Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Laksa Noxxa

$
0
0
Ehh dah lama tak makan laksa tau.. selalu makan laksa yang akak aku masak.. aku suka dia masak sebab sedap.. aku bukannya tak nak masak kang kalo masak jadi terbanyak.. hahah macam nak makan 10 orang.. padahal dalam umah ni 4 orang jer.. jenuh makan sebungkus laksa tau.. ngeee.. Dah banyak kali Qebal asyik nak makan laksa.. kalo g makan kat luar kena mintak laksa kosong.. no sayur mayur yer.. kalo ada jenuh asingkan sayur2 tu.. aduhh mama nak makan pun tercekik dengan anak sorang ni.. so mama bikin sendiri & dia akan makan bermangkuk2.. ehh nasi hang tak makan.. laksa beras hang makan plak noo.. budak mat salleh celup jawa.. kehkehkeh.. Aku masak dalam noxxa la dah nama laksa noxxa kan.. untuk pengetahuan korang masak dalam noxxa memang memudahkan.. kalo rebus laksa tak payah duk tunggu atas api.. sure lama kan.. pehtu meruap air rebus laksa tu.. dengan adanya noxxa, korang campak jer dalam tu, masukkan air. pehtu tekan tit tit jer 10 minit.. n korang g baring depan sofa.. siap jer 10 minit dah boleh makan.. hahahha mudah kan.. satu g untuk rebus telur.. kalo atas api dalam 20 minit kan.. masuk jer dalam noxxa & HP 1 minit.. kekekek lagi lah senang korang tak payah tunggu lama2.. Dah mama jangan membebel.. jom tengok bahan2 yang dah korang tahu.. cuma aku tekankan step by step guna noxxa jer.. 

Bahan-bahannya :- 
* Laksa
* Ikan sardin
* Secekak cili kering
* Bawang besar
* Bawang merah
* Cili padi
* Daun kesum
* Bunga kantan 
* Sedikit belacan
* Beberapa keping asam keping

Bahan tabur 
* Daun salad
* Timun
* Bawang besar
* Cili padi
* Limau nipis
* Telur

Masukkan laksa ke dalam noxxa dan isikan air hingga terendam laksa tersebut. * tak perlu rendam laksa dulu.. HP kan selama 10 minit. * untuk urat halus ambik masa 10 minit.. untuk urat besar tu 15 minit. Selepas 10 minit HP, release wap dan basuh laksa tersebut dengan air paip. kemudian toskan.

Untuk ikan pula, masukkan ikan sardin, sedikit garam serta asam keping ke dalam noxxa. Masukkan air sehingga paras ikan. Kemudian HP kan selama 70 minit. Setelah siap ikan, releasekan wap dan blendkan ikan. *tak perlu asingkan isi dengan tulang sebab HP dengan noxxa akan lembutkan tulang ikan. Kemudian blendkan cili kering, bawang, cili padi, belacan. Masukkan ke dalam periuk semua bahan blender, tambah air ikut kepekatan korang suka. Masukkan daun kesum. bunga kantan dan asam keping. Rebus sehingga mendidih dengan mode stir fry. Setelah mendidih, masukkan garam serta pak aji. boleh tekan off stir fry dan kemudian tekan mode keep warm untuk kuah sentiasa panas didalam noxxa..

Untuk telur, masukkan air sehingga terbenam telur. HP kan selama 1 minit dalam noxxa.. Hiris nipis2, daun salad, timun, bawang serta potong limau nipis, telur dan cili padi.

Siap laksa noxxa. cepat mudah & menjimatkan masa korang.. Tak pedas buat sebab anak2 nak makan la pulak.. huhuhu...

Selamat Mencuba...

Regards,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes