Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Movies Review ~ Spectre 007

$
0
0
Isnin baru2 ni aku dengan en papa cuti.. saja nak rehatkan badan & g dating berdua.. dah lama kot tak dating berdua.. almaklum la dedua laki bini keje tempat yang sama kan.. so agak susah la nak cuti2 macam ni.. so ada peluang cuti boleh lah.. hahhh citer ni memang aku dah gedix2 tahap tak sabar nak tengok.. nak heret hero kecik tu alamatnya depa akan tawaf satu panggung wayang.. abis semua orang dia kacau.. malu mama nak.. hahahha kalo kartun boleh jer bawak.. tu pun stengah jam.. lagi baper jam nak abis depa dah buat panggung wayang tu macam umah depa.. kekekek.. Jom baca sinopsis citer James Bond ni.. best giler.. macam nak g tengok lagi jer.. hahahhaha..


Movie berdurasi 148 minit bermula apabila James Bond menerima mesej tentang kejadian pengeboman didalam stadium sekitar bandar Mexico. Apabila pulang ke HeadQuater, M mengantung tugas Bond buat sementara waktu akibat kejadian keganasan antarabangsa di Mexico. Paling terkejut C menjadi rakan setugas M yang baru & James Bond kini dalam pemerhatian C. Seorang pekerja seliaan C iaitu Q ditugaskan menyuntik sejenis vaksin pintar yang berupaya mengesan setiap pergerakkan Bond walau berada diceruk dilindung atas Bumi.

Tetapi James Bond tetap berkeras mahu meneruskan misi mesej rahsia ke Rome. Dia meminta pertolongan Q untuk membantunya dari terus dipantau oleh perisik C. Setiba di kota Rome untuk majlis perkebumian Lucia Sciarra - janda baik & isteri kepada penjenayah terkenal. Nasib baik James bijak memujuk Lucia lalu terbongkar rahsia kewujudan organisasi jahat bergelar Spectre. Suami Lucia jugak salah seorang ketua Spectre - logo 7 kaki sotong kurita pada cincin merujuk 7 rakan kongsi.

Dengan cincin tersebut James Bond menghadiri mesyuarat tergempar kumpulan Spectre tentang kekosongan kerusi baru. Satu misteri timbul apabila Oberhauser mengetahui bahawa Bond turut berada dalam dewan tersebut. Di situ Hinx mula memburu James kerana tidak mahu rahsia ahli kumpulan Spectre terbongkar.

Mujurlah ada pembantu setia, Moneyponew menolong mencari maklumat senarai ahli Spectre. Di pergunungan salji telah membawa Bond kepada kunci siapa ahli Spectre iaitu Mr.White yang pernah berkhidmat dibawah kumpulan Spectre namun tidak mudah bagi James Bond menbongkar rahsia sulit tentang Spectre. Seterusnya Bond mesti mencari anak perempuan Mr.White kerana Madeleina Swann lebih mengetahui perihal Spectre. Dalam masa sama, Hinx menculik Swann selepas sesi psikologi Bond menyebabkan Swann terpaksa mengikut James Bond demi menyelamatkan diri terus menjadi buruan kumpulan Spectre.

Ehh kalo korang nak tahu lebih lanjut kena g panggung wayang berhampiran anda lah.. yang pasti citer ni best!! orang kata kureng ker bosan ker.. aku rasa tak bosan langsung.. best giler kot.. sebab hero hensem.. hahahah.. mesti orang benggang jer dengan aku kan.. kalo 3 jam sanggup aku tunggu okeh.. slow & steady jer hero tua ni tau.. aaaghhh yang pasti hensem giler.. dalam panggung wayang sambil tengok citer tu, mulut aku ni tak berhenti cakap hensemnya.. hensemnya.. hahahha... 

Dating tengok wayang kat Cheras Sentral.. tempat tu best skit.. 

Bukti tengok wayang siap beli bekas air ni.. mahal beb!! sob sob sob...

Macam nak g tengok lagi jer ni.. sapa mau belanja i cepat!!! 

Erkk mama perli kata lepas ni kerap2 lah g tengok wayang.. asyik gaduh jer.. hahahha 

Regards,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139