Quantcast
Channel: MamaJue Story
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Siti Arfah Cafe | Cita Rasa Asli Dari Kelantan

$
0
0
Salam Pagi Jumaat yang mulia dengan cuaca sejuk dingin hari. Sejuk-sejuk ni perut lapar la pulak kan. Hehehe.. Ok meh mama nak citer minggu lepas punya. Takder masa nak up entri sangat sebab sibuk dengan entri-entri yang lain. Kalau sebut jer makanan negeri Cik Siti Wan Kembang mesti orang dah teruja nak makan masakan Kelantan yang terbaik. Mama sendiri pun jenis food lover so mama suka mencuba. 

Pada Ahad lepas, mama dan beberapa orang blogger lain dijemput untuk food review satu cafe di Kota Kemuning. Cafe yang mama maksudkan adalah Siti Arfah Cafe. Cafe ni kalau mencari agak melilau skit tapi kalau ikut waze memang senang nak jumpa. Siti Afrah Cafe baru saja beberapa bulan dibuka. Alhamdulillah ramai pengunjung yang datang untuk mencuba makanan dari Kelantan pada waktu tengahari. Dengar khabarnya di Siti Arfah Cafe ada hidangan yang super sedap iaitu Kambing Bakar Meleleh dan Nasi Air Kelantan. Apa tu meh baca sampai abis.


Dari luaran cafe ni mama perhatikan agak santai dan tiada crowded dengan barangan lain. Meja dan kerusi putih membuatkan cafe ni cukup terbaik untuk menikmati makanan disini. Mama suka suasana dia simple but nice. Macam mama tak kesah suasana macam mana asalkan makanan yang dihidang menyelerakan orang ramai dah terbaik bagi mama.



Ok sebelum kami order makanan yang sedap-sedap, of coz la pilih air dulu untuk basahkan tekak. So pilihan air kami memilih yang sejuk, ais limau, teh ais dan milo ais. Setiap air dihidangkan dalam gelas yang besar macam ni harga pula sangat berpatutan. 



Di Siti Arfah Cafe dihidangkan beberapa set lunch untuk memudahkan pelanggan memilih dan menjamu selera pada waktu tengahari. Harga dari set lunch ini bermula dari RM5 - RM9 sahaja. murah kan mana nak dapat dah harga yang sangat berpatutan macam ni pada zaman sekarang. Meh kita tengok set lunch yang terdapat di cafe ni.

Set Nasi + Sup Daging + Telur Dadar | RM8.00 

Sup Tulang atau sup daging disini sangat lain rasanya. Memang rasa cukup sempurna kerana rempah yang digunakan rempah asli yang disangai kemudian diblender kering untuk mendapatkan rasa sup yang power. So korang jangan fikir ini semua rempah sup yang terdapat dipasaran yer. Lain sangat tau kalo rempah sup dibuat sendiri.

Set Nasi + Sup Tulang + Telur Dadar | RM8.00

Kalau korang memang jenis tak makan nasi waktu tengahari boleh jer order Maggie Sup ni. Kelainan Maggie sup ni korang kena cuba memang terbaik. Dihidangkan dengan sup daging membuatkan setiap hirupan kuah sup tu pasti teringat-ingat.

Maggie Sup Daging Power | RM6.00

Nasi Air Kelantan. Pertama kali mama dengar apakah nasi air tu? Hehehe almaklum la lain negeri lain panggilannya. Lepas dapat Nasi Air Kelantan ni ohhh macam bubur nasi tapi penuh dengan sup. Kalau di Kedah mama panggil Moi Sup. Makanan macam ni kadang-kadang akan bangkit selera jugak tau. Tambah-tambah kalau tengah demam atau tekak tak selera, kalau dapat nasi air Kelantan a.k.a nasi bubur ni kompom makan habis 1 mangkuk ok.

Nasi Air Kelantan | RM5.00

Last sekali menu yang famous dan terbaik disini adalah Kambing Bakar Meleleh. Perghh dengar meleleh jer lagi lah teruja nak mencuba apa yang dikatakan menarik sangat ni. Set Nasi dihidang bersama dengan Kambing Bakar Meleleh serta Sup Kosong membuatkan korang makan tak pandang kiri kanan. Sos perapan untuk kambing bakar meleleh ini telah dibuat sendiri oleh owner cafe iaitu Puan Siti Arfah kerana beliau ingin mencipta satu kelainan ke atas kambing bakar ini sendiri dengan sos lain dari yang lain. 1 set ini dengan harga yang murah korang boleh menikmati 2 keping daging kambing bakar yang sempurna dan sedap.

Set Nasi + Kambing Bakar Meleleh | RM9.00

Hahhh tak teruja ker nak mencuba hidangan yang sedap dari Kelantan ni? Yang mana berdekatan dengan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning 31 boleh datang dan cuba sendiri kelazatan menu disini. Cuma mama jauh skit la.. kalau dah terlalu ke sana pasti mama singgah mencuba lagi. Mama pasti korang akan puas hati untuk menjamu selera disini!!

Bersama owner cafe Puan Siti Arfah


SITI ARFAH CAFE

Lot 7-1, No 3
Jalan Anggerik Vanilla 31/97
Kota Kemuning 
40460 Shah Alam 
Selangor

Telefon : 014-657 2051
Facebook : Siti Arfah Cafe

Waktu operasi : 
Sabtu - Khamis | 8.00 pagi - 5 petang


Love,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1139

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes