for Health'

$
0
0
Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.


Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia . Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.


Mengenai Influenza 

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.

Tanda-tanda dan Simptom Influenza 

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.


Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim. Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.


Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara. 

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

Love,

RIZQ Autism Centre Khas Untuk Pembelajaran & Terapi Khas Untuk Anak-anak Autism

$
0
0
Perasan tak sekarang anak-anak yang menghidap Autism sangat banyak di Malaysia. Tapi ia bukan menjadi satu masalah kepada ibu bapa kerana ibu bapa pada masa kini telah membuka mata mereka tentang pemasalah autism ini dikalangan anak-anak mereka. Yang menjadi masalahnya jika ibu bapa tersebut tidak mencari alternatif untuk memulihkan anak mereka dengan mengurung anak tersebut di rumah. Ini mengakibatkan anak-anak Autism akan lebih agresif dan perkembangan mereka juga akan terbantut. Untuk pengetahuan semua, anak-anak Autism ini sangat cerdik dan kreatif tau. Jadi sebagai ibu bapa wajib mencari pusat untuk pembelajaran khas untuk mereka yang istimewa ini. 


Pada Sabtu lepas, mama berpeluang melihat sendiri facilities RIZQ Autism Centre yang akan dibuka pada awal bulan Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada RIZQ Educare Sdn Bhd kerana berjaya menubuhkan RIZQ Autism Centre ini bagi anak-anak Autism. Ini adalah salah satu insiatif untuk ibu bapa yang ada anak-anak Autism bagi membantu anak-anak ini dapat belajar dan juga terapi khas agar mereka menjadi lebih kreatif.

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala-gejala ini selalunya sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama Autism ialah :-
  • Komunikasi
  • Tindak balas sosial
  • Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Selain itu, Autism juga salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil "Pervasive Development Disorders"dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah "Aspergers Syndrome" di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitf boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism ini tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Kebanyakan anak-anak Autism ini mempunyai hypersensitive atau hyposensivitive sensory issue. Jadi ibu bapa pastikan melihat anak-anak sensitive dengan 5 deria iaitu penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau dan rasa.


Dengan penubuhan RIZQ Autism Centre ini bukan sahaja membantu anak-anak istimewa ini membesar menjadi seorang dewasa berdikari sekurang-kurangnya mampu melakukan aktiviti harian, mengurus diri, makan, minum, berkomunikasi dan tingkah laku yang terkawal. Di sini juga terdapat satu bilik yang direka khas iaitu MSSR Room atau dikenali "Multi-Sensory Smart Room" untuk anak-anak ini boleh digunakan bagi anak-anak autism ini menjalani terapi serta membolehkan mereka menggunakan untuk mengawal input deria, termasuklah bunyi, pencahayaan, bau, sentuhan, suhu dan ruang.


Bilik MSSR ini direka khas oleh pihak UTM dan bekerjasama dengan RIZQ Autism Centre bagi membantu anak-anak Autism belajar mengenai sensori serta terapi khas Autism. Dengan adanya MSSR Room ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak Autism untuk mereka merasa lebih tenang, disokong dan memberi fokus kepada mereka. Mama perhatikan di bilik ini anak-anak Autism lebih rasa tenang dan mereka berminat untuk explore setiap ruang yang ada. 

Antara sensori untuk anak-anak Autism boleh sentuh



Selain itu, di RIZQ Autism Centre juga terdapat bilik Lego dimana anak-anak Autism akan diberikan masa bermain dan mencipta menggunakan permainan block Lego ini dengan kreativiti masing-masing. Jangan tidak tahu anak-anak Autism ini sangat kreatif dan yang pasti ibu bapa akan terkejut serta kagum dengan mereka ini. Percayalah setiap anak-anak yang lahir ke muka Bumi ini Allah berikan yang terbaik untuk mereka. 



Terdapat ruang bermain indoor serta outdoor yang sangat selesa bagi anak-anak ini bermain serta menghabiskan masa mereka seharian di RIZQ Autism Centre. Oh ya di sini turut terdapat penjagaan day care setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang serta termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Untuk day care ini juga terdapat 1 jam sesi terapi dengan terapis yang terlatih.



Bagi yang berminat untuk membeli buku mengenai pembelajaran khas anak-anak Autism juga turut dijual di RIZQ Autism Centre. Antara buku-buku khas ini seperti :-
  1. Mudahnya memahami Autisme
  2. Strategi Pengurursan Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas
  3. Intervensi Terapi Carakerja Untuk Murid Disleksia
  4. Persediaan Sensori Dalam Pendidikan Khas
  5. 100 Aktiviti Untuk Murid Berkeperluan Khas
  6. Kemahiran Manipulatif Dalam Pendidikan Khas
Kesemua buku ini boleh diorder dan dibeli di RIZQ Autism Centre. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak RIZQ ok.

Buku-buku khas untuk Ibu bapa membaca dan mengenal lagi tentang pemasalahan anak-anak Autism



Oleh itu, ibu bapa di luar sana tidak perlu berlengah dan buatlah screening test dahulu untuk mengetahui anak-anak diagnose Autism pada peringkat awal umur mereka. Yang paling utama jika anak-anak kita Autism cepatlah dapatkan rawatan dan cuba membantu anak-anak ini untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuhi cabaran dunia luar dengan menghantar ke RIZQ Autism Centre. Dengan adanya Centre sebegini dapatlah anak-anak Autism ini lebih berkeyakinan, lebih focus, dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai RIZQ Autism Centre ini boleh hubungi :-

RIZQ AUTISM CENTRE
BG-11, Plaza Crystalliville
PT 53370 Vita
Lingkaran Cyberpoint Timur
Cyber 12
63000 Cyberjaya

Telefon : 03-8912 0447
Whatsapp : 018-252 7674
Email : rizqautism@rizq.edu.my


Love,

Majlis Pembukaan & Penjenamaan Semula Brownies Monstr

$
0
0
Siapa pencinta brownies dan cookies yang penuh chocolate silalah angkat tangan? Yeah ramaikan pencinta brownies dan cookies ni termasuklah mama. Fuhh kalau dapat makan rasa heaven sangat rasa kaya dengan chocolate yang sangat sedap. Anak-anak mama memang lagi sukalah brownies dan cookies ni. Ahad lepas mama berkesempatan hadiri satu majlis pembukaan dan penjenamaan semula Brownies Monstr di Bangi Selangor. 


Sejarah Brownies Monster ditubuhkan bermula pada tahun 2017 dengan hanya mengeluarkan Brownies Monster sahaja. Kemudian pada tahun 2018 pula mula mengeluarkan produk-produk lain yang berasaskan coklat iaitu The Kookies Monster dan untuk tahun 2019 mula memperkenalkan Rocky Road Monster yang mendapat sambutan dari orang ramai.

Semenjak tahun 2012 lagi Puan Fatin menjual Kek Buah Kukus ketika bulan Ramadhan sahaja dan jualan Kek Buah Kukus pada bulan Ramadhan boleh mencecah ratusan ribu ringgit kerana atas sambutan yang amat menggalakkan. Jadi, jualan Kek Buah Kukus ini telah menjadi tradisi untuk dijual ketika bulan Ramadhan bagi menyambut sambutan Hari Raya sahaja. 


Menurut Puan Fatin atau dikenali sebagai "kakak monster" memberitahu bahawa jenama Brownies Monster memerlukan penjenamaan semula dari segi nama, logo supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan pelbagai produk Brownies Monster dengan  permintaan yang semakin meningkat setiap hari. Oleh itu, Puan Fatin mendaftar jenama Brownies Monstr di Myipo untuk mendapatkan trademark bagi mengekalkan produknya di mata pelanggan.

