Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live

Wangian Mandian Mewah Dari Bath & Shower I Love & Kustie

$
0
0
Pada minggu lepas, mama dapat satu hamper barangan Krismas dari Watson Malaysia. Terima kasih kepada Butterfly Project Malaysia dan Watson Malaysia atas hamper wangian set Shower Bath I Love dan Kustie. Wowww mama teruja sangat dengan set ini kerana shower bath tersebut diperkaya dengan haruman buah-buahan dan bunga-bungaan yang cukup wangi. Teruja tak? Tak sabar nak guna masa mandi tau.


Terdapat 2 set bath & shower I Love dan Kustie. Korang pernah dengar tak? Mama pernah dengar dan nampak bath & shower ini jual di Watson. Ok mama akan mencuba sendiri bath & shower ini samada wangi ker tidak. 

I LoveBath & Shower CremeStrawberry & Creme dan Mango & Papaya. Dedua bath & shower ini bau yang sangat menarik dengan bau buah-buahan yang menyegarkan. Bayangkan ketika mandi dengan bath & shower creme ini korang rasa macam nak makan jer tau. Dengan sedikit penggunaan sahaja bath & shower ini akan dapat buih yang banyak. Yang paling penting, bath & shower creme ini memberikan haruman dan kesegaran serta membuatkan kulit sentiasa segar, halus dan lembut.


Terdapat 6 pilihan wangian yang menawan bath & shower creme I Love ini seperti :
  • I Love Coconut & Cream
  • I Love Raspberry & Blackberry (Red)
  • I Love Mango & Papaya
  • I Love Chocolate Truffle
  • I Love Strawberries & Cream 
  • I Love Raspberry & Blackberry  (Pink)
Untuk set bath & shower I Love terdapat 2 botol iaitu 500 ml dan 50 ml bagi nourishing body butter. Bagi harganya pula hanya RM27.60 setiap kotak dan percuma pink body puff untuk kegunaan mandian anda.


Okey satu set lagi Shower  & Bath Gel Kustie Cherry Blossom & Chamomile. Shower & bath gel ini sangat istimewa kerana terdapat kelopak bunga di dalam shower gel tersebut. Ia sangat menarik kerana dengan kelopak bunga tersebut dapat membersih kulit secara mendalam dan mencerahkan kulit. Selain itu juga, chamomile ini dikenali untuk membantu kulit sensetif dan mengurangkan tona kulit tidak sekata. 


Terdapat 4 aroma pilihan yang menawan bagi shower & bath Kustie ini seperti Lavender, Rose, Chamomile dan Cherry Blossom. Bagi shower & bath gel ini sangat sesuai untuk semua kulit dan bebas dari paraben. Shower & bath gel ini diperbuat daripada minyak tulen dan aroma bunga-bungaan yang tulen. Bagi shower & bath gel Kustie ini didatangi dalam 2 size iaitu 100 ml (size travel) RM11.66 dan 500 ml RM34.98.


Untuk dapatkan Bath & Shower Creme I Love dan Shower & Bath Gel Kustie ini boleh dapatkan eksklusif di Watson terpilih seperti KLCC, Pavilion, Mid Valley, Paradigm Mall, The Curve, Aeon AU2 Shopping Mall, IOI Mall, Sunway Pyramid, One Utama, Jusco Kepong, Alamanda, The Mines, Kinta City Shopping Mall, Johor City Square, Gurney Plaza, Queensbay Mall, Prangin Mall 2, Suria Sabah dan Watson E-store.


Relaxkan kulit anda dan segarkan fikiran anda dengan haruman mandian I Love & Kustie. Bagi set ini boleh juga hadiahkan sempena perayaan atau hadiah hari jadi untuk orang yang tersayang. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.watsons.com.my


Love,

New Gadget | Huawei P9 Lite

$
0
0
Alhamdulillah tercapai jugak nak beli new phone. Almaklum la phone yang ada sekarang dah hampir 2 tahun. Tanda-tanda sakit dah kelihatan kat phone lama mama tu. Hahaha.. Sebenarnya sayang sangat tab tu tapi dia asyik restart & heng jer terus tukar. 

Memula tu mama aim nak beli Vivo V5 yang dutanya Siti Nurhaliza tapi kan mama ni ntah la penyakit apa tak tau. Sampai jer kedai kata ok nak beli tapiiii angkat letak angkat letak. hurmmm macam sayang duit nak beli. hahaha teruk nau.. last-last mama rembat Huawei P9 Lite saja.. jadilah untuk buat kerja blogger mama ni kan. Untuk phone kali ni mama beli hasil duit blogging mama.. Mama malas nak mintak en papa yer lah kan dia dah bayar duit kereta & credit card mama.. cukup la tu.. huhuhu.. 

Nice box Huawei ni.. Solid & black colour

Dalam box semestinya ada phone, charger, cable, ear phone, buku panduan & card warranty.

Mama pilih colour gold sebab tu jer ada.. bedasah la.. Untuk camera belakang 13 MP dan camera depan 8 MP ok la tu untuk mama buat kerja blogging mama ni.. lepas ni mama kena simpan duit review nak beli camera pulak. hahaha.. selagi tak dapat mama nak dapatkan jugak camera baru.. nanti nak pergi beli mesti rasa macam tak nak beli.. hahaha tahu sangat perangai mama tu.. LOL

Welcome Huawei P9 Lite. Please be nice ok!! Selamat Berkhidmat.. 


Love,

Polished Pink Secret Dari Muuka Kosmetik

$
0
0
Masuk jer anak 3 mama ada satu masalah yang mama hadapi iaitu mama tak sempat nak manjakan muka sendiri. Hahaha baru 3 anak dah tak sempat kalo 5 anak macam mana la rupa nanti. Ntah-ntah serupa mak lampir pulak. Tambah sekarang mama ada baby memang mama nak kena ada masa yang pantas untuk cepat bersiap. Yer mama akui memang nak pakai scrub muka ker, toner ker, krim malam ker memang dah krik krik krik jer. Kunun lepas baby tido boleh la sapu kejap tapiiii last-last dengan mama sekali tertido tepi baby. Hahaha macam mana mama nak bagi muka cantik. 

Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan set Muuka Kosmetik. Mama dengar citer ini produk terbaru di pasaran. No wonder tak pernah dengar sebelum ni. Ok meh mama citer skit apa Muuka Kosmetik ni. Set Muuka Kosmetik ini mengandungi 2 produk sahaja iaitu "Polished Pink Secret CC Cream" dan "Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask".



Dengan 2 produk ini mampu membantu untuk mengatasi lebih 30 masalah kulit wajah dengan pantas dalam masa yang singkat. Wahh menarik betul tau produk ni kan dah la mama ni super tak sempat dan super malas nak tenyeh-tenyeh muka ni. Dengan set ini sahaja korang tak payah nak cari produk lain sebabnya ia sangat lengkap dan bukan sahaja menutup cela malah merawat kulit wajah yang bermasalah secara semulajadi.

Untuk pengetahuan korang, set Muuka Kosmetik ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang semulajadi dan sangat selamat digunakan bagi semua kulit kerana ianya bebas bahan kimia dan telah terbukti mampu membantu wanita mendapat kulit wajah idaman mereka cantik, sihat, gebu dan berseri-seri. Selain itu juga ia memberi kesan serta-merta kepada kulit wajah agar memastikan kulit wajah tampil sihat dan sentiasa muda remaja.

Penggunaan 2 produk Muuka kosmetik ini tersangatlah mudah. Memula mama ingatkan Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask ini macam masker di luar yang kena tunggu bagi kering dan keras kemudian basuh. Jangkaan mama salah la rupanya. Hahahah Miracle Lotion Mask ni tak perlu itu semua tau. Hanya picit ke atas tapak tangan dan sapu pada wajah secara menepuk pada wajah sahaja. Menarik bukan. Tekstur lotion mask ini sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.



Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan yang paling unik lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker wajah yang boleh dipakai setiap hari. Lotion mask ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang sangat berkualiti dan mampu membuatkan kulit menjadi sihat serta bercahaya.

Kebaikkan Lotion Mask
  • Mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang
  • Memberi kelembapan yang maksimum pada kulit wajah dan mejadikannya lebih sihat dan bercahaya
  • Membantu mengurangi kekusaman kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata
  • Mengecilkan liang pori agar kulit lebih halus
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit rosak akibat dari pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia
  • Mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan meggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru
  • Mampu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kelihatan awet muda


Polished Pink Secret CC Cream pula ialah Colour Correcting yang mempunyai pelbagai fungsi seperti make up base dan day cream bagi mama. CC cream ini mampu merawat masalah kulit seperti kulit tidak sekata, kusam, jerawat dan jeragat. Kandungan yang terdapat dalam CC cream ini sangat tinggi dengan anti oksida iaitu ekstrak bunga peoni mampu menyamarkan kedutan pada kulit wajah dan kekal muda. Ia juga diperkaya dengan partikel pencerahan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bercahaya dengan krimnya yang berwarna pink membuatkan kulit nampak merah jambu.

Kebaikkan CC Cream
  • CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
  • Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
  • Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
  • Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
  • Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Untuk pemakaian CC cream ini sangat mudah hanya sapukan secara merata pada kulit wajah dengan menggunakan jari. Dipakai selepas memakai lotion mask untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum. Tekstur CC cream ini berwarna pink yang sangat ringan dan tidak melekit pada muka. Ia sangat mudah disapu pada seluruh wajah.


Setelah seminggu mama cuba dedua produk ni mama sukakan tekstur dia yang sangat ringan dan tidak berminyak. Yang paling menarik kedua-dua produk ini sangat wangi dan bau bunga-bunga gitu. Dalam 2 hari pertama mama mengalami pengelupasan kecil pada bahagian parut-parut jerawat. Mama rasa itu semua tindak balas penggunaan produk ini bagi menanggalkan sel kulit mati yang terdapat pada muka mama. 

Selepas beberapa hari mama rasakan kulit semakin lembab, liang pori-pori mengecil dan parut-parut semakin kurang. Kena ambil masa jugak la kan nak polished parut-parut kat muka ni. Walau seminggu guna mama dah suka pegang muka sendiri sebab kulit mama jadi lembut. Tu baru seminggu kalo sebulan, 2 bulan mau kulit muka mama berseri, bebas dari jerawat dan menjadi lebih muda. 

Untuk melihat testimoni Polished Pink Secret boleh tekan [SINI]


Untuk harga set Polished Pink Secret ini RM168.00 tapiiii sempena harga PROMOSI hanya RM99.90 sahaja dan penghantaran PERCUMA. Apa lagi korang nak wajah cantik berseri dengan mudah jom kita mencuba Polished Pink Secret by Muuka Official yang telah menjadi trend paling hangat dalam industri kecantikan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan ingin dapatkan set Polished Pink Secret ini boleh layari : 

Website : www.muuka.my
No Telefon : 017 - 201 8080

Love,

SENHENG W-Day | Warranty Day & 1 to 1 Replacement

$
0
0
Korang suka beli barang-barang elektrik selalunya dekat mana? Macam mama suka beli barang-barang elektrik di Senheng. Korang tahu tak Senheng Elektrik merupakan salah satu rangkaian kedai terkemuka di negara kita yang menjual pelbagai barangan elektrik dan elektronik. Senheng telah beroperasi lebih 100 kedai di seluruh Malaysia khas untuk pelanggan seluruh Malaysia dan di mana sahaja.


Pada setiap 1 hari bulan setiap bulan bermula pada 1 Disember 2016 dan seterusnya, di Senheng ada buat satu kempen W-Day khas untuk pelanggan setia Senheng. Apa itu W-Day? Nanti mama citer kat bawah ok.

W-Day merupakan "Waranti Eksklusif" untuk hari promosi sahaja hanya 1 hari pada setiap 1 hari bulan setiap bulan. Promosi ini bermula pada 1 Disember 2016 awal bulan ini dan akan berlanjutan pada awal bulan setiap bulan akan datang. Sempena W-Day ini kepada pelanggan yang membeli barangan elektrik di sini akan menikmati 2 tahun waranti tambahan secara PERCUMA untuk barangan peralatan elektrik, peralatan rumah dan gadget.

Manakala pembelian barang perkakasan kecil pula akan dapat satu penggantian jaminan dengan harga RM1 sahaja. Menarik kan!! Tetapi promosi ini hanyalah untuk kepada ahli PlusOne sahaja. Jadi kepada pelanggan yang belum menjadi ahli korang kena jadi ahli dahulu untuk dapatkan promosi ini. Untuk menjadi ahli Senheng PlusOne setiap pelanggan hanya perlu membayar RM12 sahaja.


Manakala pembeli barangan elektrik dan elektronik kini boleh memilih untuk membeli plan program penggantian"One to One Replacement Program".  Apa program tu jom baca di bawah ini.

"One to One Replacement Program" merupakan plan eksklusif kepada setiap pelanggan yang membeli mana-mana produk jaminan penggantian di cawangan Senheng atau Stesen Digital SenQ. Pihak Senheng atau SenQ akan menerima barang baru sebagai pengganti untuk pembelian jika didapati tidak rosak dalam tempoh jaminan selama dua tahun. 

Antara perkakasan kecil untuk "One to One Replacement"dengan hanya RM1

Selain itu, penggantian sangat mudah dan memastikan pelanggan menjimatkan kos dan masa kerana mereka tidak lagi perlu menunggu lama untuk produk yang rosak untuk dibaiki atau membeli barang yang baru. Jadi korang lepas ni tak perlu lagi khuatir barang elektrik yang rosak untuk dibaiki lagi kerana di Senheng telah menawarkan waranti ini khas buat pelanggan setia mereka. Mama jamin dengan adanya promosi seperti ini dapat memudahkan kita sebagai pelanggan untuk membeli dan yakin akan penggantian jika berlaku kerosakan barang tersebut. Jom kita shopping di Senheng berbaloi-baloi!!

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi,

Hotline : 03-9285 4544  


Love,

Welcome 2017

$
0
0
Selamat pagi korang.. Alhamdulillah dah masuk tahun baru.. apa azam korang? Mama azam takder memang jenis takder berazam-azam gitu. Hehehe.. Azam nak kurus pun takder. Mama just nak tahun ni lebih bermakna dan dimurahkan rezeki. Amin. 

Banyak kisah manis & pahit pada tahun lepas. Kalau boleh mama tak nak ingat semua tu cukup la mama dah lalui tahun lepas. Tapi yang lebih manis lagi mama dapat baby Qeisya. Alhamdulillah. Mama memang nak sangat baby perempuan dan Allah dah tunaikan permintaan mama. Maybe mama tak kerja tahun lepas ada hikmah semua tu. 


Selamat tinggal 2016.. Selamat datang 2017. New planner untuk tahun ni

Tahun ni masuk tahun ke 2 mama jadi seorang fulltime housewife & blogger. Mama mengaku bukan mudah jadi housewife ni yer. memang mama tabik spring la sapa yang jadi housewife. Memang sangat perlukan fizikal dan mental kuat untuk jadi housewife ni tau. Mama sendiri rasa selama setahun rasa nak makan anak-anak sendiri. Hahaha sebab mama bukan la seorang yang penyabar tau. Dan satu lagi mama bukan la suka budak-budak tapi nahhh 3 orang anak dah..  

Untuk tahun ni memang agak mencabar dengan anak-anak sekolah so lepas ni mama jadi "pak supir" hantar anak ke sekolah. kekeke.. pagi Qeram pergi tadika, petang Qebal sekolah. mau mama keja keluar masuk rumah dengan Qeisya. Nasib pagi en papa yang akan hantar Qeram so mama relax sekejap. Tengahari kul 12 kena kejar ambik Qeram kemudian hantar Qebal pergi sekolah. Petang kalau en papa balik awal boleh la dia ambik Qebal kalo dia balik lambat mama la jugak. huahuahua.. Mama harap Qeisya baik-baik ajer yer dalam kereta nanti. habis la Qeisya besar dalam keta jer kan. 

Ok selfie 1 kali sempena last tahun 2016 semalam.

Ehh 3hb dah start sekolah korang dah iron baju anak-anak belum? Mama dah kemarin. hahaha phewww bermulalah iron baju anak2 selama setahun. Benda paling tak suka hokey!!

 Welcome 2017.. please be nice for me!!! 😉


Love,

Romano Memberi Keyakinan Kepada Lelaki Urban

$
0
0
ROMANO | Keyakinan untuk lelaki urban. Romano jenama yang tidak asing lagi yang sangat terkenal di Malaysia khas buat lelaki yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak apa jua kerja mereka lakukan. Dengan adanya semburan deodoran mereka lebih maskulin berpanjangan kerana dapat perlindungan dan kesegaran maksimum pada setiap hari. 


Justeru itu, Romano telah memperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin dan diformulasi cepat kering yang memberikan kesegaran 24 jam serta mendapat perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan kepada mereka untuk melakukan rutin harian. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan diri.


Semburan Deodoran ROMANO kini lebih berkesan kerana tahap kekuatan harumannya didatangi dalam empat jenis wangian mengikut kesusaian gaya lelaki. Ia sekaligus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan si pemakai berbau harum serta segar sepanjang hari. 


ROMANO Classic - wangian daripada Woody iaitu hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan adunan Citrus serta spices. Kehangatan esen-esen membentuk wangian ini versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang terpesona.


ROMANO Prestige - campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody menjadi tarikan utama dalam haruman ini. Ia berbau akuatik yang sangat menggoda dan menjadikan ia wangian sangat mewah kepada lelaki sofistikated.


ROMANO Urbane Attitude - kesegaran haruman Fougere daripada Lavender bersama percikan Bergamot serta perahan lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyepurnakan haruman ini. Sangat sesuai untuk lelaki urban yang bergaya dengan personaliti yang menyerlah.


ROMANO Metro Pulse - Dengan adunan citrus dan aqueous yang menyegarkan serta dicampur bersama pudina dan sage yang menyamankan dan diakhiri dengan kehangatan woody. Haruman ini sempurna untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi dan menyegarkan dan provoaktif.


Dengan adanya Semburan Deodoran Romano yang hebat ini membuatkan en papa lebih berkeyakinan diri serta segar sepanjang hari. Oleh itu, en papa dapat perlindungan yang sangat hebat dari semburan deodoran Romano ini agar en papa rasakan diri beliau maskulin, perkasa dan urban dengan haruman Romano baru ini.

ROMANO Deodoran Spray 150 ml ini dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.


Love,

PLAYBOY | King & Queen Of The Game

$
0
0
PLAYBOY Fragrances For Men & Women | Penggodaan hanya dalam haruman. Playboy Fragrances Malaysia telah mengeluarkan satu rangkaian seksinya yang terbaru iaitu King & Queen of the Game dengan haruman yang menggoda dan seksi.

Eau de toillette dan deodoran semburan merupakan rangkaian khas kepada pemuda yang bakal melonjak menjadi lelaki dewasa serta khas kepada gadis yang tidak gentar untuk memulakan langkah pertama untuk mencapai apa yang diidamkan.

Playboy King & Queen of the Game ini adalah yang terbaik untuk lelaki dan gadis kerana harumannya yang menghairahkan agar mereka lebih yakin dalam arena sosial.


Rangkaian King of the Game dikhususkan untuk lelaki kerana haruman koktel sangat sesuai khas mereka tampil kelakian dan keberanian untuk mengharungi cabaran. Haruman yang digabungkan dari lemon, buah pelaga dan lada hitam serta sedikit kopi hitam, Granny Smith Apple dan Jagerbomb membuatkan mereka sangat berani dan diimbangi oleh sedikit sentuhan lembut vanilla, cedar dan minyak nilam.

Gabungan daya penarik ini dilengkapkan dengan pencapaian cemerlang teknologi deodoran semburan King & Queen of the Game. Invovasi SkinTouch ini sangat menonjol kerana wangiag ini direka untuk mengekalkan kesegaran dan haruman selama 24 jam sehari. Apabila deodoran ini disembur dan mengeluarkan manik-manik haruman dilepaskan ke atas kulit serta mengaktifkan sepanjang hari. Produk ini membuatkan seseorang berbau wangi sepanjang hari. Oleh itu dedorang semburan Playboy SkinTouch memberikan kawalan bauan dan kesegaran selama 24 jam.


Playboy Fragrances mencipta bentuk bungkusan yang berani termasuklah tudung semburan yang ditempah khas untuk deodoran lelaki dengan grafik yang menarik dan tinggi serta berbentuk anggun. Tudung semburan yang berkilat, berbutang penekan berwarna perak yang menghias di bentuk kepala arnab direka untuk memberi kekuatan di hujung jari anda.

Dengan adanya butang Play-Pause on-off pada botol deodoran ini mereka boleh menyimpan di dalam beg gym atau bag kerja dengan selamat.


Berbeza dengan rangkaian Queen of the Game yang terdiri dari sentuhan bungaan yang anggun. Haruman manis dan lincah dari gabungan jasmine sambac dan orange blossom yang diserlahkan oleh passionflower, coffee foam dan coffee absolute. Di sebalik haruman yang penuh berahi, keenakan sentuhan coklat, tonka bean, cedar dan patchouli mengundang daya penarik.


Untuk memadankan wangian yang menggoda dan menarik ini, Playboy Fragrances telah mengubahsuai semua reka bentuk produknya termasuklah King & Queen of the Game

Dapatkan Playboy King and Queen of the Game di kedai, farmasi dan pasaraya di seluruh negara. Untuk harga runcit King of the Gameeau de toillete adalah RM39.90 manakala harga runcit Queen of the Game adalah RM42.90. Bagi kedua-dua deodoran berharga RM18.90 setiap satu. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Playboy Fragrances Malaysia


Love,

Althea Xmas Box | Hair Box From Korea

$
0
0
Althea memang sangat terkenal dalam jualan barangan kecantikan online seperti skincare, make up, hari & body dan korea trendy yang datang jauh dari Korea. Mama yakin ramai wanita dan gadis-gadis suka akan barangan kecantikan bukan. Jadi mama yakin sangat dengan Althea kerana barangan di Althea sememangnya 100% authentic, harga yang menarik, pelbagai diskaun menarik, penghantaran sangat selamat serta penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM99 ke atas. 

Pada cuti Krismas yang lalu, mama sangat bertuah kerana mama dapat hadiah sempena Krismas dari Althea Korea. Wowww terima kasih Althea kerana hadiahkan set penjagaan rambut buat mama tau. Baru jer mama ura-ura nak potong rambut sebab keadaan rambut mama yang rosak ni. Kira ini hadiah yang sangat terbaik buat mama untuk mama menjaga semula rambut mama yang ikal mayang gitu. 


Apa yang ada dalam Althea Box | Hair Box ini. Ok meh kita tengok apa yang ada. Memang puas hati la mama dapat set hair box ni tau sebabnya mama dapat 7 jenis barang penjagaan rambut dengan pelbagai jenama. 
  1. Innisfree - Green Tea Mint Fresh Shampoo
  2. Piolang - Raspberry Hair Vinegar
  3. Merit - Perfumegraphy Leave On Treatment
  4. Kokostar - GGongJi Hair Pack
  5. Rire - Scalp Scaling Program
  6. Hello Everybody - Biotin Hair Oil
  7. Missha - Senseful Lady Hair Mist_Sensual Musk

Untuk pengetahuan korang set di atas ini bernilai RM338.00 tapiiii di Althea korang boleh jimat kerana Althea menawarkan diskaun sebanyak 70% untuk set ini. Dan harga set ini selepas diskaun hanyalah RM100.00 sahaja. Woww tak!! Giler tak wowwww memang best betul la.


Innisfree - Green Tea Mint Fresh Shampoo | Kalau dah sebut green tea korang mesti tahu kebaikkan khasiat teh hijau bukan. Ok mama suka betul dengan shampoo ni rasa segar dan sejuk dari green tea itu sendiri. Shampoo ni best seller di website Althea.



Piolang - Raspberry Hair Vinegar | Memula mama agak pelik kenapa vinegar ni mesti untuk merawat rambut. Kalau vinegar ni kan cuka kompom akan bau cuka yang sangat kuat. Ok ni jangkaan mama salah sama sekali dengan produk ni. Mama dah guna selepas shampoo dan mama tak bau langsung cuka raspberry yang kuat cuma mama bau haruman buah raspberry yang wangi. Raspberry Hair Vinegar ini bantu control permukaan kulit rambut dari berminyak dan rambut yang bercabang berkurangan.



Merit - Perfumegraphy Leave On Treatment | Ok produk ni mama suka akan wangian dia. Dah kenapa suka hehehe sebabnya produk ni macam perfume untuk rambut. Hahaha pelik kan tapi percayalah wangi betul kalau sapu pada rambut selepas mandi. Khasiat perfumegraphy ini daripada buah avocado, minyak bunga matahari, grape seed oil dan lain-lain lagi.



Kokostar - GGongJi Hair Pack | Yang ni memula mama ingatkan face mask hahaha.. tapiiii ini mask untuk rambut la. Heheheh comel betul treatment untuk rambut kan. Hair pack ni pakai pada rambut macam ikat tocang gitu. Biarkan selama setengah jam atau 1 jam untuk mendapatkan rawatan rambut yang menawan kerana hair pack ini sangat kaya dengan protein dan acid amino.



Rire - Scalp Scaling Program | Scalp scaling program ni merupakan satu rawatan yang mudah untuk kegunaan di rumah. Bagi wanita yang ada masalah kelumumur di sarankan gosok dengan scalp scaling ini di permukaan kulit kepala. Yang menariknya permukaan botol ini ada 3 scalp massage balls untuk sapu pada atas permukaan kepala kita.



Hello Everybody - Biotin Hair Oil | Minyak ini berfungsi untuk mengelakkan rambut terkena pada sinaran UV dan membuatkan rambut sentiasa bersinar. Penggunaannya sangat mudah pump minyak Biotin ini ke atas tapak tangan dan usap dan urut pada rambut secara perlahan untuk mendapatkan nutrien dari minyak tersebut.


Missha - Senseful Lady Hair Mist_Sensual Musk | Untuk rawatan yang terakhir dengan hair mist dari wangian sensual mask bagi selepas dandanan rambut yang terakhir agar rambut sentiasa terletak dengan cantik. Spray rambut dengan jarak 10 - 15 cm kemudian gunakan tangan atau berus pada rambut anda.



Kalau korang nak dapatkan box Althea ini boleh dapatkan setiap pembelian di website Althea kerana setiap barangan yang korang beli, mereka akan packing cantik-cantik ke dalam kotak ini. Pada setiap perayaan kotak Althea akan bertukar wajah. Jadi korang kena rajin tengok di website Althea ya. 

Untuk set ini korang boleh tengok promosi di SINI. Lepas ni korang kena sentiasa tengok promosi dari Althea kerana pelbagai promosi yang menarik untuk korang dapat di Althea Korea. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-



Love,

Ragam Qebal & Qeram Hari Pertama Sekolah

$
0
0
Hari ni hari ke 2 anak-anak mama kembali ke sekolah. Mama tengok mereka semangat nak sekolah tau. Tahun ni mama kena keluar masuk rumah ajer hahaha sebab Qeram sesi pagi pergi tadika, Qebal pula sesi petang sekolah kebangsaan. Tahun ni Qeram pertama kali ke sekolah dan dia dah umur 6 tahun. Agak lambat dia pergi sekolah sebenarnya huhuhu tapi dia tak pergi sekolah pun dia banyak vocab tau. Budak youtube gini lah asyik duk tekun belajar dari teacher kat situ sampai abis bersepah cakap omputih. kahkahkah.

Kemarin bangun pagi pun senang takder drama air mata pun. Risau la jugak kan dia bukan jenis kaki bangun pagi. susah nauuu.. tapi alhamdulillah dia bangun elok jer.. ajaib betul. Qeram cakap qeram want go to school. kalau tidak dia tengok baju sekolah dia dah cakap i dont want go to school.. aduii qeram qeram omputih sangat hang ni.. hahahah.. 

Tengok semangat jer dia.. siap buat peace lagi

Pagi marin mama hantar pergi sekolah tengok dia ok jer terus mama cabut balik. tak tunggu pun

Balik jer rumah terus bagitau mama. Mama look its a heart. Hmm mama pun kena spekong dengan dia. hahahha

Tahun ni Qebal dah masuk darjah 2. So dia pun dah familiar kat sekolah tu mama takder hantar dah sampai ke dalam cukup la mama hantar depan gate saja. Dia kena berdikari la mama dengan baby lagi dengan Qeram lagi. Mama is penat nak handle 3 anak dalam satu masa. huhuhu.. Kemarin Qebal nak bawak bento / bekas ke sekolah. Dia mintak spaghetti cabonara. Hmm biasalah tu kan makanan ruji dia. nak tak nak mama kena sediakan jugak. Untuk hari ni tak tahu apa lagi. Hehehe..

Bento Qebal hari pertama sekolah. Spaghetti cabonara + pisang lagi tau..

Senyum kepit ni namanya. hahahha 

Semoga anak-anak mama belajar rajin-rajin yer... Mama doakan anak-anak mama takder drama air mata untuk tahun ni. Harap mereka semangat nak pergi sekolah. Amin....


Love,

ShopBack Malaysia | Pulangan Cashback Apabila Shopping Secara Online

$
0
0
Pulangan cashback apabila shopping secara online?? Blink blink blink mata mama kan dengar macam ni. dah la shopping online tetiba dapat pulangan cashback pulak. Wahh ini menarik giler!! tambah-tambah mama is hantu shopping online memang sesuai giler lah ShopBack ni dengan mama. Korang tahu tak apa itu ShopBack? Tak tahu ok boleh jer mama citer kat korang. Mama kan suka sharing benda yang menarik pasal shopping tapi ia mendatangkan hasil yang baik.


Apa itu ShopBack MalaysiaShopBack Malaysia merupakan satu website dimana korang boleh dapat cashback dengan hasil shopping online yang kita lakukan. Di website ShopBack ini terdapat pelbagai jenama hebat seperti Lazada, Zalora, Groupon, Agoda, Hermo, Photobook Malaysia, Bus Online Tiket dan macam-macam lagi.

Ibu pejabat ShopBack ini berada di Singapura dan telah beroperasi di Malaysia, Amerika Syarikat, Filipina, India, Indonesia dan Taiwan. Dengan ShopBack salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena shopping online di Asia Tenggara sejak September 2014 lagi.

Untuk dapatkan cashback dari ShopBack ini sangatlah mudah. Korang hanya perlu masuk ke website ShopBack Malaysia, kemudian pilih sama ada korang nak shopping di Lazada, Zalora, Groupon atau apa-apa sahaja dan korang beli barang yang korang mahukan. Dalam masa 48 jam cashback akan masuk ke dalam akaun ShopBack. Mudah bukan?

Mama dengan Lazada memang tidak dapat dipisahkan lagi. Di Lazada memudahkan mama untuk membeli barang online dengan mudah. Untuk shopping di Lazada ni korang masuk ke website ShopBack, kemudian korang klik di Lazada dan tekan "shop now". 


Kemudian nanti akan direct ke website Lazada.


Sekarang mama tengah duk aim satu barang elektrik iaitu sandwich maker di Lazada. Anak dah start sekolah mama memang perlu benda ni untuk buat sarapan yang mudah untuk mereka. Lepas mama beli benda ni dalam masa 48 jam mama akan check account ShopBack dan mama dapat cashback daripada pembelian ini.



Kalau nak lebih faham lagi pasal ShopBack ni, korang boleh tengok video ini.

Memang mama akui mama baru tahu tentang ShopBack ni kesian betul mama. Hahaha. Sekarang mama akan tukar cara shopping online mama melalui ShopBack. Dengan ShopBack ini bukan sahaja dapat diskaun malah akan dapat cashback lagi tau. Walau sedikit lama-lama akan jadi bukit duit tu. Jom korang kita ubah cara shopping kita dengan ShopBack ini yang pasti berbaloi-baloi. Sebelum itu korang kena sign up ShopBack account di http://www.shopback.my/referral/invite

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopBack Malaysia boleh layari :

Website : www.shopback.my


Love,

Milagro Coffee | Kopi Khas Untuk Merawat Pelbagai Penyakit

$
0
0
Siapa pengemar minum kopi mesti suka akan bau kopi bukan. Dengan hanya minum kopi mampu merawat pelbagai penyakit. Kopi ini lain dari yang lain kerana Milagro Coffee merupakan kopi 7 dalam 1 kopi pra-campur yang dicampur dengan kualiti yang tinggi daripada kopi arabika dan robusta serta dipertingkatkan dengan beberapa ektrak herba khas seperti Tinospora Crispa, Halia, Lada Hitam dan Rock Salt. Dengan hasil gabungan daripada herba ini mampu merawat pelbagai penyakit dan juga meningkatkan sistem imun badan kita.


Herba utama yang digunakan dalam Milagro Coffee ini adalah Tinospora Crispa atau dikenali “Patawali” atau lebih mudah dipanggil “Akar Seruntun” Tinospora Crispa, Patawali atau Akar Seruntun ini telah digunakan oleh ramai pengamal traditional untuk merawat pelbagai rawatan seperti demam, tekanan darah tinggi, luka, cacing usus, jangkitan kuli dan juga hiperglisemia. Selain daripada itu, ia juga digunakan dalam merawat kencing manis dalam bentuk ektstrak akues disebabkan oleh kesan hipoglisemik yang boleh mengurangkan paras glukosa darah.


Minuman kopi ini amat disyorkan kerana kesan semulajadi insulin yang terdapat dalam Tinospora Crispa yang mampu meningkatkan Anti-Diabetis dan Anti Proliferatif. Khasiat yang lain ia menguatkan saraf dan sistem pertahanan tubuh badan serta mengembalikan tenaga dengan segera. Yang paling menarik kopi ini menyinkirkan toksin dalam badan dan juga melawaskan bagi orang yang mempunyai masalah pencernaan.

Antara testimoni yang berjaya hasil dari minum Milagro Coffee. Kopi yang sangat lazat dan berkhasiat untuk merawat pelbagai penyakit.
Pesakit kencing manis.
Boleh menguruskan badan

Dapat menyembuhkan kebas kaki dan tangan

Mama dah cuba.. Sedap uolls.. Mmm... Sedap Ekk..

Mama sendiri telah mencuba Milagro Coffee ini ternyata mama sangat rasa cergas dan tidak letih sepanjang hari. Tambah mama memang memerlukan tenaga kerana seawal pagi mama bangun uruskan anak-anak dan rumah sehingga malam. Dengan hanya 1 sachet sahaja mama kekal cergas sepanjang hari. Milagro Coffee ini sangat sesuai kepada semua orang dan sangat sesuai bagi ibu mengandung, ibu berpantang serta penghidao diabetes. Untuk pengetahuan semua, Milagro Coffee ini tidak mengandungi kafien kerana coffee ini mempunyai ekstrak halia dan ia sangat sesuai untuk sesiapa yang kerap mengalami migrain atau sakit kepala. 

Untuk dapatkan Milagro Coffee ini boleh hubungi nombor tertera di bawah. Harganya pula hanya RM55.00 sahaja untuk 1 kotak (20 Sachet)

Untuk sebarang pembelian dan pertanyaan mengenai Milagro Coffee Patawali boleh hubungi :

Email : milagrocoffeemalaysia@gmail.com
Telefon : 012-370 2676

Milagro Coffee sedang mencari stokis bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peluang perniagaan bersama Milagro. Bagi yang berminat untuk menjana pendapatan serta keuntungan dengan Milagro Coffee boleh hubungi detail di atas.

Love,

Shampoo Dashing Elite | Hanya 1 Cucian Untuk Dapatkan Rambut Yang Sihat Dan Menawan

$
0
0
Gaya rambut yang menarik sangat penting kepada golongan lelaki bagi menyerlahkan personaliti dan menjadi tarikan pertama dimata wanita. Bagi mnedapatkan gaya rambut yang diidamkan, kebanyakan lelaki memilih untuk menggunakan produk-produk penggayaan rambut seperti gel rambut, penyembur rambut, atau produk popular masa kini wax rambut yang sememangnya sukar untuk dicuci sehingga menjadi masalah besar yang mereka hadapi.

En papa sendiri mempunyai masalah rambut berminyak jika dia pakai gel atau wax rambut. Kemudian en papa mesti leceh nak cuci rambut. Sampai satu tahap en papa malas nak pakai gel rambut pergi keja. Last-last en papa botakkan terus rambut dia. Mama lebih gemar en papa ada rambut dengan bergel barulah sedap mata memandang gitu. Bayangkan dengan rambut yang sihat dan menawan, mama yakin setiap lelaki termasuklah en papa sendiri akan rasa bergaya di luar. 

Kemungkinan ramai yang tidak tahu penggunaan syampu yang kerap mampu membersihkan rambut tapi dalam jangka masa panjang ia akan melemahkan kekuatan rambut dan dari itu akan muncul masalah rambut seperti rambut gugur, kulit kepala gatal, rambut rosak dan kusam. Apabila rambut tidak dibersihkan dengan betul, penggunaan produk rambut setiap hari akan mengumpulkan kekotoran dan menyebabkan masalah rambut kering, rapuh dan kusam.


Sebagai solusi masalah ini, DASHING ELITE telah melancarkan Shampoo ELITE Men yang diperhebatkan dengan Wax Out System yang direka khas dan terbukti mampu menyingkirkan produk-produk penggayaan rambut, minyak dan kekotoran pada rambut dan kulit kepala secara menyeluruh dengan hanya satu cucian sahaja. Dengan ini segala lebihan gel dapat dibersihkan daripada rambut.

SHAMPOO ELITE MEN dengan formulasi dan pek menarik yang baharu adalah produk yang mesti dimiliki sekiranya mahu rambut yang bersih, kulit kepala yang sihat dan gaya rambut yang menarik setiap hari. Berdasarkan kajian bahawa 85% bersetuju Shampoo ELITE Men ini direka khas untuk menyingkirkan kekotoran rambut secara efektif dengan hanya satu cucian. Terdapat dua pilihan Shampoo ELITE MEN iaitu 
  • Anti Rambut Gugur
  • Anti Kelemumur

Hapuskan kegusaran rambut gugur anda dengan SHAMPOO ELITE MEN Anti Rambut Gugur. Serlahkan gaya rambut menarik tanpa perlu berkrompromi dengan masalah keguguran rambut. Ia mengandungi Advanced Micro-Protein yang menguatkan rambut dan mengurangkan kerapuhan serta memberikan rambut yang lebih sihat dan kuat. Ia juga mengandungi sensasi sejuk yang menyegarkan dalam setiap mandian.


Dengan adanya SHAMPOO ELITE MEN Anti Kelemumur ini boleh ucapkan selamat tinggal kepada kelumumur dan kulit kepala yang gatal. Shampoo ini sesuai untuk lelaki yang peka terhadap perkembangan fesyen semasa dan menitikberatkan aspek penampilan serta kebersihan diri. Ia mengandungi agen antikelemumur dan dengan penggunaan secara tetap dapat merawat kulit kepala serta rambut sihat dan kuat. Dalam masa yang sama ia dapat mencegah pembentukan kelemumur dan pengelupasan kulit kepala. Dengan shampoo ini, para lelaki tidak bimbang tentang masalah kelemumur dan bebas dari masalah kulit kepala. Ia juga mengandungi sensasi sejuk yang menyegarkan kulit kepala.


SHAMPOO ELITE MENdijual pada harga RM11.90 dan boleh didapati di semua farmasi utama, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia. 

Untuk mengetahui maklumat menarik boleh kunjungi :



Love,

Detox Paling Mudah Dengan Lemonade Xpresh

$
0
0
Bila kali terakhir korang minum lemon? Pernah minum lemon di cafe-cafe terkenal tapi mahal? Ok meh sini mama nak bagitau khas untuk orang yang minat lemon macam mama. Tak perlu susah-susah nak perah lemon untuk minum setiap hari. Memperkenalkan Lemonade Xpresh yang super pantas, cepat dan sedap untuk diminum bila-bila masa dan dimana sahaja. 


Lemonade Xpresh merupakan jus lemon yang telah diserbukkan. Untuk pengetahuan semua Lemonade Xpresh mempunyai kebaikan sama seperti jus lemon yang sebenar. Dengan segelas jus lemon setiap hari sangat bagus untuk membantu proses penghadaman dan detoks. Selain itu juga lemon ini kaya dengan vitamin c dan nutrien yang penting untuk tubuh badan kita. 

Dengan lemon ini juga mengandungi pektin fiber yang membantu untuk mengurangkan berat badan. Jadi kepada wanita mahupun lelaki yang ingin mengurangkan berat badan, mama sarankan minum air lemon setiap hari tau. Yang menariknya Lemonade Xpresh ini dapat jadikan antioksidan kerana boleh membantu mengurangkan kedutan di wajah dan dapat merawat sakit tekak.


Korang tahu tak kenapa kita perlu detoks dalam badan kita. Ok mama bagi 10 sebab kenapa perlu detoks :
  1. Membuang toksin dalam badan
  2. Mengelakkan sakit kronik
  3. Menjadikan sistem imun badan kuat
  4. Mengurangkan berat badan
  5. Mengurangkan stress
  6. Menambahkan tenaga
  7. Membaiki kesihatan kulit
  8. Memberikan emosi dan minda semakin sihat
  9. Membaiki sistem tubuh badan
  10. Melambatkan kesan penuaan

Cara penyediaan yang cukup mudah. Letakkan sedikit serbuk ke dalam gelas dan dibancuh dengan air suam / sejuk. Hanya 3 saat sahaja korang dapat menikmati lemon yang segar. Dengan adanya serbuk Lemonade Xpresh ini dalam botol, mama boleh minum lemon ini dimana sahaja dengan mudah.

Mama suka minum lemon setiap malam sebelum tidur dan sebelah pagi kompom mama akan pergi toilet. Memang bagus untuk detox dalam badan kita tau. 😉 Memang terbaiklah Lemonade Xpresh sangat mudah untuk bancuh dan boleh bawa minum di mana-mana sahaja.

Harga untuk Lemonade Xpresh ini 50g dengan harga RM48.00 sahaja. Sebotol ini boleh guna sampai 2 bulan bergantung korang minum macam mana. Bagi yang berminat untuk membeli boleh dapatkan Lemonade Xpresh ini dari Encik Safuan Borhan.


Love,

Zeeta Magis Aura Mawar | Serum Muka Terbaik Untuk Kulit

$
0
0
Satu benda tabiat mama kunun lepas anak tidur baru ada masa nak letak toner dan krim bagai tapiiiii kalau dah tidurkan anak dengan sekali mama la akan terus hanyut. Hahahah. Korang bayangkan macam mana la mama nak jaga muka kalau masa mama dah tak menentu. Kalau macam ni alamatnya nak jaga kulit muka dah kelaut lah la. Kekadang lepas mandi pun tak sempat nak sapu toner bagai dah sebab mandi kelam kabut takut anak nagis nak susu. Aduii macam mana la muka nak berseri-seri gini. Oh tidak boleh jadi mama kena cari alternatif yang boleh bantu mama zup zas dengan pantas untuk dapatkan kulit yang berseri-seri dengan cara mudah. 


Ni hahhh dah lama sebenarnya mama guna Serum Mawar Zeeta Anti Aging. Itu pun kejap teringat pakai kejap terlupa pakai. Hahahah. Korang jangan ikut macam mama okey korang kena pakai dengan konsisten baru dapat kulit yang cantik menawan serta berseri-seri. Korang mesti tahu kan dengan serum ini, yang mana tak tahu meh mama citer yer. Serum Mawar Zeeta merupakan serum  muka yang diperbuat daripada ekstrak kelopak bunga mawar. Fungsi utama serum ini sebagai penyegar (toner) yang boleh mengecilkan liang pori wajah. Serum Mawar ini tidak mengandungi sebarang bahan tambahan termasuklah alkohol, maka produk ini dijamin HALAL dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit. 


Kiranya ini botol ke 4 dah mama guna. Serius mama suka sangat serum muka ni mama rasa ada satu aura fresh jer kalau spray ke muka. Untuk pengetahuan semua serum ini daripada produkkeluaran Zeeta dengan kebaikkan dari pati sulingan air kelopak bunga mawar. Kiranya serum mawar ni adalah spray muka terbaik lah yang mama jumpa. 

Kebaikan dan kelebihan mawar ini adalah :- 
  • Mengecilkan liang pori wajah  
  • Menghaluskan dan melicinkan kulit wajah 
  • Gebu dan anjalkan kulit wajah 
  • Anti-stress 
  • Terapi minda 
  • Menghilangkan ngantuk 
  • Melegakan selsema dan resdung 
  • Membuat solekan tahan lama 
  • Semburan getaran aura mawar 
  • Memberi kesegaran serta merta 
  • Menyembuhkan luka dengan cepat 
  • Mengecutkan dan menghilangkan jerawat 
  • Menaikkan seri wajah 
Serum mawar ini memang sentiasa ada dengan mama di atas meja, dalam kereta dan juga atas tilam. Hahhh kemahin kan sebabnya kalau mama rasa stress, letih, muka tak segar terus mama spray jer kat muka. Rasa nyaman dan tenang jer lepas spray dengan haruman bau bunga mawar. Selain kebaikan yang mama senarai kat atas, serum ini bagus untuk terapi minda so kalau stress jer spray jer kat muka terus rasa hilang stress tau. Serum ini bukan sahaja serum antipenuaan malah serum muka untuk kulit berminyak.

Untuk penggunaan serum mawar Zeeta ini mudah jer uolls. Semburkan ke wajah seberapa kerap yang korang mahukan dan bila-bila masa untuk kesegaran yang berpanjangan. Selalu mama gunakan selepas mandi, sebelum tidur, ketika letih, muka berminyak dan yang best selepas mekap sebabnya mekap korang tu akan jadi tahan lama tau. Best kan!! 


Ramai orang cakap dengan serum mawar Zeeta ini boleh jadikan cara menghilangkan jerawat. Cara hilangkan jerawat cara mama adalah sebelum mama tidur mama akan spray pada seluruh wajah dan pagi esok mama bangun dah kecut jerawat mama. Woowww kira boleh jadi serum jerawat jugak ni kan.  Selain itu, serum ini juga boleh cara segarkan muka dengan cepat. Kalau korang mengantuk serum ini merupakan produk menghilangkan mengantuk. Kira ini petua menghilangkan mengantuk di pejabat atau ketika memandu sangat sesuai dan serum ini wajib ada dengan korang. 

Mama sendiri guna Serum Mawar Zeeta selepas mekap untuk lebih glowing dan long lasting gituu

Disini mama sertakan beberapa gambar testimoni untuk korang lihat betapa kesannya serum mawar ini. Ternyata Serum Mawar Zeeta serum terbaik di pasaran. 





Hokey yang mana ingin membeli dan mencuba Serum Mawar Zeeta ini korang boleh dapatkan detail seperti dibawah ya. Untuk harga sebotol serum ini (70ml) dengan hanya RM20.00 sahaja dan kos penghantaran sebanyak RM6 jangan lupa ya. Serum muka yang bagus dan murah ini wajib korang kena ada sorang satu tau. Apa lagi jom la korang mengoder Serum Mawar Zeeta ini dengan harapan marilah kita sama-sama kelihatan muda, berseri-seri dan menawan sebelum usia.

Untuk sebarang pembelian boleh hubungi :

Instagram : @zeetaofficial
Whatsapp : 019-220 9069 / 013-3308583


Love,

AngPau Tahun Baru Cina Dari Tookar

$
0
0
Sempena Tahun Baru Cina yang akan bakal tiba tidak lama lagi, Tookar menawarkan angpau sempena perayaan Gong Xi Fa Chai bermula dari RM1000 untuk pembelian perkhidmatan belian kereta baharu secara online. Apa yang menariknya di Tookar ini, selain daripada pembelian online mereka akan dapat diskaun dan juga rebat tunai.

Tookar merupakan platform membeli kereta pertama di Asia yang menawarkan khidmat membeli dan menukar kereta secara online untuk dealer, penjual dan pembeli.


Yang menariknya Tookar sangat mudah untuk korang shopping kereta hanya duduk di depan pc sahaja. Perghhh beli kereta online pun ada tau. Hahhh korang takut kena tipu? No no no di Tookar korang hanya berurusan dengan dealer Tookar yang sah sahaja. Alaaa sama jer macam korang pergi showroom kat luar tu tapi korang hanya duduk di rumah tak perlu keluar. Nanti dealer dari Tookar yang akan hubungi korang. Best kan??

Tengok sini kenapa patut memilih Tookar.

Cara pembelian di Tookar amatlah mudah. Alaaa macam korang beli barang-barang online jugak tapi ini dealer yang akan layan korang dengan mudah.

Tengok sini.. Mudah bukan. Just sit back & relax. 

Ada yang masih tak percaya lagi. Ok meh sini tengok testimoni pembeli yang menggunakan website Tookar ni. Sangat mudah, menjimatkan masa dan pihak dealer terus hantar kereta idaman korang depan rumah. Memang terbaik lah Tookar ni!


Hahh awal tahun ni mesti ramai yang planning nak beli kereta atau nak tukar kereta baru kan. Ok ini lah masa yang sesuai untuk korang guna perkhidmatan dari Tookar ini. Yang mana korang nak membeli kereta bolehlah guna kod promo ini untuk dapatkan diskaun yang menarik. 

SL1E8PC2

Apa tunggu lagi jom beli kereta dengan Tookar.my dan dapatkan banyak kelebihan yang menarik di website ini. Dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan angpau sebanyak RM1000 apabila korang beli kereta pada Tahun Baru Cina 2017. Promosi angpau ini akan tamat pada pertengahan Februari 2017. Untuk maklumat lanjut sila layari www.tookar.my


Love,

Beli Perabot Rumah Secara Online Di Uwais Furniture

$
0
0
Di zaman serba canggih lagi moden sekarang, pembelian secara online hanya di hujung jari anda sudah menjadi trend kepada semua orang. Betapa mudahnya sekarang korang tak perlu lagi nak keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan. Duduk jer depan pc dan tekan-tekan jer untuk beli barang dah sampai. Wahhh giler best. Best la sebab tak perlu keluar rumah pun nak beli barang kan. Untuk pembelian perabot rumah pun dah ada online sekarang ni. Menarikkan!!


Di Facebook Uwais Furniture telah diusahakan oleh Puan Hamidah dari Beranang Selangor dan beliau menjalankan perniagaan jualan perabot rumah secara online semenjak dari awal tahun 2016 lagi. Semenjak jualan online perabot dari Uwais Furniture ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai dari serata Semenanjung Malaysia. Hahh mesti ada yang tertanya-tanya Uwais Furniture ni ada showroom ker ada kedai ker. Untuk pengetahuan korang semua, Uwais Furniture ini hanya menjalankan perniagaan mereka secara online dan kesemua perabot ini terus dari kilang.

Barang di kilang

Perabot rumah yang dijual oleh Uwais Furniture ini sangat berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Pihak Uwais Furniture sendiri memberikan keyakinan yang tinggi bahawa barang yang mereka jual ini sangat cantik,design yang menarik serta moden dan boleh memilih warna yang diingini serta harga yang mampu milik. Yang menariknya setiap barangan yang beli dari Uwais Furniture ini akan hantar barang perabot terus ke depan pintu rumah korang. Perabot rumah yang dijual disini seperti :
  • Bedroom set
  • Shoe Rack
  • Swing Chair
  • Wall TV Cabinet
  • Bar Counter
  • Set Bilik Tidur Kanak-kanak
  • Display Cabinet
  • Round Chair


Antara perabot yang dijual oleh Uwais Furniture. Untuk melihat pelbagai jenis perabot yang lain boleh tekan di SINI

Korang boleh tengok gambar testimoni dari customer yang sangat berpuas hati membeli perabot rumah dari Uwais Furniture ini. Mama pun dah aim nak beli beberapa barang di sini.





Di Uwais Furniture ini turut menawarkan pembayaran barangan dalam 2 cara iaitu sistem tunai dan sistem kutu. Jadi korang yang mana baru nak masuk rumah ker, yang baru berkawin ker tapi tak cukup bajet nak beli barang perabot rumah boleh jer join sistem kutu dengan Uwais Furniture ni. InsyaAllah korang akan dapat barang yang korang idamkan khas untuk rumah korang nanti.

Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli perabot rumah di Uwais Furniture boleh hubungi :

Facebook Qistina Crochet : www.facebook.com/cik.ida.5
Facebook Uwais Furniture : www.facebook.com/uwaisfurniture
Whatsapp : 011-2366 1874 


Love,

Seafood Terbaik Di The Crab Factory SS2 Petaling Jaya

$
0
0
Pada Sabtu baru-baru ni, mama dan beberapa orang bloggers kesempatan untuk mencuba makanan seafood di The Crab Factory SS2 Petaling Jaya. Sekarang ni makan seafood lambak atas meja dah menjadi trend orang Malaysia macam ala-ala shell out gitu. Memandangkan mama memang hantu seafood of coz la mama nak merasa sendiri apa yang sedap di The Crab Factory ni. Sesiapa yang allergic seafood tidak digalakkan yer. Heheheh kat sini seafood dia memang besar-besar uollss.. Puas hati la kalau makan ni. 


Lokasi The Crab Factory ini sangat strategik sebab dikeliling dengan penuh shop lot di SS2 Petaling Jaya. Kalau korang datang senang jer waze The Crab Factory memang korang akan jumpa. Ok jom kita tengok dekorasi dalam The Crab Factory ni.



Dekorasi dalam The Crab Factory sangat menarik dan simple dengan hiasan di dinding. Penggunaan meja dan kerusi dengan susunan begini memudahkan pelanggan datang untuk menjamu selera di sini. Dengan cara ini boleh mengeratkan hubungan dan happening semasa makan.

Unik sangat tempat basuh tangan ni.

Pose dulu sebelum makan. Benda paling wajib seorang blogger adalah selfie. 


Makan di sini tak perlu sudu garfu yer tapi akan diberikan 'weapon' ini untuk mengetuk kulit keras macam ketam tu dan yang lagi comel kita kena pakai 'beep' plastik ini untuk mengelakkan kuah kena baju kita. Hehehe.. Terasa comel jer pakai beep ni tauuu.. 

Jom kita tengok menu apa yang menarik di sini. Memula mama tengok mama blur alamak macam mana nak order ni. Hahahaha. Nak order korang boleh tengok cara- cara kat bawah ni. Memula korang kena pilih seafood apa yang korang nak makan. Setiap jenis seafood akan ada harga yang berbeza-beza yer. Kemudian korang kena pilih sauce pilihan untuk masak seafood korang pilih tu. Sauce di sini terdapat 4 pilihan dari mild hingga lah death valley yang katanya spicy giler. So itu pilihan korang yer. Step terakhir korang boleh tambah sayur seperti cendawan, jagung, kentang dan lain-lain lagi.


Ini pulak side dish macam ala-ala starter gitu...

Hahaha mama rasa comel sangat pakai beep ni sambil pegang weapon. Lets get cracking!!!

Konsep makan di sini dah semestinya lambak jer atas meja tapi kena lapik dulu lah yer. Meh kita tengok apa yang kami makan di sini. Ada set terbaru tau untuk pelanggan makan dalam 2-3 orang makan sangat sesuai set ni. Set yang mama maksudkan adalah Seafood Set "Big Meat Crab"dengan harga RM175.00 sahaja. 

Seafood Set "Big Meat Crab" dengan Signature Southern Bang sauce mild. Untuk set ini dihidangkan dengan Garlic Rice. Dalam set ini juga terdapat 5 seafood seperti ketam, mussel, lobster, scallop dan sotong serta sayur kacang buncis dan jagung. Memang cukup la kalau makan untuk 2-3 orang tau. 

Ok close up sikit. Mama nak citer pasal sauce Signature Southern Bang mild. Sauce ini memang sangat popular di The Crab Factory. Sauce dia rasa sedikit pedas lepas makan tapi sedap sangat setelah digabung dengan semua seafood ini. Walaupun pilihan kita orang ambil mild pun terasa pedas dia. kalau ambik death valley jenuh menangis. hahaha. So korang kena cuba memang terbaik tau. 

Hidangan ke 2 ini pula, kalau korang tengok macam masak lemak cili padi kan. Ok yang ni mama suka giler sebab sauce dia sedap memang selera tekak mama. Menu ni adalah Meat Crab & Sausages Creamy Lemak. Sedap ya ampun rasa lemak cili padi membuatkan korang akan nak makan dan makan lagi. Harganya pula RM125.90

Menu ke 3 adalah Yabbies Spicy Plum. Harganya pula RM83.00. Rasa manis yabbies digabung dengan spicy plum sangat sedap dan unik rasanya ala-ala sweet sour dan sedikit pedas. Nak makan yabbies ni pun ada cara tau.. kalau salah kopek boleh luka jari. Heheheh.

Menu ke 4 pula Garlic Butter Prawn. Untuk harga ini RM55.00. Ini korang nampak macam biasa tapi sekali dah makan sekor udang tu terus nak makan lagi sekor. Bagi mama dia rasa lemak butter dengan udang membuatkan garlic butter prawn ni lagi sedap. Yang menarik udang ni fresh betul!!

Menu ke 5, Baby Octopus Thai Sambal. Harganya pula RM33.00. Rasa baby octopus thai sambal ni rasa macam kuah tomyam. Tak terlalu pedas dan sotong tu lembut jer masa makan. Kalau dengan nasi putih pun jalan ni.. 

Disini juga terdapat chicken wing. Yang menariknya chicken wing ini ada 2 perasa iaitu cajun dan garlic. Sesiapa suka pedas boleh pilih cajun. Tapi malam tu kami mencuba garlic. Sedap sangat chicken wing ni sebab rasa dia lain dari yang lain. Harga Garlic Fried Chicken Wings ialah RM18.90 

Side dish ni paling popular di The Crab Factory. Fried Mini Mantao RM9.90. Pertama kali mama cuba makan mini mantao ni rasa lembut di dalam dan rasa masin-masin. Mini mantao ni korang boleh makan begitu saja atau cicah dengan kuah creamy lemak. Memang terangkat sedap!!

Meriah kan atas meja ni.. 

Antara blogger yang hadir untuk sesi mencuba makanan di The Crab Factory.


Terima kasih The Crab Factory kerana menjemput mama untuk mencuba seafood tersedap di sini. Korang nak mencuba kelainan seafood boleh datang ke sini memang berbaloi-baloi uolls. Tapi sebelum datang korang kena call untuk reservation dulu yer sebab di sini selalunya penuh. Detail untuk tempat dan nombor telefon bagi reservation ada di bawah ok. 

THE CRAB FACTORY
21, Jalan SS2/64
47300 Petaling Jaya
Selangor 

For Reservation : 03-7865 5850


Opening Hour :
Tuesday - Thursday [3 pm - 11 pm]
Friday - Sunday [11 am - 11 pm]

Closed on Monday 


Love,

Wanita Terakhir - Fattah Amin a.k.a LOFATAH

$
0
0
Dah kenapa lah lagu ni asyik duk termain-main dalam otak.. cisss gara-gara tertengok si Fattah Amin dengan Neelofa la duk sweet-sweet sampai tahap nak potong kaki.. Hahaha mama pun baru tengok jer kat youtube.. mana la ada channel 104 kat umah mama ni.. Citer Mr pilot tu pun mama tengok online yer. hahaha.. Alahai dedua ni kalo dah suka sama suka kawin jer lah.. hahahah..


Ok lagu ni pun mama baru dengar.. sebelum ni tak kuasa la dengar.. ehh fattah amin nyanyi sedap ker.. best ker.. muahahah sekali hambek asyik nak dengar jer.. cissss.. awat hang jiwang karat sangat ni Fattah oiii.. dah pi pinang Neelofa cepat.. nyampes tau.. hahaha dah jom kita hayati lagu sweet tahap semut hurung ni.. muahahhaha..

Wanita Terakhir

Menjelang hari-hari bahagia kita 
Ku bayang wajah indahmu bersamaku 
Di sisiku kau ukir senyuman manis mu
Kau masih belum milikku lagi 

Sambutlah cintaku duhai sayang 
Cinta kita untuk selamanya 
Biarku sentuh hatimu ini 
Sendiri 

Selamat malam Wanita Terakhir 
Tak mungkin ku kan temu seindah ini 
Sampai bila ku harus menanti 
Untuk kau menjadi milikku 

Ohhhh sayang 
Sungguh sempurna 
Tiada lain ku mahu 

Sambutlah cintaku duhai sayang 
Cinta kita untuk selamanya 
Biarku sentuh hatimu ini sendiri 
Dan aku renangi lautan sepi 
Menukil kembali bayang mu disini dalam pelukanku 
Selamanya 

Sambutlah cintaku duhai sayang 
Cinta kita untuk selamanya 
Biarku sentuh hatimu ini sendiri 

Terimalah cinta ku kekasihku 
Ku impi bersamamu hingga ke syurga 
Biar kita bahagia untuk selamanya 
Abadi 

Sambutlah cintaku duhai sayang 
Cinta kita untuk selamanya 
Biarku sentuh hatimu ini sendiri 

Selamat malam Wanita Terakhir 
Tak mungkin ku kan temu seindah ini 
Sampai bila harus ku menanti 
Untuk kau menjadi milikku


# Mama suka tengok Neelofa dalam citer Mr Pilot tu tau tapi mama fokus kat mekap dia, kat shawl dia dengan kat heel tinggi giler tu. Boleh pulak dia berlariiiii dalam airport dengan heel gitu.. hahahahah

Love,

Lunavie Breast Thermo Pad | Terapi Untuk Ibu Menyusu

$
0
0
Benda yang paling mama risau semasa mama dalam tempoh penyusuan anak adalah bengkak susu. Allah sakit ya amat tau kalau bengkak sampai berketul-ketul nak buat kerja apa pun tak boleh. Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti setuju dengan mama kan. Kalau mama bengkak susu mesti mama akan tuam dan cuba perah tapiiiii kalau dah bengkak cuba lah perah memang tak keluar punya lah. Derita beb derita!!! Hahahah


Ehh sekarang ni ada lagi mudah moden untuk melegakan bengkak susu ni sebenarnya. Kiranya kita tak payah la guna cara biasa tu kita guna jer Breast Thermo Pad dari Lunavie ni. Modern la sikit khennn. Lunavie Breast Thermo Pad ini mempunyai 2 fungsi iaitu kegunaan untuk pemanasan dan penyejukkan. Thermo pad ini direka bentuk 3D donut berbentuk pek sejuk / suam dan mempunyai lubang di tengahnya bagi memudahkan para ibu gunakan pada bahagian breast mereka. Thermo pad ini sangat lembut dan fleksibel serta gel pack ini non toxic, hypoallergenic dan selamat digunakan.


Kegunaan pemanasan - Untuk merangsangkan pengeluaran susu serta melancarkan aliran susu. Penggunaannya sangat mudah sahaja hanya rendamkan thermo pad ini ke dalam mangkuk yang berisi air panas selama 10 minit, kemudian rasa suhu kepanasan dengan tapak tangan dan lapik dengan sehelai kain nipis sebelum letakkan thermo pad ini pada breast anda.

Kegunaan penyejukkan - Untuk melegakan sakit dan bengkak susu. Bagi kaedah penyejukkan korang hanya simpan thermo pad ini ke dalam peti sejuk kemudian boleh tekapkan pada breast untuk melegakan sakit dan bengkak susu. Dengan cara begini dapat meredakan serta memberi ketenangan kepada ibu menyusu.

Kelebihan Lunavie Breast Thermo Pad boleh digunakan untuk :
  • Membantu merangsang pengeluaran susu
  • Mengurangkan bengkak susu
  • Melegakan sakit kepala
  • Mengurangkan bengkak pada tempat lain
  • Melegakan sakit gigi
  • Menurunkan suhu badan yang panas
  • Mengurangkan kegatalan
Bagi yang ingin dapatkan Lunavie Breast Thermo Pad ini untuk kegunaan harian boleh dapatkan dengan harga yang cukup murah iaitu RM21.00 sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai terapi bagi ibu menyusu serta sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.lunavie.com
Instagram : @lunavie_com


Love,

Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

$
0
0
Hi korang ni kompom korang asyik ulang dengar lagu Lelaki Teragung kan. elehhh tahu ler macam mama la jugak hahaha... sebelum ni tak berapa nak dengar sebab drama tu. sebab mama tak suka tengok si minah omputih tu.. hahah dah jadi mak leha pulak mama ni. dah meh la dengar lagu ni best rupanya ehh.. hahahah ok update 1 entri.. 😋 Apa-apa pun tahniah kepada Dayang Nurfaizah sora power kan...


Lelaki Teragung - Dayang Nurfaizah

Ku sesali 
Kerna pernah cuba 
Sakiti hatimu 
Sedang diri ini 
Tidak mampu 
Untuk hidup tanpa 
Cintamu di sisi 

Cinta lelaki teragung 
Membuat aku berbahagia 
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga 
Oh kekasih 

Kembalikan 
Cinta yang pernah ada 
Dalam hatiku 
Walau dirimu pernah terluka 
Ku akui segalanya salahku 

Cinta lelaki teragung 
Membuat aku berbahagia 
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga 

Meskipun kesetiaan 
Yang selalu dipersia 
Namun engkau tidak pernah lelah 
Untuk bertahan 
Ku mengerti kini semua 
Demi cintamu kepadaku 
Padaku 

Kasih 
Pabila bersama 
Dunia terasa sempurna 
Jangan tinggalkan diriku 
Oh sayangku 

Cinta lelaki teragung 
Membuat aku berbahagia 
Kaulah kekasih di dunia 
Dan di syurga



Love,
Viewing all 1139 articles
Browse latest View live