Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Watsons Melancarkan Kempen #MisiIkhlasAidilfitri Untuk Raya

$
0
0
Watsons memulakan kempennya bagi Ramadan dan Aidilfitri 2018 dengan menyeru warga Malaysia supaya menyemai budaya amalan mulia melalui perkongsian perbuatan baik hati yang mereka perhatikan di sekeliling mereka. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, Watsons berhasrat untuk menggalakkan sikap positif dan menonjolkan kebaikan serta keikhlasan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia setiap hari. Pada masa yang sama, Watsons Malaysia akan menyalurkan sumbangan kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia sepanjang kempen berlangsung. 

Kempen #MisiIkhlasAidilfitri yang diadakan daripada 15 Mei hingga 2 Julai 2018, menyeru agar rakyat negara ini berkongsi amalan mulia yang dilihat mahupun didengari mereka, di laman Facebook atau Instagram dengan menggunakan ‘hashtag’ #MisiIkhlasAidilfitri dan #WatsonsMalaysia. Watsons Malaysia akan menyumbangkan 200 mata ganjaran (bersamaan dengan RM1) kepada Pusat Jagaan Dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah bagi setiap penggunaan ‘hashtag’. Sumbangan tersebut akan membolehkan organisasi amal itu membeli barangan daripada rangkaian Watsons, merangkumi kelengkapan penjagaan diri hingga ke ubat-ubatan dan vitamin, bagi memenuhi keperluan warga emas yang menghuni rumah kebajikan itu.



“Pada bulan Ramadan yang merupakan bulan paling mulia dalam kalendar Islam, pada masa inilah penganut agama Islam memperkukuhkan kerohanian diri dan meningkatkan amal kebajikan. Menerusi kempen #MisiIkhlasAidilfitri, kami mahu menghargai setiap amalan mulia yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di media sosial di samping menyebarkan semangat positif. Dengan menonjolkan usaha murni yang ikhlas ini, kami mahu berkongsi kegembiraan yang dirasai ketika melakukan amalan baik dan merapatkan hubungan masyarakat dalam dunia ini di mana jurang antara insan semakin melebar,” ujar Caryn Loh, Pengurus Besar dan Ketua Negara bagi Watsons Malaysia.

#MisiIkhlasAidilfitri merupakan usaha yang julung-julung kali diadakan oleh Watsons Malaysia yang melibatkan penyertaan rakyat Malaysia bagi meraikan semangat bulan yang mulia ini. “Menerusi kempen ini, kami ingin menunjukkan bahawa tiada individu, mesej mahupun kisah terlalu kecil untuk membawa perubahan. Melalui kempen ini juga, kami meminta orang ramai berkongsi mesej-mesej di media sosial yang memaklumkan, memberi ilham dan mewujudkan kesedaran yang mampu membawa perubahan sosial dan meningkatkan semangat kita semua. Kami mahu rakyat Malaysia berasa hebat, selain penampilan diri yang menarik bersama Watsons Malaysia pada bulan Ramadan ini,” tambah Loh.

 Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Watsons ini, sila layari :-


Love,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Latest Images

Trending Articles


Vimeo 11.6.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.1 by Vimeo.com, Inc.


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Love with Heart Breaking Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.35 by Lima Sky LLC


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Letting Go Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear



Latest Images