Terdapat empat produk di bawah Brownies Monstr ini iaitu :-
  1. Brownies Monstr | Senior Pack RM18 / Junior Pack RM10
  2. The Kookies Monstr | Maxi RM18 / Mini RM10
  3. Rocky Road Monstr | RM16
  4. Kookrunch Chocojar Mini Monstr | RM17


Semenjak penubuhan Brownies Monstr ini terdapat seramai 400 lebih agent dibawah mereka. Yang paling menggagumkan adalah salah seorang agent Brownies Monstr ini antara paling muda iaitu 16 tahun dan adik tersebut juga merupakan agent paling tinggi jualannya. Memang terbaiklah anak-anak muda berniaga dengan hanya menjual Brownies Monstr sahaja tapi jualan keuntungan mencecah sehingga 4 angka.

Bagi yang ingin membeli produk Brownies Monstr ini boleh hubungi Agent Brownies Monstr di Brownies Monstr Agent List Oh ya jika pembelian dengan agent boleh juga beli melalui pos dan juga COD (Cash on delivery) berdekatan dengan tempat korang nanti. 


Penjenamaan semula dari Brownies Monster ke Brownies Monstr

Dengan penjenamaan semula Brownies Monstr dari segi warna Mustard yang ceria, logo yang nampak international, maskot yang comel serta packaging yang terbaik akan memberikan produk Brownies Monstr terus melebar perniagaan ini ke luar negara. Sesuai sangat dengan tagline brownies ini "bringing chewy gooey to yooey"  di mata penggemar brownies. 

Puan Fatin dengan produk terbarunya Kookkrunch Chocojar Mini Monstr

Alhamdulillah mama dah mencuba ke empat-empat produk Brownies Monstr ni memang sangat sedap dengan limpahan chocolate yang tidak kedekut. Bayangkan kami anak beranak berebut yer makan brownies, kookies, rocky road dan chocojar yang sangat sedap tu. Lepas ni mama kena beli lagilah untuk anak-anak mama makan. Gerenti ketagih tau kalau dah makan Brownies Monstr tu especially kookies monstr tu sampai tak boleh berhenti makan. 


Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Puan Fatin dan juga team Brownies Monstr di atas penjenamaan semula produk mereka. Semoga perniagaan Brownies Monstr ini terus berkembang dan maju jaya dalam dunia perniagaan makanan melibatkan chocolate ini di mata dunia. Untuk pembelian terus dari HQ boleh tekan link ini [Saya nak beli produk Monstr!]

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,

Kempan Beli Barangan Malaysia Dengan Membeli Produk MISMIS, SWAG & BLOSSOM

$
0
0
Kempen Beli Barangan Malaysia telah dilancarkan semenjak tahun 2010 lagi. Tujuannya bagi menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia. Ini kerana kita perlu berbangga membeli dan menggunakan barangan buatan negara kita berbanding import. Selain itu, produk tempatan sekarang sudah setanding dengan jenama-jenama antarabangsa yang sudah lama berada di pasaran.


Pada Sabtu lepas, mama menghadiri satu jemputan bersama blogger untuk Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra Kajang. Kempen ini telah dilancarkan oleh KPDNHEP yang diadakan dari 16 Jan sehingga 22 Januari yang lalu di seluruh Tesco Malaysia. Untuk pengetahuan semua, melalui kempen ini secara tidak langsung dapat membantu usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memasarkan produk keluaran mereka serta dapat mencari peluang baru bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu dan mematuhi standard bagi memasarkan produk di pasaraya besar lain di seluruh negara. 

Dengan platform yang disediakan membolehkan produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan IKS dapat dipasarkan bukan sahaja di peringkat Domestik malah boleh dipasarkan ke Antarabangsa. Satu pengiktirafan buat usahawan IKS untuk memajukan produk mereka ke peringkat lebih tinggi. Pastinya produk-produk yang terpilih mempunyai perlabelan dan rekabentuk yang sesuai untuk dijual di pasaraya besar dan telah mempunyai sijil KKM serta sijil pengiktirafan Halal dari Jakim.


Antara 3 jenama yang terlibat didalam Kempen Beli Barangan Malaysia seperti ubat gigi jenama MISMIS, perapi rambut SWAG dan penjagaan diri dari Asianic dan Blossom. Kesemua produk ini produk yang berkualiti menggunakan bahan-bahan semualajadi dan dijamin tanpa was-was serta harga yang ditawarkan jauh lebih menjimatkan. Dan ternyata produk jenama ini antara jenama yang mencapai piawaian yang telah digariskan dan yang terbaik kepada pengguna. 

UBAT GIGI - MISMIS

MISMIS adalah singkatan daripada perkataan Make it Smile. 'Catchy'bunyinya dan ada nilai sentimentalnya di situ. Penjagaan oral MISMIS merupakan keluaran daripada syarikat NFA Technologies Sdn Bhd. Mula ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai syarikat untuk menyelidik, mengeluar dan memasarkan ubat gigi dan produk penjagaan mulut yang berasaskan polifenol koko yang pertama seumpanya bersama bahan herba semulajadi dari cengkih dan minyak zaitun.


Jenama penjagaan oral ini telah telah mensasarkan pasaran komersial untuk dalam dan luar negara bagi memenuhi permintaan ubat gigi Halal bagi semua segmen umur untuk seisi keluarga. Ini mencakupi semua peringkat umur dari kanak kanak sehinggalah dewasa. Produk MISMIS telah dihasilkan melalui kerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dari segi penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan.

Untuk pembuatan ubat gigi, bahan mentah utamanya merupakan polifenol koko yang berkualiti tinggi.Penjagaan oral MISMIS juga telah memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard). Ini selarasa dengan matlamat syarikat iaitu untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Jenama MISMIS terdiri dari ubat gigi MISMIS Ekstra Pudina Segar (Extra Cool Mint) dan Pudina koko premium yang mengandungi bahan aktif polifenol- tannin terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptococus Mutan, penyebab nafas berbau dan menyebaran karies gigi. Dengan penggunaan bahan aktif ini ia juga dapat menghindarkan permulaan gigi berlubang dan pembentukan karies gigi.

Menurut Pengarah Syarikat MISMIS berkata “Ubat gigi MISMIS tanpa fluorida dari Polifenol koko premium terpilih dengan campuran ramuan herba semulajadi seperti cengkih dan minyak zaitun ini akan mengekalkan anda senyuman manis dan nafas yang segar sepanjang hayat. Jenama MISMIS adalah pilihan yang bijak bagi pengguna yang inginkan produk 99.9% dari bahan semulajadi.”


Semenjak mama diperkenalkan dengan ubat gigi MISMIS ini mama terus tukar ke produk ini dari berus gigi dan juga ubat gigi. Memang ternyata sangat bagus yang penting tanpa florida. Bagi pengguna yang ada masalah gusi mama cadangkan guna ubat gigi MISMIS Cocoa Mint ini sangat bagus untuk masalah gusi. Harga ubat gigi MISMIS ini sangat berbaloi dengan kebaikkannya.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk MISMIS ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :-


SWAG - PERAPI RAMBUT

Bagi jejaka di luar sana yang ingin menggayakan rambut dengan mudah boleh cuba perapi rambut keluaran Malaysia ini. Pertama kali mama tengok packaging mama ingatkan produk ini adalah jenama Antarabangsa tapi tidak yer. SWAG ini adalah jenama produk Malaysia keluaran syarikat tempatan Sakura Industries yang telah memperkenalkan pomade dalam bentuk gel dan cecair dan juga clay dari jenama Swag.

Pomade Swag diformulasikan dari bahan bahan semulajadi seperti Argan Oil, Olive Oil yang mana mempunyai kebaikan dalam menyubur dan menyihatkan lagi rambut. Selain itu ianya amat selesa digunakan sepanjang hari. Ianya juga diformulasikan berasaskan air (waterbase) bagi memberi sentuhan semulajadi pada rambut dan mudah menggayakan dengan cara yang kita inginkan.


Pengarah Urusan Sakura Industries, Mohd Rozailmee Zulkeply berkata, "Jenama Swag kini telah menjadi pilihan bagi lelaki yang mementingkan pengayaan rambut. Selain itu jenama Swag juga sesuai untuk semula lapisan umur terutamanya anak muda dari sekolah rendah dan menengah yang sentiasa ingin kelihatan rapi dan bergaya mengikut citarasa pengayaan rambut terkini."

Terdapat empat jenis pilihan, iaitu ‘Boss’, ‘Focus’, ‘Energy’ dan ‘Million’. Setiap jenis mempunyai fungsi dan bahan berbeza mengikut gaya dan citarasa pengguna. Terdapat dua pilihan sama ada untuk gaya sentuhan sederhana atau tambahan kekuatan bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Swag bukan sekadar produk menata rias rambut lelaki, malah turut berfungsi sebagai perapi rambut agar lebih sihat dan subur kerana dilengkapi unsur-unsur semulajadi.


Pembuatan Jenama Swag tidak menggunakan bahan kimia berbahaya, malah ramuan semulajadinya menjadi asas kepada keunikan jenama ini. Baunya juga menyenangkan dan wangian lebih maskulin. Produk Swag mudah digayakan mengikut citarasa, ia juga mudah dibilas dan tidak menyakitkan kepala ketika menggayakannya dan membesihkan selepas sehari menggunakannya.

Dengan berat bersih 120g bagi produk pomade berharga RM28.00, ianya adalah antara harga yg murah dan mampu milik untuk semua. Manakala bagi produk clay 80g dijual pada harga RM19.90 dan Liquid Pomade 200g hanya berharga RM19.90 sahaja. Dengan penggunaan normal setiap produk mampu bertahan selama 4 minggu dan ianya amat berbaloi untuk dimiliki oleh jejaka hebat diluar sana.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SWAG ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :- 


BLOSSOM - LOSYEN PENJAGAAN TANGAN & BADAN DAN KRIM TANGAN

Selain produk MISMIS dan SWAG, produk yang menjadi pilihan mama adalah produk Blossom. Oh ya produk jenama Blossom ini produk jenama di bawah keluaran syarikat Wonderland Primary Sbd Bhd. Untuk pengetahuan semua, selain produk Blossom ini terdapat juga produk Asianic dibawah keluarannya yang menghasilkan produk penjagaan badan. 


Produk Jenama Blossom terdiri daripada 4 variasi losyen tangan dan badan bersaiz 500ml iaitu limau tangerin (Tangerine), Betik (Papaya), Buah Zaiton (Olive Oil) dan juga Ros (Rose). Diformulasikan dari bahan bahan terpilih dan bermutu tinggi bagi memberikan kesan yang optima pada kulit dan ianya dari bahan bahan semulajadi serta sesuai untuk kesihatan kulit. Juga terdapat krim khas tangan Blossom 50ml yang mudah dibawa kemana-kemana kerana sizenya compak dan kecil.

Setiap manusia lahir dengan berbagai bagai jenis kulit. Ada kulit kering, berminyak dan tidak sekata. Wanita terutanya amat gemar untuk menjaga dan mastikan kulit sentiasa cantik, mulus dan sihat. Bagi menambah kecantikan tersebut, Blossom adalah salah satu jenama yang diformulasikan khas bagi yang mementingkan penjagaan kulit. Blossom adalah pilihan yang terbaik bagi wanita.


Bukan sahaja dapat melembutkan kulit, tetapi aromanya yang semulajadi dan tekstur lembut pembuatan Blossom pasti akan membuat anda merasa sentiasa segar dan berkeyakinan sepanjang hari. “Blossom adalah produk tempatan yang setanding dengan produk antarabangsa yang lain dipasaran. Dengan harga yang berpatutan dan dengan pembuatan yang diformulasikan dari ekstrak yang berkualiti tinggi, pasti para pengguna akan mendapat manfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit. Dengan Blossom, kini kulit akan lebih sihat, cantik dan muda sentiasa” kata Puan Leny Adam selaku Pengarah Syarikat Wonderland Primary Sdn Bhd.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk BLOSSOM ini boleh layari Facebook & Instagram dan jangan lupa follow serta like :-

Facebook : https://www.facebook.com/WonderlandPrimary/
Instagram : https://www.instagram.com/asianichalal/


Inilah masanya kita menyahut seruan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan membeli barangan keluaran MISMIS, SWAG dan BLOSSOM. Untuk dapatkan produk-produk ini boleh didapati di seluruh outlet Tesco Malaysia, pasaraya besar, farmasi dan platform-platform online. Ayuh kita sokonglah buatan Malaysia!

Love,

Love Is In The Ears | Grab at Shopee Now

$
0
0
With Valentine’s Day just around the corner, Shopee is playing cupid by showering shoppers with ideas and attractive deals so they can impress their loved ones. Here are some cool ideas to kick-start an avalanche of surprises that will sure to put them in their other half’s good books.

For her:
The Edifier TWS1 Bluetooth True Wireless Stereo Earbuds is equipped with Qualcomm® aptX™ technology that delivers 24-bit wireless audio over Bluetooth. This means users will be able to hear even the smallest details in their favourite music. With improved signal-to-noise ratio, listeners can now enjoy quality music in reduced background noise. This is definitely the go-to wireless earbuds for her as it comes in limited edition colours this Valentine’s. Apart from the classic black and white variant, it now comes in blue, green and pink which makes it a romantic gift for her. Get it on Edifier Malaysia Shopee Official Store for only RM149 (RRP: RM299).

If she is living an active lifestyle, surprise her with the Soul Transform Wireless Bluetooth V4.0 Performance On-Ear Sports Headphone. This pair of headphones stands up to her rigorous demands of activities and training without sacrificing ultimate comfort. Keep it dry during workouts with moisture wicking and washable mesh ear pads. Lift the weight off with the sporty lightweight design while enjoying a pure balance of powerful bass and clear mids and highs. Comes in classic black and sexy red. Get it on the Soul Electronic Official Store on Shopee at only RM149 (RRP: RM499).

True Wireless Earphones is a one cute and compact accessory that a girl would love to have! The lightweight and compact design can be fitted into handbags easily. Apart from the classic black and white, it also comes in dreamy colours such as pink and blue. Having the IPX5 water protection, the earbuds are splash proof, rainproof and sweat proof. Stretching the hours further as 10 minutes of charging allows up to an hour of playtime. With 2 extra charges from the case, users will enjoy a total playing time of 20 hours. Get it here at only RM431 (RRP:RM539).

For him:

Allow him to put the outside world on hold and enjoy the wonders of the Sony WF-1000XM3, the industry’s leading noise cancellation and stunning sound gadget. Equipped with Digital Noise Cancelling with HD Noise Cancelling Processor QN1e and Dual Noise Sensor Technology, allow the boyfriend or husband to enjoy the finest details, losing himself completely in his music. Be it the smartphone or tablet, the advanced wireless connection syncs what can be seen on screen precisely with what is heard on the headphones for a more enjoyable viewing. The noise cancelling earbuds are ergonomically designed to make contact with three different points of the ear for a secure, comfortable fit. Rest assured, it comes with a one-year warranty from Sony Malaysia. Get it from Shopee at the lowest price in town for RM616 (RRP: RM949).

Unplug the cords and take the show on the road with the lightweight and vintage styled Marshall Kilburn I. With its iconic gold script logo, gold piping, vinyl covering and vintage-inspired fret, the Kilburn is an instant Rock ‘N’ Roll classic. Its supremely good looks draw inspiration from over 50 years of Marshall design. With a built-in battery of up to 20 hours, users will enjoy their jams all day long wirelessly via Bluetooth technology.

Get the best of both worlds when the Kilburn is bundled with the modern go-to classic Major III. Slimmed down ergonomic 3D hinges add a streamlined look, while thicker loop wires with reinforced rubber dampers contribute to a solid build quality unsurpassed by others. This combined with its on-ear cushions and plush straight fit headband provide hours of comfortable listening. Get the special bundle offer from Marshall Official Store on Shopee for only RM949.90 (RRP: RM1,259).



Take away his frustration by presenting him with Jabra’s 4th generation true wireless stability, where play time and calls are more stable without interruption. Making calls only gets better, thanks to the enhanced 4-microphone call technology, which filters out disruptive noise around. On a single charge, the Jabra Elite 75t can last up to 7.5 hours with the charging case carrying up to 28 hours of battery life. Be worry-free with a 2-year warranty from Jabra Malaysia. Get this deal from the Jabra Malaysia Official Store for only RM949 with a free backpack worth RM480.

Escape into the world of music with the Sennheiser’s NoiseGard™ Hybrid adaptive noise cancelling technology. Take control easily by using the touch sensitive trackpads on the earcups 5/5 to make and receive calls. The specially designed earpads and an ergonomic headband is great for long listening sessions, and for people on the move. There’s also a built-in limiter that avoids sudden and extreme sound level peaks, e.g when he is connected to an in-flight entertainment system that is also used for crew announcements. The product comes with a two-year international warranty. Get it from the Sennheiser Official Store for only RM1,285 (RRP: RM1,690).

Save the date! Enjoy these exclusive one-day only deals on Shopee on Wednesday, 5 February 2020. Use promo code LOVE0510 to enjoy 5% Shopee coins cashback with min spend of RM100; LOVE0625 to enjoy 6% Shopee coins cashback with min spend of RM300; and LOVE0860 to enjoy 8% Shopee coins cashback when users spend a min of RM700.

For more Valentine’s Day gift ideas, visit https://shopee.com.my/m/love-audio to check out these exclusive deals now!

Love,

Misi MamaJue Kurus & Sihat Tahun 2020

$
0
0
Hi korang.. Fuhhh berabuk blog mama dah berapa lama tak update. Mood update tak payah cakap memang kelaut la sekarang ni. Ntah la sebab penat sama kot sampai nak tekan keyboard pc ni pun dah ke laut. Eh sebenarnya mama tengah gigih diet dan workout untuk misi azam kurus dan sihat untuk tahun 2020. Rasanya macam setiap tahun jer misi kurus ni tapi akhirnya gagal di tengah jalan. hahaha. tapi tahun ni memang mama tekad nak kurus. tak peduli dah memang kena wajibal ghunnah nak kurus dan sihat.  

Padahal sebab nak kurus dek kerana baju tshirt yang mama beli dekat brand outlet tu semua ketat tang lengan. hahaha dah la beli sampai 6 helai. aduii time tu BO buat sale 3 helai RM50.. sekali balik  try pakai ketat dekat lengan.. stress pulak. So January ritu mama dah start makan suku-suku separuh dan workout atas trampoline. Berat mula tu 84kg (tapi lupa pulak nak snap gambar sebab sakit hati tgk angka tu) misi exercise setiap hari melompat terkinja bagai nak gila selama sebulan hanya turun 4kg jerrrr. hahahah mama oihh hang nak turun baper banyak kan. 4kg tu bersyukur la. 

Trampoline ni tahun lepas jadi al tukun lah. tahun ni kita kena lompat selompatnya ok. hahaha

So start jer Februari mama dah mula tekad cut nasi, cut gula, cut minyak, cut garam. so mama hanya makan protein dan sayur jer. Hari ni 20 Februari so hampir 20 hari lah mama tak makan nasi. Awal minggu pertama tu agak struggle jugak tapi mama kau tahan jebat hahaha so sampai hari ni mama cut nasi tu. Memang nak nampak kurus terus tu mama hang kena makan tahun baru nampak kot. takper slow2 yer kang sebulan kurus slim melidi kang orang ingat mama ambik dadah plak. hahhaa matilamama.

Setiap hari mama akan cuba exercise selama 30 minit atau buat abs or cardio. Selalunya mama akan lompat atas trampoline ikut video dekat youtube jer. Ehh follow video workout tu pun boleh peluh bercerau yer. Bukan sekadar lompat atas trampoline tapi kena gerakkan kaki dan tangan jugak. hahhh oh ya kenapa mama pilih lompat atas trampoline sebab lutut mama tak sakit. kalo lompat atas lantai or tanah lutut mama mesti sakit. hahaha nampak tak lutut pun tak mampu menampung berat mama.

Agituuu. hari2 kena pose baru semangat skit. 

Video ni la mama selalu follow. memang pecah peluh yer. 

Punya la mama gigih diet & workout siap mama create satu IG untuk misi kurus mama la. Korang boleh follow MamaJue Healthy Journey. Tudiaa panjang betul nama IG mama kali ni. Dekat dalam IG tu mama akan update pasal menu lunch mama. Untuk menu breakfast memang tak sempat biasalah waktu pagi tu la nak kejan anak kemas buku, suruh mandi, nak gelut masak. Ingat mama hang sedia2 ada masa nak update IG ka. Kan mama makan sayur jer hari-hari, Iqram siap cakap mama makan sayo jer macam kambing. hahaha hampeh sangat dia ni tau. 

Antara menu yang dah masuk dalam perut mama. 

Weekend lepas mama dah start jogging dengan en papa. hahaha.. jujur mama cakap mama lebih suka lompat atas trampoline daripada jogging ni. wehh sakit urat betis la jogging. ker mama baru start jogging tu pasal urat-urat betis terkejut. hahaha. takper baru lagi kan biasa la urat betis pun nak kena sebati untuk biasakan mama jogging yer tak. Itu ada hati nak masuk fun run bagai. mau tengah duk lari fun run tu dalam hati duk cakap apa jadah aku masuk ni. hahahah. 

Awal pagi sampai mama hang apa lagi posing la satu kali. gedik sangat hahaha.

Partner jogging mama. mama paksa en papa jogging jugak sebab perut dia dah mcm org mengandung. hahhaha nasib dia mau yer. kalo tak laki bini duk jogging atas katil

Buat masa ni berat mama hampir 9kg turun dari 84kg. Tapi biasa la kejap naik skit kejap turun skit. Itu biasa la kan. lepas ni stop timbang sebab mama akan sambung cut nasi sampai bulan 3 pula. Satu jer dugaan mama kalah masa nak period. Ya ampun tekak teringin nak makan benda manis. Dek kerana tatahan sangat mama terbeli dan termakan la jugak 1 slice chesecake. hahahha esoknya teruih period. jebon laaa. hahahahha

Heheheh banyak lagi berat kena kurang. berat ideal mama 59kg. mampuih banyak kilo kena buang ni oihh... takpa sabar yer mama. yang best inch loss banyak kurang dekat lengan. yeaa lengan mama dah tak sado lagi. so chaiyok mama chaiyok.

Mama bab posing serah kat mama. tu pun puaih pedo tangan en papa bagi mama nampak kurus dan cantik. apooooo hahahahhaha

Minggu ni nak jogging lagi tapi Sabtu Ahad ada hal la pulak. takper dapat jogging sejam jadi lah kan. huhuhu. nak kumpul balik stamina ni bukan senang. kalau penyakit M tu mai lagilah baik mama tarik selimut dan tido jer yer tak. hahahha kalau dah tekad nak kurus dan sihat mama hang kena kuat dan gigih exercise & makan makanan yang sihat. Doakan mama yer! Hehehe duk nampak baju kebaya cantik lalu lalang dekat IG macam nak beli sepasang. hahahahh

Love,
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live