Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

SAPS Ibu Bapa | Semak Keputusan Peperiksaan Anak-anak Dengan Lebih Mudah

$
0
0
Sekarang zaman serba pantas dengan hanya menggunakan hujung jari anda sahaja. Malah untuk semak keputusan anak-anak pada zaman sekarang hanya memerlukan Internet dengan menggunakan SAPS Ibu Bapa. Korang tahu tak apa itu SAPS Ibu Bapa?

Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu, Ibu Bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online dari tahun 1 sehingga tingkatan 5.


Dengan adanya SAPS Ibu Bapa ini, ibu bapa boleh sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dengan mudah hanya menerusi hujung jari sahaja. Dengan cara ini, kita tidak perlu risau samada anak kita memahami atau tidak mereka belajar di sekolah. Tambah sekarang zaman internet yang sangat cepat dan pantas untuk mengetahui maklumat termasuklah keputusan ujian anak-anak. 

Mama tahu ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui cara atau dalam erti kata lain belum tahu cara menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini betul tak? Kemungkinan di rumah tiada komputer dengan Internet tapi jangan khuatir mama yakin semua ibu bapa ada smartphone yang berinternet untuk memudahkan kegunaan sekarang. Di sini mama sertakan cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui SAPS Ibu Bapa. Bagi memeriksan keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini ------> SAPS Ibu Bapa 


Untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, korang digallakkan menyemak melalui laman web ini kerana korang tidak akan terjadi masalah website down atau Laman tidak dapat diakses. Oleh itu, klik sahaja link dan korang hanya ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Dengan sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan anak korang. Lepas ini anak-anak tidak boleh menipu keputusan ujian / peperiksaan mereka kelak.


Sebagai ibu bapa haruslah rajin menyemak keputusan anak-anak anda pada bila-bila masa dan di mana jua. Dengan cara ini ibu bapa akan menjadi prihatin dan lebih mengambil berat tentang pendidikan mereka di sekolah. Oleh itu, dengan kelebihan teknologi ini merupakan satu batu loncatan kepada kita ibu bapa untuk mendidik anak-anak lebih jadi orang yang berjaya kelak. Selain itu, mama yakin tidak akan berlaku lagi seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran serta lain-lain perkara yang tidak baik. 


Dengan harapan semua ibu bapa boleh kongsikan artikel ini agar ia sangat bermanfaat untuk semua orang ramai bagi mengetahui SAPS Ibu Bapa 2017 ini agar ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka hanya dengan melalui secara online. Semoga perkhidmatan semakan online 

Jadi mama share artikel ini yang sangat manfaat semoga ia akan lebih membantu orang ramai untuk mengetahui mengenai  dan ibu bapa boleh menyemak keputusan peperiksaan anak mereka hanya melalui secara online sahaja. Semoga perkhidmatan semakan online ini dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing. 

Love,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes